23.3.11

Berjuta Tapi (2) : Islamkah Kita?Atau Hanya Islam Pada Nama? (Satu Lagi Penulisan Yang Perlu Dibaca Oleh Setiap Orang Islam Yang Tahu Membaca Dalam Bahasa Melayu).

Perhatian : Ini penulisan serius.Jadi,anda perlu mengambil apa yang bakal ditulis ini dengan serius.Kerana hanya dengan sikap serius sahaja pengajaran boleh sampai.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Imam @SuhaibWebb: "We are like firemen arguing about what hose to use, while the house burns down..." in reference to ignorant criticism between us. [Sumber : Twitter Suhaib Webb]

Di atas ini saya petik dari Status Twitter Imam Suhaib Webb.

Satu metafora yang sungguh ironi,dan ianya adalah menyedihkan.Tapi apa yang lebih menyedihkan adalah kerana ia benar-benar berlaku dalam kalangan kita Umat Islam pada hari ini.

Dalam Siri Berjuta Tapi ini,saya akan membawa anda menelusuri tentang Realiti ini seberapa mendalam yang mungkin.

Dan saya juga akan cuba memberikan beberapa cadangan untuk dijadikan Solusi dalam menangani masalah kita ini.

Baiklah.

Mari kita mulakan.

Sebelum kita pergi lebih jauh,saya jemput anda membaca link ini.Di sana,ada ditunjukkan Taburan Penduduk Islam di Seluruh Dunia.

Saya tidak meletakkannya di sini,kerana saiz jadual itu yang terlalu besar.Jadi,saya minta anda tengok di sana.

Sudah tengok?Tengok ini pula.

Dawud :: Book 37 : Hadith 4284

Narrated Thawban:

The Prophet (peace_be_upon_him) said: The people will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their dish. Someone asked: Will that be because of our small numbers at that time? He replied: No, you will be numerous at that time: but you will be scum and rubbish like that carried down by a torrent, and Allah will take fear of you from the breasts of your enemy and last enervation into your hearts. Someone asked: What is wahn (enervation). Apostle of Allah (peace_be_upon_him): He replied: Love of the world and dislike of death.

Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.
[Riwayat Abu Daud]

Dalam link yang saya beri di atas,dinyatakan bahawa,Jumlah Umat Islam di seluruh dunia adalah seramai 1,571,198,000 orang.

Ramai beb!

Dan jumlah ini akan bertambah dengan pantas dalam beberapa tahun lagi.

Memang agak bangga,tapi bila dikaitkan dengan Hadis di atas,ternyata benar apa yang disabdakan Baginda Rasulullah SAW.

Kita ramai,tapi kita tidak mencerminkan Islam yang sebenar.

Saya sekarang ini sedang membaca buku Sejarah Hidup (Biografi) Muhammad Bin Abdullah (SAW).

Masih belum menghabiskan bacaan,baru sahaja bermula,tapi SubhanAllah,jelas terpancar kemuliaan peribadi Baginda SAW (saya akan ceritakan perkara ini dalam Penulisan lain-lain pula nanti).

Itulah yang patut kita contohi.

Tapi,kita pada hari ini,tidak mencontohi Baginda SAW.

Malah even dengan kuantiti 1,571,198,000 orang,kita masih gagal mempamerkan kepada Golongan Yang Belum Memeluk Islam apakah itu Islam yang sebenar.

Teringat saya seorang Tokoh terkemuka berkata,

Islam bukan apa yang Muslim lakukan,sebaliknya Islam adalah apa yang sepatutnya Muslim lakukan.Jika anda betul-betul hendak mengenali Islam,jangan judge Islam dengan melihat apa yang Muslim lakukan.Sebaliknya,kenalilah Islam yang sebenar dengan membaca Al-Quran dan As-Sunnah serta Sejarah Hidup Rasulullah SAW dan Para Sahabat.Anda pasti jatuh cinta dengan Islam dan anda akan mengetahui bahawa inilah cara hidup yang sebenar dan terbaik untuk manusia.

