2.3.11

Interlude (Perihal Hati,Munafik & Sikap Pemaaf).

Prenote : Ini merupakan sebahagian daripada Penerbitan Siri Isolusi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hari ini Hari Selasa.

1/3/2011.

Pantas waktu berlalu.

Jika kita masih lalai,rugilah kita.

Dalam Interlude (bagi Siri Isolusi) kali ini,saya hendak menulis santai.

Oh ya.Jika ada yang masih tertanya-tanya,Interlude itu maksudnya jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu adalah "Satu persembahan ringkas,semasa rehatnya suatu persembahan".

Dalam kes Siri Isolusi,ini bermaksud selang satu Siri,saya akan menulis satu Penulisan Interlude.Yang isinya tidak terlalu berat.Tetapi,insya-Allah,masih ada manfaat untuk yang membaca.Insya-Allah.Amin.


Sebelum meneruskan penulisan,saya ingin berkongsikan Terjemahan Ayat Al-Quran Surah Muhammad di sini.Bukan semua.Tapi beberapa ayat.Untuk direnungkan kita bersama-sama.

Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: "Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?" Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.

(Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?

(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka.

Berlakunya yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: "Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu"; sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan.

(Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka?

(Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhaiNya; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan).

Patutkah orang-orang (munafik) yang ada penyakit (syak, ragu-ragu) dalam hatinya: menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)?
[47:20-29]

Kita manusia sering bersalah sangka.

Saya sendiri juga begitu.

Saya sendiri suka bersalah sangka.

Saya sendiri kadangkala ada masanya merasakan semua orang salah.

Saya sebentar tadi,baru sahaja membuka blog seorang Follower Pena Maya.

Terjumpa satu ayat menarik di situ,

"Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa.Allah SWT sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa". [Link]

Sungguh,kita tidak boleh angkuh.

Penulisan ini ditujukan kepada diri sendiri terutamanya.

Kenapa?

Sering berlaku keadaan,ketika saya (dan anda) merasakan 'kitalah yang paling betul dalam dunia,dan orang lainlah yang paling salah'.

Mungkin kita betul,tapi kita tidak boleh bongkak.

Mari saya beri contoh,yang sering berlaku dalam zaman ini.

Ada seorang Ulama/Tokoh Islam.Beliau banyak memberikan Idea yang baik bla bla bla dalam Masyarakat.

Hendak dijadikan cerita,satu hari,Beliau membuat Statement yang agak mengarut.Betul pernyataannya.Tapi agak tidak kena dengan masa untuk pernyataan itu dikeluarkan.

Then,semua Umat Islam di atas muka bumi mula memaki hamun Beliau.Sehinggalah Beliau dikebumikan.

Banyak kali bukan kita dengar kisah seperti ini?

Sebenarnya,ini bukan cara yang diajarkan Rasulullah SAW.

Kita sebenarnya perlu memaafkan.

Kalau kita tidak suka sesuatu pandangan orang lain,kita tidak boleh menghina mereka.

Mungkin selepas mereka tersilap itu,mereka memohon ampun kepada Allah SWT.Dan mungkin Allah SWT menerima Taubat mereka.Then,kita sahaja yang masih marah maki hamun mereka ungkit cerita lama tidak habis-habis.

Tidak boleh begitu.

Kita tidak boleh bersikap begitu.

Itu bukan cara orang Islam.

Kita tidak boleh berdendam.

Islam mengajarkan kita untuk memaafkan kesalahan orang lain.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[3:133-135]

"Orang yang menahan kemarahannya" - Berapa ramaikah di antara kita yang mampu menahan kemarahan kita?

Janganlah kita berdendam lagi.

Ya,mereka mungkin tersilap.

Tapi,itu bukan alasan untuk kita berdendam dengan mereka tidak tentu hala dan mengungkit-ungkit kesilapan mereka tidak habis-habis.

Kita kena belajar untuk membersihkan hati.

Saya pun sama.Kena belajar membersihkan hati.


