1.3.11

Siri Isolusi 3 : Timbuktu,Sebuah Empayar Yang Hilang Dan Kisah Khazanah Ilmunya (Kepentingan Mencari Ilmu Bagi Kita Umat Islam Pada Hari Ini).

Perhatian : Penulisan Bahasa Pasar Dengan Fakta Sejarah Yang Santai Lagi Berpengajaran.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [47:7]

Assalamualaikum.

Hari ini saya pulang agak lewat.Sekitar pukul 7.30 Malam,saya baru sampai di rumah.

Tolak-campur waktu makan-minum-segala,wo,sudah 10 Malam.

Cepat sungguh masa berlalu.Sungguh.Ini sudah masuk bulan Mac.

Jika kita masih menangguh-nangguhkan perkara baik yang hendak dilakukan,rugilah kita.Bimbang cita-cita hanya tinggal cita-cita,dan impian hanya tinggal impian.

Saya tidak tahu samada saya boleh memberi yang terbaik dalam Penulisan kali ini,memandangkan waktu sudah agak lewat,dan saya pula agak penat.

Tapi,tidak mengapa.Kita ikut sahaja flow.Insya-Allah,ada idea akan datang sepanjang saya menulis ini.


Dalam Siri kali ini,saya ingin menulis tentang,Timbuktu dan Khazanah Ilmunya.

Dalam Siri sebelum ini,saya telah menceritakan perihal Mansa Musa.

Siapakah Mansa Musa?

Mansa Musa memainkan peranan penting dalam menukarkan Timbuktu menjadi sebuah Pusat Ilmu penting dalam Sejarah Dunia.

Di bawah ini,saya ceritakan secara ringkas Sejarah Timbuktu.

Sebelum menceritakan tentang Sejarah Timbuktu,elok saya maklumkan kepada anda Sumber Rujukan untuk penulisan ini.

Sumber Utama yang saya jadikan Panduan untuk Penulisan kali ini adalah Video ini,dan Artikel ini.Jika anda berminat,anda boleh tonton dan baca video dan artikel tersebut,untuk menambah sedikit Ilmu.

Sila ambil perhatian juga,video itu mempunyai 7 Bahagian.Sambungan video itu anda boleh tengok dekat related video belah kanan (biasanya Youtube akan suggestkan terus).

Baiklah.

Mari mulakan penceritaan Sejarah kita.

Timbuktu,terletak di Mali.

Dahulunya merupakan satu Empayar yang amat kaya.Tetapi kini,itu semua hanya tinggal Sejarah.Kini,Timbuktu hanya sebuah daerah yang terpencil di benua Afrika.

Tapi,Sejarah Timbuktu adalah menarik untuk dihayati.

Timbuktu,semasa zaman kegemilangannya,mempunyai lebih daripada 100 dari buah Madrasah Ilmu.Dan yang lebih menarik,Timbuktu adalah lokasi di mana terletaknya salah satu di antara Universiti Pertama di Dunia,Sankore University.

Dahulunya,Timbuktu merupakan Pusat Ilmu.Banyak orang datang untuk menuntut Ilmu di sini.

Yang membuatkan saya tertarik dengan Timbuktu,adalah kerana Timbuktu ini adalah salah satu Empayar Islam zaman dahulu.

Seperti Orang Melayu,yang mengadaptasi Tulisan Jawi daripada Tulisan Arab,masyarakat Timbuktu juga mempunyai Skrip mereka sendiri yang diasimilasikan daripada Tulisan Arab.

Apakah nama Skrip itu?

Ajami Script.

Tetapi,sayang.Kerana banyak dari Manuskrip Ilmu di Timbuktu ditulis menggunakan Ajami Script.Dan,ramai dalam kalangan Generasi Baru pada hari ini,tidak mahir membaca Ajami Script.

Dan banyak manuskrip ilmu di Timbuktu hilang/masih belum dijumpai.

Dianggarkan ada 300,000 Manuskrip tentang Islam pernah dihasilkan di Timbuktu.Tapi,hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat ditemui pada hari ini.

Dan dikatakan juga,jika semua dari Manuskrip itu dijumpai kembali,ianya dapat mencorak kembali Sejarah Benua Afrika (dan mungkin Sejarah Dunia).

Dikhabarkan,pada satu zaman,ada fenomena dalam kalangan masyarakat Timbuktu yang memiliki manuskrip-manuskrip ini untuk menyorokkan manuskrip-manuskrip ini.

Ada satu kisah,di mana seorang pemilik Manuskrip membina satu dinding besar dan menyorokkan segala Manuskripnya di belakang dinding itu.

Dan Manuskrip-Manuskrip itu sehingga kini,kekal di belakang dinding itu.Kebanyakannya rosak dimakan anai-anai.

Inilah akibat bila kita tidak memahami kepentingan ilmu,sehingga sanggup menyorokkan ilmu di belakang dinding.

Dan usaha untuk mencari dan memperbaiki manuskrip ini terus dijalankan sehingga kini.Tapi,mungkin sebab persekitaran Timbuktu yang tidak berapa best pada hari ini,tidak ramai orang yang sanggup pergi ke sana.Melainkan Sejarawan dan Golongan Berkaitan.

Tamat Sejarah Ringkas Timbuktu.Mungkin ada kekurangan dan kesalahan di sana sini.Jadi,jika anda dapati ada sebarang kesalahan,sila betulkan.

Itu Sejarah.

Kini,saya hendak bercerita tentang Pandangan Peribadi saya pula.Apa yang saya nampak daripada Sejarah Timbuktu ini,dan kaitannya dengan Umat Islam pada hari ini.Sila ambil perhatian,penulisan yang akan ditulis di bawah ini adalah pendapat peribadi saya sahaja.Mungkin ada salah silap yang akan berlaku.

Perkara paling penting yang saya nampak adalah betapa Islam ini adalah Cara Hidup untuk Semua Manusia (fitrah).

Ambil contoh Timbuktu.

Timbuktu ini terletak di Benua Afrika.

Adakah orang Afrika sama dengan Orang Arab?

Tentulah tidak sama.

Tapi,orang Afrika memeluk Islam dan mengamalkannya dengan begitu baik sehinggakan Timbuktu digelar Mecca of the Sahara (merujuk kepada peranannya dalam menjadi Pusat Penyebaran Ilmu Islam).

Oh ya,saya baru perasan.Page Wiki tentang Timbuktu sudah berubah.Semalam lain,hari ini lain.Aiseh.Ini bukti bahawa sumber di Wikipedia kita tidak boleh terima seratus peratus memandangkan setiap hari pasti ada orang ubah isi kandungannya.Tapi still boleh jadikan rujukan.Just jangan taklid buta.Tapi,insya-Allah isi yang saya sharekan kat sini betul.

Berbalik kepada isu Islam Untuk Semua di atas tadi.

Adakah anda kenal Imam Bukhari?

Adakah anda tahu siapa Beliau?

Beliau adalah pengumpul Hadis Sahih yang tersohor.

Tahukah anda Beliau orang apa?

Jangan terkejut,kerana Beliau bukan orang Arab.

Sebaliknya,Beliau orang Uzbekistan.

Wuhu!

Ada sesuatu yang menarik untuk difikirkan di sini.

Bukhara (nama bandar asal Imam Bukhari) terletak di Uzbekistan.Sejuk juga cuacanya.Saya tengok cuacanya sekarang ini (di link ini) adalah 0°C.

Bayangkan Imam Bukhari ini semangat belajar mencari Hadis mengembara etc etc.

Dan Timbuktu ini pula,di Afrika.Panas.Tapi,mereka belajar semangat etc etc.

Ini satu bukti bahawa Islam meninggikan taraf hidup manusia.

Al-Quran itu jika difahami dan dihayati serta dibaca,akan membuatkan seseorang manusia itu cintakan Ilmu.

Malah,ayat Al-Quran pertama yang diturunkan pun berbunyi,"Bacalah".

Yalah,Al-Quran itu sendiri bukankah Cahaya Penyuluh.

So,Islam itu adalah cara hidup yang menyeru Umatnya mencari Ilmu.

