5.3.11

Siri Isolusi 3,8 : Kisah 10 Malam (2).

Perhatian : Artikel Pengalaman Peribadi Berformat Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya sudah bangun lama tadi.Tapi masa terbuang dengan membaca satu Artikel tentang sikap Racist dalam kalangan sesetengah kita.

Haha.

Okay,Artikel ni saya nak tulis santai.

Semalam saya ada repeat exam.

Actually dah malas nak repeat.Penat.Sebab tak lepas-lepas before this.

Tapi,semalam,Alhamdulillah lepas.

Semalam saya lepas memang sebab Allah SWT tolong.

Sebab out of 7 (saya sorang je budak luar,yang lain sume dak tempatan negara ni) yang repeat semalam,dua je lepas.

Okay.

Saya cerita kay.

Actually Sistem kat sini,lain dengan Sistem Malaysia.

Tapi,saya tak berminat nak story pasal Sistem kat sini.

Apa yang saya tau,Sistem kat sini,ada dua kemungkinan sahaja masa kita abis belajar nanti.

Satu,kita jadi strong dan berdikari.

Dua,kita putus asa di tengah jalan.

Saya study dalam Group dengan budak tempatan negara ni.It means saya bukan group dengan Malaysians.

Dulu,saya tak suka.

Dulu tu masa saya first year.

But,time goes on,saya semakin suka group dengan budak-budak tempatan negara tempat saya belajar ni.

Sebab?

Seghonokkkk.

Haha.

Serious.

Saya sebenarnya seorang yang suka mengembara.Saya suka lihat manusia.Saya tidak suka berada dalam satu keadaan yang 'stagnant' atau persekitaran yang statik.

Itu pasal saya semakin suka belajar kat sini walaupun agak susah.

Ala lu cakap lebat dah settle exam boleh la bai.

Haha.

Tapi bukan maksud saya kata Group Malaysians tak best.Best jugak sebenarnya.Ada pro cons la.Dan saya bukan tengah berlagak saya Group dengan budak-budak luar.

Ni just story pengalaman saya dengan budak-budak tempatan negara tempat saya belajar ni la.

Jangan salah faham okay?

Sebab kang ada orang salah faham.

By the way,semalam ada repeat exam.

Pagi tu ada kelas la.

Seriously malas nak repeat.

Dari pukul 4 Petang repeat.

Budak-budak Tempatan Negara Tempat Saya Belajar ni pulak masing-masing takut dengan Cikgu tu.

Saya pun agak cuak.Haha.Ganas beb Beliau ni sebenarnya.

Tapi,diorang nye ketakutan lagi tinggi dari saya.

So,semuanya suruh saya pergi dulu.

Oh ya,sini exam dia konsep oral.

Tapi kan,though budak-budak ni suruh saya pergi dulu semalam,saya dah bangun,Cikgu tu still panggil orang lain dahulu.

Walhal,Beliau menggagalkan saya sebelum ini.

So,dari situ,saya dapat merasakan sesuatu.

Serious.

Cikgu ni bukan calang-calang orang.Dia memang strict la senang cakap.Otai besar kat Campus saya.

Dan semalam,ada benda yang membuatkan saya lebih mengenali Beliau.

Anda mungkin tak dapat tangkap apa saya cakap ni.Tapi takpe.Just keep reading (if you're still interested with it.Haha).

So,budak-budak ni satu persatu pergi kat dia.

Dan satu persatu kecundang.

Haha.

Saya cuak.Tapi,in the mean time,saya teruskan berdoa.Betul.

Ini story bukan nak berlagak 'Tengok aku,doa beb!'.

No,no.

Bukan cam tu.Ni story nak bagi contoh.

So,saya doa-doa-doa,last-last tinggal dua orang.

Dia tanya dekat dak sorang lagi yang ada dengan saya.

Bla bla bla.

Then dia tanya saya,bla bla bla.

Susah bro.

Waktu dah pukul 8 Malam lebih.

Tengah lapor lagi.Aiseh.Rage betul.

Then,hendak dijadikan cerita kami dapat jawab.

Tapi,ada cerita lagi menarik nak story.

Mamat sorang lagi ni cakap,dalam bahasa diorang la,kat Cikgu ni.

Ni la satu lagi sebab saya suka belajar dengan dak-dak sini,walaupun selalu fail.Haha.

Sebab,time repeat tu,saya mesti dapat banyak pengalaman.

