10.3.11

Siri Isolusi 5 : Cape Malay/Melayu Cape - Kumpulan Pertama Yang Membawa Islam Ke South Africa (Satu Kisah Mesti Tahu).

Prenote : They were the group that first introduced Islam to South Africa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah SWT,Alhamdulillah,kerana dengan izin-Nya kita telah sampai dalam Siri Isolusi yang ke-5.

Mengikut pola statistik bilangan Pengunjung yang masuk ke Pena Maya,tidak ramai yang mengikuti Siri ini.

Ada yang membaca,tapi tidak ramai.

Saya secara peribadi,agak gembira dengan keadaan ini.

Kenapa?

Kerana saya menyangkakan,tidak ada orang akan membaca Penulisan saya dalam Siri Isolusi ini pada mulanya.

Yalah.Isu berat bai.Orang mana suka baca isu berat.Isu Artis Cucuk Botox (atau mungkin tanam Implan kasi besarkan buah dada) barulah mahsyuk baca.Hehe.

Tapi,saya bersyukur.Ini kerana,walaupun golongan yang membaca Penulisan-Penulisan dalam Siri ini tidak ramai,tapi saya harap dan berdoa semoga mereka mendapat manfaat.

Kenapa?

Ini sebab dalam Siri ini,saya banyak kongsikan Hadis/Ayat Al-Quran/Petikan Sejarah.

Jadi,ada beberapa perkara yang Para Pembaca dapat manfaatkan di situlah.


Baiklah.

Itu pendahuluan.

Dalam Siri Isolusi kali ini,saya ingin ceritakan tentang Cape Malay ataupun dalam Bahasa Melayunya,Melayu Cape (Is there any difference?).

Tujuan saya menulis tentang perkara ini,dengan harapan dapat menyedarkan Saudara Mara Melayu kita di Malaysia.

Supaya,kita (orang Melayu Malaysia) mengambil Pengajaran dan Ilmu yang ada dalam Peristiwa ini.

Sebelum memulakan Penulisan,elok dinyatakan.

Saya mengambil Rujukan Penulisan kali ini mostly dari Sumber ini dan dari video di bawah ini (yang saya tonton lebih kurang tiga minggu lepas).


Jadi,mungkin ada beberapa fakta yang saya tidak muatkan dalam Penulisan kali ini.Dan (pasti) akan ada kesilapan yang berlaku.

Jadi,saya mohon kerjasama anda untuk membantu saya dengan menyatakan kepada saya jika terdapat sebarang kesalahan dalam Penulisan ini.

Siapakah Cape Malay ini?

Mungkin itu persoalan yang timbul dalam fikiran anda tatkala membaca ayat saya di atas.

Mari saya ceritakan serba sedikit tentang Cape Malay (sila rujuk Sumber yang saya nyatakan di atas untuk mendapatkan maklumat yang sahih).

Cape Malay,atau Melayu Cape adalah orang Melayu yang berasal dari Kepulauan Melayu.

Mereka ini,kebanyakannya dibawa ke Benua Afrika untuk dijadikan Hamba oleh Penjajah yang menjajah Kepulauan Melayu pada ketika itu,Dutch East India Company.

Untuk pengetahuan anda,Cape Malay inilah Golongan pertama yang membawa Islam ke benua South Africa.

Walaupun setelah beratus tahun di bawa ke Afrika,dan budaya Melayu mereka bolehlah dikatakan hilang sama sekali pada hari ini,tapi,apa yang menakjubkan adalah mereka kekal menjadi Islam sehingga hari ini.SubhanAllah.

Baiklah.

Itu Sejarah ringkas.

Tentu anda bangga bukan dengan fakta ini?

Jangan hanya berbangga.Ambil pengajaran dari Peristiwa ini.

Tahukah anda,dalam mempertahankan Islam,kebanyakan Tahanan-Tahanan ini (Nenek Moyang Cape Malay),melalui pelbagai rintangan.

Dikatakan,pada setiap malam,Tahanan-Tahanan ini dalam keadaan tangan dan kaki mereka yang dirantai,bangun untuk berdoa.

Dalam kata lain,bertahajud.

SubhanAllah.Kita yang kelengkapan letrik semua ada pun jarang-jarang bangun bertahajud.Malah lebih rela stay up tengok bola,kan?Dok gitu?Then bila cakap camni kat Kaki Bola,mereka marah kan?Dok gitu?

Haha.Biasalah.Manusia.Sukar menerima teguran.Sedangkan dalam Al-Quran banyak disebut kepentingan Solat Malam ini.Malah,ada satu ayat yang bermaksud lebih kurang begini,


Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

Di dunia,mereka tidur sedikit sahaja pada waktu malam.

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
[51:15-18]

Kita sambung kembali cerita kita di atas.

Tahukah anda mereka ini mendoakan apa?

Mereka berdoa kepada Allah SWT,supaya mengekalkan Islam yang ada pada mereka,sehingga ke anak cucu mereka.

Anda dapat bayangkan keadaan mereka masa itu?

Susah.

Dirantai etc etc.Untuk dijadikan hambalah katakan.

