6.2.11

Santai : Tips Menggunakan Internet Secara Islamik,Bermanfaat Dan Berguna (Sekaligus Mengelakkan Kita Daripada Membuang Masa Secara Sia-Sia).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Dahulu,saya pernah kongsikan di Pena Maya (blog ini) satu video yang bertajuk Productive Muslim.


Ya.

Menjadi Muslim Sejati bermaksud menjadi seorang manusia yang produktif.

Salah satu sifat seorang Muslim yang benar-benar memahami maksud perkataan 'Muslim' itu adalah Produktif.

Tetapi,akibat pelbagai faktor,ramai dari kita menjadi seorang yang Pemalas.

Bukan sahaja Pemalas,kita juga menjadi seorang yang tidak tahu menghargai masa,apatah lagi mengurusnya.

Kita ponteng kelas,kita membuat perkara yang sia-sia,kita gagal dalam menguruskan kewangan dan sebagainya.

Hendak disuruh berdikari (dalam erti kata sebenar)?

Kita masih jauh untuk itu.

Realiti semasa ini adalah amat menyedihkan dan amat bertentangan serta kontra dengan sifat Muslim Sejati.

Jika kita benar-benar memahami (dan mengamalkan) Islam,insya-Allah kita akan berjaya di dunia,dan juga di akhirat.

Kenapa?

Ini kerana Islam itu cara hidup yang syumul lagi menyeluruh.Ianya cara hidup terbaik.

Kenapa dikatakan ianya cara hidup terbaik?

Ini kerana Islam (cara hidup ini) diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.Allah SWT telah menciptakan kita (manusia).Jadi,Dia Maha Mengetahui apakah yang terbaik untuk kita.

Baiklah.

Itu hanya pendahuluan untuk penulisan kita pada kali ini.

Sebenarnya mahu bercerita tentang Internet & Kaedah Penggunaannya Secara Bijak.

Dewasa ini,boleh dikatakan hampir semua orang (terutamanya Golongan Muda) menggunakan Internet.

Secara peribadi,saya merasakan Internet ini ada 'pro & cons'nya yang tersendiri.

Seperti pisau,Internet juga merupakan satu alat.Atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut Tool.

Baik buruknya,bergantung pada Si Pemakainya.

Tetapi,malang.

Kebanyakan dari kita Golongan Muda gagal memanfaatkan Internet untuk kebaikan.

Akibatnya?

Lahirlah satu Generasi Kurang Produktif.

Ya,semua ini sebenarnya berkait rapat.Bagaimana kita menggunakan Internet itu sebenarnya boleh menyumbang kepada keproduktifan kita.


Masih tidak nampak perbezaan?

Begini.

Saya beri satu contoh.

Ali dan Abu.Keduanya belajar di Luar Negara.Keduanya menggunakan Internet pada hampir setiap masa lapang mereka.Yalah,Internet laju.Orang kampung kata,"Obesi (Oversea) la katakan".Mestilah best.

Namun,walaupun keduanya menggunakan Internet dengan kadar yang sama setiap hari,ada perbezaan di antara mereka.

Ali menghabiskan waktunya setiap hari dengan hanya menonton Youtube video-video viral,membaca Manga,usha Facebook,chatting Skype,YM etc etc.

Manakala Abu pula?Dia menggunakan Internet untuk mencari ilmu (General Knowledge etc etc),membaca suratkhabar,melihat video-video ilmu bermanfaat,mendownload Software-Software Ilmu,membaca E-Book free yang berguna,membaca tulisan-tulisan yang mencabar minda dan lain-lain.

Adakah anda rasa terdapat perbezaaan di antara mereka berdua ini?

Tentulah ada.

Ali akibat dari perbuatannya sehari-hari itu,semakin lama semakin tidak produktif.Kerana terlalu kurang 'input' yang masuk ke dalam otaknya saban hari.Input yang dimaksudkan di sini adalah reminder dan peringatan untuk diri sendiri.Tidak kiralah Ilmu Islamik atau Ilmu Tips lain-lain.Tidurnya semakin lewat,kerana terlalu asyik dengan dunia hiburan tanpa henti.

Abu pula?Akibat dari perbuatannya yang menggunakan Internet sebaik mungkin,semakin hari semakin banyak ilmu yang didapatinya.Banyak soft skill yang dipelajari dan bla bla bla.Dan akhirnya dia berjaya menjadi seorang Internet-Savvy yang baik.Berbeza dengan Ali yang walaupun setiap hari guna Internet,tapi takde faedah yang didapati untuk dirinya sendiri.

