16.3.11

Akhir Zaman II : Pengajaran Hanya Akan Wujud Jika Kita Mengambil Dan Menginsafinya (Video Tsunami Jepun).

Prenote : Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Penulisan kali ini,formatnya 'Penulisan Bercampur Untuk Dijadikan Pengajaran'.


Cuba anda tonton video di atas.

Saya dapat video di atas dari Status Twitter MuslimMatters.

RT @MuslimMatters SubhanAllah, how powerless man is when it comes 2 command of Allah 2 the earth. Video http://goo.gl/Y1LY5 [Link]

Dan di bawah ini saya petik Status Twitter rakan saya kepada saya sebentar tadi,

RT @lahazri : @PenaMaya video td ade bunyi amaran tsunami.imagine tiupan sangkakala mcm mana? allahuakbar. [Link]

Jepun adalah sebuah negara yang maju.

Boleh dikatakan antara negara yang paling maju dalam dunia (dengan izin Allah SWT).

Dan paling sistematik.

Tapi,cuba kita lihat video di atas.

Renungkan video di atas.

Hanya dengan air,negara Jepun binasa.

Begitu lemahnya kita.

Yang menunjukkan kita ini hamba.

Ini semua perlu diberikan perhatian oleh kita.

Allah SWT hendak kita ambil pengajaran.

"Do they not see that they are tried every year once or twice but then they do not repent nor do they remember?" [9:126]

Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)? [9:126]

Petang tadi,dalam perjalanan pulang ke asrama,saya sempat berborak dengan seorang saudara Islam dari Bangladesh (juga seorang Pelajar di Universiti yang sama).

Perbualan (yang berlangsung dalam Bahasa Inggeris) itu berbunyi seperti di bawah (lebih kurang),

Saya : Kau ada dengar pasal Tsunami kat Jepun?

Beliau : Ada.

Saya : Apa kau fikir?

Beliau : To be honest man,tiada apa-apa yang perlu difikirkan.Ini bukti bahawa kalau Allah cakap "Be" (Jadi),jadilah satu benda tu.Cuba tengok Jepun.Negara maju.Tapi dihancurkan dengan air sahaja.

Saya : Ini mesti satu sign kan?

Beliau : Ya,aku pun rasa begitu.Jika direnung,dalam masa tiga tahun kebelakangan ni sejak aku datang sini,banyak calamity (bencana) yang melanda dunia.Kalau dahulu,semuanya stabil.Kiranya,tempat yang sejuk patut sejuk.Tempat yang panas patut panas.Tapi,sekarang,ambil contoh Summer lepas,aku stay sini,Moscow panas.Tak pernah panas macam tu.Then banyak lagi perkara yang kita dapat saksikan sejak akhir-akhir ni.Brazil,Indonesia etc etc.

Saya : Aha..

Beliau : Bukan tu je.Behaviour (Perangai) manusia juga berubah dengan begitu pantas.Moral etc etc.Dunia sekarang ni,terlalu jelas ke-tak-stabilan-nya.

Saya : (Sambil dalam hati teringat Kisah orang Malaysia yang curi beras tengah lebuhraya menjawab) Itulah aku ada baca gak.Hadis.Pasal The Hour will not occured until earthquakes will be very frequent. [Link].

Beliau : Ya,ya.

Saya : Sebenarnya kita kena ambil pengajaran.

Beliau : Ya,The Judgement Day sudah dekat.Bukanlah 'dekat'.Tapi 'dekat'.Allah knows best.

Perbualan disambung lagi.

Tapi saya rasa cukup sekadar itu sahaja untuk dikongsikan sekadar di atas.

Betul.

Cuba tengok kembali video di atas di mana harta,rumah,kereta semuanya musnah dengan sekelip mata dibawa air.

Yang tinggal hanya manusia.

Jika direnung,apa yang saya dapat pengajaran dari video di atas adalah,kita hidup di dunia ini sekejap sahaja.

Harta,kereta etc etc,tidak dapat membantu kita sedikit pun di Akhirat kelak.

Apa yang dapat membantu kita hanyalah Amal Ibadat semasa di dunia.

Harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya. [58:17]

Ada yang bertanya soalan-soalan yang mencurigakan (mungkin akibat kekurangan ilmu dan kefahaman).

Tanya diri kita,

"Kita mahu Allah SWT membantu kita,tapi adakah kita mengambil pengajaran dan taat kepada-Nya?Adakah kita melakukan apa yang diperintahkan-Nya?Hey,wake up already.Banyak kejadian dan bencana sudah berlaku supaya dijadikan iktibar oleh kita semua Umat Manusia.Kembalilah ke pangkal jalan.Sementara masih ada masa".

Semua ini adalah sesuatu yang perlu diambil pengajaran oleh kita.

Saat yang tetap berlaku itu -

Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).
[69:1-3]

Ambillah Pengajaran.

Allah SWT Maha Adil.

Kitalah yang sering menzalimi diri sendiri.

Bukalah Al-Quran dan As-Sunnah kembali.

Berhentilah menjadi orang yang Jahil dan Ignorant.

Jangan Peristiwa ini hanya menjadi Pengajaran kepada kita sesaat.

Jangan kita hanya menonton video di Youtube di atas,kemudian sesaat selepas itu,kita kembali melakukan maksiat.

Renunglah Hadis di bawah ini,

Daripada Anas RA bekata, Rasulullah SAW bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api". [Tirmizi]

Fikir-fikirkan.

Dan sesungguhnya,ketahuilah kita,

"...Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." [2:269]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Keadaan kita,pada hari ini,perlakuan kita,ironi sungguh.Apa-apapun,sama-sama kita doakan keselamatan Penduduk Jepun.Kerana dikhabarkan akan berlaku Krisis Nuklear pula selepas ini.Doakan yang terbaik.Dan semoga Allah Menunjukkan Jalan kepada orang yang mencari kebenaran.Amin.

P/P/S : Jika ada salah silap,sila betulkan.Sekadar ditulis sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang mahu mengambil Pengajaran.Allah Knows best.Semoga kekal ikhlas.Amin.



5 comments:

  1. http://goo.gl/oj5SG untuk menderma bantuan tsunami Jepun.

    dan tidak dilupakan sentiasa berdoa kepada saudara mara kita di Libya,Egypt etc etc.semua itu sedang berlangsung lagi sebenarnya...

    ini semua untuk dijadikan pengajaran oleh kita.

    ReplyDelete
  2. ini senarai untuk tengok badan2 yang boleh kita hulurkan bantuan.

    http://news.yahoo.com/s/yblog_newsroom/20110311/wl_yblog_newsroom/japan-earthquake-and-tsunami-how-to-help

    sekadar membantu apa yang termampu.

    ReplyDelete
  3. Boleh tak saudara jelas kan tentang ayat Allah (58:17),'merekalah ahli neraka dan mereka KEKAL di dalamnya'..
    saya banyak mendengar 'Muslim yang berdosa akan masuk neraka,setelah segala dosanya settle,masuk syurga semula' namun tiada 1 pon ayt dalam al-quran tentang itu..Malah neraka dijadikan Allah bukan untk menyucikan dosa,tapi untuk menghukum..Dosa kita hnya akan suci,jika kita bertaubat..

    contoh:Ahmad dilahirkan dalam keluarga muslim,Mutusami dilahirkan dalam keluarga hindu..kedua2 mereka ini melakukan maksiat,minum arak,berzina,etc..namun hanya kerana Ahmad muslim dia tetap masuk syurga..''Deyy!yena deii! ini tidak adil,saya juga manusia,saya juga makhluk Allah,saya dilahirkan dalam keluarga hindu,saya tidak tahu apa,saya tidak tahu minum arak itu salah,saya tidak tahu berzina itu berdosa tetapi Ahmad tahu,dan sekarang Ahmad masuk syurga,saya kekal di neraka..''kata mutu..

