9.2.11

Santai : Jika Bukan Anda (Kita),Siapa Lagi?

Perhatian : Penulisan Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

"Seeking knowledge is obligatory upon every Muslim" - [Hadeeth Sunan Ibn Maajah]


Sebenarnya,saya hendak berhenti menulis buat beberapa ketika.

Sebenarnyalah.Tetapi,saya tidak jadi.

Sebaliknya,saya mengambil keputusan menulis semula.

Kenapa?

Begini.

Tadi selepas sembahyang Maghrib,seorang Junior saya di sini berkata,"Cepat kan waktu berlalu?".

Lantas seorang Sahabat berkata,"Biasalah,nak dekat Kiamat".

Saya diam sahaja.Tidak berkata apa-apa.

Tetapi,memang benar.

Waktu memang semakin cepat berlalu.Jujur cakap,saya rasa seperti baru sahaja seolah-olah semalam menulis post sempena Tahun Baru 2011.

Pada pendapat peribadi saya,waktu yang semakin cepat dirasakan berlalu ini kerana begitu banyak waktu yang kita buang begitu sahaja pada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Kita berhibur terlampau banyak (ayat cliché,tetapi betul tak tipu).

So,saya kaitkan kembali kepantasan pergerakan masa dengan tindakan saya yang hendak berhenti berehat sebentar daripada kegiatan Penulisan ini,dan saya mendapati,"Tindakan berhenti adalah sangat tidak tepat".

Kenapa?

Banyak sebab.

Sebelum itu,tentu ada yang bertanya (atau tidak) kenapa saya hendak berhenti menulis.

Begini.

Makin hari,makin ramai Follower saya.Alhamdulillah.Semoga mereka dapat kebaikan.

Teringat saya komen salah seorang Pembaca tetap blog saya dalam salah satu artikel dahulu,yang berbunyi lebih kurang begini,"Makin hari makin bertambah Follower,boleh jadi ini satu Ujian hendak menguji samada anda ikhlas atau tidak".

Ya.

Memang benar.

Elok diberitahu,saya sebenarnya menulis atas sebab hendak berkongsi ilmu dan minat menulis.

Dan sudah semestinya kerana mencari keredhaan Allah SWT.

Saya menulis bukan kerana hendak mendapat Follower yang ramai atau Duit Nuffnang.

Sila ambil perhatian itu.

Kenapa?

Kerana ada yang tersalah sangka,ingat saya tulis semata kerana Follower.

Saya berdoa semoga Allah SWT memperlindungkan saya dari perbuatan menulis kerana ingin mendapat Follower.

Seriously.

Dan,saya merasakan penambahan Follower yang bertambah dari hari ke hari ini sebenarnya satu ujian kepada saya.

Yalah,seperti yang kita semua tahu,ujian itu datang dalam pelbagai bentuk.

Mungkin Penambahan Follower dalam blog saya ini untuk menguji,samada saya ikhlas atau tidak.

Perjuangan menegakkan kebenaran bukannya mudah.

Nabi Muhammad SAW sendiri menempuh jalan yang sukar dan ranjau berduri dalam menyebarkan Islam.

Tetapi,Baginda SAW tidak pernah berputus asa dalam menyebarkan Islam.

SubhanAllah.

Apa pengajaran yang saya dapat dari sini?

Pengajaran yang saya dapat adalah,dalam menyebarkan kebenaran,hati kena tabah beb.Hati kena keras.

Dugaaan di dunia perlu ditempuhi,untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT lantas mengecapi kebahagiaan hidup di akhirat.

Insya-Allah.

Both Muslim haters & self-hating Muslims create distrust of practicing Muslims and contribute to Islamophobia. [MuslimMatters]

So,balik kepada cerita saya tadi di atas.

Saya ingat hendak berhenti menulis sebentar,kerana malas hendak timbulkan salah sangka orang.

Tetapi,fikir-fikir balik,adakah wajar tindakan saya ini?

Let's see.

Kita renung keadaan dunia zaman sekarang.

Di mana Dunia sudah bercelaru.Hidup masyarakat (terutamanya golongan remaja dan belia yang bukan dari kalangan background Sekolah Agama) terumbang-ambing.

Mereka tercari-cari arah jalan kebenaran.Tetapi bagaimana,jika orang-orang di sekeliling mereka pun lebih kurang dengan mereka.

Hendak bertanya kepada rakan dari Sekolah Agama,mereka malu (serious,saya tahu hakikat ini).

Jadi,mereka kekal lost.

Dan kita tahu,kebanyakan masa Generasi Masa Kini dihabiskan di dalam Internet.

Apa yang mereka tengok?

Facebook etc etc.

Dan mereka ini juga membaca blog.

Tetapi,kebanyakan mereka (golongan remaja yang bukan dari Sekolah Agama) ini tidak gemar membaca Blog yang terlalu Arabic-Malay gaya penulisannya.

Mereka lebih suka baca blog santai.

So,tercari-carilah mereka.

Okay,itu situasi pertama.

Situasi kedua.

Saya.

Dan anda.

Golongan yang mempunyai Blog,yang mempunyai sedikit ilmu dikurniakan oleh Allah SWT (Alhamdulillah) kepada kita dan mempunyai kemahiran menulis secara santai lagi prolific.

