11.3.11

Double-Interlude (Gempa Bumi (Tsunami) Di Jepun - Apakah Yang Patut Kita (Umat Manusia) Renung Dan Fikirkan Daripadanya?).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hari ini,ada Gempa Bumi berlaku.

Gempa Bumi besar di Jepun berlaku.

Ramai yang terkorban.

Takziah.

Sebenarnya,kita yang hidup perlu mengambil pengajaran dari peristiwa ini.

Mati itu,boleh berlaku di mana-mana.

Tapi,bagaimana kita mati,dan dalam keadaan apa kita mati itulah yang paling penting.

Atau dalam kata lain,pengakhiran yang bagaimanakah yang kita mahukan?

Tentulah kita mahu supaya mati dalam keadaan beriman,bukan?

Sebenarnya,ada sesuatu untuk difikirkan oleh orang yang mahu berfikir daripada peristiwa Gempa Bumi (Tsunami) pada hari ini.

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [2:269]

Apakah Pengajaran itu?

Hari Kiamat telah makin hampir.Terlalu hampir dengan kita.

Bilakah Ia akan berlaku?

Allah SWT sahajalah yang Maha Mengetahui.

Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menyatakan bila dan bagaimana terjadinya.
[53:57-58]

Tapi,kita telah diberitahu dengan tanda-tanda hampir berlakunya kiamat.

[Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146]

Narrated Abu Huraira : The Prophet (SAW) said, "The Hour (Last Day) will not be established until (religious) knowledge will be taken away (by the death of religious learned men), earthquakes will be very frequent, time will pass quickly, afflictions will appear, murders will increase and money will overflow amongst you." (See Hadith No. 85 Vol 1).

Dalam Bahasa Melayu,Hadis di atas jika diterjemahkan,bermaksud lebih kurang begini,

Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga Ilmu (Agama) akan diambil (dengan kematian orang yang berilmu),Gempa Bumi berlaku dengan amat kerap,masa berlalu dengan amat pantas,penderitaan dan huru-hara muncul,pembunuhan akan meningkat dan harta kekayaan akan melimpah dalam kalangan kamu.

Penerjemahan dilakukan oleh saya.Jika ada salah silap,sila betulkan.Tapi insya-Allah betul.

Cuba perhatikan Hadis di atas,renungkan,dan kaitkan dengan Kejadian yang berlaku pada hari ini.

Gempa Bumi - dalam tahun ini sahaja berapa Gempa Bumi besar telah berlaku?

New Zealand,Japan,Indonesia etc etc.

Dan perkara-perkara lain dalam Hadis itu,kita dapat lihat banyak sudah berlaku di hadapan mata kita sendiri.

Masa berlalu pantas? (Checked)

Penderitaan dan huru-hara muncul? (Checked)

Dan banyak lagi yang sudah muncul.

Apakah erti semua ini?

Satu sahaja nasihat untuk saya dan anda semua.

Bertaubatlah.

Sebelum Pintu Taubat itu ditutup buat selama-lamanya.

Astaghfirullahalazim.

Jangan ditakutkan mati itu,tapi takutlah bagaimana keadaan kita ketika mati nanti.

Adakah kita mati dalam keadaan beriman?Atau dalam keadaaan Musyrik,Kafir atau Munafik?

Renung-renungkan.

Assalamualaikum dan Selamat Bertaubat.

P/S : Jangan hanya takut dan bimbangkan Tsunami,sebaliknya takutlah kepada Allah SWT.Semoga Allah SWT mematikan kita dalam keadaan beriman,dan memberikan kita keredhaan-Nya.Amin.


2 comments:

  1. lupa tambah.

    ada salah silap sila betlkan.
    ada terkasar bahasa sila maafkan.
    sekadar menulis untuk mengingatkan diri sendiri dan semua manusia.

    ReplyDelete
  2. Amin..Semoga penghabisan kita semua adalah Husnul Khatimah..

    (P/s- Bersemangat tul comentator kat CNN ni nak bgtau info psl tsunami threat kat California)

    ReplyDelete