16.2.11

Siri Eh Saya Rasa Hendak Buat Penulisan Bersiri La Pulak : Episod 1 (Maaf,Memaaf & Dimaaf).

Prenote : We'll be fine.I am pretty sure about that.Insya-Allah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Bersabarlah,pasti membawa hasil.
Masa silam kita,kita tinggalkannya di belakang.
Jangan sesekali membiarkan masa gelap kita,
Memusnahkan masa hadapan kita.
Apa yang kita perlu buat,hanyalah bertaubat.
Dan benar-benar berubah.
Serta kembali kepada-Nya,
Allah SWT yang Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.

Assalamualaikum.

Dalam penulisan kali ini,saya ingin menulis tentang banyak perkara.Kebanyakannya berbentuk peribadi.Tetapi,peribadi yang bersifat pengajaran.Yang boleh dikongsikan bersama orang lain.Insya-Allah.

Mungkin penulisan kali ini agak panjang.

Topiknya?

Luas.

Sebelum apa-apa,saya ingin bercerita tentang kemaafan.

Kita hidup di dunia,tidak lari dari membuat silap.Dan kita semua juga,punya orang yang tersayang.

Baik keluarga,mahupun teman rapat.

Dan,ada kalanya,kata-kata dan perbuatan kita,pasti menyinggung perasaan mereka.Sehingga mereka juga turut sama membalas perbuatan kita dengan perbuatan yang akan menyinggung perasaan kita juga.

The circle goes..again and again..

Apa yang hendak saya sampaikan di sini?

Begini,jika anda ada berbuat salah silap dengan orang yang anda sayang/teman rapat,mintalah maaf kepada mereka.

Terpulang kepada mereka hendak memaafkan anda atau tidak,tetapi nyatakan seikhlas hati bahawa anda mengaku kesilapan anda.

Kenapa?

Ini kerana,kelewatan kita memohon maaf kepada mereka hanya atas sebab ego,mungkin akan membawa sesal untuk selamanya.Boleh jadi,esok lusa,mereka meninggalkan dunia yang fana ini selamanya.Atau vice versa,kita yang meninggalkan dunia yang fana ini dahulu.

Do not spoil what you have by desiring what you don't have, for what you have is desired by many around the world who don't have. [Yasir Qadhi]

Sinonim Ayat Dalam Bahasa Melayu : Hargailah sesuatu yang kita ada sementara kita masih milikinya,kerana sebenarnya ramai orang yang menginginkan apa yang kita ada.

Kesimpulannya,jangan sesekali patahkan hati orang yang kita sayang.

Saya pernah berbuat begitu,banyak kali.Sesalnya,amat mendalam.Terkesan sehingga sekarang.Dan perasaan bila hati kita di'heartbreak'kan juga adalah sangat tajam.

Jadi,saya nasihatkan diri saya (dan anda semua yang lain) untuk sama-sama tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.

Sempena dengan itu,saya ingin sertakan satu gambar di bawah ini.


Tamat pendahuluan penulisan kita.

Bukankah saya sudah cakap,penulisan kali ini panjang.

Apa isu utama yang ingin saya ceritakan?

Baiklah,kita tulis santai-santai,slow and steady sahaja.

15 Februari 2011 - Hari ini,banyak kenangan dan pengajaran yang berharga berlaku untuk diri saya.

Yang pertama,dan antara yang paling penting,adalah seperti yang saya sudah nyatakan di atas.Jangan sesekali kita 'heartbreak'kan hati orang yang kita sayang.Kerana,sesalan itu akhirnya kita juga yang akan menanggungnya jika tidak sempat meminta maaf kepada mereka.

Kedua?

Apakah ia Pengajaran Kedua?

Untuk mengetahui Pengajaran Kedua kita,saya perlu menceritakan apakah yang berlaku pada hari ini.

Kisah yang saya namakan,

Cerita Dari Kampus 150211

Pagi ini,saya pergi ke kelas.Seperti biasa.

Cuaca sejuk.Amat sejuk.Sangat sejuk sehinggakan selesema datang lagi.Mungkin akibat tidak makan 'Scott's emulsion'.Tapi,di mana hendak mencari Scott's emulsion di negara orang ini?Di mana?

Begitulah lebih kurang monolog saya sepanjang perjalanan ke kampus.

Sampai-sampai di kampus,saya masuk ke kelas seperti biasa.

Sempat membeli cappuccino latte satu tin.Orang kampung kata,'buat panas badan'.


Masuk ke kelas.Saya duduk.

Cikgu masuk ke kelas.

Kelas bermula.

Tamat kelas.

"Aik,tamat terus sesi kelas?",tanya seseorang dari belakang.

Ya,memang sengaja ditamatkan.Tiada siapa mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku di dalam kelas saya.Sungguh tidak menarik.

Kemudian,selepas habis kelas,saya bercadang pergi berjumpa dengan Cikgu saya.

Untuk bertanyakan tentang sesuatu.

Kerana saya dimaklumkan oleh Beliau bahawa,ada certain part dalam subjek yang diajarkannya ini,tidak boleh dibacakan kepada orang asing (sayalah tu,siapa lagi).

Protokol katanya.

Saya,sebagai seorang Pelajar asing yang gigih menuntut ilmu,terpaksa redha dengan hakikat itu.

Tapi,apabila saya menghampiri mejanya,untuk bertanya,dan-dan pada waktu itu juga ramai orang datang kepadanya.

Saya yang kecewa (mungkin akibat cuaca yang sejuk,saya menjadi begitu sensitif),lantas melarikan diri ke belakang pintu,sambil melihat di celah lubang pintu itu,samada ada orang yang datang mencari saya.

Apabila mendapati tiada orang yang datang mencari saya,hati saya menjadi lebih kecewa.Lantas memasukkan diri lebih dalam ke belakang pintu.

Okay,just to be clear,yang pasal pintu di atas ini,saya saja tulis.Sebenarnya,saya hendak membuat lawak bodoh,tapi anda macam blur je,so saya give up.

_________________________________________________________________________________

Maaf.Saya tidak dapat menghabiskan penulisan malam ini.Ini kerana ada rakan datang bilik tadi.Dan sekarang sudah lewat.Esok ada kelas.Jadi,sampai di sini sahaja.

Esok saya sambung.Insya-Allah.

Assalamualaikum,Selamat Beramal serta Selamat Malam.

P/S : Tajuk artikel saya baru letak lepas saya dah siap tulis ni.Haha.

P/P/S : Sementara free-free tu kalau ada masa lapang,dari kita mengumpat sakan,baik kita beristighfar.Astaghfirullahalazim (Ya Allah,ampunkan dosaku).Hayati dan ulangi banyak kali.Insya-Allah.

P/P/P/S : Seriously maaf saya tidak dapat habiskan penulisan kali ini.



No comments:

Post a Comment