3.3.11

Double-Interlude (Hidup Sekejap Sahaja).

Perhatian : Penulisan ini ringan.Tapi,mungkin agak 'berat' bagi sesiapa yang tidak mampu mencernakannya dengan elok.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Dialah Yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan yang sedia ada.Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka).Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [48:4]

Hari Khamis - seperti biasa,saya tiada kelas.Budak Tempatan Negara ini ada kelas Perang.So,saya?Tiada kelas.

Semalam saya tidak dapat menulis.

Hari ini pun,mungkin tidak dapat menulis (menyambung Siri Isolusi).

Kenapa?

Semalam kerana saya amat penat.Padahal tiada apa pun yang hendak dipenatkan.Tapi,manusia.Terleka.Rasa diri sendirilah yang paling malang dalam dunia.Padahal,diri sendiri memang tidak bersyukur.

Astaghfirullahalazim.


Hari ini pula?

Kerana perlu mempersiapkan diri untuk sesuatu pada hari esok.

Ada sedikit urusan dunia perlu diuruskan.

Doakan saya berjaya.Amin.

Tapi,kalau tidak berjaya,kita tidak boleh mengeluh memaki hamun.

Ini semua Ujian.

Sabar sahaja.

Yang penting berusaha.

Jangan asyik merungut.

Ini tidak,semua benda hendak merungut,macam diri sendiri yang paling malang.

Buka mata kita.

Oh ya,yang di atas ini bukan menyentuh tentang diri saya.

Yang di atas ini saya tujukan kepada pihak yang berkenaan yang sering berputus asa.

Tahukah anda kisah Para Sahabat?

Ujian untuk mereka,kebanyakannya lebih besar daripada kita.

Kita?

Itulah saya katakan.

Ilmu itu penting.

Ilmu untuk kita memahami erti hidup ini.

Ilmu tentang Islam.

Kita kena cari.

Supaya kita tidak mudah tersasar dari landasan.

Syaitan - sentiasa berusaha - sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita.

Carilah ilmu.

Berdoalah.

Supaya Allah SWT menambahkan kita dengan ilmu dan kefahaman terhadap jalan-Nya.


Sesungguhnya orang yang bencikan engkau (wahai Muhammad), Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). [108:3]

Sungguh.

Dahulu saya tidak faham sangat apa maksud ayat ini.

Tapi,Alhamdulillah dengan izin Allah selepas menonton video di bawah ini,saya lebih faham.Anda yang ada masa lebih,saya jemput untuk tonton video di bawah ini.


Seriously.Hidup di dunia memang tidak indah bagi orang yang beriman.Kenapa?

Kerana dunia ini satu Ujian kepada orang yang beriman.

Kerana Syurga itu satu Sukses yang Besar.Bukan kecil-kecil punya sukses.So,kenalah perit untuk hidup di dunia jika mahu Syurga.

Boleh sahaja bersenang lenang melakukan maksiat di dunia.Tapi itu semua tidak kekal lama.

Allah SWT telah memberi amaran awal-awal kepada kita.

Kadang-kadang,terfikir.

Berat benarkah Ujian kita ini?Atau kita merungut kerana kita terlalu cintakan dunia?Kerana kita terlalu sayangkan dunia?Dan kerana kita tidak mahu hilang perkara-perkara 'material' itu?

Allah SWT Tidak Memberati Seseorang Melainkan Apa Yang Terdaya Olehnya (Penulisan Motivasi Wajib Baca).

Di atas ini tajuk penulisan saya yang lama.

Salah satu kisah yang dikongsikan dalam Penulisan di atas adalah tentang Allahyarham Dr. Mas Afzal.Sungguh,kisahnya boleh dijadikan tauladan.

Pagi ini,saya mendapat komen di situ.

Komen yang diutuskan oleh Ibu Allahyarham.Komen yang berbunyi,

Assalamualaikum,

Setelah 76 hari pemergian Afzal menghadap Ilahi, saya tidak henti-henti merasa bangga betapa penulisannya banyak menyentuh kehidupan orang lain. Terima kasih kerana menganggap apa yang dicoretkan Afzal dalam blognya telah memanafaatkan saudara. Saya dan keluarga sedikitpun tidak ada halangan sekiranya hasil penulisan Afzal ingin digunakan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Semoga rohnya turut menikmati pahala kegunaan hasil peninggalan ini...mama Afzal.
[sic]

Membaca ulasan ini,membuatkan saya terfikirkan sesuatu tatkala bangun dari tidur pagi tadi.

