24.3.11

Berjuta Tapi (3) : Biar Berjuta Ceramah,Buku Dan Majlis Ilmu Kita Dengar,Baca Atau Hadiri,Ianya Tidak Berguna Selagi Kita Tidak Mengambil Pengajaran Daripadanya Dan Memulakan Langkah Untuk Berubah.

Perhatian : Sila baca sehingga habis untuk memahami apa yang cuba disampaikan saya dalam Penulisan ini.Dan tulisan sengaja dicondongkan,kerana ini Penulisan Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya pada mulanya bercadang tidak mahu menulis pada malam ini.Tapi,selepas membuka beberapa blog Anak Muda kita,saya merasa bertanggungjawab untuk menulis.

Apa yang saya dapati di Blog-Blog Anak Muda kita?

"Ya Allah,ignorantnya Anak-Anak Muda kita",itulah reaksi saya bila melihat sepintas lalu blog mereka.

Frankly speaking,tujuan saya menulis Siri ini sebenarnya bukan untuk merendahkan sesiapa.Serious.

Saya tidak berniat langsung hendak merendahkan sesiapa.Tapi tujuan saya menulis ini adalah untuk kita semua mengambil Pengajaran.

Supaya kita semua berfikir kelemahan diri.Dan yang paling penting supaya kita semua kembali mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.

Punyalah kita pada hari ini 'kurang faham' dengan Islam sehinggakan kita terlalu mudah mempercayai dengan E-Mail-E-Mail khabar angin yang boleh menjejaskan akidah (sebagai contoh).

Kita hanya berminat dengan perkara-perkara Mistik yang entah sumbernya datang dari mana,tapi kebenaran yang paling akar kita tidak terima.

Itulah kita pada hari ini.

Kita lebih takut hantu,dari takutkan Allah SWT.

Padahal,hantu itu hanyalah Jin yang mengganggu kita.

Kita diciptakan bukan secara suka-suki sahaja.Dan yang paling penting,bukan untuk melawan hantu.

Semua ini sebenarnya berlaku kerana kita kurang Ilmu.

Dan ada juga sesetengah golongan dalam kalangan kita pada hari ini,yang berminat dengan Teori Konspirasi.

Pada saya tiada yang salah jika kita mahu membaca Konspirasi.Tapi,hendaklah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sebenarnya pada pendapat saya bukan semua orang boleh membaca Artikel Konspirasi jika mereka tidak ada kemahiran menapis maklumat.

Kerana Teori Konspirasi hanyalah Teori semata.

Kadang-kadang ada Teori Konspirasi yang boleh menggugat Akidah.

Contohnya?

Teori Konspirasi yang menyatakan bahawa Hari Kiamat akan berlaku pada tarikh sekian-sekian.

Dan ada Anak Muda kita yang bersemangat untuk 'syahid' (walaupun Subuhnya Syahid setiap hari) mempercayai Penulisan sebegini bulat-bulat.

Astaghfirullahalazim!

Apakah ini?

Ini berlaku kerana kita terlalu Ignorant.

Masyarakat kita hari ini,terlalu kurang Ilmu.

Kita terlalu suka berhibur.

Dari pagi hingga malam,semuanya berhibur.

Islam?Kita lupakan.Kita abaikan Islam.

Akibatnya?

Bila ada seorang lelaki yang bercerita tentang Islam dan memetik sekian-sekian Hadis (yang tidak dapat dipastikan kesahihannya),kita terlalu senang percaya.

Padahal,lelaki itu hanya membawakan cerita yang kurang benar.

Astaghfirullahalazim.

Ilmu dan Amalan kena seiring.

Jika Ilmu kurang,tapi Amalan banyak,kemungkinan untuk kita jatuh dalam melakukan Bidaah (Pembaharuan dalam Agama) adalah tinggi.

Sedikit nasihat untuk anda yang ingin mengetahui tentang Fenomena Akhir Zaman,sebenarnya anda tidak perlu merujuk kepada Pakar Konspirasi.

