29.3.11

Sex,Drugs,Fame,Rock And Roll,Wealth,Women Bla Bla Bla... - Is There More?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Penulisan Santai - merupakan tema yang dipilih untuk penulisan kali ini.

Atau mungkin lebih tepat saya ingin menulis suatu Penulisan Syoksen.

Beberapa hari lepas,saya tidak merasa sangat elok,atau dalam slang Anglo-Saxons,people kata "I'm not feeling so well".

Katanya,Food Poisoning.

Entah.

Tapi,memang serious sakit la.

"Ala,lu bising la bro",sampuk Brother X.

"Gua tak bising,gua just story.Lu tak kena lu leh la cakap camtu",jawab saya dengan nada paling sopan.


Diarrhea(Terma ini lebih sopan berbanding Terma dalam Bahasa Melayu haha),Muntah,Tiada Selera Makan,Badan Menggigil Secara Tiba-Tiba,Demam,Pening - merupakan symptom bagi Food Poisoning.

Dan semuanya berlaku pada saya.

Saya rasa,inilah sakit yang paling sakit saya pernah rasa sepanjang hidup saya.

Tapi,Alhamdulillah,sekarang feeling better la.

Masa sakit semalam,saya sempat terfikir,kalau inipun sudah sakit,macam manakah sakit ketika Sakaratul Maut.

Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar". [8:50]

Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [50:19]

Banyak sebenarnya Hadis yang menceritakan tentang Pedihnya Sakaratul Maut.

Anda boleh Google.Saya bukan tidak mahu letak di sini,tetapi saya agak penat untuk menggoogle (contoh kemalasan orang zaman sekarang).

Saya pernah dengar,Sakaratul Maut ini sebenarnya pisah antara Roh dengan Jasad.

So,of course lah sakit.

Nak-nak kalau kita terlampau cinta dunia.Tentulah Roh kita berat benor nak tinggalkan Jasad kita.

Astaghfirullahalazim.

Tapi itu apa yang saya dengarlah.Sumber tidak tahu.

Tapi,anologinya boleh dipakai.

Tapi kalau silap tolong betulkan la.


Alang-alang kita dah story pasal Sakaratul Maut,saya nak kaitkan dengan Cara Hidup kita sekarang ini.

Termasuk diri saya yang selalu alpa.

Baru sakit sikit dah lupa.

Aiseh.


Okay,balik pada Cara Hidup kita zaman sekarang.Atau dalam slang Anglo-Saxons,our lifestyle (yeah bebeh).

Jika direnung,lifestyle kita zaman sekarang...

Entah.

Saya secara jujurnya rasa cam ada tidak kena sahaja dengan lifestyle kita.

Sex,Drugs,Fame,Rock And Roll,Wealth,Women - itulah yang ada dalam kebanyakan kepala kita.

Buat something untuk dipandang orang.

Cinta?Definisi cinta semata untuk mengisi kekosongan hati.Apa yang kosong?Saya pun tak sure.

Cinta Remaja pula?

Orang lain ada awek,aku pun nak ada gak.Tapi,aku sekadar nak awek je la.Then bila bosan awek ditinggal.

Anak Dara pula sedih menyesal berjanji tidak ingin bercinta lagi.Tapi bila jumpa dengan Teruna lain,bercinta kembali.

Then,break balik.Then couple,then break,then couple,then break.Setiap episod dengan Pasangan yang berlainan.

Sedar-sedar dalam satu bandar semua orang kita dah bercinta dengan mereka.

Itulah cinta bagi kita hari ini.Bukan lagi 'cinta'.

Kahwin awal?

Taknak pulak.

Kenapa?

Tanggungjawab brother.Duit takde brother.Tapi kos bercinta dan berdating lagi tinggi sebenarnya dari kahwin.

Aiseh.

Pelik kita pada zaman sekarang ini.

Eh wait bro.Gua bukan komplen tentang zaman sekarang.

Gua story apa gua nampak.

Heh.

Laki pula?

Ha,story pasal laki.

Sebenarnya laki ni adalah Pemimpin.Laki mesti jadi smart,and of course incredibly gorgeous.

Ada Tokoh pernah berkata,kalau hendak lihat bagaimana keadaan generasi akan datang,cuba usha generasi muda zaman sekarang.

Dan seperti yang saya cakap di atas,Laki adalah Pemimpin.Ya,ada Perempuan yang menjadi Pemimpin.Tapi tak ramai.Dan Sejarah menyaksikan Lakilah yang menjadi Pemimpin.

So,let's see.

Remaja Lelaki zaman sekarang?

Kita terjebak dengan satu Gejala Hedonisme (saya tak pasti apa definisi Hedonisme sebenar,tapi mengikut definisi saya,ianya bermaksud tiada identiti).

Pernah dengar ayat "Orang yang terbaik adalah orang yang faham.Jika dia buat jahat,dan dia faham,dia adalah yang terbaik.Jika dia buat baik,dan dia faham kenapa dia buat baik,dia adalah yang terbaik"?

Sumber ayat di atas,saya tahu.Tapi,saya tak sure.So,saya tak boleh cakap.Bahaya.

Okay.

Check balik Gejala Hedonisme tadi.

Kita sekarang buat benda semua nak ikut orang.

Contoh?

Orang beli itu,kita nak beli itu gak.Orang beli ini,kita nak beli ini gak.Orang pakai itu,kita nak pakai itu gak.Tapi,kita tak faham kenapa orang tu pakai itu.Dan yang menyedihkan lagi,orang yang kita tiru tu pon tak faham kenapa mereka pakai camtu.