Fikiran yang berbunyi,"Hidup memang tidak lama di dunia ini.Jika asyik merungut dan merungut dan merungut dan merungut dan terus merungut untuk Dunia ini,sungguh kita adalah orang yang rugi".

Memang benar Hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,

"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah SAW menjawab, “Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih-buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut." [Link]

Ya.Memang betul.Itulah kondisi kita pada hari ini.

Ini sesuatu yang amat perlu direnungkan.

Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah untuk memahami apa itu Islam yang sebenar.

Kemudian,ada sesetengah dari kita pada hari ini,yang seakan-akan malu menjadi Umat Islam.

Sehinggakan,kita (Golongan Ini) merasakan Islam itu tidak "Relevan" selagi tidak dicampur dengan Unsur Barat.

Akibatnya?

Lahirlah "Festival Fesyen Islam","Pop Cinta Islamik","Pakai Tudung Baju Ketat" etc etc.

Fahaman yang bercampur baur.

Akibat kurangnya ilmu.

Kita mesti ingat.Yang haram,tetap haram.Jangan sesuka hati menukar Islam mengikut nafsu.

Jika kita berbuat demikian,tiadalah beza kita dengan kaum-kaum yang terdahulu yang sering disebutkan dalam Al-Quran.


Kembalilah kepada jalan yang benar.Jalan Allah SWT.

Berdoalah kepada-Nya agar diberikan kekuatan.

Berusahalah.

Hendak something,kena usaha.Kalau tak usaha,tak dapat bro.Kalau asyik merungut,tapi dalam masa sama tak sembahyang,tak puasa,setakat berteori sahaja,tak dapat bro.Seriously.Lu sedang berada dalam "mass delusion" kalau lu terus dalam keadaan lu yang merungut saban hari tu.

Dan sekarang,ada juga fahaman Liberal dan Sekular melampau.

Satu sahaja nasihat saya untuk Golongan ini,

Jika hendak mengatakan tentang Allah SWT,kita tidak boleh menggunakan AKAL semata.Kerana AKAL manusia ini ada limit.Hendak mengetahui tentang Allah SWT,bukan rujuk Fahaman seorang Atheist.

Sebaliknya,rujuklah apa yang dikatakan Allah SWT tentang diri-Nya.Di mana perkara ini boleh dijumpai?Carilah dalam Al-Quran.Bacalah juga As-Sunnah untuk mengetahui apakah yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita.

Ingat.Penipuan yang paling terbesar dan paling terkeji adalah bila kita menipu apabila memperkatakan tentang Maha Pencipta yang telah Menciptakan kita (yakni mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu).Astaghfirullahalazim.

Itu sahaja rasanya kali ini.

Hidup di Akhir Zaman ini memang mencabar.

Tapi,ketahuilah,Dunia ini sekejap sahaja tempoh Ujiannya.Kalau kita mahu Gembira selamanya di Akhirat,kembalilah kepada Allah SWT.Jika mahu sengsara selamanya,you know what to do.

Dan yang paling penting,carilah ilmu (Al-Quran dan As-Sunnah).

Akhir sekali,cuba baca dan renungi ayat Al-Quran di bawah ini :

(Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka. [47:21]

Patutkah orang-orang (munafik) yang ada penyakit (syak, ragu-ragu) dalam hatinya: menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)?

Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. Dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka.
[47:29-32]

Sekian.

Semoga mendapat manfaat.

Cadangan Link Bacaan/Rujukan Tambahan :

- Islam = Death Cult. NOT!

- Are you a bad Muslim if you don't wear hijab?

- Islamic Q&A

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ada salah silap,sila betulkan.Ada terkasar bahasa,maafkan.Saya ikhlas menulis.Supaya menjadi peringatan untuk diri sendiri juga.Kadang-kadang,agak menyedihkan bila ada sesetengah Golongan tidak menggalakkan orang ramai mencari dan memahami Islam itu sendiri.

P/P/S : Siri Isolusi akan ditulis kembali bila saya sudah settle buat urusan saya esok.Insya-Allah.Doakan saya settle.Amin.

P/P/P/S : Kadang-kadang,kita asyik memikir pasal orang lain,sehingga terlupa akan amalan diri sendiri.Astaghfirullahalazim.



1 comment: