8.3.11

Siri Isolusi 4 : Masih Tercari-Cari Apakah Definisi Ketenangan Sebenar Dalam Hidup Ini?Islam Ada Solusinya.

Perhatian : Penulisan yang panjang.Tapi ada manfaatnya.Mungkin tidak sempurna.Jadi,tegurlah di mana yang perlu.Selamat Membaca!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah SWT,Tuhan Sekalian Alam kerana masih lagi memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita semua pada hari ini.Alhamdulillah juga kerana saya masih lagi hidup dan diberikan kesempatan untuk menulis pada hari ini.

Sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terhitung.Jadi,sentiasalah kita mengucapkan syukur kepada-Nya.

Cheekeecheekeecheek (turntable punya bunyi).What is up,what is up?

Pada mulanya,saya hendak menulis tentang Cape Malay pada malam ini.Tapi,saya terpaksa tangguhkan dahulu.Kerana saya mahu menulis tentang perkara lain dahulu pada malam ini.

Sebelum kita pergi kepada topik yang lebih serious,saya hendak kongsi satu pendapat.Pendapat yang berbunyi,

Saya sebenarnya selagi boleh taknak sentuh pasal 'Isu Melayu' dalam penulisan saya.Bukan apa,sebab menulis pasal Melayulah dulu saya jadi bosan hendak menulis.Haha.

Tapi,oleh kerana orang Melayu itu orang Islam,saya rasa saya perlu menulis perkara ini.

Begini,saya perasan satu perkara.Satu perkara yang sekarang ini makin lama makin rancak pulak perkembangannya dalam dunia Melayu.

Saya perasan,bahawa,orang Melayu kita di Malaysia sekarang,terutamanya filem-filem kita,bukan main lagi 'terbukanya' sekarang ini.Sampai dah tahap berpeluk-peluk bagai.

Dan dalam masa yang sama,berpeluk-peluk itu kita masih kategorikan sebagai 'perkara ringan'.

Seriously,kita (semua kita,bukan sesetengah sahaja) ada masalah besar dalam Pemahaman kita terhadap apa itu Islam.

Jadi,tanggungjawab memberi kefahaman ini terletak pada orang yang berilmu.Beri kefahaman sedaya upaya dan sekuat mungkin.Jangan letak Islam dalam kawasan Masjid sahaja.Seriously.

Jangan jadikan 'Islam' itu sebagai satu perkara yang membosankan dan tidak bermaya.Pelbagaikan cara dakwah kita.Tapi,bila disebut mempelbagaikan cara dakwah,bukan bermaksud kita nak sebar 'Islam' kita perlu membuat filem Pelacur yang nak kembali kepada Jalan Islam,dan dalam filem itu ada pulak adegan seks 'ringan'.

No,bukan camtu.Tafsir ayat saya ini seperti orang yang waras.

Ini tak,bila sebut pasal pengajaran Islam,kita fikir pasal cerita hantu je.Pelik saya.Sampaikan sebab banyak sangat tengok cerita hantu,ada budak sekolah takut nak bangun sembahyang malam.

Astaghfirullahalazim.Apa ni?Kita patut takutkan Allah SWT.Bukan takut kat hantu.Adeh.Mengeluh saya.

Berubahlah wahai orang Melayu.Cari ilmu.Jangan selesa sangat.Dah la bidang Pelajaran kita fail,bidang ekonomi kita fail,janganlah bidang akhlak pon nak fail sama.

Boleh baca sini untuk maklumat lanjut.

Baiklah.

Itu pandangan peribadi saya terhadap situasi orang Melayu di Malaysia sekarang.

Itu pendapat peribadi.Jadi,jika ada salah silap,sila maafkan.

Mungkin kita tidak nampak perkara ini.Kenapa?Kerana kita berada dalam kelompok sendiri sahaja selama ini.Cuba buka tingkap anda,tengok ke luar,dan anda akan dapati satu Angin Keruntuhan Moral yang kuat sedang melanda Golongan Muda kita.

Kenapa ini berlaku dalam masyarakat Melayu Islam kita?

Ini kerana kita meninggalkan Islam.Kita memandang enteng akan Islam.Islam yang saya maksudkan di sini,bukan 'Islam Kepartian'.

Islam yang saya maksudkan di sini adalah Islam (Cara Hidup) yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada umat manusia.

Ini kerana,hanya dengan kembali kepada Islam yang sebenar,kita mampu untuk bangkit semula.Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Lantas menjadi seorang Muslim yang menghormati orang lain,yang cintakan Ilmu,serta bertakwa kepada Allah SWT.Dengan adanya Iman,segala-galanya boleh.Percayalah.