Fuh,pengalaman tu berharga beb.Adrenalin dia best time kita tension tu bila pikir-pikir balik.

So,Mamat ni story.

Dia tak minat sebenarnya belajar benda-benda ni.Dia nak jadi Ekonomist.Bla bla bla.

Then Cikgu tu bukak story kat dia.

Oh ya,masa ni saya dah dapat jawab.Kami la.Campur dia.Tunggu masa Cikgu ni nak sign kat buku report je (ada istilah laen,tapi nak bagi anda faham).Haha.

So,Cikgu ni mula story lebat dia dengan satu persoalan,

"Kau,kau tahu aku ada berapa pendidikan?"

"Tiga!"

Jawab sendiri tu beb.

Then dia cakap yang dia dulu belajar susah.Mula-mula belajar pasal Kapal Terbang,sebab Bapak dia (sudah meninggal) adalah seorang Pembuat Kapal Terbang terkenal.

So,dia rasa malu la.Dia sebenarnya minat Maths.Tapi,nak jaga standard family.Then masa kerja (masa tu baru kerja),dia belajar lagi.

Sambil kerja,dia belajar Sosiologi,Filosofi etc etc.

Haaa.Yang ni membuatkan saya tertarik dengar story dia.

Sebab,mengikut pemerhatian saya,Cikgu-Cikgu sini,diorang banyak membaca.

So,bila banyak membaca,thats what make the conversation with them interesting.

Dan saya story semua benda ni supaya saya nak baca nanti-nanti balik.Dah tua.Kenangan.Kalau hidup lagi la.Kalau tak,orang laen boleh amek pengajaran.

Sambung story.

So,masa tu,Pihak U saya tanya dia,"Kalau kau nak kerja dengan kitorang "Permanently",kau kena belajar Applied Maths (saya tak tau apa nama sebenar Subjek ni,saya just direct translate).

So,dia belajar.

Dan,sekarang dia dah umur 71 tahun,still mengajar kat situ.

Oh ya,sini lecturer tua-tua.Sian kan?Nape tua-tua mengajar lagi?Lek lu.Story lu.

Ayat dia yang lepas ni,buat saya sedih jap.

Jap,tambah lagi.Saya tak story penuh benda ni.Sebab kalau story penuh,kena type panjang.Saya story sikit-sikit yang penting.

Dia cakap,"Tapi,sekarang ni,umur aku 71.

Masa aku dah sampai.Kau faham ayat aku ni (dia tanya kitorang)?

Then kitorang cakap la,faham.

Yang budak tempatan ni gi bantai gelak.Haha.

Then,dia cakap,aku sekarang,fikiran,pikir pasal sana (lepas mati la).

Maybe jadi lecturer filosofi dalam hidup lepas ni,sape tahu?"

Seriously,masa dia cakap camni,saya fikir,"aku kena tolong dia ni.dia sedar.tapi pemahaman tak betul".

Sebab,baru semalam saya tengok video Small Deeds (bawah ni).Dalam video tu cakap,"mungkin small deeds ni la yang akan bantu kita kat akhirat ti,so jangan tangguh".



Kay sambung ayat dia lagi.

"So,sekarang aku fikir,untuk pergi kembali kepada Mama dan Papa.

Tapi itu bukan murah.Sekitar 4000 RM".

WO!

Anda mesti tak faham kan apa maksud ayat dia tu?

Maksud ayat dia tu,Tempah kubur tepi mak dengan ayah dia.Harga nak tempah kubur kat sini,4000 RM.Ini yang saya faham dari ayat dia la.Serious,bahasa saya semakin baik makin hari.Alhamdulillah.

Saya makin senang faham diorang cakap apa.Tapi,nak balas?Hehe.Standard la.Berteghabur orang kampung cakap.Tapi,at least diorang faham apa saya cakap.Saya faham diorang cakap.Sebenarnya bahasa ni kena guna selalu je.Takde benda nak ditakutkan.Lek je kay?

Tapi itulah,kesian diorang.Kubur pun mahal.Dalam hati saya fikir,"Usaha dakwah kena dijalankan lebih gigih.Tapi kita orang Islam?Sibuk dengan benda topik remeh temeh.Sampai lupa nak seru manusia kepada mentauhidkan Allah SWT.Inilah akibat tiada ilmu".

So,dia tanya dak Tempatan tu,"Pelik kan cerita aku ni?"

Then dak tu Gelak,"Tak pelik.Cuak kot."

Then dia cakap,"Nak cuak bendanya,semua orang akan mati".

Saya dengar.Dan berfikir.

Then dia (Cikgu) sambung,"Tapi dalam TV hari ni,tak cakap pasal mati.Kan?Semua orang taknak cakap pasal mati.Semua hanya cakap how to get 5 (5 tu A la kat sini.kira camne nak excel exam).

Then,bila orang tengok orang lain dapat 5,mereka juga mahu 5."

Saya gelak.Benda ni sama kat Malaysia.

Then dia sambung,"So,semua orang hanya pikir 5!Kan?Sebenarnya,takde benda nak risau,ada sorang Cikgu ni,siap dah tempah kubur segala,tinggal tak tulis tarikh mati je."

Saya sebenarnya rasa cam,hurm,sedih dengar cite Beliau ni.

Then dia sambung,"Tapi nak buat camne,thats life."

Then dia petik quote Hitler,Lenin,bla bla bla tukar topik lain pasal Kapitalis pulak.

Then budak tu bla.

Tinggal saya dengan dia.

Haha.

Saya cakap,"Aku ada story gak."

Haha.Nak jugak.

"Story aku cam budak tu.Tapi,aku taknak jadi Ekonomist (sambil mata usha dia sign buku report,seghonok).

Aku nak jadi Penulis.Sebab ringkasnya aku minat bidang Kemanusiaan.

Aku suka tengok cara hidup orang.Aku rasa ada something wrong dengan dunia hari ini (tapi saya tak sebut pasal Islam lagi.rilex dulu.take it slow baby).

Aku amek scholar ni pon sebab kat negara aku,dan maybe kat sini pon,bidang Sains la yang nampak glem dan cool.Haha.So,aku amek bidang ni",story saya kat dia.

Eh wait.Ni cite betul tau.Bukan cite tipu.Memang berlaku.Maybe ada budak-budak Malaysia yang study sini pon tak caye benda ni jadi.Tapi tu la saya cakap,benda ni (pengalaman yang saya dapat ni) bukan semua orang dapat.Tu sebab saya tulis sini.

Then Beliau cakap,"Aku faham korang belajar sini susah semua bla bla bla bla."

Tapi,ada satu ayat yang Beliau cakap,yang buat saya cam bersemangat gila,"Cam kau,kau nak bidang kemanusiaan,tapi kau masuk engineer,takpe.Biar susah sekarang.Sebab susah sekarang,nanti kau akan jadi strong nanti (sambil genggam tangan merujuk kepada kuat mental dan emosi semangat).



Seriously ah.Saya cam dapat feel dari ayat tu.Tak sangka Cikgu yang saya sangkakan ganas ni baek gak doe.

Haha.

Then,saya sambung perbualan dalam bahasa tempatan,yang ditranslatekan dalam ayat saya menjadi "Actually,aku dah start suka dengan negara ni.That feeling,makin hari makin kuat.Aku suka hidup susah camni."

Haha.Saya cakap camtu bukan bermaksud saya nak tukar warganegara ke apa kay.Saya just suka hidup camni.Itu maksud saya.Karang ada orang tak faham betul-betul,gi report cakap ada budak scholar Malaysia nak tinggalkan Malaysia weh.Haha.Biasalah.Orang kita kan suka dengar khabar angin,suka petik berita sikit-sikit,pastu jadikan berita sensasi.Kan?

Then dia cakap,"Bla bla bla..A ha.Baguslah.Belajarlah bahasa,sebab aku rasa bahasa kitorang ni berbeza dengan bahasa lain".

Then saya cakap,"Tu la saya rasa saya dapat mahir kot (dalam hati sebut insya-Allah) bahasa ni masa abis belajar nanti".

Then panjang lagi dia story,cite pasal Pushkin la,Tolstoi la Stalin la....

Sampai satu topik menarik,yang buat saya nak tulis kat sini,

"Dulu aku belajar sini free.Tapi sekarang tak free.Sekarang hanya yang cemerlang dapat duit.

Dulu belajar sebab ilmu.Sekarang?Kau sendiri nampak kan dak-dak yang amek periksa sama kau tadi (classmates saya la,haha)?Diorang taknak belajar kan?

Sekarang,Pensyarah yang bergantung pada Student.Bukan Student kena gantung pada Pensyarah.

Ilmu saya ni maybe dah tak penting hari ni (Ewah syahdu seyh,saya buat muka fokus masa ni.haha.biasalah,dah lepas exam,of course ah leh sembang lebat).

Orang sekarang dah tak belajar sebab ilmu.Sekarang orang belajar sebab duit.

Sejak kapitalis masuk (point ni saya minat),cam sekarang ni,manusia pikir untuk diri dia semata."

Dalam hati saya,"Ewah,bagus cikgu ni.Tapi mungkin Pemahaman salah la".

Then dia sambung,"So,kau (rujuk pada saya),belajar betul-betul,dapat Ijazah,bagi Ilmu kat Negara kau (syahdu seyh).Sebab aku tak rasa aku dapat hidup lama lagi.Aku 71 Tahun dah.Kau dan budak-budak ni tadi la yang akan bentuk dunia nanti".

Saya fikir dalam hati masa tu,"Hurm.Camnela agaknya masa depan Islam kalau tengok orang Islam sekarang".

Then saya cakap,"Maybe diorang (budak-budak class saya) bukan tak minat belajar.Saya rasa satu dunia ni orang muda dia camtu (saya nak cakap "sistem pendidikan kita dah tak relevan",tapi kang terasa pulak dia.haha)" .

Then saya sambung,"Maybe manusia pada hari ini,tak serius "hidup"".

Cikgu tu diam jap,"Maybe,who knows?bla bla bla".

Dia sambung story dia nak mengiyakan point saya.

Dipendekkan cerita lagi,saya terfikir dalam hati.

"Eh,aku ada Tafsir Quran Bahasa Tempatan dalam Beg.Baek bagi dia".

Then,saya tanya dia,"Aaa,kstati (by the way),kau cakap kau suka membaca,dan kau cakap kau suka Filosofi (Falsafah) etc etc,jadi aku nak hadiahkan kau satu buku".

Saya tak cakap Quran.Kenapa?Anda fikirlah.Ini psychology beb.

So,dia cakap,sambil memerhatikan saya pergi ke beg saya,"Ahaaaa,buku ape?"

"Nah,buku ni",kata saya.

"Ahaaaa.Quran.Aku ada baca Bible semua jugak",kata dia.

Fyi,banyak orang kat sini,Atheist.Dan satu kelebihan orang Eropah ni,diorang open minded kalau nak story pasal Perbandingan Agama etc etc.

Sebab diorang ada Ilmu dan Kefahaman.Tapi,kalau kat Malaysia,saya tak rasa kita ready lagi untuk benda ni.Sebab Ilmu dan Emosi kita tak berapa nak matang lagi.Jujur ni.So,kita kat Malaysia,carilah ilmu.

Sebenarnya benda ni bagus.Sebab,orang akan nampak bahawa Islamlah cara hidup yang benar.Apa-apapun,jalan masih jauh.Usaha mesti dilakukan.

Then saya sambung,"Aku ada gak buku pasal Bible (buku yang saya maksudkan ni antaranya The Choice tulisan Ahmed Deedat".

Ini semua psychology beb.Ni penting.

Then dia sambung,"Ahaaa,kira kau memang minat la bidang-bidang camni?Okay nanti aku baca buku ni".

Saya sambung,"Aku bagi tu sebab aku dulu beli ingat nak mahirkan Bahasa.Tapi cam susah je Bahasa dalam tu,haha.So,kau baca la."

Dia ikhlas masa amek tu rasanya.Sebab dia terus sambung perbualan dengan penuh minat lagi dengan saya.

Then lepas beberapa perbualan pasal tu,dia tanya,"Kau nak jadi ape ni lepas belajar sini?"

"Aku?Tak tau la.Aku ingat nak jadi Pegawai.",saya jawab.

"Pegawai Company?",dia tanya.

"No,government ke ape ke.Kerja sementara.Maybe pastu Businessman,tak tau lagi la.Tapi yang pasti,aku nak menulis something yang bagus",saya cakap.

Dia cakap,"Takpe.Baguslah.Yang penting belajar dulu sekarang."

Bla bla bla.

Banyak lagi kami bual.Tapi penat nak type.

Tapi tahu tak kenapa saya bagi dia Tafsir Quran?

Dulu dalam satu Artikel saya pernah cakap saya nak bagi Quran kat sorang member saya kan?Tapi cam takde kesempatan nak bagi dia.Then nak bagi sorang Cikgu ni,tapi takde kesempatan pulak.

Sampailah Cikgu semalam ni cite pasal mati semua,saya rasa memang patutlah saya bagi kat dia.

