22.3.11

Kenapa Ianya (Dakwah) Satu Kewajiban?Kerana Masih Ramai Yang Keliru Di Luar Sana.Dan Oleh Kerana Kebenaran Mestilah Disebarkan Walau Dengan Apa Cara Sekalipun.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya sedang dalam proses hendak menulis ketika seorang Rakan (Junior) saya masuk ke bilik saya untuk bertanyakan sesuatu (mengenai Islam) kepada saya dan Rakan Bilik saya.

Tiga puluh minit berlalu,barulah saya boleh memulakan Penulisan ini dengan izin Allah SWT.

Sebenarnya,saya pada hari ini jika diikutkan rancangan pada awalnya,hendak menulis tentang topik yang bertemakan kondisi Umat Akhir Zaman dalam Siri "Banyak Tapi".

Apakah yang dimaksudkan saya dengan Tajuk "Banyak Tapi" itu?

Saya tidak mahu mengulas lanjut buat masa ini,tapi apa yang boleh saya ceritakan secara ringkas adalah frasa "Banyak Tapi" itu bermaksud :

- Jika dihitung dari segi kuantiti,kita (Umat Islam) pada hari ini banyak,tapi kita berada dalam keadaan yang amat lemah.

- Bukannya tiada Peringatan yang diberikan kepada kita,tapi terlalu banyak 'tapi' yang diberikan oleh kita untuk memulakan Perubahan.

Itulah Tema Penulisan yang hendak saya tulis pada hari ini.

Oleh kerana Isu yang bakal dibincang dan dituliskan adalah berat,jadi saya membuat satu Siri untuk menulis penulisan itu.

Tapi,kita manusia hanya merancang.Allah SWT yang Menentukan Segala-Galanya.

Jadi,ditakdirkan Allah SWT,saya tidak berkesempatan untuk menulis Tajuk itu pada malam ini.

Tapi,ada hikmahnya.

Apa dia hikmahnya?

Rakan saya masuk ke bilik saya untuk bertanyakan sesuatu kepada saya.

Masih kabur?

Begini.

Sebenarnya,saya agak penat untuk menulis pada hari ini.

Tapi,Alhamdulillah,Allah SWT itu Maha Mengetahui.

Saya membuka E-Mail saya beberapa jam yang lepas.

Ada seorang Pembaca mengirimkan saya dengan satu link untuk satu Artikel.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pembaca itu.Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa anda.

Artikel yang dikirimkan kepada saya itu menceritakan tentang Kepentingan Dakwah.

Selepas membaca Penulisan itu,saya (Alhamdulillah) mendapat semangat untuk menulis (walaupun agak penat).

Tapi,kalau ikutkan,bukanlah penat sangat.Tapi,manusia.Biasalah.Suka memberi alasan.Dan sejarah membuktikan,orang yang suka beralasan tidak pernah berjaya.

Baiklah.

Sambung cerita kita.

So,ditakdirkan Allah SWT lagi,Junior saya datang ke bilik saya bertanyakan soalan.

Satu soalan yang memang agak kompleks.

Dan selepas Beliau beredar,saya lihat jam sudah agak lewat,dan menyimpulkan tidak cukup masa untuk menulis penulisan berat.

Tapi,SubhanAllah,Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana,semasa penulisan ini ditulis,baru saya nampak hikmah yang berlaku dari peristiwa di atas.

Bila saya kaitkan Peristiwa di atas dengan Penulisan yang dikirimkan kepada saya itu,jelas kepada saya,bahawa tanggungjawab dakwah ini adalah amat besar sebenarnya.

Ramai orang di luar sana,yang ingin mencari kebenaran,tapi sering menjadi keliru akibat Ilmu dan Pemahaman yang kurang.

Mereka cuba bertanyakan kepada Ustaz mereka,tapi kadangkala Ustaz mereka pun gagal untuk menjawab soalan mereka.

Kenapa ini berlaku?

Ada dua sebab.

Satu,kurangnya ilmu.

Dua,fokus dakwah dalam kalangan kita yang terlalu memfokuskan terhadap perkara-perkara yang bukan pokok.

Apa perkara yang bukan pokok itu?

You name it yourself.Anda namakan sahaja sendiri.

Sebenarnya (pada pandangan peribadi saya),jika Akidah Islam yang sebenar difahami oleh kita,insya-Allah perkara-perkara lain akan mudah difahami oleh kita.

Dan saya,Alhamdulillah telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan Anugerah Menghuraikan Sesuatu Isu Dalam Bentuk Penulisan.

Adakah wajar saya tidak menggunakan Anugerah ini ke arah yang sepatutnya?

Jawapannya juga jelas.

Semalam,saya sempat membaca bahagian Pendahuluan untuk kitab Riadhus Shalihin (Terjemahan oleh Salim Bahreisy).

Ya,saya memang suka membaca Pendahuluan sesuatu buku dahulu sebelum membaca buku itu.

Kenapa?

Tidak ada sebab.Just suka.

Dalam Pendahuluan itu,Saudara Salim Bahreisy menulis tentang kenapa Beliau menerjemahkan Kitab itu dalam Bahasa Indonesia.

Ayat yang ditulis Beliau berbunyi sebegini setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Versi Tempatan,

Maka terdorong oleh rasa kewajiban yang dibebankan Allah kepada warga agama Islam sebagai tersebut dalam ayat 187 Surah Ali-Imran,juga oleh sabda Nabi Muhammad SAW : ”Sampaikan ayatku walau sepatah”,saya memulakan usaha ini.

Apakah ayat 187,Surah Ali-Imran yang dimaksudkan Beliau?

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu. [3:187]

Tafsirkan elok-elok ayat di atas.Tafsir mengikut mata hati,bukan mengikut mata nafsu.

Bila saya kaitkan semula kisah Salim Bahreisy ini,dengan segala kisah yang saya ceritakan di atas,adalah lebih jelas kepada saya kepentingan dan tanggungjawab berdakwah kepada masyarakat.

Bukan hanya kepada Umat Islam,tapi juga kepada orang yang belum memeluk Islam.

Bahasa Inggeris - merupakan satu perkara yang perlu saya kuasai semula selepas habis belajar nanti.

Bukannya hendak mengatakan penguasaan Bahasa Inggeris saya sekarang tidak elok,cuma sudah lama tidak guna untuk komunikasi ayat kompleks.Haha.Tapi no hal.Bak kata Cikgu saya,"Orang yang mahu,pasti cari jalan.Orang yang tidak mahu,pasti cari sebab untuk tidak buat".

Dan semalam,saya ada membaca satu ayat Al-Quran yang bermaksud begini,

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. [62:5]

Ada sesuatu yang perlu difikirkan kita di sini.

Dan kita kena ingat sebenarnya,berdakwah ini adalah menyeru orang melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Jadi,caranya juga mesti berhikmah.

Dan,aaaahhh,hari sudah lewat malam.Saya tidak boleh menulis dengan lebih panjang.

Kerana esok kelas awal pagi.Takut tak bangun beb.Subuh pukul 4 lebih sekarang.So jarak antara kelas tu cam jauh kan.Haha.Tu sebab kena tidur awal.


Apa-apapun,saya minta anda Para Pembaca untuk mendoakan saya kekal ikhlas dan bersemangat dalam menulis kerana Allah SWT.

Dan semoga Allah SWT menerima penulisan saya ini sebagai salah satu Ibadat saya kepada-Nya juga dalam usaha mencari keredhaan-Nya.

Dan semoga usaha saya ini memberikan kebaikan kepada diri saya (terutamanya) dan anda semua.

Semoga anda mendapat pengajaran daripada penulisan saya kali ini.

Insya-Allah esok saya akan menulis sebuah Penulisan yang serius.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


Cadangan Bacaan Lain Untuk Dibaca Dan Direnungkan :

List Of Countries By Muslim Population.
Jangan Dilupakan Tugas Ini.

P/S : Allah Knows Best.


3 comments:

  1. SYUKRAN atas perkongsian.
    saya tak tahu mengapa saya berminat dengan penulisan sahabat.

    saya ada satu permintaan, boleh tak sahabat hasilkan satu artikel berkenaan :

    "konsep dakwah islamiyah dalam realiti masa kini"

    saya dah cuba brainstorm, tapi xberapa banyak idea yang mampu saya create.

    kalau ada link2 video dan artikel berkaitannya boleh kongsikan sekali.saya ada tugasan untuk dilunaskan.tugasan pelajar 19 tahun~

    kalau boleh kongsikannya sebelum 28 haribulan disember ini.lagi cepat lagi bagus.tugasan itu saya kena laksanakan pada 30 ini.

    harap dapat bantu saya dalam perkongsian ilmiah.harap xkeberatan untuk menulisnya dan jangan lupa tujukan link ke blog saya:

    http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/

    takut terlupa nak menjenguk ke sini...syukran...=)

    ReplyDelete
  2. kalau tak sempat tulis dalam masa yang terhad ini tak mengapa.

    harap kalau bila2 ada masa lapang tuliskan lah dan kongsikan linknya di blog saya...

    syukran...=)

    :: ilmu sepanjang hayat ::

    ReplyDelete