17.2.11

Siri Eh Saya Rasa Hendak Buat Penulisan Bersiri La Pulak : Episod 3/Terakhir (Penulisan Wajib Baca Tentang Tanggungjawab Besar Golongan Muda Untuk Mengubah Dunia Pada Hari Ini).

Perhatian : Sila ambil masa untuk baca Penulisan ini sehingga habis.

Prenote : Memories,lost like tears in the rain.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Ini mungkin,penulisan yang terakhir untuk Siri ini.

Kenapa?

Kerana,banyak isu lain yang lebih penting untuk ditulis dan dibincangkan.

Ada sesetengah orang yang berkata,"Kau,Penulis yang bajet tulisan kau boleh mengubah dunia".

Mungkin ya,mungkin tidak.

Tetapi,menulis lebih baik dari saya terus berada dalam dilema.

Menyebut tentang dilema,saya adalah manusia yang setiap harinya berada dalam dilema.Dilema memilih antara menurut kebenaran,atau mengikut nafsu (kebatilan).

Seorang manusia yang lemah,saya sering tumpas.

Penulisan di sini,diharap,dapat memberi semangat kepada diri,dan sesiapa yang membaca.

Kerana setiap yang dibuat,akan dihisab.

Itu yang penting.

Selain itu,ini juga mungkin menjadi Penulisan terakhir dalam Siri ini kerana :

1) Saya tidak begitu selesa apabila orang ramai terlalu mengetahui tentang diri saya.To be honest,I think,I'm a recluse.A recluse in this virtual world.But being a recluse,bukan bermaksud saya anti-sosial.Ada bezanya di situ."Read between the lines",mereka yang berada di Barat berkata.

2) Apa yang kita baca,akan membentuk minda kita.Apa yang kita tulis juga,membentuk minda dan pemikiran serta secara tidak langsung membentuk diri kita.Apabila setiap hari membaca Majalah Hiburan,begitulah juga akhirnya jadi diri kita.Apabila setiap hari membaca Artikel Cinta,begitulah juga akhirnya jadi pemikiran kita.Dan jika setiap hari saya menulis tentang perkara-perkara yang ringan,akhirnya secara tidak sedar,saya akan menjadi orang yang memandang ringan.Ini pendapat peribadi.Ada betul,ada salah.Jangan taklid buta.

Baiklah.

Masih lagi berbicara tentang dua hari sebelumnya.

Tapi,mungkin tidak sedetail yang dirancangkan dahulu.

Kita sambung dari Episod 1 (Sila rujuk Episod 1 untuk memudahkan Pemahaman).

Selepas orang ramai yang berurusan dengan Pensyarah saya beredar,saya pun berjumpa dengannya.

"Мои знания нужно людям" atau dalam Bahasa Melayunya bermaksud "Ilmu saya diperlukan orang ramai",kata Pensyarah saya dalam perbualannya bersama saya.

Tahukah anda,bahawa Pensyarah-Pensyarah di sini,ada yang gajinya hanya sekitar RM 1500 sahaja sebulan?

Malah,mungkin ada yang mendapat Gaji yang lebih rendah.

Tidak dinafikan,akibat mendapat Gaji yang rendah,ada yang menyalah-gunakan Jawatannya sebagai Pensyarah untuk mencari pendapatan sampingan.

Dari perbualan dengan Guru saya,banyak yang saya dapat belajar melalui Beliau.

Tiga puluh minit.

Ya.

Tiga puluh minit,atau lebih - waktu kami berbual.

'Kau ni belajar Bahasa kat mane?Baguslah.Tak ramai orang asing yang boleh faham Bahasa kami',kata Guru saya dalam perbualan kami (Sebenarnya,Beliau yang banyak cakap.Saya kebanyakan masa mendengar,tapi Alhamdulillah hampir semua Beliau cerita saya dapat faham).

Ini bukan cerita untuk riak.Tapi ada pengajaran yang ingin disampaikan.

Apakah pengajarannya?

Begini.

Secara sedar,atau tidak sedar,saya semakin hari,seolah-olah semakin suka belajar di sini.

Bukan kerana belajar di sini seronok.

Tidak.

Bukan juga kerana belajar di sini dapat elaun.

Tetapi,semakin lama saya duduk sini,saya semakin banyak 'belajar'.

Belajar tentang kehidupan.Belajar berurusan dengan orang.Belajar berdikari.Belajar hidup dalam keadaan tertekan.Belajar dan belajar.

Walaupun berada dalam tekanan adalah perkara yang tidak menyeronokkan,tetapi perasaan selepas berjaya mengharungi dan menyelesaikan satu cabaran itu,speechless.

The taste of glory,is wonderful.Adrenalin yang dirasakan,best.