Sebab apa?

Satu,sebab menyeru manusia menyembah Allah itu kan kata-kata paling mulia?

Dua sebab sementara masih ada kesempatan,baik saya bagi.Benda baik,jangan ditangguh.Entah esok lusa saya meninggal,atau dia meninggal,kan ke rugi?

Amal baik jangan tangguh.

Semoga dia baca tu dia faham.

Kalau nak direnung pon,memang ada hikmah perkara ni.

Memang ada hikmah kenapa Allah SWT gagalkan saya exam sampai hari semalam.Saya (sebagai manusia biasa) memang tak suka.

Tapi,who would have known this?

Allah knows best.

So,kita kena redha bro.Jangan gelabah sangat.Yang penting doa.Doa dan doa.Doa itu satu ibadah.

Kay?

Then dalam 950 Malam,dia cakap,"So,jom la kita ni beransur dulu ye dok?".

Then kami keluar.

Haha.Rupa-rupanya dah 950 Malam.

Saya tolong Cikgu ni susun kerusi semua.Lock pintu.

Seriously la.Ini pengalaman berharga.Benda ni takkan leh dapat sampai bila-bila.

Sebab,entah esok lusa Cikgu ni takde.Entah esok lusa saya takde.Then entah tempat saya belajar ni dah takde lima tahun lagi.

Macam-macam boleh jadi.Pengalaman.Berharga sungguh.

Then,masa bla dia bagi nasihat macam-macam kat saya.

Then,saya bla.Sebab dia bla ikut pagar lain.

Sekitar Campus dah tutup masa tu.

Gelap.Tapi hati saya?Tenang.Tenang kerana Allah SWT telah lepaskan saya exam.Tenang kerana Allah SWT masih memberi Hidayah-Nya kepada saya.Dan tenang sebab dah at least bagi Cikgu tu Quran.

Beliau terima atau tidak?Itu bukan soalan.Yang penting saya dah berusaha.

Jam 10 Malam,saya keluar kampus.Dalam cuaca nyaman.Ah bestnya lepas exam.Haha.

Syukur.

Kesian sebenarnya kat Cikgu tu.Dah la jalan slow (sebab dulu dia pernah accident masuk hospital berbulan-bulan,dia bagitau semalam la.haha).

Then,balik malam kerja.Kat Malaysia takde camni.That's why kita orang Malaysia kena bersyukur.Jangan asyik nak membangkang tak bersyukur je.

Bangkang boleh,tapi bukan semua benda.Guna akal,jangan guna emosi.Jangan fikir diri sendiri je.

Semoga Allah SWT bagi Beliau petunjuk dan Hidayah-Nya.Amin.

Apa-apapun,Allah knows best.

Banyak lagi nak tulis,tapi masa dah lewat.I gotta go.Sebab ada kelas.

Kesimpulan dia : Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT.Berusahalah.Dan selagi kita tak kenal siapa orang tu,jangan buat kesimpulan awal sangat.Cam Cikgu ni la,ingat ganas.Rupa-rupanya baik juga.Hehe.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kenapa saya letakkan kisah ini dalam Siri Isolusi?Tunggu Penulisan akan datang (memandangkan exam dah habis,boleh la tulis banyak-banyak).

P/P/S : Saya tak check ejaan semua.Kalau ada salah silap,maafkan.Dan betulkan.

P/P/P/S : Berborak dengan Orang Tua memang best.Sebab banyak benda yang kita dapat tahu yang takde dalam Buku Teks Sejarah.



6 comments:

  1. Semakin maju sesebuah negara smpkan kubur sendiri pun nak kena tempah dulu..sesuatu yang harus difikirkan..
    Tapi memang tabik lah warga tua kat sana..berupaya lg utk bekerja pada umur mcm tu..

    ReplyDelete
  2. @naihusna
    ada yang sampai umur 90 pon still kerja.yang spek patah sebelah pon still kerja.lecturer kat sini tak kaya.diorang banyak kerja sebab nak kongsi ilmu.dan satu lagi sebab itu je lah hidup diorang.

    ReplyDelete
  3. Ni yang nak keluar dari group malaysian nih.

    ReplyDelete
  4. @fathi
    haha
    tak payah la keluar..
    grup malaysian best gak.cuma jangan ajar diri kita sikap "bergantung pada orang" sangat.sebab ti kerja etc etc in the future,semua kena buat sndiri.

    okay je sbnrnye

    ReplyDelete