17.2.11

Siri Eh Saya Rasa Hendak Buat Penulisan Bersiri La Pulak : Episod 2 (Anjing Hitam Makan Chewing Gum).

Prenote I : Jangan terhegeh-hegeh dekat manusia.Kerana manusia,mereka adalah manusia.Sebaliknya,terhegeh-hegehlah kepada Allah SWT.Merayulah kepada Allah SWT.Hanya kepada-Nya kita memohon,dan menyembah.Jika terasa hendak berdendam dan sukar memaafkan,fikir begini,"Kita mahu Allah SWT mengampunkan dosa kita,tetapi kenapa kita sukar memaaf?"

Prenote II : Kadang-kadang,Allah SWT mengambil dari kita sesuatu yang kita rasa sudah cukup bagus dan sangat kita sayang,untuk menguji kita,dan untuk menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.Mungkin beribu kali ganda lebih baik dari apa yang kita ada sekarang.Allah Knows best.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hari ini,boleh dikira hari yang paling mencabar minda untuk saya.

Lebih mencabar daripada semalam.

Kenapa?

Banyak perkara berlaku.

Dari Pukul 8 Pagi,saya keluar asrama untuk pergi ke kelas.

Kemudian,patah balik ke asrama sekitar pukul 2 Petang.

Patah balik ke kampus,sekitar pukul 3 Petang.

Dan kembali ke asrama,dalam pukul 7 Petang.

Dan selamat tiba di rumah,di depan komputer,pada pukul 8.30 Malam.

Satu perkataan - mentally and physically exhausted.

Bukan hendak bercerita mengadu simpati.

Tidak.

Tiada simpati perlu diluahkan anda kepada saya.

Kerana ini memang hidup saya.

Ini memang tanggungjawab saya.

Tapi,sekadar ditulis kerana hendak menulis.

Kerana minat menulis.

Semua orang daripada kita pernah membuat kesilapan.

Pernah.

Dan akan 'pernah'.

Idea yang hendak disampaikan di sini,'Pernah'.

Sepatutnya,dalam Episod 2 Siri Ini,saya hendak berkongsikan apa yang berlaku pada hari semalam.

Tetapi,saya amat penat hari ini.

Jadi,harap maaf.

Cerita tidak dapat disambung.

Mungkin esok,lusa.

Atau mungkin juga saya tidak dapat menuliskan perkara itu,untuk selama-lamanya.

Siapa tahu?

Tetapi,mungkin saya boleh kongsikan sedikit kisah inspirasi bersama dengan anda semua.

Tengahari tadi,suhu tidak berapa sejuk,dibandingkan dengan pagi tadi.

Tapi,still sejuk.

Saya bercerita tentang 'sejuk',bukan kerana hendak berlagak 'saya budak belajar luar negara'.

Tidak sama sekali.

Pada saya,anda belajar di Malaysia,atau di Luar Malaysia,sama sahaja.

Yang penting,apa yang kita dapat.

So,balik pada cerita,semasa saya on the way balik tengahari,saya sebenarnya amat bengang.

Entah mengapa,amat bengang.

Cuba bersabar,tetapi,gagal.

Diri saya pada masa itu,tertewas dengan nafsu amarah.Atau dalam kata lain kemarahan.

Tapi,bila saya keluar dari Stesyen Metro,saya terlihat seekor anjing.

Anjing hitam.

Bulu kusam.

Seakan-akan kelabu.

Kelabu kerana diselaputi debu.

Debu 'pembangunan' kebanggaan manusia.

Anjing itu mengais-ngais salji.

Lapar.

Kais punya kais,ada satu chewing gum lama yang sudah digigit dan sudah keras.

Anjing itu,akibat kelaparan,telah memakannya.

Keadaan ini,sangat heartbreak bagi saya yang melihatnya.

Orang ramai lalu-lalang,melihat.

Tetapi,mereka tidak membantu.

Kenapa?

Mungkin mereka juga seperti anjing itu,yang kelaparan.

