25.3.11

Hidup Moden Tanpa Nilai Murni - Inikah Yang Kita Mahukan?

Perhatian : Penulisan Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Di luar,angin sedang bertiup kencang.Dalam kata lainnya,ribut.

Ribut salji - itulah yang sedang berlaku di luar asrama saya sekarang.

Suatu pemandangan yang dahulunya tidak pernah dilihat,kini (dengan izin Allah SWT) dapat saya lihat.

Akibat dari Salji yang tebal,bilik saya gelap.

Bilik yang gelap membuatkan saya mengantuk.

Tapi,saya tidak mahu tidur.

Kerana saya sudah cukup banyak tidur.Mungkin terlebih.

Sebenarnya tujuan saya menulis kali ini kerana hendak menulis tentang beberapa perkara yang sedang bermain dalam fikiran saya.Tapi secara santai.

Tiada pengkhususan dalam topik untuk penulisan kali ini.Panjang penulisan pula saya sendiri tidak dapat pastikan.

Selagi saya mampu,saya akan menulis.Kalau sudah penat,saya berhenti.

Hari ini,saya pergi ke kampus.Dimaklumkan tiada kelas.

Saya berpatah balik.

Sebenarnya,saya secara jujurnya seperti kurang motivasi untuk meneruskan semester ini sehingga bulan Jun ini.

Dalam fikiran saya,hanya satu perkataan yang bermain-main dalam minda saya.

Apakah perkataan itu?

"BALIK".

Ya.

Saya mahu balik.

Kerana penat.

Tapi,apa yang istimewanya balik?Dua bulan sahaja pun kalau dapat balik pun.

Selepas itu,apa dia?

Saya akan balik semula ke sini.

Dan meneruskan hidup seperti biasa.

Dua bulan jika kita tukarkan kepada minggu,ianya lebih kurang sama dengan lapan minggu.

Lapan minggu - sekejap sahaja.

Aiseh.

Hidup ini sebenarnya sekejap sahaja.

Sekaya manapun kita,dan tidak kira anda siapa,Umar Zakir ke,Mahathir ke,Nik Aziz ke,Lim Kok Wing ke,sesiapa sahaja anda,dalam hidup ini kita hanya ada 24 Jam sehari,dan 365 Hari sahaja dalam setahun.

Tahun Lompat?

Sama sahaja.Yang membezakannya dengan Tahun Yang Tidak Lompat adalah penambahan saat sebanyak 86400,yakni satu hari.

Itulah realitinya.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [57:20]

Kita tahu,tetapi kita lupa.

Teringat saya satu kisah yang berlaku semester lepas.

Seorang rakan saya (bukan Warganegara Malaysia,sebaliknya Rakyat Tempatan Negara Tempat Saya Belajar) telah berlaku 'agak kurang sopan' dengan Cikgu saya.

Ceritanya?

Begini,

Pada hari itu,saya pergi kelas seperti biasa,masuk ke kelas,dan duduk.

Duduk tanpa sebarang idea apa yang akan berlaku pada saat seterusnya.

Guru masuk ke kelas.Dan pengajaran dimulakan.

Budak-budak makin bising dalam kelas,tanda kelas yang berlangsung adalah bosan (jujur cakap).

Guru berkata,"Perlahan sikit suara".

Para Pelajar terus bising.Bising yang amat.

Mereka mengajuk dan mengejek Cikgu apabila Cikgu menegur.

Sampai satu tahap,Cikgu menjerit memarahi seorang rakan yang duduk di sebelah saya.

"Woi,diam sikit",begitulah dalam Bahasa Melayunya jika ditranslatekan.

"Eh,minum air pon dah takleh ke skang?",jawab Anak Muda yang merasakan dirinya sentiasa betul.

"Aku suruh diam,diam la!",Wanita Tua yang bergelar Guru itu bersuara.

Dari nada suara,jelas Beliau sedang Menggila.

Saya,seorang Orang Asing dalam kelas itu,hanya duduk memerhatikan keadaan.Sebenarnya bosan pun ada.Tiba-tiba teringat satu Hadis Rasulullah SAW dalam kebosanan itu.

Hadis yang berbunyi,Narrated Abu Huraira : Allah’s Apostle (SAW) said, “The strong is not the one who overcomes the people by his strength, but the strong is the one who controls himself while in anger.”