Tapi,mereka tetap menaruh kepercayaan kepada Allah SWT.

SubhanAllah.

Akibatnya,pada hari ini,segala identiti Melayu yang ada pada mereka,hilang.Hilang ditelan zaman dan persekitaran.

Bahasa,budaya etc etc,hilang.Mungkin ada yang tertinggal,tetapi sedikit sahaja.

Tapi,mereka sehingga hari ini dengan izin Allah,tetap menganut agama Islam.


SubhanAllah.Allah SWT memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya kepada sesiapa yang Dia Kehendaki.

Anda faham apa saya cuba sampaikan?

Dalam video yang sama juga,dinyatakan ada sekelompok lagi kaum yang mengalami keadaan yang hampir sama dalam mempertahankan keimanan dan Islam mereka (saya tidak pasti samada kaum Hamba di Jamaica atau Spain kerana saya sudah tengok video ini sudah lama).

Mereka mendapat tentangan yang dahsyat dalam mempertahankan agama mereka.Sehinggakan dikatakan,ada seorang manusia yang bukan Islam telah dibunuh hanya disebabkan Beliau mandi.

Masyarakat tempatan membunuhnya kerana menyangkakan bahawa mangsa yang mandi itu adalah orang Islam yang hendak bersuci untuk sembahyang.

Anda nampak tak dugaan untuk mereka ini?

Ahli Agama Islam dalam Golongan ini akhirnya terpaksa mengeluarkan Satu Fatwa.Kerana ramai yang dibunuh akibat mempertahankan agama mereka.

Antara Fatwa yang dibuat adalah,mereka boleh bersembahyang menggunakan Gerakan Mata sahaja dalam keadaan yang berbahaya.Dan jika keadaan memudaratkan mereka,mereka hendaklah bertayammum.Kira macam rukhsah la kot.

Ini kisah benar,okay?

Tapi,ramai dari kita tidak tahu.

Jika anda tidak percaya,sila rujuk video di atas.Yang memberi ceramah di dalam video itu adalah seorang manusia yang bergelar Doktor Falsafah.Dan Beliau banyak mengembara satu dunia.

So,kesahihan perkara ini boleh dijamin jugalah.

Sebenarnya,bukan sahaja golongan Cape Malay dan Golongan di atas ini sahaja yang mendapat tentangan dan ujian dalam mempertahankan Keislaman mereka.

Nenek Moyang kita juga begitu!Yang menunjukkan bahawa,Golongan yang benar,pasti ditindas.

Kita dijajah berapa ratus Tahun?

Portugis,Belanda,Inggeris,Jepun bla bla bla.

Adakah anda merasakan tiada tentangan terhadap Nenek Moyang kita dalam mempertahankan Islam mereka?

SubhanAllah.

Bersyukurlah kita kerana mendapat nikmat Islam ini.Bersyukurlah kepada Allah SWT.

Berbalik kepada Cape Malay tadi semula.

Tahukah anda,Dr. Abdullah Hakim Quick dalam video di atas berkata,masyarakat Cape Malay ini,sehingga sekarang,selepas sembahyang,selalu membaca satu ayat dari kitab Al-Quran.

Ayat yang bermaksud,

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
[10:62-63]

Saya sebenarnya,merasakan kisah ini sangat perlu dijadikan pengajaran kepada kita.

Jika direnung,banyak lagi pengajaran yang kita boleh dapat dari Peristiwa ini.

Bayangkan,perjalanan di atas kapal menuju ke South Africa,dan dipaksa menjadi Hamba di sana,tentu mencabar.

Ramai yang meninggal dalam Perjalanan.Akibat tekanan yang melanda ini,mereka hilang budaya mereka.

Tapi,mereka tetap tenang bangun pada malam hari untuk berdoa kepada Allah SWT supaya mengekalkan mereka dan keturunan mereka dalam keadaan Islam.

SubhanAllah.

Inilah yang dimaksudkan dalam Ayat Al-Quran di atas!

Jika kita beriman kepada Allah SWT,tidak akan ada satu perkara pun yang dapat melemah dan menyedihkan kita!

Kerana kita yakin bahawa ini semua ujian Allah SWT.

Inilah juga yang menunjukkan bahawa Islam itulah Solusi.Dengan Islam,manusia akan kuat menempuh cabaran.

Lihat sahaja pada zaman Rasulullah SAW dahulu.

Para Sahabat diseksa oleh Masyarakat Arab Jahiliah semata-mata kerana mereka mengucapkan kalimah Syahadah.

Tapi,mereka tetap teguh memegang kalimah Tauhid ini.

SubhanAllah.

Inilah bukti bahawa Islam itu agama yang benar.

Apabila seseorang itu telah memahami bahawa Islamlah yang benar,dan beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat,biar apa juga yang terjadi,mereka akan kekal dengan Islam (dengan izin Allah SWT).

Maaf,jika ada kekurangan dalam penyampaian saya dalam Penulisan ini.

Tapi saya harap anda faham.

Tapi lihat pula kita pada hari ini.

Anak-anak muda kita.Baru sehari tidak makan nasi,sudah keluar agama.Kahwin,semata-mata hendak halalkan seks.Lepas seminggu kahwin,bercerai.