Dan jika anda telah sedar akan keadaan ini,bingkaslah bangun,jangan tidur lagi.Kerana kita ada banyak tugas perlu dilakukan.

Saya?

Saya hanya mampu menulis buat masa ini untuk menyedarkan orang ramai.

Orang baca atau tidak?

Saya tidak tahu.

Tapi,saya harap bila ada orang yang baca,mereka akan sedar.

Insya-Allah.

Selepas belajar di sini nanti,saya harap (dan berdoa) akan mendapat pekerjaan secepat mungkin.To be honest,saya tidak kisah kerja apa.Janji yang gajinya boleh saya bagi keluarga saya makan secukupnya.Kira hidup sederhanalah.Yang penting halal dan mampu mendekatkan diri saya kepada Allah SWT.

Saya berdoa,agar Allah SWT mempermudahkan urusan saya.Kerana saya akui,hidup di dalam dunia akhir zaman ini,memang teramat-amatlah banyak halangan dan dugaannya.

Dan,jika ada rezeki lebih,saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Islam sambil bekerja.

Saya mahu menyebarkan Islam dengan lebih serious dalam masyarakat.

Doakan urusan saya dipermudahkan.Amin.


Saya ceritakan perihal di atas bukan hendak poyo,riak.

Tapi supaya memberi inspirasi kepada anda-anda yang lain,yang pada waktu ini turut bergelar pelajar,untuk turut sama berbuat demikian.

Maksudnya,turut sama memikirkan masa depan anda dengan lebih serious.Untuk memikirkan apakah yang anda boleh lakukan untuk menyumbangkan sesuatu kepada Islam.

Jangan amalkan sikap bertanya,"Apa yang saya boleh dapat",sebaliknya didiklah diri kita dengan pertanyaan,"Apa yang saya boleh beri untuk membangunkan Islam?".

Seperti yang diketahui (atau tidak),saya sekarang ini (pada saat ini),sudah lepas exam untuk semester lepas.

Dan,saya perasan suatu hakikat.

Selepas saya lepas exam,seperti ada satu sentimen malas melanda saya.

'Malas' - banyak yang boleh ditafsirkan daripada perkataan lima huruf ini.

Malas yang saya maksudkan adalah dari konteks hubungan seorang hamba kepada Maha Pencipta.

Bukan bermaksud saya tidak bersembahyang semua.Tapi,saya seolah-olah seperti merasa 'sudah cukup'.

Anda nampak flow?

Saya yakin,anda juga seperti saya.

Banyak dari kita,mengalami keadaan ini.

Petang tadi,saya menonton satu video.Jadi,saya ingin kongsikan di sini.


Dalam video di atas,ada menyebut bahawa,"Allah SWT memberi ujian kepada hamba-hamba-Nya (yang boleh ditanggung oleh hamba-hamba-Nya),hanyalah untuk menguatkan hubungan kita dengan-Nya".

Masih tidak faham?

Saya kaitkan dengan diri saya.

Supaya anda boleh nampak dengan lebih jelas the flow that I'm talking about.Tapi diingatkan,tujuan saya menulis ini bukan untuk membuka aib,jauh sekali riak.Sebaliknya,supaya dijadikan pengajaran untuk kita semua.

Dan yang paling penting,untuk dijadikan peringatan oleh saya.

Begini ceritanya.

Semasa sebelum saya lulus exam,doa bagai nak rak segala.Tapi,selepas exam?Masih berdoa.

Tapi,momentumnya agak perlahan.

Jadi,saya merasakan suatu kekurangan di sini.

Kekurangan di hati.

Jadi,bila saya tengok video di atas,dan kaitkan dengan diri saya,barulah saya nampak kebenarannya.

Allah SWT menguji kita kerana Dia sayangkan kita.Kerana Dia mahukan kita kembali kepada-Nya.Kerana Dia mahu kita berdoa kepada-Nya.Dan bukankah doa itu satu bentuk ibadah juga?

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.

"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
[Az-Zumar : 8-9]

Macam saya,semasa saya masih tidak lulus tempoh hari,saya merasakan satu hubungan yang kuat antara saya dengan-Nya.Kerana saya sering berdoa.

Tapi,selepas saya lulus?

Saya lupa.

Astaghfirullahalazim.

Dalam Al-Quran ada menyebut ayat yang bermaksud lebih kurang begini,"Boleh jadi apa yang kamu tidak suka itu,baik untuk kamu,tapi kamu tidak mengetahuinya".

Seperti hal saya inilah.

Saya tidak menyukai kegagalan saya dalam peperiksaan itu,tapi sebenarnya benda itu baik untuk saya.