From my point of view,I personally think,itulah point belajar di luar negara.

Mendapatkan Ilmu yang tiada di negara kita.

Jika hendak kata setakat hendak belajar tentang certain-certain subjects,dalam konteks zaman teknologi ini,belajar dari rumah pun sudah cukup jika hendak tahu tentang satu-satu perkara.

Kan?

Tapi,tujuan utama belajar di Luar Negara adalah mencari Pengalaman.

Pengalaman yang akan membantu kita di masa hadapan.Memperluaskan pemandangan kita.

Jika dikaitkan perkara ini dalam Usaha Dakwah,sebenarnya,amat banyak yang kita akan dapat lihat kelebihan Belajar di Luar Negara (ataupun Hidup Berdikari) terhadap usaha berdakwah.

Apa guna kita belajar di Luar Negara,tapi saban hari,kita apabila pulang dari kelas,hanya duduk di depan komputer bermain Facebook.

Ini bukan hendak perli sesiapa pun.

Sebaliknya,ini ditulis untuk renungan diri (dan orang lain yang mahu mengambil pengajaran).

Walaupun saya ada gagal beberapa mata pelajaran dalam Semester ini (dan sekarang ini sedang cuba untuk mensettlekannya),tapi sebenarnya banyak hikmah dalam Peristiwa ini.

Antara Hikmahnya adalah bila saya ke hulu,ke hilir mencari Cikgu untuk bertanyakan kepadanya Soalan berkaitan Peperiksaan.

Selain itu,saya juga mendapat rakan-rakan baru.Banyak juga.Rakan-Rakan Warga Tempatan Negara tempat saya belajar.

Mungkin ada yang bertanya (atau tidak,tetapi itu bukan Isu Utama),"Gerak sorang je ke?".

Bukanlah menjadi satu keseronokan untuk 'gerak sorang'.

Tapi,melalui Pengalaman yang lepas,yang saya banyak belajar daripadanya,saya mendapati,jika kita ingin mendapatkan sesuatu kebaikan,atau ingin berusaha melakukan sesuatu kebaikan,janganlah kita menunggu orang lain.

Seriously.

Kerana,kadangkala,bila kita menunggu orang lain,kadang-kadang penungguan kita itu akan menyebabkan kita hilang satu perkara dan peluang akibat orang yang ditunggu itu tidak mahu bergerak.Bukan setakat tidak mahu bergerak,malah ke-tidak-gerak-an mereka itu turut sama menyebabkan ke-mahu-gerak-an kita terbantut dan akhirnya terbatal.

Sama juga dalam hal-hal berkaitan Perubahan ke Arah Kebaikan.

Mari saya beri contoh,

Ali dan Abu adalah kawan baik.

Kedua-duanya merokok.

Tetapi,Ali sudah mula nampak keburukan merokok.

Dan,dia cuba untuk berubah.Berhenti dari merokok.

Ya,memang dia ada tersasar kadangkala.Cuba-cuba merokok kembali.Tetapi,dia tahu itu salah.

Jadi,dia dengan tekad yang tinggi,setiap hari cuba untuk tidak merokok.

Tetapi,dalam masa sama,adanya Abu.

Ali cuba menasihati Abu,bahawa rokok itu merbahaya untuk kesihatan.Apa yang lebih penting,ianya Haram.

Tapi,Abu berkata,"Chill la bro.Isap dulu sebatang.Member-member kot.Aku belanja ah ni".

Jadi,Ali,atas dasar 'member',menghisap rokok kembali.

Semakin hari,dasar 'member' ini semakin menebal dalam diri Ali.

Akibatnya,dia kembali seperti dahulu.

Sepatutnya,jika Ali benar-benar mahu berhenti merokok,Ali yang tahu bahawa Abu merupakan seorang bad influence perlu menjarakkan diri dari Abu.

Memang dia perlu nasihatkan Abu.

Tetapi,jika sudah dinasihat,dan Abu masih lagi tidak berhenti,dan berada di samping Abu hanya akan membawanya ke arah kejahatan kembali,Ali perlu segera meninggalkan Abu.

Ini bukan selfish,tapi realiti.Jika Ali still dengan Abu,satu benda pun dia tidak akan berjaya.

See the flow?

Ada seseorang (saya tidak sure siapa) pernah berkata,"Tidak betul-betul beriman dan bertaubat seseorang itu selagi dia tidak meninggalkan masa lepasnya yang buruk dan tidak menukarkan kawan-kawannya kepada kawan-kawan yang lebih baik".

Dan ada juga ayat Quran menerangkan Situasi ini,


Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. [58:22]

Berbalik kepada perbualan saya dengan Pensyarah saya.

