9.3.11

Double-Interlude (Berkorban).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

untuk mendapat perkara yang terbaik
mesti ada pengorbanan

untuk menjadi seseorang yang terbaik
mesti ada pengorbanan

untuk menjadi hamba yang terbaik
mesti ada pengorbanan

untuk mendapat kejayaan yang terbaik itu juga
mesti ada pengorbanan

tapi manusia
mereka tidak memahami

mereka hanya mahu
tetapi tidak sanggup berkorban

tapi dalam masa sama
mereka mahukan yang terbaik

tidak
tidak boleh begitu

jika mahukan sesuatu yang terbaik
yang bukan mudah untuk mendapatkannya

dan yang bukan semua orang mampu mendapatkannya
mesti berkorban

tanpa pengorbanan
kata-kata akan terus menjadi kata-kata

impian
akan terus menjadi impian

dan hati
akan terus kecewa

kecewa dengan diri sendiri
yang mengecewakan hati

Assalamualaikum dan Selamat "Berkorban".


No comments:

Post a Comment