Astaghfirullahalazim.

Ketahuilah kita.Islam tidak menjanjikan kemewahan di dunia.Tapi Islam menjanjikan kemenangan di akhirat.

Memeluk Islam bukan kerana kita boleh dapat harta dan kekayaan dari perbuatan kita memeluk Islam itu.

Kita kena betulkan kembali definisi 'kejayaan' dalam hidup kita ini.

Jika kita definisikan 'kejayaan' itu dengan memiliki harta berjuta dan perut yang buncit akibat banyak sangat makan McDonalds,tanya diri kita,berjayakah Rasulullah SAW dan Para Sahabat?Adakah mereka kaya?

Menjadi Umat Islam bukan untuk memiliki kejayaan berjuta ringgit.Itu semua bukan maksud kejayaan sebenar.

Islam adalah menyerahkan diri (submit) sebulat-bulatnya kepada Allah SWT.

Kita ini hamba.Jadi,buatlah cara hamba.

Tapi,kita pada hari ini gagal memahami konsep ini.Kenapa?Kurang ilmu mungkin.Atau kita mengendahkan ilmu?

Saya sebenarnya selalu juga terfikir,kalaulah saya hidup semasa zaman Rasulullah SAW,adakah saya menerima Islam atau tidak?

Astaghfirullahalazim.

Takut memikirkannya.

Bersyukurlah kita diberikan nikmat Hidayah ini oleh Allah SWT.Fahamilah Islam dengan sebaiknya.

Saya secara peribadinya,cukup terinspirasi dengan kisah Cape Malay ini.

Sehingga sekarang,mereka berpegang teguh dengan Islam sehinggakan di Cape Town pada hari ini sudah mempunyai lebih daripada 150 buah masjid (dengan izin Allah SWT).

SubhanAllah.

Kita ambillah peristiwa ini sebagai pengajaran.Janganlah kita menjadi Golongan Munafik yang sentiasa berada dalam keraguan.

Ketahuilah kita,terdapat perbezaan antara seorang yang beriman dengan seorang yang mengakui dirinya Islam.

Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
[49:14-15]

Tanya diri kita,adakah kita ini benar-benar beriman kepada Allah SWT?

Tanyakan diri sendiri.Jangan asyik tengok orang lain,tapi tanya diri kita.

Jika kitalah yang berada dalam keadaan mereka di atas,bagaimanakah keadaan kita?

Sedarlah kita semua.

Sedarlah bahawa Islamlah cara hidup yang sebenar.Janganlah terlalu liberal dan sekular.

Dan jangan juga menjadi Umat Islam pada pemahaman Politik Semata,tapi sembahyang entah ke mana,perangai memaki hamun etc etc.Okay?

Carilah ilmu.

Fahamilah apa itu Islam.

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[2:153-156]

Tingkatkan amalan kita.

Adakah kita rasa dengan amalan yang sedikit dan dosa yang banyak ini,layak untuk kita mencapai kemenangan itu?

Fikir saudara-saudari sekalian.Fikirlah sedalam-dalamnya.

Nampak macam saya ini 'skema habis' kan bila saya tanya anda soalan macam ni?Tapi ini sebenarnya soalan yang perlu kita jawab.Dan fikirkan.Fikirkan dengan serious.

Adakah kita termasuk dalam deskripsi orang yang berjaya seperti di bawah?

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).


Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
[3:134-136]

Adakah kita menyangka dengan hanya dengan menderma RM 1 seminggu sekali,dan dalam masa yang sama membuat maksiat dengan banyak sekali,kita layak mendapat kemenangan itu?

Adakah sama orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman?

Fikir-fikirkanlah.

Ini renungan untuk diri kita.

Untuk kita sama-sama renung di manakah tahap kita pada hari ini.

Tingkatkan usaha,kembalilah kepada Allah SWT,selagi masih ada kesempatan dan umur.

Sesungguhnya saya menulis ini sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.Jika ada salah silap,sila betulkan.Dan maafkan saya jika ada frasa atau ayat yang sukar difahami.Al-maklumlah,hehe.

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebagai penutup,saya akhiri penulisan saya dengan sekali lagi mengajak kita semua mempertingkatkan usaha kita dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT dan juga dalam usaha berdakwah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tetapkan fokus.Sesungguhnya dunia ini permainan.Bukan saya cakap,Allah SWT yang beritahu dalam Al-Quran perkara ini.Rujuk Al-Quran Surah Muhammad ayat 36.

P/P/S : Jangan hanya berbangga dengan Sejarah.Tapi,ambillah iktibar daripada Sejarah.

P/P/P/S : Macam mana hendak memahami Islam,jika setiap hari kita memenuhi hati kita dengan perkara-perkara kotor?Macam mana hendak faham,jika tidak berusaha dan tidak berdoa?Macam mana tu?Syurga memerlukan usaha (dan pengorbanan).Bukan setakat kata-kata.Okayh?


P/P/P/P/S : Bila kita merasakan amalan kita sudah cukup banyak,kita sebenarnya sedang tertipu.


No comments:

Post a Comment