Dari apa yang saya lihat,saya simpulkan,Beliau mengajar,bukannya kerana wang.

Tetapi,mengajar kerana semangat berkongsikan Ilmu (Semoga Allah SWT memberikan Petunjuk dan Hidayah-Nya kepada Guru saya ini,kerana melalui apa yang Beliau cakapkan,Beliau ini Atheist.Astaghfirullahalazim.Amin)

Beliau turut bercerita tentang Perang Dingin antara Negaranya dan Negara Amerika satu masa dahulu.

Banyak sebenarnya Beliau cerita.

Tapi,hendak cerita semua,adalah mustahil.

Kalau saya cakap dekat anda,maybe boleh.Tapi hendak tulis,adalah mustahil.

Tidak mustahil sebenarnya.Tapi...okay tak penting.Anda faham apa saya cakap.


Jadi,perbuatannya bekerja untuk berkongsi Ilmu adalah sesuatu yang perlu dicontohi pada pendapat saya.

Ini kerana,apa yang dapat kita lihat pada hari ini,ramai dalam kalangan kita,apabila hendak berbuat sesuatu sahaja,pasti hendak upah.Buat baik sahaja,pasti hendak duit.

Ini sebenarnya kurang tepat.Memang kita perlukan upah.Tapi,bukan upah itu yang menjadi matlamat hidup.Lagipun,rezeki itu semua datang daripada Allah SWT.Allah SWT memperluas rezeki sesiapa dari kalangan hamba-Nya yang Dia kehendaki dan menyempitkan rezeki dalam kalangan hamba-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

Tetapi,bukan bermaksud kita tidak perlu berusaha.

Ha,di sini kita perlu faham betul-betul.


Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. [42:20]

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. [42:27]

Jadi,kesimpulannya,betulkan niat.Buatlah sesuatu untuk mendapat redha Allah SWT.Jika ada dapat duit,Alhamdulillah.Jika tiada,bersyukurlah juga.

Inilah indahnya Islam.

Dan inilah sebenarnya yang ditakuti oleh musuh-musuh Islam.

Kerana apabila semua orang Islam mengamalkan Islam dengan sebenar-benarnya,mereka akan jadi sehumble-humble manusia.

Harta mereka,akan mereka gunakan dan nafkahkan ke arah kebaikan.Kerana Islam mengajarkan bahawa,dalam setiap harta kita,ada hak orang lain yang perlu ditunaikan.

Tapi,semua ini akan hanya kita nampak jika adanya iman di dada.Jika mahu ada iman,kembalilah kepada-Nya.Kerana hanya dengan kembali kepada-Nya,iman akan hadir di dalam dada.

Dunia?Bukanlah matlamat abadi mereka (orang Islam).Mereka menggunakan dunia ini sebagai tool sahaja untuk akhirat.

Jadi,tiadalah istilah 'materialistik' dalam kalangan orang Islam jika mereka benar-benar memahami Islam.


Jadi,cuba anda bayangkan,apa akan berlaku jika orang-orang Islam benar-benar mengamalkan Islam?

Rugilah perniagaan-perniagaan kapitalis mereka.

Ini sebenarnya hanya satu dari point-point lain kenapa mereka memusuhi Islam.Anda boleh baca di sini jika masih tidak faham : LINK.

Sebenarnya,dunia akan indah jika kita benar-benar mengamalkan Islam.

Masyarakat akan makmur jika kita mengamalkan Islam.

Islam yang disebut,bukanlah Islam yang berunsurkan Politik semata,tapi Islam yang mentauhidkan Allah SWT.Yang menyembah Allah SWT berpandukan apa yang diajarkan kepada manusia oleh Rasulullah SAW.

Ini perlu disebut.Kerana ramai orang dalam kalangan masyarakat kita hari ini,seolah-olah Politik itulah agamanya.

Lebih percayakan Pemimpin Politik,berbanding kebenaran yang nyata.Menghalalkan yang Haram,dan sebaliknya,untuk membenarkan apa yang Pemimpin mereka katakan.

Ini bukan Penulisan Politik.Tapi ini penulisan kebenaran.


Jangan emo tidak kena tempat.

Jadi,berbalik kepada cerita saya tadi.

Ada satu yang saya perasan bila bergaul dengan Rakan-Rakan Warga Tempatan Negara tempat saya belajar ini.

Seakan-akan ada satu gap (jurang) yang memisahkan saya untuk menjadi semakin rapat dengan mereka.

Apakah itu?

Contoh mudah,Arak.

