19.3.11

Penjelasan Mengenai Isu Ahmad Dan Mutusami.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Tempoh hari,ada seorang Pembaca saya bertanyakan soalan di ruangan komen salah satu Penulisan saya sebelum ini.

Soalan yang ditanyakan berbunyi begini,

Anonymous said...

Boleh tak saudara jelas kan tentang ayat Allah (58:17),'merekalah ahli neraka dan mereka KEKAL di dalamnya'..
saya banyak mendengar 'Muslim yang berdosa akan masuk neraka,setelah segala dosanya settle,masuk syurga semula' namun tiada 1 pon ayt dalam al-quran tentang itu..Malah neraka dijadikan Allah bukan untk menyucikan dosa,tapi untuk menghukum..Dosa kita hnya akan suci,jika kita bertaubat..

contoh:Ahmad dilahirkan dalam keluarga muslim,Mutusami dilahirkan dalam keluarga hindu..kedua2 mereka ini melakukan maksiat,minum arak,berzina,etc..namun hanya kerana Ahmad muslim dia tetap masuk syurga..''Deyy!yena deii! ini tidak adil,saya juga manusia,saya juga makhluk Allah,saya dilahirkan dalam keluarga hindu,saya tidak tahu apa,saya tidak tahu minum arak itu salah,saya tidak tahu berzina itu berdosa tetapi Ahmad tahu,dan sekarang Ahmad masuk syurga,saya kekal di neraka..''kata mutu..

Sesungguhnya Allah Maha Adil..Allah adil terhadap semua makhlukNya..

adakah selama ini kita sudah salah faham?
atau saja2 diberikan teori sebegitu oleh pihak tertentu dgn tujuan umat Islam jatuh..

bayangkan jika kita muslim,yg melakukan banyak dosa akan tetap ke syurga semula asalkan mereka BERIMAN..adakah seseorang itu beriman jika maasih melakukan dosa?.TIDAK!mereka yang beriman adalah mereka yg bertaubat..sudah tentu kita akan alpa di dunia ini..kerana kita yakin,baik atau jahat kita,asalkan muslim tetap akan syurga dan matlamat pihak2 yg menyampaikan teori begitu tercapai apabila kita sudah alpa..

Setiap orang melakukan dosa..
Allah suka hamban2nya yang bertaubat setelah berbuat dosa,hanya mereka yang bertaubat akan diampunkan dosa2nya..Maka bertaubatlahh wahai sahabat2,selagi masih sempat..Menyesallah dengan apa yang kita lakukan,bersegeralah bertaubat,kembali pada Allah..Kiamat sudah dekat,janganlah kita alpa sahabat2..Dunia hanya sementara..

minta tolong jelaskan..

-yang keliru-

Dan saya telah bertanyakan Soalan ini kepada beberapa orang Ustaz yang layak menjawabnya.

Setakat ini Ustaz Nor Amin telah membalas E-Mail saya.

E-Mail Penjelasan itu berbunyi begini,

Salam

Kita tak boleh samakan orang Islam dengan orang non muslim, tak boleh samakan orang Islam dengan orang beriman, orang beriman pasti masuk syurga dengan rahmat Allah, orang yang tak beriman pasti masuk neraga dengan kehendak Allah, tetapi mereka dimasukkan ke dalam syurga semula adalah disebabkan mereka itu Islam dan tak adil juga kalau mereka dimasukkan terus dalam neraka Allah seperti orang tidak beriman kecuali orang yang melakukan syirik yang besar. Dalilnya ialah :

Dari Utsman bin Affan radhiyallahu ''anhu berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang meninggal dunia dan dia mengetahui bahwa tiada tuhan selain Allah, masuk surga."

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ''anhu berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang berkata tiada tuhan selain Allah dan bahwa Aku adalah utusan Allah, tanpa perasaan ragu, kecuali dia masuk surga."

Sebab itulah kita tak boleh samakan orang kafir dengan orang Islam kerana orang islam masuk syurga sebab dia mengucap dua kalimah syahadah tapi kalau dia tidak bertaqwa dan beriman dengan Allah maka tak logik masuk terus kedalam syurga maka ia perlu dihisab atau di masuk dahulu di dalam neraka sebab syurga itu adalah tempat orang baik2 dan bersih dari segala dosa sahaja. Ini ada hujah dan ada dalil yang disandarkan jangan anggap tiada dalil dan hanya dongengan sahaja.

Orang yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan amalan yang disuruh oleh Allah walaupun dia beriman, maka ia tetap akan disiksa dahulu dalam neraka Allah dan hujah ini telah dihujah oleh banyak ulamak2 yang muktabar. Orang kafir nak masuk syurga mesti kena Islam, tak adillah kalau dia diazab dan dimasukkan dalam syurga sebab dia tak percaya akan kewujudan Allah.

Harap dapat memberi penjelasan.

Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Perkara ini merupakan perkara baru juga bagi saya.Harap maklum.

P/P/S : Iman itu ada turun naik.Jika ada orang ingin berubah,kita kena bantu mereka.Jangan lemahkan semangat mereka.Sekian harap maklum.



2 comments:

  1. Soalan macam ni rasanya byk kali dgr juga.

    ReplyDelete
  2. Betapa pentingnya Syahadah tuh.. subhanallah~

    ReplyDelete