Membuat saya terfikir,"Apa motif hidup mengumpul kekayaan untuk diri semata,jika dunia di sekeliling,penuh dengan kemiskinan dan kemelaratan?Apa guna mencari ilmu,jika ilmu itu tidak dapat menukarkan kita kepada manusia yang lebih baik?"

Jika diikutkan,saya sudah agak lewat,kerana saya rushing balik ke asrama untuk mengambil Laptop.

Tapi,saya fikir,"Kalau saya terus,dan mengendahkan keadaan Anjing itu,saya sama sahaja dengan apa yang saya tidak suka".

Jadi,saya pergi membeli dua Puff Daging.

Suruh orang kedai itu kasi hangatkan Puff itu.

Dan,saya kembali kepada Anjing itu.

Beliau sedang mencari makanan lagi.

Saya panggil Beliau.

Dan Puff daging dikoyak-koyakkan saya.Untuk memudahkan Beliau makan.

Dan,Anjing pun makan dengan gembira.

Tapi,still,Beliau berada dalam sejuk.

Saya harap,lepas saya belajar,saya ada rezeki lebih dikurniakan Allah SWT (insya-Allah).

Dan,bila saya ada duit,saya hendak membantu makhluk-makhluk Allah SWT yang tidak bernasib baik ini.

Seberapa banyak yang saya mampu.

Saya cerita,bukan untuk riak.

Just,supaya,anda-anda yang lain,memikirkan kenyataan ini.Dan juga turut berbuat perkara sama.

Dulu,saya seorang yang self-centered.

Saya hanya fikirkan tentang diri saya.

Saya menggunakan wang,untuk memuaskan nafsu saya semata.

Menggunakan wang,untuk sesuatu yang tidak bermanfaat langsung untuk saya dan orang lain.

Tetapi,itu dahulu.

Sekarang,saya sedar,itu semua tidak berguna.

Kita hidup,kena membantu orang lain,seberapa banyak yang kita boleh.

Tetapi,manusia lain pula,jangan menganggap seseorang itu Perfect,sehingga apabila Beliau berbuat salah,kita terus memberikan Beliau Justifikasi.

Kita tidak boleh berbuat begitu,kerana,kita tidak tahu,keadaan hidup mereka yang dijustifikasikan itu bagaimana.

Mungkin kerana kita terlalu selesa.

Hidup di dalam lingkungan yang sama setiap hari.

Jika kita termasuk dalam Golongan seperti ini,keluarlah dari Jendela Tingkap anda.

Jika tidak mampu,banyakkanlah membaca.

Atau melihat keadaan sekeliling anda.

Banyak lagi orang menderita daripada kita.

Dan yang dijustifikasi juga sama.

Jangan mudah sensitif.

Kesimpulannya?

Jangan berburuk sangka.

Itulah yang Islam ajar.

Dan sehingga kini,saya sukar berbaik sangka.

Ini merupakan pengajaran untuk diri saya juga.

“Setiap anak adam pasti pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat” [HR Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas]

Rasanya cukup setakat ini untuk hari ini.

Saya sudah penat.

Penat yang lebih kepada mental,dan perasaan.

mintalah kepada Allah SWT,
kerana Dia sentiasa Mendengar,
mintalah kepada Allah SWT,
kerana Dia Maha Pemurah,

cinta kepada manusia,
jangan berlebih-lebihan,
cinta kepada Allah SWT,
cintalah sepenuh hati,

kerana apabila cinta sudah sepenuh hati,
kekuatan diri pasti datang,
apa juga yang menjelma,
pasti ditangani kita dengan gagah sekali,

kita hidup,
kita mati,
carilah amal,
jauhi dajjal.

Itu sahaja.

Saya hendak memulakan hidup baru selepas ini.

Atau sekurang-kurangnya,cuba.

Untuk mencuba,saya perlu mencuci.

Insya-Allah.

Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

Ada masa,saya tulis lagi.

Ada umur,anda baca lagi.


2 comments:

  1. Mudah-mudahan Allah merahmati dan selalu membantu saudara kerana sikap murah hati saudara

    ReplyDelete