11.3.11

Interlude (Allah SWT Itu Maha Penerima Taubat.Bertaubatlah.Gunakan Sebaik-Baiknya Masa Yang Masih Diberikan Ini Untuk Mencari Keredhaan Dan Keampunan-Nya).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Waktu lapang merupakan saat yang paling berharga bagi seorang manusia yang bergelar Pelajar.

Waktu lapang yang dimaksudkan di sini adalah saat ketika tiada kerja rumah dan tanggungjawab lain untuk dilakukan.

Ianya adalah satu saat di mana kita mempunyai waktu yang amat lapang.

Dan waktu lapang ini bisa membawa kita kepada kebaikan,atau keburukan.Bergantung bagaimana kita menggunakannya.

Apakah kebaikan yang dimaksudkan?

Kebaikan itu bermaksud kita menggunakan waktu lapang kita untuk mencari Ilmu tambahan,untuk bersukan (dengan tidak berlebihan),untuk membaca etc etc.Yakni menggunakan waktu lapang untuk perkara berfaedah.

Keburukan pula?

Kita membuang masa kita ketika kita mempunyai waktu lapang.

Dan contohnya pula?

Apakah perlu untuk diberikan contoh jika anda pun tahu apakah contoh yang boleh diberikan?

Baiklah.

Itu konsep masa lapang dari perspektif seorang Pelajar.

Pelajar ini definisinya luas.

Seseorang yang berusaha 60 Tahun pun boleh digelar sebagai Pelajar jika Beliau sedang mengikuti Pengajian Pascasiswazah.


Dan boleh jadi,Beliau juga akan membuang masanya ketika tiba waktu lapangnya.

Mari kita lihat apa pula kata Islam tentang Masa dan Waktu Lapang.

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103:1-3]

Sabda Rasulullah SAW : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]

Jika diteliti,kita akan mendapati tiada istilah 'berehat' bagi seorang Muslim yang memahami Islam.

Istilah berehat bagi seorang Muslim yang beriman kepada Allah SWT,Rasul-Nya dan Hari Akhirat,hanyalah di Akhirat kelak,di mana orang-orang yang berjaya pada hari itu mendapat kejayaan berbentuk Syurga.

Konsep menghargai masa pada pandangan Islam ini adalah jauh sekali berbeza dengan konsep menghargai masa dari sudut pandangan Sekular Duniawi.

Seorang yang melihat dari Pandangan Duniawi,hidup dan sasarannya adalah Dunia.

Apa yang Beliau nampak hanyalah Dunia yang bersifat sementara ini.Dunia inilah segala-galanya baginya.

Tapi,bagi seorang Islam yang beriman pula,definisinya terhadap kehidupan lebih meluas.

Beliau melihat Hidup di Dunia ini sebagai peluang untuk membuat amal.Kerana segala perbuatan di dunia,akan dihitung di akhirat kelak.Dan Hidup di Dunia ini tidak lain tidak bukan hanyalah 'alat' untuk mencapai keredhaan Allah SWT sahaja.

Banyak bezanya bukan?

Renung pula diri kita pada hari ini.

Adakah kita melihat Hidup di Dunia ini dari kaca mata pandangan seorang Islam?Atau pandangan seseorang yang melihat dari perspektif Sekular Duniawi?

Jika kita melihat dari pandangan Sekular,dan bertekad untuk meneruskan pandangan dari sudut itu,tiada guna kita (anda) meneruskan pembacaan ini.

Tetapi (ya ada tapinya di situ),jika anda ingin menukar Perspektif pandangan anda terhadap Kehidupan Dunia ini,dan merasakan tidak mungkin Hidup kita sekadar "makan,minum,kerja,mati" sahaja,anda dipelawa untuk meneruskan pembacaan.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [99:7-8]

Ketahuilah kita,setiap perbuatan kita semasa hidup di dunia ini,kelak di akhirat apabila dibangkitkan semula dari kubur,kita akan disoal tentangnya.

Jika banyak amalan baik yang dilakukan kita,beruntunglah kita.

Jika banyak amalan buruk yang dilakukan kita,malanglah kita.

Umat Islam tidak boleh memandang ringan kehidupan di Dunia ini.

Walaupun perkara itu nampak kecil sahaja kebaikannya,mungkin sekadar membuang botol kaca di atas jalan raya supaya tiada kereta yang melanggarnya,percayalah,semua amalan itu tidak boleh dipandang ringan.

Mungkin amalan itulah yang akan membantu kita di Akhirat kelak.

Sama juga dengan perbuatan buruk.

Mungkin perbuatan kita yang mengusha Awek setiap hari sepanjang hidup kita itu dirasakan kecil,tapi mungkin amalan itulah yang menghalang kita daripada mendapat keredhaan Allah SWT.

Siapa tahu?

Allah SWT (Tuhan Yang Menciptakan Sekalian Alam) sahaja yang Maha Mengetahui.Dan Allah SWT Maha Mengetahui setiap yang berada dalam dada dan fikiran kita.

Jadi,kita Umat Islam,tidak boleh membazirkan masa dan peluang yang ada pada kita untuk melakukan perkara yang bukan sahaja tidak berfaedah,malah memungkinkan kita mendapat kemurkaan Allah SWT.

Setiap perbuatan kita mestilah dilakukan untuk mendapat keredhaan-Nya semata.

Ikhlaskan niat untuk mendapat keredhaan-Nya semata.

Mahukan contoh?

Saya bagi anda satu Hadis.

[Muslim :: Book 26 : Hadith 5579]

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: There was a dog moving around a well whom thirst would have killed. Suddenly a prostitute from the prostitutes of Bani Isra'il happened to see it and she drew water in her shoe and made it drink, and she was pardoned because of this.

Dalam Bahasa Melayu,kisah di atas bermaksud lebih kurang begini,

Ada seekor Anjing.Haus.Yang amat sangat.Anjing berjalan di tepi Perigi.Ada seorang Pelacur dari Bani Israel nampak Anjing yang kasihan ini.Lantas Pelacur ini ambil air dari perigi itu menggunakan kasutnya dan diberikan kepada Anjing yang kasihan ini.Atas sebab perbuatan baiknya terhadap Anjing ini,Allah SWT mengampunkan kesalahan Beliau.Dalam riwayat lain,dikatakan bahawa Pelacur itu dimasukkan ke Syurga hanya kerana perbuatannya ini.

SubhanAllah.Betapa Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.

Bayangkan,hanya disebabkan perbuatan kecil ini,kesalahannya diampunkan.

Sementara,dalam kisah lain,dalam sebuah Hadis yang lain,diriwayatkan,

[Bukhari :: Book 3 :: Volume 40 :: Hadith 552]

Narrated Asma' bint Abi Bakr : The Prophet (SAW) prayed the eclipse prayer, and then said, "Hell was displayed so close that I said, 'O my Lord ! Am I going to be one of its inhabitants?"' Suddenly he saw a woman. I think he said, who was being scratched by a cat. He said, "What is wrong with her?" He was told, "She had imprisoned it (i.e. the cat) till it died of hunger."

Cerita ringkasnya dalam Bahasa Melayu berbunyi lebih kurang begini,

Seorang wanita dimasukkan ke dalam Neraka hanya kerana Beliau mengikat seekor kucing dan menyeksanya dengan tidak memberi kucing itu makan sehingga kucing itu mati.Akibat perbuatannya itu,Beliau dimasukkan ke Neraka.

Astaghfirullahalazim.

Jadi,kita mestilah mengelakkan dari melakukan kejahatan,walaupun ianya mungkin kelihatan kecil.Dan jika kita melakukan kesilapan,cepat-cepatlah bertaubat.

Kerana salah satu ciri orang yang berjaya adalah mereka itu cepat-cepat bertaubat dan insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
[3:135-136]

Berubahlah kita.

Insaflah.

Ketahuilah,Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.

Hadis Abu Hurairah RA : Nabi SAW bersabda : Sebaik sahaja Allah s.w.t menciptakan makhluk-Nya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisi-Nya di atas Arasy : Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku. [Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4939]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Janganlah kita membuang masa lagi.

Berubahlah.

Allah SWT sentiasa menerima kita kembali,biar sebanyak mana dosa kita.

Janganlah kita sia-siakan peluang yang masih ada ini.

Dan kepada mereka yang bergelar Pelajar,janganlah merasakan hidup kita ini masih terlalu 'lama' untuk disia-siakan.

Statistik menunjukkan Golongan Mudalah yang paling banyak mendapat kemalangan Maut pada hari ini.

Satu lagi bukti yang hanya menunjukkan kepada kita bahawa Maut itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

Berubahlah sementara masih ada kesempatan.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kejayaan itu memerlukan usaha dan pengorbanan.Jika kita hanya duduk sambil mengharap kejayaan jatuh bergolek,itu 'tidak bijak' namanya.

P/P/S : Semua manusia sama sahaja.Yang mulia di sisi Allah SWT (Maha Pencipta Langit Dan Bumi Sekalian Alam),adalah yang paling bertakwa.

P/P/P/S : Jika ada salah silap,sila betul dan minta maafkan.Ambil jernih,buang keruh.


1 comment:

  1. Allah bagi nikmat
    Manusia kufur nikmat
    Dan buat dosa tolak pahala
    Allah humbankan ke Neraka

    Sebelum nazak tiba
    Taubatlah segera
    Semoga Allah redha
    Penuh pengharapan untuk ke Syurga.

    ReplyDelete