Yang bermaksud yang kuat adalah yang dapat menahan marah.

Orang Muda dan Wanita Tua berterusan bertengkar.

Ego manusia - masing-masing tidak mahu kalah.

Wanita Tua yang sudah berusia ini menghentakkan meja dua kali,akibat terlalu marah (satu tindakan refleks manusia jika terlalu marah).

Budak itu terus mengejek Wanita tanda Beliau tidak mahu mengaku salah.

Wanita Tua menjerit dan keluar menghentak pintu.

Boom.

Dalam hati saya menggeleng.

Ingatkan,Para Pelajar akan pergi kejar Cikgu yang emo.Tidak sekali-kali.Mereka terus bising.

3 Minit kemudian,Guru masuk semula dan berkata,"Kelas batal".

Argh.

Kenapa saya perlu menyaksikan drama ini?Ada hikmahnya.Inilah hikmahnya.Saya dapat lihat kesan buruk kemarahan.

Kisah benar - gelaran yang diberikan oleh Generasi Y untuk menggambarkan satu keadaan yang penuh kebenaran.Juga satu gelaran untuk meyakinkan orang bahawa cerita yang diceritakannya adalah benar.

Dan menarik sekali,kerana Kisah yang berlaku di atas adalah Benar.Dan saya gelarkannya Kisah Benar.

Apa yang saya dapat lihat dari Kisah di atas sebenarnya?

Saya selepas beredar dari Kelas itu,terfikir,apa sebenarnya yang manusia cari dalam Hidupnya?Apa definisi cemerlang sebenarnya yang manusia tahu?

Kalau Cemerlang dari segi Pelajaran mendapat Sijil,yang bergaduh dalam Kisah di atas,dua-duanya bukan bodoh.

Wanita Tua - seorang Guru yang sudah tentu mempunyai Ijazah (paling kurang) untuk melayakkannya mengajar.

Anak Muda pula - seorang Pelajar Bakal Jurutera.Adakah orang yang menduduki kursus Kejuruteraan terdiri dari orang yang 'kurang cemerlang'?Sudah tentu tidak.

Jadi,jika definisi Cemerlang ditakrifkan dari Segi Sijil,kelihatannya seperti kita mempunyai masalah besar.

Pendidikan sebenarnya bukan untuk mendapat Sijil.Sebaliknya Pendidikan untuk diamalkan.Tiada guna mendapat Sijil,tapi kita tetap berkelakuan seperti Monyet.

Monyet yang bertopengkan Manusia.

Sama juga dengan Harta.

Apa guna Harta yang banyak,jika Harta itu digunakan untuk merosakkan Umat Manusia?

Kenal Hugh Hefner?

Itu Pengasas Majalah Hiburan Lelaki Muda,atau dalam Bahasa Kampungnya,orang kita panggil,Tokey Playboy.

Beliau kaya.

Tapi,adakah kekayaannya itu menyumbang kepada Akhlak yang baik?

No,not at all.

Kalau jumlah duit yang kita takrifkan seseorang itu sebagai berjaya,tentu sekali kita boleh katakan Hugh Hefner sebagai berjaya.

Tapi,demi Allah,itu amatlah tidak bermoral.

Argh.

Kenapa kita perlu mengambil Pemikiran Barat sedangkan kita ada Sumber Ilmu dari Allah SWT?

Barat tidak mengenal Allah SWT.

Itu pasal mereka mencari-cari maksud kebahagiaan melalui perkara-perkara ini.

Dan kita sendiri dapat lihat,betapa tidak bahagianya mereka.

Mungkin 'bahagia',tetapi untuk 'bahagia',tidak sekali-kali.

Dalam jasad manusia ada seketul daging,kalau baik daging itu,baiklah seluruh manusia itu.Jasad itu adalah Hati.

Begitulah bunyi Suatu Hadis.

Yang memberikan ketenangan hidup bukan dari Material,Wanita dan jauh sekali seseorang boleh happy dengan melihat Wanita Bogel.

Manusia mereka memang pelupa.

Saya bukan Ahli Falsafah.Tapi saya hamba.Seorang hamba kepada Maha Pencipta yang Menciptakannya.

Dan jujur cakap saya penat melihat gaya hidup manusia pada zaman sekarang.

