13.3.11

Quadruple-Interlude (Kisah Kedutaan).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Malam ini saya tidak dapat menyambung Siri Isolusi lagi.

Kenapa?

Kerana malam ini saya ingin membaca sebuah buku.Kerana malam ini malam Sabtu.Esok cuti ho yeah!

Yalah,hendak menulis pun kenalah ada Ilmu.Jika tiada Ilmu,kita akan menulis mengikut emosi.

Dan saya ingin menulis sesuatu yang dapat manusia lain (dan diri saya) manfaatkan daripadanya.

Oleh itu,malam ini saya tidak mahu menulis penulisan berat.

Sekadar ingin berkongsikan kisah yang berlaku Petang tadi.

Petang tadi,saya bersama Para Pelajar Malaysia lain yang menuntut di Moscow berkesempatan pergi ke Kedutaan Besar Malaysia di sana.

Kenapa?

Kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad,yang datang ke Russia atas jemputan Dmitry Medvedev,ada membuat Talk di situ.

Tun Mahathir sempat memberikan ucapan.

Apakah isi ucapan Beliau?

Diringkaskan,Beliau menyuruh Para Pelajar Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan apabila habis tempoh pengajian nanti,kembalilah berkhidmat di Malaysia.Kerana Malaysia memerlukan pengalaman Para Pelajar sepanjang berada di perantauan ini.

Ucapan ini memberi motivasi kepada saya secara peribadi.

Kenapa?

Kerana,inilah fungsi belajar di luar negara.Untuk mengambil ilmu yang tiada di dalam negara.

Bukan setakat Ilmu Akademik,tetapi 'Ilmu Pengalaman'.

Saya tidak merasakan ada masalah dengan nasihat yang diberikan Tun ini kepada Para Pelajar.Hanya orang yang bermasalah sahaja yang merasakan ada masalah dengan nasihat ini.

Kemudian,ada Sesi Soal Jawab.

Ada tiga orang sudah keluar.Untuk menunggu giliran bertanya.

Saya bangun untuk bertanya (sebenarnya saya tidak ingin mengemukakan soalan,saya sekadar ingin memberi Pendapat saya dari kaca mata Generasi Muda tentang Wawasan 2020,memandangkan tajuk Talk pada hari ini adalah 2020 Vision:Are We In The Track).

Sampai giliran orang kedua dan ketiga untuk bertanya.

Apabila sudah hampir Giliran saya,Pegawai Kedutaan menghampiri saya dan berkata,"Tak sempat la nak ambek soalan lagi.Diorang dah beri Isyarat.Sebab Tun perlu balik dalam petang ni jugak".

"ARGHHH NOOOOO!",ujar saya dalam hati.Haha.

Tapi,tidak mengapa.

Kena redha.

Ada hikmah.

Tapi sebab saya merasakan pendapat yang saya ingin berikan itu penting untuk diketahui orang lain,jadi saya ingin berkongsikannya di sini.

Inilah yang saya mahu cakapkan di depan Tun tadi.

Sebelum kita sambung,saya ingin kongsikan dengan anda sesuatu.

Sebenarnya untuk pengetahuan anda,saya seorang Peminat Tun Mahathir daripada kecil.Dan saya juga (bersama majoriti daripada Generasi Muda sekarang ini) lahir di bawah kepimpinan Dr. Mahathir.

Memang diakui,bukan semua benda yang Beliau buat betul.Tapi,saya tidak merasakan semua yang Beliau buat salah.

Dan,dalam Islam sendiri mengajarkan supaya kita taat pada Pemerintah,selagi dalam perkara yang bukan Maksiat (Anda boleh rujuk perkara ini dalam Buku Riadhus Shalihin Jilid 1 & 2 Terjemahan Oleh Salim Bahreisy).

Dan saya secara peribadi,amat tidak bersetuju bila ada manusia dalam Malaysia yang terlalu suka membangkang.

Tapi,saya juga tidak berkenan dengan Prinsip Taklid Buta (Follow bulat-bulat).

Apa yang salah,perlu dibetulkan.Tapi,kalau sudah betul,tidak perlu dibangkang.

Mungkin kerana kita dalam Malaysia terlalu selesa,kadang-kadang perkara yang tidak perlu dibangkang pun kita jadikan Isu Besar.

Apabila saya berada di Perantauan seperti di Negara Russia (dan juga ketika saya melawat Mesir Musim Sejuk tahun lepas),barulah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana berpeluang untuk hidup di Malaysia.

Sebagai contoh,orang Malaysia memang beruntung (Alhamdulillah) kerana orang yang sederhana pun boleh memiliki rumah yang luas dengan harga yang murah.Tapi di sini,hanya Jutawan sahaja yang boleh memiliki rumah.Golongan lain?Mereka tinggal di Apartment.

Memang betul kata orang,"Orang Malaysia yang berada di Perantauan lebih menghargai Malaysia daripada orang yang duduk di Malaysia".

Ramai orang yang memuji Malaysia kepada saya sepanjang saya berada di Perantauan ini.

Saya sebenarnya seorang yang Patriotik.

Itu pasal saya tidak suka apabila ada Manusia yang suka memporak-perandakan kedamaian.

Tapi,bukan bermaksud saya Taklid Buta.

Sila ambil perhatian ayat saya di atas ini.

Baiklah,di bawah ini saya kongsikan apa yang ingin saya cakap kepada Tun petang tadi (secara ringkasnya),

Assalamualaikum Tun.

Saya sebenarnya Peminat Tun dari kecil.So saya amat SEGHOOONOKKKKK (haha) bila dapat cakap dengan Tun.

Saya tidak mahu bertanya,tapi saya ingin berkongsikan pendapat saya berkenaan Wawasan 2020.

Jika menyebut tentang Infrastruktur yang hebat etc etc,kita boleh membinanya.

Tapi,jika menyentuh tentang Mentaliti dan Sikap Rakyat Malaysia menjelang 2020,saya tidak merasakan kita mampu untuk maju menjelang 2020.

Saya tidak merasakan pemikiran kebanyakan rakyat kita bersedia untuk Wawasan 2020.

Kenapa?

Bila menyentuh tentang Wawasan 2020,ianya adalah berkenaan Generasi Muda.Bukan Generasi yang ada memimpin pada hari ini.

Jadi,jika dilihat keadaan Generasi Muda pada hari ini,saya tidak merasakan kita bersedia (dari segi mentaliti).

Mungkin di KL,Penang,JB etc etc,kita 'kelihatan' maju.

Tapi,bila kita masuk ke Kampung dan Bandar serta Pekan kecil,kita akan mendapati Rakyat kita masih mundur pemikiran.

Macam mana saya tahu?Sebab saya berasal dari Bandar Kecil.

Mundur di sini bukan bermaksud tidak tahu mengendalikan teknologi etc etc.Tapi mundur di sini bermaksud tidak memahami kenapa kita perlu maju.

Saya merasakan untuk maju,pemikiran rakyat dan juga kemajuan infrastruktur haruslah seimbang (hand by hand).

Jika infrastruktur yang melebih,jadilah kes di mana seorang itu mempunyai motor,tapi akibat gagal memahami apakah fungsi motor,dia berlumba haram.

Sama juga dengan Internet.Kalau seorang tiada kefahaman tentang Internet,Internet itu hanya akan membawa keburukan kepadanya jika digunakan.

Usaha ini jauh lagi sebenarnya untuk dilakukan.Tapi saya yakin,dengan izin Allah,jika semua pihak berusaha,kita akan mampu mencapainya.

Sekian.

Itulah yang saya ingin sebutkan petang tadi sebenarnya.

Kenapa saya hanya menyentuh tentang Wawasan 2020?

Sebab Majlis itu sebenarnya bertemakan Wawasan 2020.Jadi,apabila Temanya sekian-sekian,kita tidak bolehlah buat pandai-pandai nak bincangkan Topik lain.Itu namanya Adab.Hikmah.Etc etc.

Tapi,sudah bukan rezeki saya untuk keluar pada hari ini.Haha.

Sebenarnya maybe ada masa lagi untuk Soalan,tapi sebab ada Majlis Bergambar.Haha.Ironi bukan?

Apa-apapun,jika dikaitkan pula dengan Islam,sama juga.

Amal Ibadat dan Ilmu mestilah seimbang.

