7.3.11

Interlude (Mulakan Semula/Kemuliaan Orang Yang Bersabar).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semalam,saya tidak dapat menulis.

Ada menulis.Tapi pagi.Bukan malam.Jadi kiranya sudah 24 Jam saya tidak menulis.

Nampak simple.

Tapi apabila kita mula menganggap perbuatan kita meninggalkan/tertinggal suatu perkara kebaikan sebagai simple,atau tidak merasa kerugian daripada peninggalan itu,lama-lama percayalah,peninggalan yang sedikit itu pasti akan menjadi peninggalan yang kekal selamanya kelak.

Ayat di atas,konfem anda tidak faham.

Tidak mengapa,jangan pening-peningkan kepala anda untuk cuba memahamkan ayat itu kerana saya sendiri akui bahawa saya gagal untuk menerjemahkan idea yang ada dalam kepala saya ini ke dalam bentuk ayat dengan baik.

Oleh sebab itu,mari saya beri contoh.Contoh mudah yang boleh anda fahami,berkenaan ayat di atas.

1) Derma & Sedekah.

Satu hari anda pulang dari kerja,dan anda ternampak seorang buta.Dan anda berfikir,"Nak derma ke tak,nak derma ke tak,nak derma ke tak?"

Setelah tiga kali anda berfikir,anda beredar pergi.Kerana di dalam hati anda berfikir,"Ah,takpe.Ramai lagi orang boleh tolong dia.Ramai kot lalu lalang.Takkan takde sorang pon leh tolong.Aku pun nak guna duit.Ah,esok lusa pon boleh gak kalau nak derma sangat".

Dan keesokan harinya,anda memandu melalui rumah kebajikan Anak Yatim.Dalam hati terdetik,"Ni,kalau pergi lawat Rumah Anak Yatim ni,bagi sumbangan ke,cam mantap gak idea".

Tapi,kereta anda still dipandu melepasi rumah Anak Yatim sehingga akhirnya sampai ke Suria KLCC.

Aik,kenapa jauh benor sampainya?

Sebab anda berfikir dalam hati,"Ala,takpela.Esok lusa la.Kerajaan takkan tak tolong budak-budak tu.Aku dah bayar cukai cukup la.Dah bayar zakat cukup la.Baek aku gi beli baju Billionaire Boys Club untuk aku.Boleh menarik perhatian Gadis-Gadis Tempatan.Seterusnya,bolehlah aku digelar J.I.G (Jejaka Idaman Gadis) peringkat Zon Daerah aku".

Anda rasa-rasa,adakah anda akan kembali semula ke tempat-tempat ini untuk menderma selepas itu?

For sure tidak.Kemungkinan itu ada.Tapi biasanya,confirm kita tak berkesempatan kembali ke lokasi itu untuk melakukan kebaikan yang dirancang.

So,apa yang nak disampaikan kat sini,kalau ada peluang buat kebaikan,buat.Jangan tangguh.Bertangguh ke arah kebaikan,hanya akan membawa kita kembali kepada cara hidup yang gelap itu.


Tangguh punya tangguh,takut-takut esok sudah dipanggil menghadap Ilahi untuk selamanya.Siapa rugi kurang amalan?Kita juga.Diri kita sendiri.Bukan orang lain.

Kenapa?

Ini kerana dunia ini tempat membuat amal,tapi kita?Merugikan masa yang ada sementara masih diberi peluang.

Yang penting ikhlas.Tapi janganlah tidak mahu menderma kerana 'bimbang orang cakap kita riak'.Walhal,tiada orang pun sedang memandang kita ketika itu.Jangan menipu diri sendiri ya.Allah SWT Maha Mengetahui apa yang berada dalam hati dan fikiran kita.

Mari saya beri Situasi Kedua pula.


2) Pandangan Mata Melihat Gadis-Gadis Jelita.

Ini semua orang tahu.Semua dari kita tahu frasa 'Menjauhkan diri dari pandangan haram'.

Tapi,berapa ramai yang sedar,dan merealisasikannya ke dalam bentuk perbuatan?Kiranya bukan setakat bercakap tentangnya?

Ini dekat Eropah,bulan Jun,masuk Summer.Lagilah Meriah.Ariba-Ariba.Ho yeah.The Summer Girl Is In The City.Haha.Memang best,siapa tidak suka?Benda haram semua orang suka kan?

Tapi,ketahuilah satu hakikat.Dalam dunia ni,perempuan cantik,bersepah.Amat bersepah.Kalau kita asyik pandang semua wanita,kita juga yang akan sakit nanti.Sebab tidak pernah puas.Hatta kalau dah ada Isteri Ratu Dunia pun,for sure kita akan nak perempuan lain lagi kalau suka sangat tengok perempuan.

That's why Allah suruh kita (kaum lelaki) jaga pandangan mata.Sebab Allah SWT tahu kelemahan dan kekurangan kita.Kalau kita asyik tengok perempuan,kita juga akan sengsara.Sebab,hidup kejar nafsu sahaja,tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Allah SWT knows best.Tapi kita?Ingkar.

Dan,kadang-kadang,ada pemahaman sebegini dalam diri kita,"Ala,takpe la.Sikit je.Bukan orang nampak pon kita usha".

Sikit?Kalau setiap hari kita 'sikit-sikit',lama-lama bukankah kita seperti sedang menempah jalan ke Neraka?

Tengok benda-benda camni,hanya membuatkan hati kita gelap sahaja lama-lama.