Secara ringkasnya,hidup kita pada hari ini adalah untuk dilihat orang lain.

Sukar difahami?

Mari saya terangkan dalam ayat mudah.

Seorang lelaki mendapat 'Awek' baru.Dia akan bergambar dengan Awek,dan upload dalam Facebook.Untuk dipuji oleh rakan-rakannya.Tapi sebenarnya rakan-rakannya tidak memuji Beliau.Rakan-Rakannya sedang melihat 'Awek' Beliau yang gebu itu.

Seorang wanita pula,mendandan Rambut di Saloon.Beliau telah berkahwin.Sepatutnya Rambut ditunjukkan kepada Suaminya sahajalah.Tapi,Beliau camwhoring gambar Beliau sambil buat bibir muncung,yang boleh kita kaum lelaki definisikan sebagai agak mengghairahkan,dan Upload di Facebook.Datang seorang lelaki,yang juga teman kerjanya di Pejabat,komen di situ,"Alahai,comelnya".Dan mereka berbalas-balas komen.Dan perbualan maya itu berlaku pada waktu malam.

Sambung lagi cerita.Suaminya sedang tidur.Sedar isterinya sedang Chatting dengan lelaki lain.Hendak marah,tapi bimbang Isterinya gelarkannya sebagai Kampung.

Arghh.

Realiti yang Jijik,tapi sedang berlaku.Semua benda dibuat semata supaya orang nampak.Adakah ini Hidup?

Lihatlah dunia,adakah ini yang kita gelarkan Kemajuan?

Kita sekarang adalah Generasi yang amat tidak berakhlak.

Allah SWT melarang kita melakukan semua ini.

Bimbang - itulah yang sering saya fikir apabila hendak bergaul dengan masyarakat kembali,setelah Allah SWT memberikan saya petunjuk-Nya.

Saya tidak sempurna.Tapi saya tidak sanggup untuk mencampurkan diri dalam situasi ini lagi.

Aiseh.

Buka mata anda.

Buka mata anda.

Buka mata anda.

Inilah realiti kotor yang sedang berlaku dalam Masyarakat kita.

You have to take a pick - bicara seorang Student Of Knowledge apabila ditanyakan soalan berkenaan masalah ini.

Yakni,kita perlu membuat Pilihan.

Hendak join mereka yang alpa,atau kita mencari Ilmu,dan be strong,berdoa kepada Allah SWT,bertaubat,dan menyebarkan kebenaran kepada mereka walaupun ditentang.

Dalam dunia ini ada dua sahaja jenis manusia mengikut pemerhatian saya.

Trendsetter,atau follower.

Anda pilih.

Dan sebenarnyalahkan,Islam ada Solusi untuk masalah ini.

Kembalilah kepada pangkal jalan.

Renunglah apa yang kita sudah sediakan untuk Hari Akhirat itu nanti.Hari yang amat pasti akan berlakunya itu.Cuma bila berlakunya,Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui tentangnya.

Wallahualam.

Saya doakan supaya Allah SWT Memberi Petunjuk kepada manusia yang mencari kebenaran.

Argh,penat untuk meneruskan hidup melihat keadaan tidak bermoral ini.

Tapi,hidup perlu diteruskan.

Kerana,ketahuilah bahawa this worldly life,is nothing but a test.

Be strong.

Iman itu digerakkan dengan kata-kata,hati,dan perbuatan.Ingat.

Okay.

Hari sudah cerah kembali.SubhanAllah.Betapa hebat kuasa Allah SWT.

Saya mahu baca buku.

Tiada niat mengkritik sesiapa.Just pandangan peribadi seorang Anak Muda yang naive tentang dunia hari ini.

Dan kelihatannya seperti pandangannya agak betul.Heh.

Adios Walios.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ada salah silap,sila betulkan.Ada terkasar bahasa,minta maafkan.Pandangan peribadi semata.Dan ketahuilah,only smart guys win the game.


1 comment:

  1. Assalamualaikum PM..
    Alhamdulillah.. kehidupan yang
    diberikan Allah seharusnya di manfaatkan
    dengan sebaiknya...

    sekarang terlalu ramai manusia yg kaya
    tetapi masih lagi hidup dlm keadaan bongkak
    dan sombong dan lupa diri..

    ReplyDelete