    Sesungguhnya Allah Maha Adil..Allah adil terhadap semua makhlukNya..

    adakah selama ini kita sudah salah faham?
    atau saja2 diberikan teori sebegitu oleh pihak tertentu dgn tujuan umat Islam jatuh..

    bayangkan jika kita muslim,yg melakukan banyak dosa akan tetap ke syurga semula asalkan mereka BERIMAN..adakah seseorang itu beriman jika maasih melakukan dosa?.TIDAK!mereka yang beriman adalah mereka yg bertaubat..sudah tentu kita akan alpa di dunia ini..kerana kita yakin,baik atau jahat kita,asalkan muslim tetap akan syurga dan matlamat pihak2 yg menyampaikan teori begitu tercapai apabila kita sudah alpa..

    Setiap orang melakukan dosa..
    Allah suka hamban2nya yang bertaubat setelah berbuat dosa,hanya mereka yang bertaubat akan diampunkan dosa2nya..Maka bertaubatlahh wahai sahabat2,selagi masih sempat..Menyesallah dengan apa yang kita lakukan,bersegeralah bertaubat,kembali pada Allah..Kiamat sudah dekat,janganlah kita alpa sahabat2..Dunia hanya sementara..

    minta tolong jelaskan..

    -yang keliru-

    ReplyDelete
  4. kepada saudara anon
    terima kasih kerana bertanya

    saya masih belum mendapat jawapan dari orang yang saya tanya.

    tapi ini saya bagi satu ayat al-quran untuk saudara fikirkan.

    [49]
    Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
    [50]
    Sebenarnya orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah).
    [51]
    Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan; dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.

    ketahuilah

    Allah SWT memberikan petunjuk dan peringatan Nya kepada semua manusia.

    kepada semua manusia ya,bukan orang Melayu sahaja.

    banyak turning point dalam hidup yang menyaksikan kita perlu membuat pilihan.samada kembali kepada-Nya,atau still ingkar.

    tapi kita memilih untuk ingkar.
    jadi itu salah manusia.Allah SWT Maha Adil.

    dan,

    berkenaan ayat Al-Quran di atas,58:17

    itu mengenai orang munafik

    ni sambungan ayat 18


    (Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.


    dan mengenai perkara yang anda tidak jumpa dalam Al-Quran ,boleh jadi ianya terdapat dalam Hadis.

    kita kena ingat,cara bersembahyang juga tidak terdapat dalam Al-Quran.

    tapi hanya ada dalam Sunnah Rasulullah.

    Kerana Rasulullah SAW itu "Living Quran".

    Beliau diutuskan sebagai contoh kepada manusia.

    dan banyak ayat yang menyebut tentang kepentingan mematuhi perintah Rasulullah.


    antaranya 59 :4
    (Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya. 59:4

    dan banyak lagi.

    kiranya boleh jadi ianya berada dalam Hadis.

    dan ingat,Allah SWT beri petunjuk pada semua manusia.

    Dan pada hari Akhirat takde sape pon untuk kita persalahkan melainkan diri sendiri.

    kita kena beriman dengan hakikat ini.Allah SWT Maha Adil.

    tanya diri,adakah kita yang tak dapat petunjuk?atau kita yang menipu diri kita?

    tanya dan fikir.

    saya akan tambah lagi point bila saya dapat jawapan dari orang2 yang saya tanyakan soalan ini.

    ini pendapat peribadi saya sahaja saya taruk so far.

    anda2 yang laen yang nak tambah leh tambah gak.

    saya bukan lulusan Al-Azhar.sekadar lulusan engineering.tapi Islam itu untuk semua manusia.jadi kita kena sama2 tolong mana yang patut.

    semoga membantu

    assalamualaikum

    ReplyDelete
  5. dan satu lagi saya beri kronologi

    kalau lapar,apa manusia akan buat?
    automatik dia akan mencari makanan bukan?

    jadi kalau jiwa kita lapar?
    secara fitrahnya seorang manusia yang berakal akan mencari makanan untuk jiwanya bukan?

    salah siapa jika manusia itu tidak mahu mencari makanan untuk jiwanya yang lapar?

    ReplyDelete