27.2.11

Siri Isolusi 2 : Mansa Musa (Dan Kisah Perjalanannya Menunaikan Haji Ke Mekah).

Prenote I : Semoga dipermudahkan.Dan semoga ikhlas.Amin.

Prenote II : Diminta kerjasama anda (yang ingin membaca) untuk menghabiskan pembacaan anda sehingga penghabisan penulisan.Ini bagi memudahkan pemahaman anda terhadap mesej yang ingin disampaikan Penulis.Dan jika didapati ada sebarang kesalahan dalam Penulisan,minta jasa baik anda untuk memaklumkannya kepada Penulis.Terima kasih.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
[10:62-63]

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. [46:13]

ibarat malam dan siang yang sentiasa bersama,
saling berkait rapat nama mereka,
begitulah juga kisahnya Timbuktu dan Mansa Musa,
saling melengkapi sejarah keduanya.

Sebelum menceritakan perihal Timbuktu,tidak dapat tidak,perlu saya menceritakan tentang Mansa Musa.

Saya mengambil rujukan dari banyak Sumber untuk menulis penulisan ini.

Tetapi,kebanyakannya diambil dari sumber ini dan ini.

Sebelum menulis,elok diingatkan juga,saya bukan seorang Pakar Sejarah mahupun Sejarawan.Saya tidak menulis penulisan ini untuk mengutamakan Historical Point yang ada dalam Kisah ini.Tapi,saya menulis ini dengan memfokuskan Nilai Murni yang terdapat dalam Kisah ini.Saya menulis penulisan ini untuk membuka mata kita umat Islam.Untuk kita mengenal sejarah kita.Dengan harapan kita tidak lena lagi.

Siapakah Mansa Musa?

Mansa Musa merupakan Maharaja Empayar Mali yang ke 10.Mansa bermaksud Raja.Beliau ini sangat kaya.Bolehlah dikatakan Beliau inilah Maharaja yang terkaya pada zamannya.

Timbul persoalan.Di manakah terletaknya Empayar Mali ini?

Empayar Mali terletak di Benua Afrika.

Semasa Mansa Musa memerintah Mali,Mali sedang berada di puncak kekuasaannya.

Antara peristiwa penting dalam rentetan hidup Mansa Musa adalah Kisah Perjalanannya Untuk Menunaikan Haji Ke Mekah Dari Mali.

Haji?

Ya.Haji.

Beliau adalah seorang Islam.

Bukan sahaja "Islam",tapi Beliau adalah seorang yang amat berpegang kuat dengan Islam.Atau dalam bahasa Inggerisnya kita istilahkan sebagai,"Devout Muslim".

Tertarik saya dengan ayat ini (yang saya jumpa di Page Wikipedianya),

"He believed the religion of Islam to be deep and certainly more than repetition of Qur'anic verses and prayer."

Seperti ada satu virus yang melanda masyarakat kita,sesetengah dari kita pada hari ini sering beranggapan bahawa Islam itu terpisah sama sekali dengan urusan dunia.

Atau dalam kata lainnya,Pemikiran Sekular.

Pemikiran Sekular yang mengasingkan agama dengan urusan duniawi.

Ini sama sekali tidak tepat.

Kenapa?

Kerana Islam ini adalah cara hidup yang meliputi segala jenis aktiviti di dunia ini.Ianya rasional sehingga ke akhir zaman.

Kenapa?

Ini kerana Islam diturunkan oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui.Dia telah Menciptakan kita.Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Apakah kesan Wabak Sekular ini kepada Pemikiran Masyarakat Kita pada hari ini?

Akibatnya,ramai dari kita sekadar menganggap Islam itu terletak di dalam Masjid semata-mata.Islam itu hanya terletak pada Majlis Perkahwinan semata.Islam itu terletak hanya pada Majlis Berkhatan Beramai-Ramai sahaja.Islam itu hanya dengan memakai Jubah dan Kopiah.Islam itu terletak hanya pada segmen-segmen tertentu sahaja.