Jika Amal Ibadat banyak,tapi Ilmu tiada,kita boleh menjerumuskan diri ke dalam perangkap pembaharuan dalam agama (Bidaah).


Maksudnya: 'Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu'. Hadith hasan sahih. [Sumber : Link]

Dan jika Ilmu banyak,tapi tiada amal dilakukan,ianya boleh membawa kepada kebongkakan dan keangkuhan.

Faham?

Jadi,kenalah mencari Ilmu.

Tapi,orang kita tidak suka membaca.Orang kita lebih suka menonton wayang etc etc.

Jadi,saya berdoa semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada semua umat Islam dan semua manusia yang mencari kebenaran.Semoga mereka (dan juga kita semua) ditunjukkan jalan kebenaran.

By the way,ini bukan Artikel Politik.

Ini Artikel saya sebagai seorang Peminat Tun Dr. Mahathir.

Kepada anda yang terlalu suka membangkang tak tentu arah,saya nasihatkan,carilah Ilmu.

Boleh membangkang (atau lebih tepatnya menasihat),tapi berhikmah.Bukan semua benda perlu dibangkang.Dan bangkangan pula bukan disebabkan faktor emosi atau peribadi.Dan Para Pemimpin yang dinasihat pula,hendaklah menerima nasihat yang diberikan.Jangan bersikap egois.

Sekali lagi saya ulang nasihat untuk kita semua,carilah Ilmu.

Ingat,Allah SWT Maha Mengetahui setiap apa yang berada dalam dada dan minda kita.

Saya just merasakan tidak kena bila kita,yang mengaku kita ini Umat Islam,tapi sentiasa hati kita penuh dengan kemarahan dan dendam,sentiasa berburuk sangka,sentiasa memaki hamun,sentiasa fitnah-memfitnah.

Jika dilihat dalam Blog-Blog Politik,malu saya.


Kita mengaku kita Islam,tapi kita menyebarkan Fitnah (sesuatu yang tidak pasti) dalam blog kita.

Kita menulis berdasarkan hearsay.

Kita Umat Islam,kalau salah,tegur.Jangan mengutuk dan memfitnah.Berdosa besar.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [49:6]

Dan itulah pasal sekarang saya jarang sudah membaca blog Politik yang ditulis oleh orang yang menggunakan nama samaran dan berlandaskan emosi (tidak kira dari sebelah mana sekalipun).

Kenapa?

Kerana ianya tidak membawa manfaat langsung kepada Islam,Negara,Masyarakat Dunia dan juga diri saya.

Baik saya baca dan fahamkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Kenapa?

Kerana bila kita perbaiki hubungan dengan Allah SWT dan Rasul-Nya,confirm hubungan kita dengan sesama manusia menjadi mudah.Kita akan menjadi manusia yang bertoleransi,memahami dan juga berilmu.

Itu sahaja.

Saya sudah mahu baca buku.

Jika ada salah silap,sila betulkan dan minta maafkan.

Ini pendapat peribadi.Tidak suka,tidak mengapa.Jangan emo pulak komen.Itu bukan cara orang Islam.Allah SWT nampak segala perbuatan kita.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya doakan semoga Allah SWT memberikan Petunjuk dan Hidayah-Nya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan semua Para Pemimpin Islam kita.Amin.Sama-sama kita doakan mereka,bukan sekadar mengutuk mencaci mereka.Itu semua tidak membantu.

P/P/S : Kita tidak boleh hanya menyalahkan suatu Pihak sahaja akan kelemahan kita.Kita kena berusaha memperbetulkan diri sendiri.

P/P/P/S : Jika ingin melihat masa depan sesebuah Umat,lihatlah Generasi Mudanya pada hari ini.Adakah anda lihat Generasi yang lemah,ataupun kuat serta matang?Generasi Muda,sedarlah,ada tugas berat untuk anda semua.Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita.

P/P/P/P/S : Orang kita pada hari ini,banyak yang lebih berminat untuk beragama 'Politik' dari menjadi Umat Islam yang sebenar.

P/P/P/P/P/S : Ilmu kena ada bro.Manners pon kena elok bro.Ilmu yang banyak patutnya makin menjadikan kita humble.Bukan makin berlagak.Dan ini nasihat untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang hendak menjadikannya pengajaran.



No comments:

Post a Comment