9.3.11

Interlude (Puak Yang Menyeru/Beranilah Memperjuangkan Kebenaran,Walaupun Mungkin Tindakan Kita Itu Akan Menjadikan Kita Berada Dalam Kalangan Golongan Yang Tidak Popular).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


Sebelum memulakan pembacaan anda,jika ada masa kelapangan,saya mengajak anda menonton video di atas.

Kerana penulisan saya kali ini,banyak isi kandungan dan maklumatnya diambil dari video di atas.

Tetapi,jangan risau.Jika anda tidak dapat menontonnya (mungkin kerana kelajuan internet yang perlahan),anda masih tidak ketinggalan apa-apa (insya-Allah).Ini kerana saya akan menulis isi-isi penting video di atas dalam penulisan di bawah ini.

Mari kita mulakan.

Begini.

Saya baru membaca satu penulisan dari seorang rakyat Amerika (bukan Islam),yang bertajuk "Adakah Hukum Syariah Sesuai Untuk Dilaksanakan?".

Saya tidak mahu linkkan penulisan itu di sini.

Penulisan itu (yang ditulis dalam bahasa Inggeris) secara jujurnya bersifat Islamophobia.

Saya tidak salahkan Penulis yang menulis.

Kenapa?

Kerana persekitaran yang Beliau duduki,menyebabkan Beliau berfikiran sedemikian.

Apa yang menjadi masalah,adalah kerana,Beliau menulis Penulisan itu dengan begitu yakin sekali,dengan memetik "Quote-Quote" dari Al-Quran dan Hadis.

Ayat yang ditulis dari Al-Quran dan Hadis itu,memang terkandung.

Tapi,apa yang menjadi masalahnya adalah kerana Beliau hanya memetik sebahagian dari ayat itu.

Bukannya semua ayat yang ditulis.

Faham?

Jika masih tidak faham,anda boleh tonton video ringkas di bawah ini.


Kiranya,seorang yang tidak mengenal Islam,akan berkemungkinan untuk tersalah sangka dengan Islam selepas membaca Penulisan itu.

Malah,saya yakin,jika seorang Melayu yang beragama Islam membaca Penulisan itu sendiri akan tersalah sangka dengan Islam jika Beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam.

Walhal,Penulisan itu ditulis dengan kaedah 'petik sikit sini,petik sikit sana'.Bukan betul pun.

Maksudnya di sini,Penulisan itu salah dalam menafsirkan tentang Islam.

Itu satu.

Satu contoh yang menunjukkan bagaimana salah faham terhadap Islam boleh berlaku pada hari ini.

Mari saya beri contoh lain pula.

Contoh kita di Malaysia.

Tentang filem kita.

Filem-filem Hantu kita.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana Filem-Filem Hantu kita berpotensi besar menyumbang kepada misconceptions terhadap Islam dalam kalangan Manusia Yang Masih Belum Memeluk Islam.

Adalah bukan suatu yang memeranjatkan bila seorang rakan Cina anda bertanya kepada anda,"Kenapa orang Islam banyak sangat hantu ea?".

Anda dapat tangkap apa yang saya cuba sampaikan?

Begitu banyak salah faham terhadap Islam yang berlaku pada hari ini.

Dan sebentar tadi,saya melihat satu Status Twitter seorang bukan Islam.

Status yang berbunyi lebih kurang begini,"Keadilan dalam Islam?".

What is this all about?

Tanya saya.

Sekali lagi,saya tidak salahkan mereka.

(Mungkin) mereka tidak mengetahui.

Tapi,ada sesuatu yang patut (amat patut) dijadikan pengajaran oleh kita Umat Islam.

Pengajaran yang menyeru kita (umat Islam sendiri) untuk memahami apakah itu Islam yang sebenar,dan memperbetulkan salah faham ini dalam kalangan Penduduk Dunia.

Seriously.

Islam pada hari ini,adalah satu perkara yang paling mudah disalah-tafsirkan oleh penduduk dunia.

Antara contoh mudah,ramai dari Penduduk dunia yang bukan Islam menyangkakan bahawa "Islam = Arab".

Walhal,orang Arab hanya meliputi tidak sampai 30% jumlah Umat Islam di seluruh dunia.

Anda dapat tangkap apa saya cuba sampaikan?

Di sini,kita kena sedar.

Tanggungjawab berdakwah itu terletak pada bahu kita,Umat Islam.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [3:104]

Jika diteliti,dapatlah dikatakan bahawa Ayat Al-Quran di atas secara jelas menyatakan bahawa berdakwah itu adalah satu kewajiban bagi Umat Islam.

Tapi,timbul satu lagi persoalan.

Bagaimana hendak berdakwah kepada seorang manusia yang 'asas pemikirannya' adalah 'rasionalisme'?

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [16:125]

Jawapannya terletak dalam ayat di atas.

Hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.

Dalam kata lain,untuk berdakwah kepada seorang Atheist yang Sains adalah pemahamannya,kita perlu menggunakan pendekatan Saintifik dalam perbualan kita.

Dalam kata lain,berhikmah.

Seperti yang disebutkan dalam Ayat Al-Quran di atas.

Dalam kata lain juga,untuk merealisasikan perkara ini,seorang Pendakwah itu,mestilah ada Pengetahuan Am yang luas.