Hendak menceritakan tentang tahap kegagalan kita mempamerkan Akhlak Islamik yang terbaik kepada Masyarakat Umum,saya petik quote kata-kata Moustapha Akkad yang berbunyi,

Beside all this I think there was something personal,being Muslim myself who lived in the west I felt that it was my obligation my duty to tell the truth about Islam.It is a religion that has a 700 million following, yet it's so little known about it which surprised me. I thought I should tell the story that will bring this bridge, this gap to the west. [Moustapha Akkad stating in a 1976 interview.]

Umat Islam pada hari ini berada di mana-mana,tapi kenapa masih ramai orang yang gagal memahami Islam?

Kenapa Masyarakat Umum terlalu ignorant/jahil tentang apakah itu Islam yang sebenar?

Sedangkan Umat Islam berada di mana-mana?

Jawapannya mudah.

Kerana Umat Islam itu sendiri sudah tidak lagi mengenali Islam yang sebenar.

Dalam Khutbahnya yang terakhir,Rasulullah SAW bersabda,

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. [Link]

Tanya diri kita,adakah kita berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah?

Tanya diri kita sejujur-jujurnya.

Jawapannya,tidak.

Malah,ramai dalam kalangan kita sendiri tidak mengetahui apakah itu Islam yang sebenar.

Kenapa?

Tanya diri kita.

Jangan menuding jari salahkan orang lain.Amalan menuding jari adalah amalan yang amat tidak cool.Malah boleh digelar sebagai tidak bertanggungjawab.

Kita ada Harta yang banyak (Sumber Kekayaan dunia semunya berada dalam negara Islam majoritinya),kuantiti yang banyak (1,571,198,000 beb).

Tapi,begitu mudah kita diperkotak-katikkan.

Kenapa?

Cuba renung berita dalam Televisyen hari ini.80%-nya adalah berkisarkan tentang 'kita'.

Sebenarnya ini semua satu Petunjuk.Allah SWT mahu kita sedar kembali.Tapi,adakah kita memikirkannya?

Cuba kita lihat pada hari ini,apakah yang kita orang Islam buat,

- Sibuk dengan video lucah Ahli Politik (Duh,grow up).

- Sibuk dengan perkara-perkara ranting yang tidak penting,tapi perkara akar dan basic,kita abaikan.

- Mementingkan Politik lebih daripada Perpaduan Ummah.Anda cuba tengok video ni kalau anda still taksub dengan Pemahaman Politik Kepuakan anda.

- Kurang ilmu.

- Video liwat Ahli Politik.

- Tulis blog Politik pasal Ahli Politik tak pergi sembahyang dan dalam masa sama diri sendiri tak sedar sedang mengumpat dan memaki hamun orang lain.

- Etc etc.Banyak lagi.Malas list.Ekonomi (ambil contoh kita di Malaysia)?Fail.Pelajaran?Fail gak.Akhlak?Pon kita fail.

Adakah anda fikir,orang yang belum memeluk Islam untuk tertarik dengan Islam jika mereka melihat kita (yang mengaku Islam) begitu bermasalah pada hari ini?

Segala Puji Bagi Allah SWT kerana memimpin orang ramai yang mencari kebenaran memeluk Islam.

Tapi,adakah anda fikir orang yang tiada pengetahuan langsung tentang Islam untuk tertarik dengan Islam jika melihat anak orang Islam ramai yang jadi Mat Rempit,jadi Mat Pet,jadi Bohsia,jadi Bohjan etc etc.

Adakah anda tidak sedar ini semua sedang berlaku?Jika tidak sedar,cuba anda pergi jenguk sikit kat luar tingkap.

Adakah anda tidak malu?

Kemudian bila orang mengutuk Islam kita marah,tapi apakah yang kita buat untuk mempertahankan Islam?

Brother,hendak mempertahankan Islam adalah dengan mengamalkan Islam.Tak cukup setakat lu tampal sticker kat kereta lu yang lu ni ahli Persatuan 'Dakwah' tapi dalam masa sama lu memaki hamun orang lain,lu racist bro.Lu racist.Jangan buat camni bro.Malukan Islam je.Islam bukan camtu.


Saya baru-baru ini menonton video Islam in Russia.

To be honest,saya terharu dan terinspirasi selepas menonton video ini.

Kenapa?

Kerana saya tahu,bagaimana keadaan di Russia ini.Sukar sebenarnya hendak menjadi Umat Islam di Negara Barat.Tapi (ya ada tapi),tidak mustahil jika adanya Iman dan Kefahaman yang kukuh.

Dalam video itu (di bawah ini saya letakkan),dikisahkan seorang wanita sanggup mengharungi segala cabaran semata untuk memeluk Islam dan mengamalkan Islam.

Antara quotenya yang menarik adalah,"Bila aku membaca sahaja Al-Quran,aku tahu bahawa ini adalah Ayat Tuhan.Adalah mustahil manusia yang tulis ayat ni".


Sudah tonton?

Terharu bukan?

Baiklah.

Itu sahaja untuk kali ini.

Saya sebenarnya mahu tulis lagi.Tapi hari ini saya tidak berapa sihat.Itu pasal ayat-ayat di atas tidak berapa kemas.

Saya akan sambung lagi Penulisan ini insya-Allah pada esok hari.

Jika anda terkesan selepas membaca Penulisan ini,apakah yang anda perlu lakukan?

Here's a suggestion :

Jangan hanya terkesan beberapa minit.Sebaliknya,mulakanlah terus langkah.Ini kerana bila langkah dah start,insya-Allah flow dia akan mudah lepas tu.Tapi yang jadi masalahnya,sebab kita tak pernah startkan langkah.

Kita tahu Setan sudah putus asa sesatkan kita dalam perkara besar,dan Nabi SAW berpesan agar berhati-hati dalam perkara kecil,tapi adakah kita melakukan perkara ini?Tahu sahaja tak guna.Mulakan langkah.Sebagai permulaan,carilah Ilmu.Solatlah lima waktu.Dan,cubalah berperibadi seelok mungkin.Slow-slow bro.Insya-Allah boleh.

Berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan.Islam ini agama yang benar,cara hidup yang benar.Adalah amat rugi jika kita di dunia mengaku umat 'Islam',tapi kita tidak memahami apakah Islam yang sebenar.Jangan fikirkan apa orang lain fikir.Orang memang takkan puas hati bila kita nak berubah.Just be strong.Okay?

Esok saya tulis lagi.I know this writing will inspire some of you.Haha.Betul la.Saya sendiri pon terinspirasi dengan Penulisan saya.Haha.Insya-Allah esok saya tulis lagi.Stay tuned.

Ingat,perkara ini boleh kita tangani.Insya-Allah.Mari kita mulakan dengan diri kita dahulu,dan keluarga kita.Jika anda ada anak,tegur anak anda.Janganlah takut pada anak anda.Tegur dengan berhikmah.Insya-Allah boleh.

Sekian.

Ambil jernih,buang keruh.Jika ada salah silap,minta maaf dan betulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Perjalanan kita masih jauh.Tapi jauh bukan bererti ianya mustahil.

P/P/S : Jika ada masa lapang,cuba try baca sini.

P/P/P/S : Saya tidaklah sehebat mana.Jangan letak high expectation.Saya tulis ini sebagai peringatan untuk diri sendiri juga.Sebab saya nak muhasabah diri sendiri.Ingat,tanggungjawab ini satu kewajiban.Kay?



2 comments:

  1. syukran atas perkongsian! Alhamdulillah, mantap! suke..

    ReplyDelete
  2. jika aku mengenali orang islam dulu sebelum aku mngenali ajaran Islam , sudah pasti aku tidak akn memeluk Islam~kata2 seorang saudara baru..

    sangat terkesan...

    Alhamdulillah..banyak sangat info..(:

    ~musafir cinta ilahi~

    ReplyDelete