Sebaliknya,sebagai Umat Islam,kita lihat sahaja apa yang dikatakan oleh Junjungan kita,Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW telah menceritakan kepada kita dengan detail Fenomena Peristiwa Akhir Zaman.

Dan semua yang dikatakannya adalah benar.Kerana salah satu sifat Nabi Muhammad SAW adalah Baginda SAW tidak pernah berbohong.SubhanAllah.

Tapi,kita kena ingat.

Tiada sesiapa pun yang tahu secara spesifik bilakah Hari Kiamat itu melainkan Allah SWT.

Hal ini dijelaskan dalam Al-Quran,

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". [7:187]

Dan Rasulullah SAW menyebut dalam sebuah Hadis yang panjang,

Lelaki itu bertanya lagi : Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda : Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
[Baca sini untuk Hadis Penuh]

Tapi,tanda-tandanya banyak diberitahu oleh Rasulullah SAW (dengan izin Allah SWT).

MasyaAllah.SubhanAllah.

Di bawah ini saya sharekan satu video untuk anda tonton jika anda mahu mengetahui tentang fenomena Akhir Zaman (di bawah ini Bahagian 1).

Satu video mengambil masa selama Sejam.

"Lamanyaaaa!",kata anda.

Yalah,mestilah lama.Kita nak dapat ilmu,kenalah korbankan masa.Kita takkan dapat Ilmu dan Kefahaman yang sebenar jika kita setakat nak spend masa lima puluh saat untuk satu Isu yang Serious.Itu Pemalas namanya.

Dan itulah sikap yang menyedihkan dalam kalangan kita pada hari ini.Usaha taknak.Tapi nak berjaya.Takleh camtu.

Oh ya,lupa.Ni videonya.


Insya-Allah video ni boleh dipercayai.Orang yang bagi Talk dalam video ini petik dari Sumber Sahih semuanya.

Dan saya dah tengok video ni.

By the way,berbalik kepada Kondisi Umat Islam kita yang lemah hari ini.

Banyak sebenarnya yang perlu kita lakukan.

Yang pertama,berkorban.

Ya.Untuk berubah,perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah mengorbankan Rutin Harian yang kita terlampau sayang.

Contoh?

Buang masa,tiada perasaan cintakan Ilmu etc etc.

Tahukah anda,ramai orang di Barat memeluk Islam setelah mengkaji tentang Islam.

Mereka faham tentang Islam dan yakin akan kebenarannya.

Tanya diri kita,adakah kita memahami apakah itu Islam yang sebenar?

Mungkin saya punya ayat agak kasar,tapi seriously,saya tulis ni bukan nak menghina sesiapa,jauh sekali nak mengkritik.

Tapi saya ikhlas (dan semoga Allah SWT kekalkan keikhlasan saya).

Saya kasihan melihat sesetengah dari kita yang meletakkan Gambar di Blognya tentang Isu Perempuan Berbonggol Masuk Neraka,tapi lepas post gambar tu,esoknya mereka post pula tentang Isu Wanita Kantoi Tidak Memakai Coli.

Astaghfirullahalazim.

Lack of knowledge,lack of understanding etc etc.

Kita kena betulkan ini semua.

Percayalah,bila kita kenal sahaja Islam dengan betul-betul,insya-Allah kita akan bahagia.

Percayalah.

Hanya dengan mengamalkan Islam sebetul-betulnya hati kita akan tenang.Dan bukankah itu yang kita mahukan sebenarnya dalam hidup di dunia ini?Ketenangan.

Saya sebenarnya mahu tulis panjang.Tapi saya tidak berapa sihat lagi hari ini.

Tadi petang 4 Cuaca berlaku di sini.Panas,Mendung,Hujan dan Salji.

Kuasa Allah SWT.

Dan saya terkena Air Hujan kot.Itu pasal demam.Tapi demam tidak bermaksud kita perlu berehat.

Saya teringat satu video saya tengok dahulu,ada seorang Lelaki Afrika,baru memeluk Islam,dan pergi menunaikan Haji.

Beliau sebenarnya penat ketika melakukan Haji,tapi Beliau cuba menghabiskan Haji.Kenapa?

Ini ayat Beliau,

Nabi Muhammad SAW berusia sudah tua (atas dari 40-an) ketika Baginda SAW mula-mula berdakwah.Tetapi,Baginda bersemangat.Tidak mudah berputus asa.Adakah logik saya yang muda ini (orang Afrika tu) untuk lemah?

Kesungguhan itu perlu.

Kita ini muda lagi.

Tapi lihatlah kita.

Lembik,lemah lagi boroi (haha).

Baru hendak mencari Ilmu sedikit,sudah lemah.Baru hendak pergi Majlis Ilmu,sudah lemah.Baru hendak berkorban sedikit,sudah lemah.Baru hendak berdikari sudah lemah.Baru hendak keluar pergi ke depan menyuarakan pendapat,sorokkan leher dalam baju seperti kura-kura.

Sedih?Tapi itulah kenyataannya.

Ini bukan kritikan.

Tapi teguran.

Teguran kerana memikirkan masa depan Umat Islam.

Janganlah kita berputus asa.

Islam pasti menang.

Tapi,persoalannya,adakah kita mahu berada di Pihak yang Menang,atau Pihak yang Kalah?

Fikir-fikirkan.

Iman itu bukan sekadar kata-kata.

Sebaliknya ianya adalah pengakuan di hati,lidah dan perlakuan.

Sebagai penutup,saya kongsikan sebuah lagi video untuk anda semua.


Dah tengok video?Thanks pada sahabat saya,Lah Azri yang berkongsikan dengan saya video di atas.Sebenarnya saya dah nak Publish,tapi dapat message link video ni.

Itulah dia apa yang saya hendak sampaikan.

Sebagai kesimpulan,saya ada satu nasihat yang berbunyi,

Kita berbicara hendak mati Syahid,tapi perkara paling penting kita abaikan.

Kita berbicara hendak berdakwah,tapi Ilmu kita tidak cari.

Kita berbicara hendak bersatu padu,tapi bagaimana hendak bersatu padu jika Isu Politik sempit pun kita gagal duduk semeja bersatu padu.

Berubahlah.

Tapi saya yakin kita boleh berubah.

Jika (ya ada jikanya) dan hanya jika kita kembali kepada Allah SWT,memohon bantuan daripada-Nya dan kembali kepada jalan-Nya.

Cuba rujuk Al-Quran ayat Surah As-Saff ayat 10-13 di bawah ini.

[10]
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
[11]
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[12]
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
[13]
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. [61:10-13]

Fikir-fikirkanlah.

Itu sahaja dari saya untuk kali ini.

Kita ada banyak kerja perlu dilakukan.Ianya susah,kerana memerlukan pengorbanan.Tapi tidak mustahil jika kita sanggup beralih dari melakukan rutin yang tidak mendatangkan faedah untuk Umat Manusia kepada melakukan kebaikan yang diperintahkan Allah SWT.

Saya yakin kita boleh,insya-Allah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Carilah Ilmu.

P/P/S : Ada salah silap,sila betul dan maafkan.Kerana saya juga manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan.Saya tulis takde niat nak kritik sape-sape.Takde pekdahnya kritik tanpa sebab.Saya just tulis sebagai peringatan kepada kita semua.Mungkin agak kasar.Tapi maafkan.Sebab ini sebenarnya peringatan untuk diri sendiri juga.Dan saya tulis ini tanpa cek ejaan.Sebab saya tidak berapa sihat.Assalamualaikum sekali lagi.Moga Allah SWT menerima ini sebagai salah satu usaha saya mendapatkan keredhaan-Nya.Amin.

P/P/S : Last-last.Perasan something tak.Bila seseorang cuba menyuarakan kebenaran,majoriti akan sukar menerimanya.Tapi bila seseorang menulis tentang Fitnah Adu Domba atau memaki hamun dalam Blog Urban Bajet Paling Hip Dalam Dunia,ramai orang suka.Ironi?Tentu sekali.



2 comments:

  1. Menarik sekali.
    Sama-sama lah kita mencari ilmu dan berubah
    dan jgn jadi seperti kura-kura. Moga sembuh demamnya umar.

    ReplyDelete