Dalam kata lain lagi,kita Umat Islam,mestilah berilmu!

Untuk berilmu,kita mestilah banyak membaca!

Kenapa?Kerana Golongan yang menyebarkan Islamophobia ini kebanyakannya 'hebat-hebat' belaka serangan mereka terhadap Islam.Mereka menggunakan pelbagai 'trick'.

Adakah kita mahu lena lagi?

Tiada cara mudah untuk mendapatkan Ilmu.

Tapi,lihatlah kita,Umat Islam.

Adakah kita menyebarkan Islam dengan baik?

Ya,kita telah cuba.

Tapi,adakah setakat itu sahaja usaha kita?

Adakah kita mahu terus lena tatkala salah faham ini terus berlaku saban hari?

Tanggungjawab ini jatuh pada kita ya.

Jangan kita turut sama menyumbang pada salah faham ini.

Betulkan sikap kita.

Contoh mudah,Islam tidak mengajar kita lewat ketika berjanji.

Jadi,kita janganlah lewat bila berjanji.

Ini kerana,bila kita berjanji dengan seorang bukan Islam,dan kita selalu lewat bila hadir,dalam hatinya akan berkata,"Macam inilah orang Islam".

Padahal,orang Islam bukan begitu.

"Islam is not what Muslims do,but what Muslims should do.And to know what they should do,one needs to learn what are in fact the teachings of Islam.Then after knowing that,then you judge Muslims in accordance with what Islam is.Not to judge Islam in accordance with what Muslims do." [Dr Bilal Philips]

Nampak kecil,tapi?

Anda nampak flow?

Memang tidak dinafikan,bila kita menyuarakan kebenaran,ramai yang akan menentang.(Mungkin) dari kalangan Umat Islam sendiri (yang masih belum faham kebenaran Islam yang sebenar).

Hadith : Whoever sought the pleasure of Allah though it was displeasing to the people then Allah becomes pleased with him, and will make the people please with him, and whoever sought the pleasure of the people though it was displeasing to Allah then Allah becomes displeased with him and will make the people displeased with him. [Ibn Hibban/ Tirmidhi]

Tapi,perkara yang benar mesti ditegakkan.

Berkatalah benar walaupun pahit.

Carilah keredhaan Allah SWT,bukannya mencari keredhaan manusia.

Mari saya beri satu contoh mudah (yang saya ambil dari video di atas) tentang seorang yang berani menegakkan kebenaran di zaman ini.

Muhammad Ali - siapa yang tidak kenal Beliau.

Berlaku pada satu masa,di mana Beliau dipanggil untuk menyertai Angkatan Perang Amerika dalam Peperangan Vietnam.

Tapi,Beliau menentang.Dan enggan memasukinya.Kenapa?

Kerana 'ianya bercanggah dengan pegangan Agamanya (Islam)'.

Orang ramai memaki hamunnya (tidak bersetuju dengan tindakannya).

Tapi,Beliau tetap dengan pendiriannya.

Walaupun Lesen Boxingnya dibatalkan etc etc.

Tapi lihatlah sekarang?Satu dunia menyanjungnya (boleh baca sini untuk maklumat lanjut).

Anda nampak flow?


Jika kita membuat sesuatu untuk mendapat keredhaan Allah SWT,dan perkara itu akan membuatkan kita tidak glemer,jangan risau,pasti satu hari nanti,orang akan nampak kebenaran perbuatan kita itu (sila rujuk Hadis di atas tadi).

Yang penting,kita mesti Ikhlas,hanya kerana Allah SWT.

Apakah kesimpulannya?

Kita (Umat Islam) mesti bekerja keras,dalam menyebarkan Islam yang sebenarnya kepada orang ramai.

Jangan terlalu selesa.

Jangan juga memilih topik yang kena dengan jiwa kita sahaja.

Cari Ilmu.

Dan semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita.

Saya sebenarnya menulis penulisan ini dalam keadaan pening kepala.

Jadi,mungkin bahasanya agak memeningkan anda yang membacanya.

Jika ada salah silap,sila betul dan maafkan.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


P/S : Banyak lagi hendak ditulis,tapi kepala saya pening.Amat pening.Tidak boleh sambung.

P/P/S : Be a man.A REAL MAN.


3 comments:

  1. saya lupa hendak tambah ayat ni.so tulis sini je.smoga manfaat.assalamualaikum.


    Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

    (Al Fussilat:33)

    ReplyDelete
  2. The P/P/S part - is a must read for all rijal(s)
    Jazakallah for sharing.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Semalam masa sembang2 dgn member ofis, dia cite masa die attach sebln kat spore, ade chinese (non-muslim) tanya dia knp member ni pakai tudung dan ade yg tak pakai tudung..member sy xtau nak jwb camna..dia cume jwb "depends on certain people"..yg mana sy rasa kalau sy yg jd chinese tu sy xkan puas hati dgn jawapan tu..kalau saya berada ditpt member tu pon tak tau nak jwb camna..bila pk2 blk betapa krgnya ilmu kita utk meyakinkan diorg..
    jadinya kita sebg org yg mengaku Islam ni kena selalu bersedia dan cari ilmu sebyk2nya utk memahamkan non-muslim ttg Islam..plg2 tidak pun tunjukkan melalui perbuatan dan pemakaian kalau xmampu nak berkata atau menulis..

    ReplyDelete