Kerana dengan adanya Ilmu,kita akan memahami hakikat hidup.Bahawa matlamat kita adalah di akhirat.Bukan di dunia ini.

Dan sumber Ilmu paling utama adalah Al-Quran,dan As-Sunnah.

Dan tidaklah menghairankan jika Umat Islamlah yang banyak mengasaskan Ilmu Sains pada hari ini.Antaranya,Kimia etc etc.

Tapi,itu Sejarah.Kita tidak boleh berbangga dengan Sejarah sahaja.Kita kena pijak pada realiti hari ini juga.

Cuba lihat kita (umat Islam) pada hari ini.

Ironi sungguh.

Kita lihat orang kita sendiri.Boleh dikatakan,kitalah antara manusia yang paling malas membaca di dunia pada hari ini.

Bila malas membaca,kita akan kurang tahu.Bila kurang tahu,automatiklah bermaksud kita kurang ilmu.Bila kurang ilmu,no wonderlah kita mudah tertipu.Bila mudah tertipu,tak hairanlah bila orang cakap benda-benda ngarut pasal Islam dan ajaran merapu pun kita leh percaya.

Oh no.

Sedangkan,Rasulullah SAW dalam khutbahnya yang terakhir mengingatkan kita bahawa,


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku." [Link]

Macam mana hendak berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah,jika kita tidak tahu apakah yang terkandung di dalam Al-Quran?

Bagaimana hendak tahu apa yang terkandung di dalam Al-Quran?

Perlukan proses pencarian ilmu.

Tapi,lihatlah kita.Adakah kita mencari ilmu?

No.Kita tidak mencari ilmu.

Sebaliknya,kita lebih selesa membicarakan perkara-perkara santai seperti "Kenapa Makcik Limah tidak menjual Pisang Goreng lagi di depan rumah awak" etc etc.

Haha.

Itu sebagai contoh.

Tapi anda dapat apa yang saya cuba sampaikan.

Kita terlalu malas mencari Ilmu.

Dan kemalasan kita ini,akhirnya akan membunuh kita sahaja.Secara literalnya,atau realiti.

Carilah Ilmu.

Carilah Ilmu.

Carilah Ilmu.

Sengaja saya ulang tiga kali ayat di atas,supaya anda dapat tangkap maksud saya dengan jelas.

Saya rasa sampai di sini sahaja untuk kali ini.

Ini kerana saya sudah mengantuk yang amat.Haha.

Tidak dapat menyambung penulisan.

Perlu tidur.

Kerana jika tidak tidur awal malam ini,kemungkinan tidak dapat bangun Subuh awal.Sedangkan Subuh itu kewajiban bagi setiap orang Islam.Kan?

Rukun Islam apa?

Ha.So,jangan kita lebihkan satu benda mengatasi ibadat mengingati Allah SWT.

Sila take note.


(Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: " Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa/hiburan) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam". [38:32]

Itu sahaja untuk kali ini.

Esok insya-Allah akan sambung lagi menulis.Kerana esok saya tiada kelas.Cikgu saya masuk ward.Umur sudah 73,masih bekerja.Kasihan.Ada sesuatu untuk difikirkan di sini sebenarnya.

Apa-apapun,semoga Beliau selamat.Amin.Dan semoga Beliau mendapat Hidayah Allah SWT.Amin.Tapi kita kena ingat,Allah Knows best.

Saya akhiri penulisan saya kali ini,dengan satu quote oleh salah seorang Ilmuwan di Timbuktu pada hari ini,


"Reading is the only way to get access to the universal knowledge.And we can't be outside of this universal knowledge".

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Penulisan ini masih belum tamat.Akan disambung.Banyak lagi tak sentuh.Insya-Allah ada umur,menulis lagi.Doakan dipermudahkan.Amin.Semoga mendapat pengajaran juga.Dan betulkan jika ada salah silap.Maafkan jika ada terkasar bahasa.Semoga kekal Ikhlas.Amin.

P/P/S : Bila ada Ilmu,orang tidak akan mudah tipu kita.Dan kita juga tidak akan mudah tertipu dengan Dunia ini,insya-Allah.Amin.


No comments:

Post a Comment