15.3.11

Siri Isolusi 10 : Carilah Ketenangan Dalam Ibadah Kepada-Nya (Penutup).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hari ini,saya akan menamatkan Siri Isolusi.

Banyak lagi perkara yang ingin ditulis,tetapi,sebanyak mana pun yang ditulis,dan dibaca,jika tiada tindakan susulan yang diambil,tiada gunalah penulisan dan pembacaan kita.

Begitu juga dengan hakikat kebenaran.

Jika kita masih mengabaikan hakikat kebenaran setelah mengetahuinya,ada kemungkinan,kita akan menjadi lebih teruk dari keadaan kita yang sebelumnya (yang tidak mengetahui kebenaran).

Kenapa Islam sebagai Solusi?

Kerana Islam itu fitrah.Islam itu tabii.Islam itu naluri semulajadi manusia.

Anda masih tidak tahu apa itu Islam?

Anda boleh baca di sini.

Saya mempelawa anda (semua manusia yang reti membaca dalam Bahasa Melayu),samada anda Islam atau masih belum memeluk Islam,kajilah apa itu Islam.

Jika anda masih tercari-cari apakah definisi ketenangan dalam hidup,carilah erti itu di dalam Islam.

Dalam memuji dan mengingati Allah SWT itu,ada ketenangan.

Dalam memberi itu,ada kepuasan.

Dalam mengamalkan itu,ada tujuan.

Semua ini diajarkan Islam.

Janganlah kita bertangguh lagi.

Tiada siapa untuk dipersalahkan di akhirat kelak,melainkan diri sendiri yang tidak mahu berubah ketika di dunia (dahulu).

Sekian daripada saya untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jika kita rasakan terlalu susah untuk berkorban untuk sesuatu,sebenarnya mungkin perkara itu tidak susah untuk kita korbankan,tapi kita yang sebenarnya tidak mahukan sesuatu itu.


No comments:

Post a Comment