25.3.11

Dan Hendaklah Tiap-Tiap Diri Melihat Dan Memerhatikan Apa Yang Dia Telah Sediakan Untuk Hari Esok (Akhirat).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Baru sebentar tadi,saya mendapat tahu tentang Gempa Bumi yang berlaku di negara Myanmar.

Takziah.Didoakan yang terbaik untuk mereka.Amin.

Sebenarnya,di sini ada sesuatu untuk difikirkan.

[Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146]

Narrated Abu Huraira : The Prophet (SAW) said, "The Hour (Last Day) will not be established until (religious) knowledge will be taken away (by the death of religious learned men), earthquakes will be very frequent, time will pass quickly, afflictions will appear, murders will increase and money will overflow amongst you." (See Hadith No. 85 Vol 1).

Terjemahan untuk Hadis di atas,

Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga Ilmu (Agama) akan diambil (dengan kematian orang yang berilmu),Gempa Bumi berlaku dengan amat kerap,masa berlalu dengan amat pantas,penderitaan dan huru-hara muncul,pembunuhan akan meningkat dan harta kekayaan akan melimpah dalam kalangan kamu.

Mengikut Wikipedia,tahun ini sahaja,lebih dari 5 Gempa Bumi (yang besar) telah berlaku.Dan seperti mana yang kita tahu,tahun ini baru sampai kepada bulan Mac (cepat bukan masa berlalu?).


Sila klik pada gambar di atas untuk membesarkan Imej.

Cuba lihat gambar di atas.

Dalam bulan Mac sahaja (sebagai contoh),tiga gempa bumi besar telah berlaku.

Di Jepun,Myanmar dan Sempadan Myanmar-China.

Tidakkah kita mahu mengambil pengajaran?

Nabi Muhammad SAW telah memberi tahu kita perkara ini lebih 1400 Tahun dahulu.

SubhanAllah.

Sebenarnya,ini semua suatu perkara yang boleh mendatangkan pengajaran jika kita memikirkan tentangnya.

Tapi kita?

Adakah kita mengambil pengajaran daripadanya?

Tanya diri sendiri.

Allah SWT telah memberi kita peringatan banyak kali dalam Al-Quran supaya kembali kepada-Nya.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. [59:18]

Adakah kita mengambil pengajaran?

Tanya kepada diri sendiri.

Sebenarnya,Islam ini adalah baik untuk manusia.

Ambil contoh,pakai tudung dan tutup aurat.Itu sebenarnya amat baik untuk wanita.Kenapa?Kerana lelaki sebenarnya memang kelemahan mereka wanita.Tidak percaya?Cuba anda naik Train/Komuter,then ada wanita comel yang pakai seksi masuk.For sure ramai lelaki pervert usha baek punya kat diorang.

Then perempuan ini marah bila dilihat.Tapi bila disuruh tutup aurat mereka kata itu 'hak' mereka.Jadi,siapa salah?

Bagi lelaki juga sama.Allah SWT menyuruh kita menjaga pandangan supaya tidak melihat perkara haram.Tapi kita melihat juga.Siapa salah?

Allah SWT menciptakan kita.Dia Maha Mengetahui kelemahan kita.Jadi,ikut sahajalah apa yang diperintahkan-Nya.

Dia tidak pernah Menzalimi hamba-Nya.Kita sahajalah yang menzalimi diri sendiri.Betul.

Ambil lagi contoh mudah riba.Allah SWT melarang kita mengambil riba.Kenapa?Riba akan membawa kepada penindasan.Dan dalam zaman sekarang riba berleluasa.Adakah anda dapat lihat keadilan?

Mungkin di tempat anda,ramai orang kaya.Tapi ketahuilah anda,tidak lebih 30% penduduk dunia ini yang mempunyai kemudahan lengkap untuk hidup.Dan lebih 70% sumber dunia,digunakan hanya oleh 30% penduduk dunia.Adakah ini yang anda panggil adil?

Buka mata anda.Jangan terlalu selesa.

Boleh baca sini untuk maklumat lanjut.


Ada satu Hadis saya ingin petik yang saya jumpa dari buku Biografi Muhammad bin Abdullah.

Hadis yang berbunyi,

Rasulullah SAW bersabda : "Akan dikabulkan doa seseorang daripada kamu selagi dia tidak gopoh dengan Tuhan."

Apabila ditanya,"Bagaimana gopoh itu,wahai Muhammad (SAW)"?

Muhammad (SAW) berkata,"Iaitu orang yang berkata,'Aku sudah berdoa dan berdoa,tetapi tidak dimakbulkan lagi oleh Allah!'"

Ada lagi satu Hadis menarik untuk dikongsikan (yang juga diambil dari buku yang sama),

Muhammad (SAW) berkata,"Wahai Khabbab,pejuang sebelum kita iaitu para Nabi,ada yang ditanam di dalam lubang dan digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua badannya.Ada yang disikat dagingnya dengan penyikat besi.Namun,semua itu tidak menyebabkan dia berganjak sedikit pun daripada agamanya dan daripada keyakinannya.Wahai Khabbab,demi Allah,Allah akan memenangkan agama ini.Sehingga nanti seorang boleh menunggang kenderaan seorang diri berjalan dari Sanna' sampai Hadramaut.Tidak ada yang dia takut melainkan Allah,aman perjalanannya,tetapi kamu semua mahukan kemenangan yang segera."

Fikir-fikirkanlah.Ujian kita pada hari ini kecil sahaja.

Ketahuilah kita,dunia ini adalah Ujian.Dan dunia ini adalah permainan sementara sahaja.

Dan dunia ini adalah ibarat Penjara bagi orang Beriman,dan Syurga bagi orang yang tidak beriman.

Dan ketahuilah juga,Akhirat itu Abadi sifatnya.

Jika kita peroleh Syurga (dengan rahmat Allah SWT) di Akhirat kelak,beruntunglah kita.Itulah kejayaan yang sebenar.

Jika kita dibalas Neraka,rugilah kita.

Berubahlah dari sekarang.

Kembalilah kepada Islam.

Mohonlah kepada Allah SWT supaya diberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita.

Dan supaya Dia Memberikan kekuatan dan kefahaman kepada kita.

Amin.

Itu sahaja untuk kali ini.Jika ada masa lapang,dicadangkan baca sini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Astaghfirullahalazim.

P/P/S : Ini peringatan ikhlas untuk diri sendiri dan orang lain yang mahu mengambil pengajaran.Saya tidak mempunyai Ijazah Bidang Pengajian Islam,tapi saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu (untuk mendapatkan keredhaan-Nya semata).Itu pasal jika ada salah silap,sila maklumkan kepada saya,betulkan,dan maafkan saya jika ada terkasar bahasa.Amin.


No comments:

Post a Comment