Nampak apa yang saya cuba sampaikan?

Begitu juga dengan kita.Semua dari kita menggunakan Internet.Tetapi,bagaimana kita menggunakan Internet itulah yang penting.

Contohnya :

Blog - Semua orang ada Blog,tetapi berapa ramai yang blognya memberikan benefit dan pekdah pada dirinya?Dan berapa ramai pula yang jadikan Blog sebagai Medan Dosa?

Twitter - Ramai orang ada Twitter,tapi berapa ramai yang guna Twitter untuk mendapatkan maklumat (ilmu) berguna?

Youtube - Berapa ramai yang guna Youtube untuk kebaikan?Dan keburukan?

Nampak?

Sebenarnya,sebagai seorang Islam,kita kena ingat.Internet ini satu nikmat juga sebenarnya.

So,gunalah dengan seeloknya.Kerana nanti di akhirat nanti,segala perbuatan kita akan ditanya.

Jadi dengan ini,saya secara sukarela ingin memberikan Tips Penggunaan Internet Secara Bijak dan Islamik kepada anda semua (Sebenarnya saya tulis ini untuk rujukan peribadi masa muka juga).

1) Bagi Pelajar Luar Negara,apa kata jika anda tonton satu hari satu video Islamik Youtube yang bagus.Satu hari satu cukuplah.Carilah video-video yang tempohnya agak panjang.Gunakan sebaiknya Internet yang laju itu ke arah kebaikan.

2) Antara Channel Youtube yang bagus adalah : KhalifahKlothing.

3) Saya rasa satu sudah cukup sebagai permulaan.Dari situ,anda akan jumpa Channel lain yang bermanfaat.

4) Selain itu,banyakkan membaca Penulisan-Penulisan yang membuka minda.Janganlah asyik membaca satu Genre penulisan sahaja.Jadilah All-Rounder.Sebenarnya,jika diteliti,inilah yang kita kurang dalam Generasi pada hari ini.Akibat Sistem kita yang terlalu bersifat Pengkhususan,semakin hari Generasi Muda kita semakin kurang soft-skillnya.

5) Sebenarnya,perbuatan anda menggunakan Internet dengan bijak ini secara tidak langsung bawa kebaikan pada anda juga.Hendak cari kerja dan sebagainya.Kira tambah knowledge.Kalau dah anda duduk depan Facebook je selama 5 tahun belajar,agak-agak apa ilmu yang anda ada?Zaman sekarang,orang tidak mahu setakat 'A' Student,tetapi orang mahu 'Manusia'.Haha.Itu saya maen sebat sahaja istilah ini.

6) Di sini,saya listkan beberapa link bermanfaat anda boleh usha (Saya sharekan website Islamic Genre sahaja).

- MuslimMatters.Org
- IGotItCovered.Org
- Pena Maya

7) Haha,yang ketiga atas tu saya buat lawak bodoh.Maaf kalau anda tidak dapat terima lawak itu.

Baiklah.

Itu sahaja.

Saya rasa anda dapat tangkap apa saya ingin sampaikan.

Saya mahu tulis panjang lagi,tapi sudah penat.Dan hari pun sudah malam.

Jadi,saya harap anda mendapat manfaat dari penulisan ini.

Kesimpulannya : Gunalah Internet ke arah kebaikan.Kerana pada akhirnya,anda juga yang bakal merasai faedahnya.Baik di dunia dan di akhirat.Insya-Allah.Okay?

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


7 comments:

  1. boleh tambah satu lagi link bermanfaat.

    blog saya.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum PM...
    wahhh... mudah2an jadi PM yang benar.. hu3

    apa salahnya sesekali promote dirikan..

    thanks for d tip.. insyaAllah akan ingat
    utk diri sendiri..

    ReplyDelete
  3. salam..

    tulisan ini sendiri adalah amat penuh dgn manfaat.

    ReplyDelete
  4. @semua

    sebenarnya ada banyak lagi link..dalam bahasa melayu pon banyak forum

    antaranya murabbi.net ,halaqah.net etc etc..

    cuma saya bagi yang english sebab samping tu boleh kita praktikkan english.

    ReplyDelete
  5. suhaibwebb.com pon okay gak.

    ReplyDelete
  6. Betul betul 4-5 tahun main facebook apa pon tak dapat.

    ReplyDelete