23.2.11

Siri Isolusi 1 : Hanya Dengan Sikap Serius Sahaja,Kita Boleh Berjaya (Samada Di Dunia Atau Akhirat).

Prenote : Semoga dipermudahkan Allah SWT urusan saya untuk menulis ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apakah Isolusi?

Isolusi adalah singkatan daripada perkataan Islam Sebagai Solusi.

Atau dalam kata lain,Islam sahajalah yang mempunyai Solusi (Penyelesaian) bagi semua masalah yang melanda dunia pada hari ini (dan semalam).

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. [21:107]

Kenapa saya katakan begitu?

Kerana,Islam itu sebenarnya cara hidup yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui pengantaraan Malaikat Jibril untuk disampaikan kepada kita Umat Manusia.

Jika anda tidak percaya hakikat ini,sila rujuk Al-Quran.

Saya pelawa anda yang reti membaca,untuk membuka Tafsir Al-Quran di rumah anda,dan membacanya dari awal sehingga habis.

Anda akan nampak kenapa saya katakan Islam itu Solusi bagi segala masalah yang ada dalam dunia pada hari ini.

Anda yang masih belum memeluk Islam juga (amat-amat) dipelawa untuk membaca Tafsir Al-Quran.Adalah lebih baik untuk anda membaca Tafsirnya itu dalam Bahasa Ibunda anda.Ini untuk memudahkan pemahaman anda.

Jika sukar menjumpai Al-Quran dalam Bahasa Ibunda anda,anda boleh klik di sini untuk mendownload Tafsir Al-Quran dalam Bahasa Inggeris.

Sebenarnya,link yang saya bagi di atas ini,bukan sahaja sekadar mengandungi Tafsir Al-Quran dalam Bahasa Inggeris,tapi juga mengandungi serba sedikit Info tentang Islam.

Kerana saya faham,anda yang belum memeluk Islam tentu sering tersalah sangka dengan Islam.Ini sebenarnya bukan salah anda juga.Banyak punca berlakunya salah faham ini.

Jadi,untuk memperbetulkan salah faham ini,anda downloadlah file PDF ini.

Dengan izin Allah,segalanya akan terjawab,insya-Allah.

Tapi,pastikan anda mempunyai Penguasaan yang baik dalam Bahasa Inggeris (yang saya yakin ianya bukan satu masalah besar kerana kebanyakan dari kita di Malaysia pada hari ini mampu membaca dalam Bahasa Inggeris).

Orang Islam juga dipelawa untuk memuat-turun file PDF ini.

Saya cadangkan,jika anda tidak suka membaca di skrin komputer,anda bolehlah mencetak file PDF ini dalam bentuk buku (Printed version).Atau mungkin bagi anda yang mempunyai Smartphone atau PDF Reader,boleh baca di situ.


Bagi Orang Islam,kita wajib beriman bahawa Hidup di Dunia ini bukanlah segala-galanya.Kerana,Dunia ini sebenarnya adalah satu Persinggahan sahaja.Akhirat itulah yang abadi,yang di mana segala perbuatan kita (semasa hidup di dunia ini) akan dihisab di Akhirat kelak bagi menentukan destinasi kita yang seterusnya,samada Syurga Atau Neraka.

Itulah Hakikat hidup yang sebenar.Dan hidup di Akhirat itu adalah kekal,selama-lamanya.

Tapi,bukan bermaksud,hidup di dunia ini kita perlu bermalas-malasan semata-mata.Kena faham perkara ini sejelas-jelasnya.Islam tidak mengajak manusia ke arah kemunduran.Sebaliknya,sejarah menyaksikan,Islam menjadikan kehidupan manusia itu ke arah yang lebih baik.SubhanAllah.

Kenapa Siri Isolusi?

Saya (Penulis) sebenarnya adalah seorang yang meminati Bidang Sastera,atau secara spesifiknya lagi,Bidang Sejarah dan Kemanusiaan.

Saya amat meminati bidang ini (semenjak dari kecil lagi).

Tapi,selepas sekolah,saya membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang sebenarnya saya kurang berminat (atau bolehlah dikatakan sama sekali tidak berminat).

Kenapa saya membuat keputusan sebegitu?

Kerana memikirkan persepsi orang.

Ya,persepsi.

Jadi,kepada Adik-Adik yang masih berada di sekolah,sila take note.Sila buat keputusan yang bijak semasa memilih bidang pengajian di Universiti kelak.


Tetapi,saya tidak boleh mengeluh.Atau merungut.

Kenapa?

Kerana inilah hidup saya sekarang ini.

Dan sebagai orang beriman,kita perlu tahu bahawa,

DARIPADA Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Orang mukmin yang kuat lebih baik kepada Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan tiap-tiap seorang ada kebaikannya (imannya).Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: "Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,' kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." [Hadis riwayat Muslim]

Dan beriman kepada Qada' dan Qadar itu adalah sebahagian dari Rukun Iman.

Segala puji bagi Allah,Alhamdulillah,Allah Maha Mengetahui.

Setelah beberapa lama saya di sini,barulah saya tahu ada hikmah sebenarnya kenapa saya (dengan izin Allah SWT) membuat keputusan ini.

Saya sebenarya tidak rugi apa-apa,malah saya beruntung.

Kerana mendapat ilmu dalam bidang Sains Dan Teknologi,dan dalam masa yang sama,masih boleh mengkaji tentang bidang Sejarah Dan Kemanusiaan.

Beberapa hari lepas,saya menonton sebuah video.

Video bertajuk Waking The Lazy Muslims.

SubhanAllah (Maha Suci Allah).

Banyak ilmu yang saya dapat dalam video itu,terutamanya dalam bidang Sejarah.

Antaranya,Timbuktu.

Apa yang membuatkan saya lebih tertarik untuk mengkaji perkara ini adalah kerana kaitan Timbuktu itu dengan Islam.


Tapi,sebenarnya,dalam video itu bukan sahaja menyentuh tentang Timbuktu.

Banyak perkara yang disentuh.

Dan ditambah dengan perkara-perkara lain yang saya mahu tulis sejak akhir-akhir ini,yang semuanya berkait rapat,jadi saya membuat keputusan untuk membuat Siri Isolusi.


Kerana saya merasakan saya tidak boleh menulis perkara yang banyak ini dalam satu penulisan sahaja.

Ya,saya tahu.

Proses ini akan memakan masa.

Dan akan mengambil banyak masa saya.Jadi,saya berdoa kepada Allah SWT untuk memudahkan urusan saya untuk menulis perkara ini.

Mungkin tiada siapa yang membaca Penulisan ini.Mungkin ada.Tapi,itu bukan main point.

Ini kerana,saya merasakan adalah perlu untuk menulis perkara ini.

Banyak ilmu dan pengajaran yang boleh disampaikan.

Dan kalau hendak fikirkan ada orang baca atau tidak sahaja,susahlah.

Banyak perkara akan dibincangkan dalam Siri Isolusi ini.

Antaranya,

- Timbuktu,Satu Empayar Yang Hilang.

- Cape Malay.

- Kepentingan Ilmu.

- Membanteras Hedonisme Dalam Kalangan Remaja?Kuncinya Ada Pada Islam.

- Bla bla bla.

Saya bukan mahu berlagak Hero atau apa dengan menulis ini.Sebaliknya,saya berdoa supaya Allah sentiasa mengekalkan hati saya dalam keadaan Ikhlas.

Saya tidak katakan segala perkara yang saya bakal tulis ini betul belaka.Malah,saya yakin akan berlakunya kesilapan.

Kerana apa?Kerana saya manusia biasa.

Dan,saya amat mengharapkan anda yang membaca untuk membantu saya.Yang mana,jika ada kesilapan yang terjadi dalam Siri ini,sila betulkan dan maklumkan pada saya.

Saya juga menulis ini untuk membuka mata kita Umat Islam.

Sekali lagi,saya berdoa supaya Urusan saya dipermudahkan Allah SWT.

Islam Sebagai Solusi (Isolusi).

Antara peristiwa yang mendorong saya menulis Siri ini adalah peristiwa yang saya gelarkan,Peristiwa Semalam.

Apakah Peristiwa Semalam itu?

Begini,semalam saya pulang dari kampus.

Saya melihat ada Pakcik sedang bekerja di atas jalan raya.Mengetuk Ais.

Di Malaysia,tiada pekerjaan ini.Kerana Malaysia tiada Musim Sejuk.

Tetapi,di sini,ada pekerjaan ini.

"Tentu Pakcik ini sedih",fikir saya.

Yalah,duduk di bandar besar,gaji rendah etc etc.Tentulah hidup tertekan.

Dan saya lihat di sekeliling,ramai orang yang sibuk memilih barang-barang untuk dibeli di kedai.Perkakas untuk melawakan diri sendiri etc etc.

Situasi yang saya gelarkan Narcissism,atau dalam kata lain,masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Kenapa?

Bagaimana kita boleh hidup dengan memikirkan kita hari ini hendak beli baju apa,pakai rantai apa etc etc,sedangkan di hadapan mata kita,ramai lagi orang yang kebuluran,tidak makan etc etc.

Dan saya memikirkan tentang Islam.

Betapa Islam sahajalah yang boleh menjadi Solusi untuk masalah ini semua.

Kenapa?

Dengan mengamalkan Islam sepenuhnya,seorang yang kaya,tidak akan hidup selfish.Sebaliknya,hartanya akan digunakan untuk membantu orang yang perlu.

Orang yang miskin pula,tidak akan tergamak untuk mencuri atau melakukan perkara jahat semata-mata untuk mendapat duit.Sebaliknya,salah satu ciri Umat Islam adalah mereka redha dengan segala ketentuan Allah SWT.

Dan,manusia akan saling berbantu.Material bukanlah matlamat utama hidup Orang Islam bla bla bla.

Nampak flow?

Kemudian,saya kaitkan pula perbezaan besar antara Sistem Ekonomi Islam dan Sistem Kapitalis.Saya bukan Orang Ekonomi.Tapi,saya bukan orang yang tidak boleh nampak perbezaan.Sila ambil perhatian.Anda boleh pergi sini untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

So,inilah yang saya fikirkan.

Banyak sebenarnya lagi contoh.

Jika anda tidak percaya bahawa Islam sahajalah yang boleh menjadi Solusi,cuba baca Al-Quran.Betul.Serious cakap.

Dan baca juga Sejarah Hidup Umat Islam Terdahulu.

Bagaimana Khalifah-Khalifah Islam memimpin rakyatnya.Mereka tidak memimpin untuk kuasa.Mereka memimpin rakyatnya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Mereka tidak memimpin untuk mendapat harta peribadi.Malah ramai dalam kalangan mereka tidak berharta.Contohnya Said Bin Amir Al-Jumahiy.

Siapa Beliau?Beliau adalah salah seorang Pembesar Islam.Tetapi,hidupnya?Susah.Anda boleh baca di sini tentang perkara ini.

Indah bukan?

Hidup,bukan sekadar untuk mendapat duit.Tetapi,ada sesuatu yang lebih daripada itu.Apakah ia?

Mencari redha Ilahi.Ya.Ketahuilah kita perkara ini.

Dan Islam bukan setakat satu cara hidup di atas kertas.Indahnya Islam adalah kerana,apabila seseorang itu beriman,segala-gala yang mustahil dilakukan,akan menjadi tidak mustahil.

Insya-Allah.

Lihat sahaja,betapa tabahnya Golongan Islam pertama mengharungi dugaan dalam mempertahankan Iman.Ada sesuatu di sini.Yang perlu difikirkan Manusia.

SubhanAllah.Semoga kita semua dikekalkan dalam Iman sehingga akhir hayat.Semoga Allah SWT memberikan kita pengakhiran yang baik.Amin.

Itu sahaja untuk kali ini.

Saya akan sambung menulis,pada hari esok,jika ada kesempatan.

Insya-Allah akan cuba.

Banyak perkara ingin ditulis.Banyak juga yang sudah saya baca untuk ditulis.Semoga saya ikhlas sentiasa.Tidak riak.Itu yang penting.

Sebenarnya,kita tiada masa untuk berehat sebenarnya.

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [103:3]

Dalam tempoh bulan ini sahaja,pelbagai perkara besar telah melanda dunia.

Isu Libya,Isu Egypt,Isu Tunisia,Gempa Bumi di New Zealand etc etc.

Adalah amat tidak munasabah ketika dunia sedang dilanda pelbagai perkara besar seperti ini,dan kita pula duduk di depan komputer dalam rumah kita masing-masing,mendengar MP3 Pop Star terkenal.

Terlalu selfish dan self-centered bunyinya (serta ignorant).


Sekian untuk kali ini.

Jika ada salah silap,sila betulkan.Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Cuba sedaya-upaya untuk menulis dengan Tatabahasa yang baik,tetapi hampa.

P/P/S : Umat Islam,sedarlah.Jangan terus leka dengan dunia anda.Jangan terlalu ignorant.



4 comments:

  1. assalamualaikum...mula2 sy tgk tajuk agak gerun d situ ya sbb sy ni macam seorg yg xserius lg setakat ni...(kurang matang la gitu)=P


    tapi bila baca memberi motivAsi tu sy!rasa nya sblm ni sy cam maleih dh nk tulis ni...tp baca bc entry ni...terpikiq...menulis jugak 1 methode dakkwah!..

    p/s:tp..kurang tere susunan ayt cam pena maya+xtau nk tulis apa...huhu...T__T

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam.

    secara jujur,saya juga bukan seorang yang 'serius' perwatakannya dalam dunia sebenar.tapi,apa yang penting,kita tahu bila kita perlu bertindak 'serius' dan bila perlu main-main.

    salah kita pada hari ini,adalah kerana kita terlalu main-main.

    sehingga dalam majlis ilmu pun kita main-main.

    itulah pasal seakan-akan tiada manfaat dapat pada diri kita.

    banyak ketawa itu sebenarnya hanya membuatkan kita makin lupa mati.

    dan serius yang dimaksudkan dalam tajuk di atas adalah serius yang sinonimnya istiqamah.bukan hangat-hangat tahi ayam.

    dalam apa juga yang kita lakukan,jangan hangat-hangat tahi ayam.

    nampak flow?

    dan tulisan kat sini sebenarnya pendapat peribadi saya.maybe ada salah.tapi kalau betul,Alhamdulillah.manfaatkanlah.

    betul.penulisan satu methode menyeru orang kepada kebaikan.

    dan kata-kata terbaik adalah yang menyeru orang kepada jalan Allah SWT yang satu.


    Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

    [41:33]

    p/s : tidak mengapa.tulis ikut diri sendiri.jangan compare dengan orang lain.setiap orang ada kelebihan masing2.saya taklah sepower mana pun.ini semua dari Allah SWT.tak semestinya kita tulis panjang2 sahaja.maybe anda boleh share artikel dari orang.maybe anda boleh tulis bahasa pasar.dan maybe juga leh share hadis2.dan hurai sikit2.kaitkan.anggap kita sedang bercakap sambil menulis itu.lame2 kemahiran tu akan datang iA.yang penting message sampai.dan yang penting ikhlas.insya-Allah.

    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sedara.
    terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  4. TQ..ayat yg catchi kat blog ni...NAMAPAK FLOW x??.hehe

    ok la..jzzk..UZAH

    ReplyDelete