Yalah,sebab dah terbiasa sangat tengok,lama-lama sudah tiada perasaan malu dalam diri kita.

Ada dua cara untuk seseorang itu tergelincir dari landasan yang benar (Islam).

Satu,terus jatuh gedebuk jadi murtad,keluar agama,musyrik etc etc.

Keduanya,secara slow-slow kita slip tergelincir.Begitu slow sampai kita pon sudah tidak sedar kita sudah terkeluar dari landasan yang benar.

Contoh?

Setiap hari kita tengok aurat Wanita di kaca televisyen.Mula-mula malu-malu lagi.But then kalau dah tengok tiap-tiap hari,akan sampai satu tahap di mana kita tengok wanita tidak pakai tudung itu dengan 'begitu rilek,santai semacam je'.Sampai tahap kita sudah lupa bahawa melihat Aurat Wanita itu haram.

Dan ya,perkara ini berlaku dalam dunia hari ini.

Korea,Drama Melayu,semuanya ada memaparkan Aurat.Tapi,kita?Kita tengok je.Kita tak kata ianya haram.Walhal,apa yang haram tetap haram.

Haaaaaa.

See the flow?

So,kena fikir-fikirkanlah yek.Tu la pasal sekarang ni bila berdua-dua dengan Wanita bukan Mahram pun kita anggap tidak ada apa-apa.Padahal,ianya boleh mengundang fitnah.Haram.

Kalau berterusan begini,percayalah,kita akan melihat keadaan di mana bila ada orang bercium-cium di khalayak,takde orang pon pelik tengok diorang.Sebab apa?Sebab dah biasa tengok.

Kan?

Nampak cam 'ala takkan jadi camtu la'.Tapi,takde benda yang mustahil kalau kita terus camni.Sekarang ni pun,budak kita lagi 'Barat' dari orang Putih sendiri.Aiseh.

Jadi,anda nampak apa yang saya cuba sampaikan?

Benda-benda kecil ini,jika kita abaikan,atau merasakan ianya simple,lama-lama akan membawa kepada perkara besar juga akhirnya.Lama-lama akan menjerat diri kita juga akhirnya.

Percayalah.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil." [Link]

Sebenarnya,hidup di akhir zaman ini memang mencabar.

Banyak dugaan.

Tapi,ketahuilah,dugaan di dunia ini sebentar sahaja sifatnya,sebaliknya Neraka di Akhirat itu kelak bersifat Abadi.

Astaghfirullahalazim.

Kita pilihlah,mahu Syurga atau Neraka?

Jadi,bersabarlah.

Dan,jika diteliti,banyak ayat Al-Quran yang menyebut tentang orang yang bersabar.

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar [2:153]

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: [2:155]

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. [2:177]

Dan banyak lagi ayat Al-Quran yang menyentuh tentang perihal sabar.

Anda boleh rujuk tentang perkara ini di sini.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini?

Begini.

Maksudnya,orang yang berjaya di Akhirat kelak,terdiri daripada orang yang bersabar di dunia ini.

Orang yang bersabar tidak mengambil riba' semasa di dunia,sebaliknya memilih hidup sederhana semata untuk mencari redha Allah SWT.

Orang yang bersabar tidak mengikut hawa nafsu dalam hidup,semata untuk mencari redha Allah SWT.

Orang yang bersabar dan redha dengan Ujian Allah SWT,tidak merungut malah bersyukur dengan setiap apa yang diberikan-Nya.

Orang yang bersabar.Dalam segala segi.

Faham?

Kesabaran mereka,semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Mereka mengorbankan waktu remaja 'hedonisme' mereka,sebaliknya memilih untuk menjadi Ganjil 'tak fun',kerana mereka tahu,bahawa Allah SWT akan memberikan yang terbaik untuk mereka kelak.

Bukan mereka tidak teringin membeli Jaket Bikers seperti yang dipakai John Mayer etc etc.Mereka juga manusia biasa.

Tapi,mereka bersabar.Dan mereka fikir,apa guna semua ini?Ini semua hanya Ilusi.Dunia ini permainan,bukan matlamat.


Faham flow?

So,bersabarlah kita semua,jika kita inginkan keredhaan Allah SWT.

Dalam mengekalkan momentum kesabaran dan iman di dunia ini,kita perlulah sentiasa memperlengkapkan diri kita dengan ilmu.Dan berdoa kepada Allah SWT agar memudahkan urusan kita.Amin.

Berbalik kepada ayat awal saya tadi,jadi saya mahu mengingatkan diri saya supaya sentiasa mencari ilmu dan sentiasa menulis.Dan berdoa supaya Allah SWT menetapkan hati dan niat saya,serta mengikhlaskan niat saya.

Amin.Sebab,fyi,penulisan saya ini semua banyak manfaatnya pada diri saya sendiri.Sebagai satu peringatan dan muhasabah.


Itu sahaja untuk kali ini rasanya.

Berubahlah kita.Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah SWT.Jika kita tersilap langkah,segeralah kembali kepada-Nya.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Istiqamahlah.

P/P/S : Tekun,Tekad dan Tabah.

P/P/P/S : Apa yang Majoriti buat,tidak semestinya betul.

P/P/P/P/S : Mengelakkan kesilapan kecil,adalah tidak sama dengan membincangkan perkara-perkara remeh dengan berlebih-lebihan sehingga terlupa untuk membincangkan perkara besar.Fikir-fikirkanlah.



2 comments: