15.3.11

Akhir Zaman I : Bercerita Mengenai Tanggungjawab (Tujuan) Dalam Hidup.

Prenote : Jangan baca dan telan terus apa yang ditulis.Tafsir dan cernakan dengan elok.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Jika diikutkan hati,saya mahu tidur pada waktu ini.

Tapi,bila difikirkan,jika hidup ini hanya mengikut hati,dan jika semua orang dalam dunia ini hidupnya hanya mengikutkan kata hati mereka,hancurlah dunia.

Apakah maksudnya?

Maksudnya begini.

Jika seseorang itu telah diberikan tanggungjawab,tapi Beliau mengikut kata hatinya dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang dilakukannya,sebenarnya Beliau hanya menempah jalan ke arah kebinasaan.

Sama juga dengan kita.

Tanggungjawab itu memang fitrah hidup.

Manusia mempunyai tanggungjawab.

Beri contoh,seorang Pelajar yang mendapat Biasiswa untuk belajar di Luar Negara.

Jika mereka ikutkan hati,sampahlah mereka jadinya.Belajar tak,pergi kelas tak,hanya tahu duduk dalam lulu-lala-land menipu diri mereka sendiri.

Ringkasnya,hidup di dunia ini adalah tanggungjawab.

Dan,jika kita masuk ke dalam point yang lebih berat,kita hidup di dunia ini sebenarnya mempunyai tujuan.

Kita tidak tercipta dengan sendiri begitu sahaja.

Sebaliknya,ada Maha Pencipta yang Menciptakan kita semua.

Hanya orang yang angkuh dan 'tidak bijak' sahaja yang menyatakan Dunia yang besar ini,terjadi dengan sendiri.

Sebenarnya,Bumi yang kita duduki ini,adalah amat kecil,berbanding keseluruhan saiz Alam Semesta yang saiznya hanya Allah SWT yang tahu (boleh baca sini untuk sedikit fakta Saintifik).

Sedangkan untuk menyatakan bahawa Komputer Riba yang digunakan oleh saya untuk menulis Penulisan ini terjadi dengan sendiri pun adalah mustahil,inikan pula hendak menyatakan bahawa Alam Semesta ini terjadi dengan sendiri.

Wo,wo,wo.

Bro,kau telah buat pembohongan bro bila kau menidakkan kewujudan Maha Pencipta Sekalian Alam.Bukan setakat pembohongan,tetapi pembohongan yang paling terbesar dan terkeji.

Cuba fikirkan,adakah logik Bumi dan Planet-Planet yang lain,dapat berputar tanpa berlanggar,pada waktu yang tetap pula setiap hari,jika tiada Maha Pencipta yang Mengaturkan perjalanan mereka?

Jangan menipu diri sendiri.

Ketahuilah.

Dunia ini ada Maha Penciptanya.

Dan Maha Pencipta itu adalah Allah SWT.

Tiada Tuhan Melainkan Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW itu Pesuruh-Nya.

Nabi Isa AS?Juga Pesuruh-Nya.

Nabi Musa AS?Juga sama.

Nabi Ishak AS,Nabi Ismail AS,Nabi Adam AS dan yang lain-lain?Mereka juga Pesuruh-Pesuruh-Nya.

Allah SWT telah memberikan kita Panduan Hidup dalam Al-Quran yang disampaikan kepada kita oleh Rasulullah SAW.

Apakah erti hidup ini?

Satu soalan yang perlu difikirkan.Dan persoalan ini bukan hanya boleh difikirkan dengan akal semata.Kerana akal kita ada had.Kita tidak boleh mengetahui tentang perkara-perkara yang tidak dilihat oleh kita.Kita tidak boleh mengetahui tentang perkara-perkara yang akan datang.

Itulah fungsi Al-Quran.Menerangkan kepada kita Hakikat Hidup ini.Allah SWT Maha Adil.Kitalah (hamba-hamba-Nya) yang sering menzalimi diri kita dengan mengabaikan peringatan-Nya.

Dan peringatan ikhlas oleh saya kepada semua Golongan Liberal Dan Sekular,jika hendak berkata-kata tentang Tuhan (Allah SWT),jangan guna akal semata,jangan rujuk apa yang diperkatakan oleh seorang Atheist yang terang-terang menidakkan kewujudan Tuhan,sebaliknya rujuklah apa yang diperkatakan oleh Allah SWT sendiri tentang Diri-Nya.