Akibatnya lagi,lahirlah masyarakat Islam yang Jumud,yang tidak reti menyesuaikan diri dengan persekitaran.Yang gagal mempertahankan Iman dan Pendirian apabila Islam diserang oleh Musuh-Musuh Islam.

Mungkin kita tidak mengiyakan pernyataan ini,tapi perbuatan kita sedar tidak sedar seolah-olah kita mengiyakan pernyataan ini.

Ini bukan Penulisan Politik.Sila take note about this.

Tapi ini soal bagaimana kita memahami Islam itu.Kita definisikan Islam itu sebagai apa?Itu persoalan yang sangat menarik untuk difikir.

Menyentuh kembali tentang Mansa Musa.

Mari saya ceritakan tentang Perjalanannya Menuju Ke Mekah Untuk Menunaikan Haji.

Pada tahun 1324,Beliau menuju ke Mekah bersama-sama dengan rombongannya yang terdiri dari sejumlah Pengawal,Tentera,Pembesar,pelbagai peralatan dan perkakas.

Apa yang dibawanya dalam rombongan itu,tidaklah menarik untuk diceritakan.Tapi,apa yang dilakukannya sepanjang perjalanan itu,agak menarik untuk dikongsikan.

Jadi,ketika dalam perjalanan,Beliau dan Rombongannya singgah di banyak bandar.Amat banyak.Yalah,perjalanan dari Mali ke Mekah bukan macam dari Temerloh ke Kuala Lumpur.Jadi,tentulah banyak bandar yang dilalui.

Diceritakan,Beliau ini seorang yang Pemurah.Beliau menghadiahkan Emas kepada setiap bandar yang dilaluinya (termasuklah Kaherah dan Madinah).

Dan oleh kerana perjalanan ini mengambil masa yang panjang,dilaporkan juga bahawa Beliau akan membina sebuah Masjid pada setiap hari Jumaat dalam Perjalanannya di dalam bandar-bandar yang dilaluinya.

Kiranya,setiap Jumaat dalam Perjalanan Beliau,sebuah Masjid akan didirikan di dalam bandar yang dilaluinya pada hari Jumaat itu.

SubhanAllah.

Akibat sikapnya yang pemurah ini,harga Emas jatuh merundum (akibat terlalu banyak Emas yang diagih secara percuma).Haha.Itu bukan yang hendak ditekankan sebenarnya.Tapi kalau nak sentuh pun,bukan salah Beliau jugak.Beliau bukan tahu ekonomi agaknya.Haha.

Tapi,Beliau cuba menyelamatkan keadaan dengan mengambil beberapa langkah.Perbuatan Beliau menyelamatkan harga emas ini dikatakan sebagai satu-satunya Peristiwa di mana seorang lelaki boleh mengawal harga emas di Mediterranean tanpa campur tangan orang lain.

[Link]

Itu fakta sejarah.

Ini ulasan saya.

Apa yang anda nampak dari Kisah ini?

Orang Bijak dahulukala berkata bahawa,"Kita belajar Sejarah bukan untuk mengkagumi Sejarah.Tapi untuk mempelajari Moral yang ada dalam Sejarah itu".

Pada pendapat saya,sikap pemurah Mansa Musa ini,bukan boleh terjadi begitu sahaja.

Sebaliknya,sikap ini terjadi kerana Beliau memahami Islam (dengan izin Allah SWT).

Cuba bayangkan,ambil sahaja diri kita sebagai contoh (misalnya),kita hendak pergi ke Eropah untuk melancong.Kita bawak duit RM 100.Dan kita tidak bawak kad ATM.Dalam perjalanan,kita memberi kebanyakan duit kita kepada orang lain.

Rasa-rasanya,adakah kita sanggup memberi kepada orang lain sebegitu rupa?Mesti kita berfikir sebegini,"Ala,aku nak guna sekali-sekala untuk diri aku,apa salahnya".

Kan?

Tapi,cuba lihat kisah Mansa Musa.

Beliau bersikap pemurah.Tidak juga mementingkan diri sendiri.

Sebenarnya,sikap Beliau ini bukan perkara yang luar biasa.Dan bukan juga perkara yang baru.