Saya pernah dijemput menghadiri Majlis Hari Jadi seorang rakan saya (bukan Pelajar Malaysia).Saya pun hadiri.Saya agak rapat dengan member saya ini dahulu.So,dipendekkan cerita.Dalam majlis ini ada toast.Toast itu adalah ucapan hari jadi diikuti minum arak.Saya yang pada masa itu,agak kaget,terpaksalah mengatakan saya sedang berpuasa.Mereka okay.Dan respek.Tapi,nak tak nak,lepas tu saya bla je la.Haha.Sebab apa?Sebab selepas toast itu,semuanya menjadi semakin 'meriah'.Bla bla bla.

Anda dapat tangkap apa saya cuba sampaikan?

Bagi mereka-mereka ini,Arak merupakan satu perkara biasa.

Tidak boleh salahkan mereka mungkin.

Kenapa?Kerana mereka Jahil.

Tapi,itu tanggungjawab kita yang Islam untuk menyedarkan mereka.

Tapi,hendak menyedarkan mereka,ada caranya.Biarlah berhikmah.

Jadi,sekarang ini,saya cuba menggunakan pendekatan berhikmah.

Saya rapat dengan mereka,dan mengoptimumkan komunikasi dengan mereka,semasa berada di dalam kelas.

Orang kata,nak masuk kandang kambing,buatlah cara kambing.

So,saya applykan teknik itu.Pada bahagian-bahagian tertentu,saya akan cuba tanya mereka dengan certain-certain soalan yang membuatkan mereka berfikir.

Mereka fikir atau tidak,itu tidak penting.Yang penting,saya seru mereka berfikir.

Kerana,tiada kata-kata yang lebih baik berbanding kata-kata yang menyeru manusia kepada jalan Allah SWT.


Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" [41:33]

Saya akui,saya bukan Perfect.

Ada masa,(terutamanya di Musim Sejuk ini) saya juga kantoi Subuh Primetime.


Agaknya sedap sangat bergebor kena peluk dengan Setan sampai tak larat nak bangun Subuh,haha.

Tapi,seriously,ini sebenarnya (Isu Kantoi Subuh) bukan Isu Main-Main.

Ini Isu Serious.So,don't take it lightly,okay?


Tapi,itu bukan alasan untuk saya tidak melakukan dakwah.

Kan?

Sebenarnya,melalui pemerhatian saya,tanggungjawab untuk memperbetulkan dunia pada hari ini sebenarnya jatuh pada bahu Golongan Muda.

Tapi,lihatlah Golongan Muda hari ini.

Bagaimana keadaan mereka?

Jika anda kata Golongan Muda hari ini sudah rosak,ternyatalah berjaya Misi Musuh Umat Islam melekakan Golongan Muda.

Tapi,itu juga bukan alasan.

Biarpun kita berseorangan,kita perlu memulakan sesuatu.

Kerana Islam itu juga mula dengan hanya Rasulullah SAW yang mendapat wahyu.

Sekarang?

Sudah ramai.

Contohilah Rasulullah SAW dalam segala aspek kehidupan.Sungguh,Allah SWT telah menjadikan Baginda SAW itu sebagai manusia paling berjaya dalam kehidupan dunia ini.Jadikanlah Baginda SAW role model.Baca sirah kehidupannya.


Nasihat saya kepada Anak-Anak Muda dan Adik-Adik di luar sana (yang masih bersekolah atau di IPT),berdikarilah.

Banyakkanlah membaca.Banyakkanlah berfikir.

Jangan terus leka dengan dunia selesa anda.


Bila saya berkata berdikari,bermaksud,janganlah menunggu Orang lain untuk memulakan sesuatu langkah (ke arah kebaikan) dahulu.

You have to be the first one,bro!

Jika bukan anda,siapa lagi?

Anda tentu sedar realiti ini bukan?

Jangan jadi Jaguh Kampung semata.Kerana Dunia sebenar jauh lebih kejam dan mendiskriminasi berbanding Dunia Selesa yang kita jalani pada hari ini.


Itu sahaja untuk kali ini.

Banyak sebenarnya saya mahu ceritakan lagi.

Tapi,saya rasa ini sudah mencukupi.

Point-point lain yang saya tidak dapat selitkan dalam Penulisan ini,Insya-Allah akan saya selitkan dalam Penulisan-Penulisan yang akan datang.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya juga manusia biasa.

P/P/S : Maaf sebab grammar teruk.Maaf jika terkasar bahasa.Betulkan salah silap.Ambil jernih,buang keruh.


P/P/S : Segala puji bagi Allah SWT,Alhamdulillah kerana sentiasa mengurniakan saya dengan Idea untuk menulis.Semoga saya kekal ikhlas,dan dijauhi dari perasaan riak.


2 comments:

  1. hendak tahu masa depan,lihat keadaan generasi muda hari ini.

    ReplyDelete