Saya kembali kepada-Nya dengan berdoa.Tiada perkara yang lebih baik sebenarnya dari perbuatan kita kembali kepada Allah SWT.


Tamat cerita saya.Semoga saya mengambil pengajaran dari kisah ini.

Bukannya kena fail lagi,tapi supaya saya sentiasa doa kepada-Nya.Kan?

Tempoh hari (minggu lepas jika saya tidak silap),saya berkesempatan menonton satu video.

Tajuknya - Where Is The Satisfaction In Life?

Dalam video itu ada satu Quote oleh seseorang (yang saya tidak ingat siapa),yang berbunyi lebih kurang begini,

Ada tiga cara mencapai ketenangan.

Satu,melalui solat.Dua,melalui pembacaan Al-Quran.Dan ketiga,melalui Zikrullah (Berzikir dan mengingati Allah SWT).

Jika kita tidak merasa ketenangan dari ketiga-tiga perbuatan ini,ketahuilah,bahawa pintu ketenangan untuk kita telah ditutup.

Baiklah.Elok diingatkan.

Ayat di atas bukan ayat saya.Ayat di atas saya ambil dari video di atas.Ada quote oleh seorang Tokoh.Saya tidak ingat.

Tapi,saya secara peribadi bersetuju dengan ayat di atas.

Kenapa?

Ini kerana,tanyakan kepada orang yang memiliki segala-galanya di dunia ini,seperti Jutawan dalam Top Forbes etc etc.

Tanyakan kepada mereka,adakah mereka gembira dan tenang (dalam erti kata sebenar)?

Sudah tentu mereka menjawab 'Tidak'.

Kenapa?

Harta,Perempuan,Wanita,Gadis,Pengaruh,Pangkat etc etc - tidak akan mampu memuaskan kita.

Mungkin mampu.Tapi dalam tempoh yang sebentar.Selepas habis tempoh itu,kita pasti akan mahukannya lagi.Dan proses itu berterusan sehingga kita tidak lagi bernafas.

Ini kerana nafsu itu tiada penamatnya melainkan mati.

Hanya dengan mengingati Allah SWT sahajalah,kita akan merasai ketenangan.

Dan oleh kerana itulah,Islam itu saya katakan mampu menjadi Solusi untuk segala masalah kita.

Kerana Islam itu cara hidup yang sebenar.

Yang mengingatkan kita bahawa matlamat terakhir kita adalah di akhirat kelak.

Islam sebagai Solusi.

Seorang manusia yang beriman kepada Allah SWT,tidak akan pernah merasai kesedihan walau apa juga yang berlaku.

Allah SWT sentiasa ada dengan kita.Jangan bersedih.


Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
[Yunus : 62-63]

Mungkin seseorang yang beriman itu nampak miskin di luarnya,tapi hatinya tenang.

Kenapa?

Kerana dia redha dan tahu bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.Dan dia tahu bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apakah yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Faham?

Jadi,tanyakan diri kita,Apakah Definisi ketenangan bagi diri kita?

Adakah harta-harta kita,dadah narkotik,pengaruh pangkat segala itu dapat memberi ketenangan kepada kita dalam erti kata sebenar?

Fikir-fikirkanlah.

Islam ada solusi bagi masalah ini.

Islam ada solusi bagi setiap krisis yang berlaku pada hari ini.

Dan kita,sudah pun menjadi Umat Islam.

Hanya tinggal satu lagi persoalan,adakah kita benar-benar memahami apa itu Islam atau tidak?

Jika tidak,carilah Ilmu.Bukalah Al-Quran.Rujuklah As-Sunnah.

Dunia ini sebenarnya terlalu singkat untuk kita bertangguh.

Macam saya,banyak sebenarnya Penulisan yang saya mahu tulis.Tapi,tidak tertulis.

Kenapa?

Tiada masa.

Masa memang sentiasa tidak mencukupi untuk kita.Beruntunglah orang beriman yang menggunakan masanya dengan baik.

Janganlah kita menjadi orang yang rugi yang kurang amalannya,dan banyak maksiat yang dilakukannya.

Sebelum mengakhiri penulisan,saya hendak berkongsikan satu video oleh seorang Rakan saya di sini.

Video oleh saudara Hadi Pahmi.Beliau ini memang berbakat dalam Pembuatan Video seperti ini.



Tontonlah.

Semoga bermanfaat.

Banyak pengajaran dari video itu.

Itu sahaja untuk kali ini.


Ambil jernih,buang keruh.Maafkan jika ada terkasar bahasa,dan salah silap.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT.

P/P/S : Maaf agak berterabur penulisan ini ditulis.Kenapa?Kerana saya menulis dengan agak rushing.Kerana hari sudah malam.



No comments:

Post a Comment