Apakah tatkala masyarakat di luar sana memerlukan anda,anda hendak memikirkan soal hati dan perasaan anda?

Haaa,itu pendapat sayalah.

Dan Golongan yang sedang 'tercari-cari' ini sebenarnya ramai.Tetapi,mereka taklah tunjuk depan member-member mereka bila mereka nak berubah.Tapi,percayalah,amat ramai yang nak berubah.Cuma masih belum jumpa jalan sahaja.

So,cara paling senang kita nak berhubung dengan mass yang besar ini adalah melalui media,atau dalam kata mudah,melalui internet.

Dan semua orang pada hari ini boleh akses internet dengan mudah.So?Nampak flow dia?

Tapi,yang penting,niat ikhlas.Kita just buat apa yang kita termampu.Yang lain,kita serahkan pada Allah SWT.Ini semua sebagai Pelaburan Akhirat untuk kita juga sebenarnya.

So,dengan ini,saya ingin menulis,dan akan terus menulis,insya-Allah.

Betul.Kenapa saya katakan sedemikian?

Ini kerana,Islam itu bukan milik kita seorang sahaja.

Kita kena sebarkannya.

Mungkin ada salah silap pada cara penulisan saya,tetapi anda sebagai pembaca yang berilmu,mintalah betulkan.

Kan?

So,itulah dia.

Kita kena ingat,Ilmu yang ada pada kita ini,satu nikmat.

Semakin banyak Ilmu kita ada,semakin besar tanggungjawab.Mungkin Ilmu yang kita ada tidak sebanyak mana,tetapi ini bukan alasan.

Setiap hari saya baca Twitter Timeline saya,dan saya lihat,banyak salah faham tentang Islam yang berlaku sehari-hari ini.

Amat banyak.

Dalam kalangan orang Islam sendiri.

Jadi,adalah tanggungjawab orang-orang seperti anda dan saya yang sedar ini,untuk mencari ilmu,dan melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan.

Insya-Allah Allah akan mempermudahkan urusan kita.

Yang penting,niat kena ikhlas.

Selain itu,bahasa kena elok.Dak gitu?Mestilah gitu.

Dan kena ingat,ujian akan sentiasa datang.Untuk melihat samada kita ikhlas atau tidak.

Kadang-kadang Ujian itu boleh melemahkan semangat kita.

Tapi,kalau kita rasa nak lemah down-down je,ingat balik Sejarah Sirah Hidup Nabi Muhammad SAW.

Ingat balik perjuangan Baginda SAW.

Adakah senang?

Tidak.

Kenapa?

Kerana dunia ini sememangnya bukanlah tempat beristirehat.

So,kesimpulan dia,marilah bekerja keras.Kita ada isu besar untuk diselesaikan.

Isu-isu kecil yang macam lain-lain tu,kita boleh runding cara dan selesaikan dengan cara mudah dan aman.

Kan?

Jangan sampai Isu Kecil membantutkan Proses Penyelesaian Isu Besar.

Itulah kesimpulan saya pada hari ini,iaitu,jika bukan kita yang menyebarkan Islam di dalam Internet ini dengan menggunakan Medium Bahasa Melayu,siapa lagi?

Nenek kita?Atuk kita?

Anda fikir-fikirkanlah.

Tetapi,dalam masa sama,aktiviti menulis ini sebenarnya bawak kebaikan pada diri kita juga.Sebab dalam masa sama,kita akan meluangkan masa untuk menambah lebih ilmu untuk ditulis.

Last-last,sebenarnya,kebaikan tu dapat kat diri kita juga.Kan?Dan ingat,hidup di dunia ini bukan sekadar untuk makan dan minum sahaja.Kita dicipta untuk menyembah Allah SWT dan menjadi Khalifah di Muka Bumi.

Dan sekali lagi ingat,Ilmu yang kita tulis di blog-blog ini dan baca segala semua ini,kenalah amalkan.Sikap kita di dalam dunia sebenar,kenalah diubah.Bukan setakat dalam Blog sahaja baca dan tulis.

Knowledge knocks on the door of action. If it receives a reply, it stays, otherwise it departs - Sufyaan ath-Thawree

Tak gitu?

Mestilah gitu.

Dan kalau tersalah silap,segeralah bertaubat.

Kita sebenarnya tiada masa sebenarnya.Serious.Masa semakin hari makin pantas.Berubahlah kita.Sementara masih ada peluang.Bila kita tangguh dan tangguh,percayalah,lama-lama mesti terbatal niat kita.

Dan ya,berkatalah benar walaupun pahit.

Alhamdulillah.Dapat juga tulis penulisan ini.

Itu sahaja.Sesungguhnya,penulisan kali ini ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

Saya tulis informal kali ini.

Malas nak cek ejaan.

Apa-apa salah silap,betulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Don't look back,you can't never look back.



3 comments:

  1. “There is no time for holidays” “When you realise how little time there is, and how much work has to be done for Islam.” Dr. Abu Ameenah Bilal Philips.

    ReplyDelete
  2. kita. ya, kita!

    Tuhan, kuatkan kami dengan kekuatan dariMu.

    ReplyDelete
  3. Teruskan menulis. Anggaplah follower yg semakin ramai tu sebg pemangkin utk kamu lebih berusaha menulis. InsyaAllah akan dipermudahkan.

    ReplyDelete