Di manakah kita boleh mengetahui tentang perkara ini?

Bacalah Al-Quran dan rujuklah As-Sunnah.

Apabila kita mengatakan sesuatu penipuan tentang Allah SWT,kita telah melakukan dosa yang amat besar sekali.Janganlah kita memperkatakan tentang sesuatu yang kita tidak tahu.

Bagaimana kita boleh begitu senang sekali mempercayai kata-kata seorang 'Tokoh Atheist' yang membuat kesimpulan berdasarkan akalnya yang terhad,tetapi kita tidak mahu menerima kebenaran yang sebenar tentang Hidup ini?

Manusia,mereka memang ego.

Berbalik kepada Topik Tanggungjawab & Mengikut Kata Hati di atas.

Pernahkah anda terfikir,bahawa kita hidup di dunia ini ada tujuan?

Kita tidak diciptakan begitu sahaja.Sebaliknya,kita diciptakan dengan tujuan.

Dan pernahkah anda bertanyakan kepada diri anda,adakah anda mengikuti apa yang diperintahkan oleh Maha Pencipta yang telah Menciptakan anda?

Sebenarnya,kesannya dapat dilihat terus jika kita tidak mengikuti apa yang diperintahkan Allah SWT.

Allah SWT melarang kita melakukan Riba'.Tapi kita melakukan Riba'.

Akibatnya?

Ketidakadilan berlaku di seluruh dunia.

Yang kaya bertambah kaya.Yang miskin terus papa.

Allah SWT telah menyedikan kita Solusi bagi masalah ini.

Apakah ia?

Islam.

Tapi kita?

Terus ingkar.

Manusia,sedikit sekali dari mereka yang bersyukur.

Islam bukan suatu Isu Berat untuk dibincangkan.Jangan menyulitkan perkara yang mudah.Tapi jangan pula memudahkan sesuatu perkara itu mengikut hawa nafsu kita.Ada bezanya di situ.

Islam adalah satu cara hidup yang mudah,dan bersifat semulajadi,yang boleh memberikan kita ketenangan hati di dunia dan kejayaan hidup di akhirat.

Dan kita diciptakan di dunia ini oleh Allah SWT (Maha Pencipta Sekalian Alam) tidak lain tidak bukan hanyalah untuk beribadat kepada-Nya.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [51:56]

Ibadat bukan semata di dalam Masjid.Ibadat itu Hidup.

Fikirkan dengan jelas ayat ini.Jika tidak dapat fikirkan dengan jelas,rujuk Al-Quran,rujuk As-Sunnah,rujuk Ilmuwan Islam.

Jangan main bantai pakai kepala sendiri je.Bimbang sesat jalan.

Baiklah.

Itu permulaan penulisan kali ini.

Permulaan bagi Satu lagi Siri.

Tunggu sambungannya nanti.

Cadangan Bacaan Tambahan :

Siri Isolusi 1,5 : Penulisan Mesti Baca Bagi Setiap Orang Islam Yang Memahami Bahasa Melayu.

Adakah Benar Islam Agama Yang Menggalakkan Keganasan?

Islam Bermula Dalam Ganjil,Berakhir Dalam Ganjil.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jika sudah tahu hidup ini ada Tujuan,mulakanlah mencari dan memahami Tujuan itu.Jika sudah cari dan faham,lakukanlah Tujuan itu.Hidup ini sebenarnya tidak lama.Jangan disia-siakan waktu ini.

P/P/S : Semoga mendapat manfaat.Ada salah silap,sila betulkan.Ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

P/P/P/S : Ketakungan (Keadaan di mana kita tidak berbuat apa-apa) tidak akan membawa kita ke mana-mana.Apatah lagi kemajuan.Hanya dengan bergerak dan berusaha sahaja kita boleh berjaya.Sama juga jika seorang itu mahu mahir memandu kereta,mereka perlu sentiasa memandu.Bukan asyik menumpang kereta orang lain.Faham?



1 comment:

  1. betui...hanya orang yang sedaQ dia ada tanggungjawab+ dia tau matlamat dan tujuan hidup akan bwk dri dia dan org keliling dia ke jalan yg sama ..............insha Allah...wallahu taala a'lam~

    ReplyDelete