Jadinya,lahirlah Generasi yang tiada identiti dan tiada pendirian.

Yeay,bunyinya agak kejam.Tapi itu realiti.

Sape minat Teori Konspirasi?

Kalau minat,mungkin anda pernah dengar perkataan Agenda.

Heh.

By the way,Teori Konspirasi hanya Teori.

Merujuk balik Gaya Hidup kita zaman sekarang kat atas ni,tanya diri kita,adakah itu sahaja dalam hidup ini?

Let say kalau kita habis Universiti,then kita pakai kereta Audi,or Mazda,or whatever,even Jiguli (apa?tak glemer ke pakai jiguli?see,persepi again),then what?

Secara tipikalnya,Para Jejaka akan mencari Gadis-Gadis.Bercinta bagai nak rak dahulu.

Then,kalau serious,kahwin.

Tapi,mostly,tak kahwin lagi.Just bercinta.

Tapi,dalam masa sama,cara kelakuan dah lebih dari orang kahwin.

Haih.

So,where's the moral in this story?

Saya tak cakap saya perfect.Saya pon Generasi Zaman Sekarang,terlibat sekali dalam Realiti ini.

Tapi just tulis apa yang saya nampak.So that ada orang yang amek pengajaran.

Tapi itulah,kalau Palahniuk yang tulis macam ni,mesti orang tak amik kisah.Tapi kalau orang yang unknown tulis,ramai je yang marah.

Orang kita - suka mendiskriminasi.

Jap rehat jap.Nak gi buat something.

(Selepas lima minit)

Oh ya,kembali sambung.Tadi rehat jap.

Okay,so camni.

Apa kena semua ini dengan Islam?

Ya.Islam membawa Solusi untuk semua ini.

Islam adalah Solusi.

Sebenarnya apa yang manusia cari dalam Sex,Fame,Wealth etc etc ini?

Mereka mencari ketenangan,dan definisi hidup.

So kita check Surah Al-Fatihah.

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Lengkap dalam Surah ni,sebenarnya Allah SWT cakap kat kita pasal apa maksud hidup ini yang sebenar.And Surah Al-Fatihah juga dikatakan Ibu Al-Quran.Kenapa?Sebab ayatnya mewakili konteks keseluruhan Al-Quran.

Okay,let say seorang Pemuda yang masih belum memeluk Islam,yang sedang mencari-cari apa definisi hidup,membaca Surah Al-Fatihah.

Dari ayat pertama sahaja,Beliau telah dimaklumkan bahawa adanya Maha Pencipta yang mengawal Dunia ini.

Dan Maha Pencipta (Allah) ini sifatnya Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Dan,Allah SWT Menguasai Hari Pembalasan.

Zappp.Dia akan seperti terkena kilat apabila membaca ayat ini.

Barulah dia tahu bahawa hidupnya ini bukan sekadar di dunia ini sahaja.Sebaliknya hidup ini adalah suatu yang sementara di mana semua perbuatan di dunia ini kelak akan dihisab kembali.

Dan hanya kepada Allah SWT sahaja kita akan kembali.

Dan ayat seterusnya menyatakan hanya kepada Allah SWT sahaja kita memohon dan menyembah.

Ayat yang next pula menyatakan doa kita kepada Allah SWT supaya ditunjukkan jalan yang lurus.

Zapp lagi.

Dia kini telah tahu bahawa untuk berjaya di Dunia dan Akhirat ini,kita mesti mengikut jalan yang lurus.

Dan untuk mengetahui jalan yang lurus,kita mesti kembali kepada Allah SWT dan memohon kepada-Nya.

Indah bukan?

Sebenarnya,kalau kita baca dan renung secara mendalam Al-Quran berserta Terjemahannya kita akan dapati bahawa Al-Quran ini tidak dikarang oleh manusia.

Sebaliknya ianya adalah Kalam Allah SWT.

Itu pasal ramai orang yang bukan Islam yang sedang mencari kebenaran masuk Islam lepas baca Al-Quran.

Tapi kita umat Islam yang sedia Islam dari lahir tak tau benda ni.Sebab?Kita tak pernah baca dan fahami Al-Quran.

So?

Marilah baca Al-Quran.

Jangan lagha sangat dengan hidup di dunia ini.

Kita ada masa sebenarnya.Tapi kita tak guna dengan betul.

By the way,berbicara mengenai Gaya Bahasa Al-Quran,kalau anda free,cuba baca buku The Choice tulisan Ahmed Deedat.Saya ada buku ni.

Dia cakap memang Al-Quran ini mustahil ditulis manusia.

So,kembalilah kepada Allah SWT.

Dunia ni kejap je.

Entah esok,kita mati.

Mati sebab apa?

Tak tahu.Allah sahaja Maha Mengetahui tentang itu.

Tapi kita,sementara masih ada masa,berubahlah.

Okay,thats it.

Saya dah penat sangat.Hendak tidur.

Pening.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ada salah silap,sila betulkan dan minta maafkan.Saya tidak check ejaan.Tiada tenaga untuk menyemak ejaan.Pemalas bukan?


3 comments:

  1. Hedonisme tu budaya suka akan hiburan kalau tak silap.

    ReplyDelete
  2. moga Allah memberi kelapangan kepada saudara untuk terus menulis dan berdakwah. selamat maju jaya.

    ReplyDelete