Cuba sahaja kita renung sejarah Umat Islam terdahulu.Banyak dari Khalifah-Khalifah Islam dan Para Sahabat,malah Rasulullah SAW sendiri,memegang jawatan yang tinggi dalam kerajaan,tetapi tiada harta.

Kenapa?

Kerana mereka mendermakan harta mereka kebanyakannya kepada jalan Allah SWT.

Ya,ini kita perlu take note.

Agak-agaknya,apakah yang menyebabkan mereka sanggup menderma harta mereka ke jalan Allah SWT?

Point paling penting,Iman.Keimanan kepada Allah SWT dan Hari Akhirat.

Kerana mereka beriman bahawa setiap perbuatan mereka akan dibalas di Akhirat kelak.Dan dalam setiap harta kita,ada bahagian orang lain yang kita perlu berikan kepada mereka.

Itulah pentingnya zakat dan sedekah dalam Islam.

Itulah indahnya ajaran Islam.

Jika anda perhatikan,apabila seseorang itu beriman,pasti mereka tidak ragu-ragu mendermakan harta mereka ke jalan Allah SWT.Mereka tidak bimbang harta mereka hilang.

Kerana,mereka tahu rezeki itu datang daripada Allah SWT.Dan sedekah itu,tidak menghilangkan harta mereka,walaupun sedikit pun.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya,) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat), serta tidaklah seseorang merendahkan diri karena Allah kecuali Dia akan meninggikan (derajat)nya (di dunia dan akhirat).” [Muslim]

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. [2:264]

Sedekah juga menghapuskan dosa.

Dan yang paling penting,kita perlu sedar perkara ini,

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. [10:62]

Apabila kita beriman kepada Allah SWT,hati kita akan sentiasa merasa tenang walau dilanda masalah.Kerana kita akan sentiasa redha bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.Atau dalam kata lain,merasai kemanisan iman (dengan izin Allah SWT,insya-Allah).

Kita sebagai orang Islam,wajib berusaha untuk memperbaiki amal ibadat kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apa-apapun,itulah indahnya ajaran Islam.

Islam tidak mengajar kita bersikap selfish.Islam tidak mengajarkan kita mencari harta semata-mata untuk diri kita.Islam tidak mengajarkan kita konsep "Matlamat Menghalalkan Cara".Islam tidak mengajar kita perbuatan "menindas orang".

Tapi,cuba lihat kita (manusia) hari ini?

Cuba lihat Sistem yang kita jalani hari ini sebagai contoh.

Semata-mata untuk memberi seorang manusia memakai Jaket Bulu Harimau dan supaya Beliau nampak bergaya di Hotel Lobby,kita mengorbankan seekor harimau yang sudah hampir-hampir pupus spesiesnya.

Semata-mata untuk membolehkan seorang manusia memiliki Banglo Lima Belas Tingkat,beratus-ratus orang lain di luar sana merempat tiada kerja (anda perlu ada General Knowledge untuk menangkap apa yang saya cakapkan ini).

Semata-mata mendapatkan duit seratus ringgit,kita menggunakan kemalangan orang untuk melariskan blog kita.

Kisah di atas dan kisah-kisah lain dalam rentetan sejarah Islam juga hanya membuktikan bahawa Islam bukan sekadar cara hidup "cakap-cakap" sahaja.

Sebaliknya,Islam adalah suatu cara hidup yang mampu dilakukan.Dengan adanya Iman,perkara yang mustahil akan menjadi tidak mustahil.

Dengan adanya iman,seorang yang kedekut,akan menjadi pemurah dengan izin Allah SWT.Ianya cara hidup yang fitrah.

Istilah selfish?Tiada dalam diri umat Islam.Umat Islam akan lebih mengutamakan diri orang lain dari diri mereka sendiri.

Contohnya?

Dalam berjiran.

Umat Islam (yang beriman) lebih mengutamakan keselesaan jiran mereka dari diri mereka.Mereka akan memikirkan jiran mereka dalam berbuat sesuatu.Mereka tidak akan sesuka hati membuka radio sekuat hati tatkala hari sudah lewat malam.


"Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan." [Hadis riwayat Bukhari]

Itu sebagai contoh.

Berbalik kepada cerita Mansa Musa.

Cuba lihat.

Beliau adalah seorang Maharaja Mali.

Jauh dari Tanah Arab tanah kelahirannya.Beliau juga bukan seorang Arab.

Tapi,ada sesuatu yang menarik untuk difikirkan di sini.

Persoalan yang berbunyi,

Kenapa seorang Islam dari jauh sanggup mengembara beribu batu untuk menunaikan Haji?

Persoalan yang jawapannya saya ringkaskan menjadi,

Kerana dalam mengingati Allah SWT,dalam menjalankan apa yang diperintahkan-Nya,dan dalam beribadat kepada-Nya sahajalah,hati manusia akan memperoleh kebahagiaan.

Harta,wang,kuasa - tidak boleh memberikan kita kebahagiaan (dalam erti kata sebenar).Mereka semua tidak bisa memberikan kita ketenangan jiwa.

Hanya dengan mengingati Allah SWT sahaja,hati akan menjadi tenang.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” (mengingati Allah SWT) itu, tenang tenteramlah hati manusia. [13:28]

[Link]

Islam itu agama Fitrah.

Semua manusia yang memahaminya,pasti menerimanya (dengan izin Allah SWT).Melainkan hatinya telah keras-sekerasnya.

Lihat sahaja Mansa Musa.Bukan seorang Arab.Tapi?Menerima Islam dan mengamalkannya dengan baik.

Malah,Beliau membina banyak Institut Pengajian Tinggi di Mali,dan juga di Timbuktu.

Oh ya,terlupa untuk menyebut tentang Timbuktu.

Hehe.

Jadi,semasa dalam perjalanan ke Mekah,Beliau singgah di Timbuktu.Dan menjadikan Timbuktu sebagai tanah jajahannya.

Beliau menukarkan Timbuktu dari sebuah tempat tiada apa-apa,kepada Pusat Perdagangan dan Pusat Pengajian Islam (dengan izin Allah SWT).

Satu lagi bukti,bahawa Islam menaikkan taraf hidup sesuatu kaum.Kerana apa?Kerana Islam itu sendiri Ilmu (Cahaya) Allah.Islam itu Panduan Hidup.

Jadi,bolehlah dikatakan bahawa Mansa Musa ini salah seorang Bapa Pengasas Timbuktu.Tapi,ini kita akan sentuh dalam Penulisan seterusnya,insya-Allah.

Nampak flow?

Okaylah.Saya sebenarnya sudah penat hendak sambung lagi.Kerana,saya sebenarnya mulakan penulisan ini sejak balik kelas tadi,tapi banyak kali proses penulisan terhenti kerana melakukan beberapa urusan lain.

Itu pasal bahasa tidak berapa formal tu.Banyak idea juga hilang.

Tapi tidak mengapa.Saya rasa ini sudah mencukupi sebagai permulaan.Nanti-nanti dalam Siri akan datang saya akan tambah jika ada point yang termiss.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


P/S : Betulkan jika ada salah silap.Maafkan jika ada terkasar bahasa.Ambil jernih buang keruh.Maaf jika ada point yang sukar difahami.Kekangan masa dan tanggungjawab lain menyebabkan penulisan tidak dapat ditulis dengan sempurna.Maaf.

P/P/S : Alhamdulillah.Sama-sama kita ambil pengajaran.Dan doakan saudara-mara kita di Timur Tengah,Libya dan di seluruh dunia sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.


2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Umar

    Mudah2an kita tahu tujuan hidup kita. Juga hendaklah kita sentiasa ingat bahawa harta kita ialah apa yang kita guna dan apa yang kita infakkan (yang diinfakkan itu kita simpan untuk akhirat) yang selainnya bukan hak kita. Jika kita simpan juga nanti Allah berfirman: ".... "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu". (At-Taubah 9:35)

    Ya Allah berilah kami kekuatan untuk beramal dengan ikhlas dan sentiasa berada di atas jalanMu.

    ReplyDelete