Tidak semestinya jika mereka (Para Ulama) pernah keluarkan Statement Kontroversi,semua kenyataan mereka selepas itu salah belaka.

Kita tidak boleh begitu.

Anda faham bukan apa yang saya cuba sampaikan?

Perkara ini sering berlaku dalam Masyarakat kita hari ini.

Ingatlah.

Ingatlah satu peristiwa di mana,


Nabi Muhammad SAW dalam peperangan Uhud telah mendapat luka pada muka dan juga patah beberapa batang giginya.Berkatalah salah seorang Sahabatnya : Cubalah Tuan doakan agar mereka celaka.

Nabi SAW menjawab : Aku sekali-kali tidak diutus untuk melaknat seseorang, tetapi aku diutus untuk mengajak kepada kebaikan dan sebagai rahmat .Lalu Baginda SAW menadahkan tangannya kepada Allah Yang Maha Mulia dan berdoa:

اللّهمّ اغفر لقومى فانّهم لا يعلمون

Ya Allah ampunilah kaumku,kerana mereka tidak mengetahui .
[Link]

SubhanAllah.

Inilah (Peribadi Rasulullah SAW yang Pemaaf) yang patut kita ikut sebenarnya.Bukan peribadi hasad sesetengah dari masyarakat kita pada hari ini yang patut kita ikuti.

Ingat,kita semua manusia.

Boleh melakukan kesilapan.

Ya,kita memang perlu menegur jika seseorang melakukan kesilapan.Tapi,kesilapan yang dilakukan mereka itu bukanlah tiket bagi kita untuk mencaci mereka sepanjang hayat mereka selepas itu.

Belajarlah memaafkan.

Cadangan saya,

Kita cari Ilmu.Kita betulkan apa yang kita nampak silap.Tapi,jika ada orang lain silap,dan kita sudah tegur,dan mereka sudah berubah,jangan sesekali kita ungkitkan kembali kesilapan itu.Belajarlah memaafkan kesalahan orang lain.

Memang sukar kelihatannya.Tapi,tiada yang mustahil jika kita sedar bahawa setiap perbuatan kita di dunia ini akan dihisab kelak.

Sedarlah.

Dan berubahlah.

Janganlah terus kita hidup berdendam.

Kerana memaafkan itu lebih baik dari berdendam.

Dan jika kita tidak puas hati dengan seseorang (tidak kira Tokoh Agama atau dalam kalangan kita sendiri),jangan pula kita pergi bantai ajak dan pengaruhi orang lain untuk membenci orang yang dibenci kita itu sama.

Jangan.

Sekali lagi diulang,belajarlah memaafkan.Belajarlah melupakan.Mungkin sukar,tetapi ketahuilah,itu lebih baik di sisi Allah SWT (perbuatan memaafkan itu).Kerana tiada manusia yang sempurna.Entah esok lusa,kita pula yang membuat kesilapan yang hampir sama seperti yang dilakukan mereka.Dak gitu?


Itu sahaja untuk kali ini.

Semoga mendapat pengajaran.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

Cadangan Bacaan Tambahan Lain :

- Mengawal Kemarahan Mengikut Islam,Bagaimanakah Caranya? (Satu Artikel Ringkas Untuk Yang Berfikir).

- Perlunya Untuk Kita Memaafkan Kesalahan Orang Lain.


P/S : From the signs that Allah has turned away from His servant is that He makes him occupied with that which doesn't concern him [Link].

P/P/S : Jangan terlalu yakin dan bongkak.Kita tidak tahu bagaimanakah kesudahan kita.Berdoalah agar Allah SWT mengurniakan kita pengakhiran dan kesudahan yang baik.Berdoalah semoga kita dimatikan dalam keadaan beriman.Amin.


1 comment:

  1. Tahniah bro atas penulisan yang baik, inshaAllah sangat bermanfaat. Mohon beri kebenaran untuk saya share jika berkeperluan satu hari nanti inshaAllah. Semoga diredai.

    Fi hifzillah

    ReplyDelete