25.2.11

Siri Isolusi 1,5 : Penulisan Mesti Baca Bagi Setiap Orang Islam Yang Memahami Bahasa Melayu.

Perhatian : Diminta kerjasama anda (yang ingin membaca) untuk menghabiskan pembacaan anda sehingga habis.Ini bagi memastikan anda mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Penulis dalam Penulisan ini.Dan sila ambil perhatian,jika ada didapati sebarang kesilapan dalam Penulisan ini,sila maklumkan kepada Penulis.Terima Kasih.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kembali lagi dalam Siri Isolusi.

Kalau diikutkan,saya mahu terus menulis tentang Timbuktu terus.

Tapi kemudian,saya terfikirkan sesuatu yang lebih kurang bunyinya begini,"No,no,tidak boleh terus tulis tentang Timbuktu.Tidak boleh terus melompat kepada Isu Timbuktu.Kena sentuh basic dahulu".

Dalam penulisan kali ini,saya akan berkongsikan beberapa keratan Tafsir Al-Quran dan Hadis,untuk anda fikir dan renungkan sedalam-dalamnya.

Tafsir-Tafsir Ayat Al-Quran dan Hadis-Hadis yang akan saya kongsikan ini semua menyentuh tentang persoalan "Apakah Itu Islam?".

Semoga mendapat manfaat.

Dan di bawah ini,saya mahu kongsikan satu kisah.Tetapi,kisahnya dalam Bahasa Inggeris.Harap maaf atas kesulitan yang berlaku.

The Prophet SAW himself vividly warned Muslims to beware of such
deviations as had befallen the nations before them.

He encouraged them to stick closely to the path which he had tread.One day as he sat with his companions,he drew a straight line in the dirt. He then drew a series of lines branching off from either side of it. When the companions asked him what it meant, he pointed to the branches and told them that they represented the various paths of misguidance in this life.

He went on to say that at the head of each path sat a devil inviting people to it. After that,he pointed to the straight line in the middle and told them that it represented the path of Allaah.

When the companions asked for further clarification, he told them that it was his path and he recited the following verse from the Quran :

“This is my path leading straight, so follow it. And do not follow the
other paths, or else you will be separated from His (Allaah’s) path.”
[6:153]

[Reported by Ibn Mas‘ood and collected by an-Nasaa’ee, Ahmad and
ad-Daarimee. Authenticated by al-Albaanee in Sharh as-Sunnah, vol.1, p.13, no.17.
]

Dalam Bahasa Melayu,Ayat Al-Quran yang dibacakan dalam Kisah di atas bermaksud,

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. [6:153]

Sedarlah kita.

Islam inilah satu-satunya jalan yang lurus.

Satu-satunya jalan yang diredhai Allah SWT.

Dan bagi kita umat Islam,tahukah kita,apakah itu sebenarnya Islam?Apakah itu sebenarnya Iman?Dan apakah itu sebenarnya Ihsan?

Mungkin kita sudah tahu.

Tapi,di bawah ini,saya akan kongsikan satu Hadis yang panjang,yang menceritakan tentang deskripsi dan maksud Islam,Iman dan Ihsan yang sebenarnya.

Sila baca,dan hayati sebetul-betulnya perkara ini.

Daripada Saidina Umar RA,beliau berkata : Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari,tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih,berambut sangat hitam,yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda SAW dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda SAW seraya berkata : Wahai Muhammad!Terangkan kepadaku tentang lslam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda : lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah,(dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,berpuasa di bulan Ramadhan,menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata : Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya,dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.

Baginda SAW bersabda : (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah,para MalaikatNya, kitab-kitabNya,para RasulNya,hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata : Benarlah engkau.

Dia berkata lagi : Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.

Baginda SAW bersabda : Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi : Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda : Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata : Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.

Baginda bersabda : (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam,tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu,lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda SAW bertanya : Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?

Aku berkata : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.

Baginda bersabda : Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
[Hadis Riwayat al-lmam Muslim]

Sekarang ini,banyak pemahaman pelik-pelik muncul.

Pemahaman yang boleh dikatakan 'mengelirukan',dan ianya mula menguasai sebahagian dari kita Umat Islam.

Ingatlah,pesan Rasulullah SAW,dalam Khutbah Terakhir Baginda SAW kepada kita,

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
[Sumber : Link]

Mesti ada di antara anda yang mengelat membaca kan?Main skip-skip kan?

Kalau ada,saya minta anda baca balik Khutbah Terakhir ini.Jangan skip.Betul.Ini untuk kebaikan kita juga.

Tapi,jika tidak mahu,tidak mengapa.Saya tidak boleh memaksa anda.


Jadi,kita sebagai Umat Islam,yang hidup di Akhir Zaman ini,jika ada terlihat sebarang keraguan yang melanda dalam sesebuah persoalan itu,kembalilah kita merujuk Al-Quran dan As-Sunnah.

Carilah Ilmu.

Janganlah kita menjadi orang yang terpedaya dengan Fitnah Akhir Zaman ini.

Terlalu banyak Fitnah pada hari ini.

Kadangkala Fitnah itu turut menggunakan nama Islam untuk mengaburi mata khalayak.

Contoh mudah,"Fiesta Fesyen Islam".

Tapi,Fesyen yang ditayangkan?

Astaghfirullahalazim.

Islam untuk pengetahuan kita semua,menaikkan taraf wanita.Bukan menurunkan taraf wanita.

Cuba lihat masyarakat kita pada hari ini,akibat meninggalkan Islam,bagaimanakah wanita dilayan?

Cuba lihat lirik-lirik lagu Hip-Hop apabila menyentuh tentang wanita.

Apakah perkataan yang mereka gunakan untuk merujuk wanita?

You know,nowadays,they are dissing the women.

Wanita dianggap sebagai satu objek,bukan sebagai seorang manusia.Tidak percaya?Cuba lihat di Filem-Filem?Wanita dianggap sebagai satu Pelaris dengan menayangkan body mereka.Adakah ini namanya menghormati wanita?Saya sebagai seorang manusia yang waras merasakan ini bukan sahaja tidak menghormati Para Wanita,tetapi juga merasakan Budaya Urban pada hari ini,merendah-rendahkan Martabat Wanita.Mereka menganggap wanita sebagai satu Tool sahaja.


Tapi,cuba lihat bagaimana Islam menaikkan Taraf Wanita?

Cuba anda renung serenung-renungnya.

Tahukah kenapa wanita disuruh menutup Aurat?Ini kerana,lelaki sebenarnya miang.Haha.Tidak tipu.Kalau Wanita pakai terdedah sana sini,NESCAYA hadirlah fitnah.Dan AKAN berlakulah maksiat-seks-bebas-one-night-stand.

Ini Kisah Benar.Bukan Kisah Tipu.

Itulah pasal wanita disuruh menutup Aurat.Disuruh menjaga suara.Tapi,hari ini?

Dan yang paling menyedihkan,ada pula Fesyen 'I-Bertudung-Tapi-I-Pakai-Baju-Ketat-Melekat-Sendat'.

Aiseh.

Terlalu banyak fitnah.

Allah SWT telah Menciptakan kita.Jadi,tentulah Dia Maha Mengetahui apakah yang terbaik untuk kita manusia-manusia sekalian.Tapi,kita ingkar.Akibatnya?Jadilah perkara-perkara seperti yang kita dapat lihat pada hari ini.


Jadi,kita sebagai orang yang beriman,jika ada sebarang kemusykilan,berpatahlah balik kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Rujuk Al-Quran dan As-Sunnah.

Kerana Nabi Muhammad SAW sendiri yang menyatakan bahawa jika kita berpegang teguh dengan dua perkara ini,nescaya kita tidak akan tersesat selama-lamanya.

Mungkin apa yang kita lakukan pada hari ini ganjil.Tetapi,ganjil itulah ciri-ciri orang yang berjaya.

Tahukah anda kisah Cape Malay?

Haaa...

Itu pasal saya hendak story pasal Cape Malay and Timbuktu ini semua.

Ini sebagai satu motivasi sedikit.


Tapi,hari ini saya mulakan dengan perkongsian ini dahulu.Yang Timbuktu ini semua,dalam penulisan yang akan datang.Jadi,kenalah tunggu.Hehe.

Semoga bermanfaat.

Sebagai penutup Penulisan,saya kongsikan dua Hadis.

Hadis untuk kita hayati,dan amalkan.

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) – [Hadis Riwayat Muslim]

Maksudnya: 'Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu'. Hadith hasan sahih. [Sumber : Link]

Rasulullah SAW telah memberi amaran awal-awal lagi pada kita.Bahawa akan berlaku banyak perselisihan pada akhir zaman nanti (zaman kita ni lah).

Jadi,berhati-hatilah kita.

Jangan menjadi Orang Islam kerana mengikut Tokoh Politik,Kekasih Hati mahupun Tokoh Reformasi.

Sebaliknya jadilah Orang Islam kerana mengikut apa yang diajarkan Rasulullah SAW dan untuk mentauhidkan dan menyembah Allah SWT yang Maha Esa.

Kerana kita semua akan dikembalikan kepada-Nya (Allah SWT) pada hari akhirat kelak.


Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!

"Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!"
[45:28-29]

Sekali lagi diingatkan.

Islam itu bukan sekadar hanya berkisar pada Isu Politik.

Islam juga bukan sekadar menyentuh tentang Isu Menghalalkan Perhubungan.

Sebaliknya,Islam itu cara hidup yang menyeluruh.

Kita orang Islam yang beriman,adalah menjadi kewajiban kita mencari ilmu untuk memahami jalan yang lurus ini.

Janganlah kita terus berada di dalam dilema.

Dan janganlah kita menjadi orang yang rugi.

Itu sahaja untuk kali ini.Jika ada salah silap,sila betulkan.Jika ada terkasar bahasa,minta maafkan.Saya hanya mahu berkongsi ilmu yang ada untuk menjadi peringatan kepada kita semua (terutamanya diri sendiri).

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jangan terlalu malas.

P/P/S : Bukankah saya sudah katakan,ianya mengambil masa.Mungkin sekejap.Mungkin lama.Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Doakan supaya dipermudahkan.Amin.

P/P/P/S : Tinggal satu lagi.Sangat gumbira hati ini.Alhamdulillah.



3 comments:

  1. Alhamdullilah.. TERIMA KASIH kpd Umar Zakir Abdul Hamid..sumber dan info yg sgt bermanafaat utk semua golongan atasan,pertengahan,bawahan,umum,sosialis,musyirikin mahupn jahiliyah moden MEMBACA .artikel yg merujuk kpd sumber dari AL-QURAN, HADIS , AS-SUNNAH spt inilah daya dan gaya PEMIKIRAN serta PENULISAN yg dpt MEMBERI ILMU utk ISLAM yang SEBENAR. semoga pembaca yg sudah membaca mendapat TAUFIK dan HIDAYAH..bkn saya hendak membangga2kan kamu tetapi individu spt kamu inilah yg dapat berikan satu sifat beroleh kebaikan terhadap orang lain (dengan izin ALLAH).

    ReplyDelete
  2. jazakallah utk pkongsian saudara. smoga dpermudahkn urusan olehNya ;)

    ReplyDelete
  3. @syed nasrullah @anon

    alhamdulillah.segala puji bagi Allah.insya-Allah.amin.

    ReplyDelete