19.3.11

Teknoloji : Tutorial Memuat-Turun Perisian (Download Software) Terjemahan/Tafsir Al-Quran Digital (Berserta Audio) Bahasa Melayu (Serta Cara-Cara Menggunakannya).

Perhatian : Sila klik pada gambar-gambar di bawah untuk mendapatkan Imej yang lebih besar.Dan ya,Tutorial ini ditujukan kepada sesiapa yang sanggup bekerja keras.Haha.Sebab banyak Proses kena buat.Dan memerlukan kesabaran.Tapi percayalah,kesabaran anda insya-Allah pasti berbaloi bila dah siap semua download

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya sudah lama hendak buat Tutorial ini.

Tutorial menggunakan satu Software yang saya sudah pakai semenjak tahun 2009.

Saya juga sering (takde la selalu sangat,ada la dalam dua tiga kali) meletakkan Link untuk memuat-turun Perisian ini dalam Penulisan-Penulisan saya sebelum ini,tapi tidak ramai yang memberi sambutan.

Long story short,here's the sample showing the usage of the Software.

(Klik pada Gambar untuk mendapatkan Imej yang lebih besar)

Bagaimana?

Nice bukan?Jatuh cinta bukan?

Penerangan Dan Cara Menggunakan Software Ini :

Seperti yang anda dapat lihat dalam Gambar di atas,saya ada labelkan beberapa nombor.Mari saya terangkan apa maksud setiap Nombor.

Bulatan 1 - Jika anda mahukan hanya Terjemahan Ayat Al-Quran untuk dipaparkan,kliklah butang ini.

Bulatan 2 - Dalam bulatan kuning berlabel 2 ini,saya bulatkan Surah Al-Baqarah.Kiranya jika anda mahu membaca Surah Al-Baqarah,klikkan dua kali di atas nama Tajuk Surah itu.Ia akan membawa anda ke Surah yang berkenaan.Selepas itu,klik Butang 6 yang berwarna Pink untuk Play bacaan Ayat Al-Quran bagi Surah itu.

Bulatan 3 - Di situ anda boleh Bookmark Ayat/Surah yang mahu diberi Perhatian,dan juga boleh buat Playlist.Best kan?

Bulatan 4 - Mushaf ini adalah sama dengan Mushaf Al-Quran keluaran Yayasan Restu.Dan terjemahan Al-Quran juga sama dengan Terjemahan keluaran Yayasan Restu.Jadi,Sumber Terjemahan ini boleh dipercayai.Don't worry.Insya-Allah.Saya dah semak.But still kalau jumpa kesalahan,bagitau saya.

Bulatan 5 - Nampak Bulatan 5 warna Ungu di bawah gambar itu?Kelebihan Software Digital Furqan keluaran Mawarsoft ini adalah anda boleh membaca Al-Quran dan memperbetulkan bacaan anda (kerana ada bacaan Audio) dan juga dalam masa sama ada terjemahan!Syok bukan?

Bulatan 6 - Itu untuk forward,play,pause etc etc.

Bulatan 7 - Ha,ini ciri Istimewa Software ini.Let say anda hendak tahu tentang "Zina".Just letakkan perkataan "Zina" dalam kotak Search ini.Ia akan membawa anda kepada semua ayat Al-Quran yang ada perkataan Zina.Oleh itu,anda akan dapat menambah Ilmu.Dan mungkin juga akibat kemudahan mencari Ayat yang dimaksudkan akan membuat anda lebih bersemangat dan ceria untuk mencari Ilmu.

Beberapa Perkara lain tentang Perisian Al-Quran Digital Furqan Mawarsoft ini adalah :

1) Menyediakan Tafsir Lengkap Bahasa Melayu dan Inggeris.

2) Ringan sahaja (tidak akan memperlahankan Prestasi Komputer anda).

Timbul persoalan dari Encik Abang yang keliru,

Bagaimana hendak menukar dari Terjemahan English kepada Terjemahan Melayu?

Jawapan : Abang jangan risau.Jangan panik.Tekan sahaja butang Furqan di sebelah butang File (rujuk gambar di atas,butang Furqan terletak di atas bulatan 1).

Kemudian Abang tekan pula Translation Language.Dan Abang akan nampak dua Pilihan Bahasa,English atau Malay.Pilihlah yang mana suka.Dan Selamat Beramal!

Kelebihan Software ini?

Anda boleh belajar Tajwid,boleh memahami Maksud Al-Quran,boleh Play Audio Al-Quran tanpa perlu download Mp3 Al-Quran dan juga boleh membaca Al-Quran di komputer anda.Nice bukan?

Encik Abang yang keliru bertanya lagi dalam loghat utara,"Aik,mana cara nak download nya?Dari tadi sembang pasal Cara guna ja.Saya dah panaih ni.Ni software pon takdak lagi ni,tak download pon lagi,nak guna camna?".

"Ewah Encik Abang kita tidak sabar-sabar kelihatannya.Okay Abang.Seperti yang dijanjikan,here's the Tutorial!",jawab saya.

Cara Muat-Turun Perisian Digital Furqan Mawarsoft.

1) Pergi ke Link ini : MediaFire.Anda akan nampak Page seperti ini :


2) Anda klik pada File Nombor 1.Jangan download terus semua.Download satu-satu dahulu.Sebab Internet di Malaysia tidak berapa laju.Bimbang akibat Keazaman Yang Membara,kita tidak mampu download terus.Haha.

3) Sudah tekan File nombor 1?Ia akan membawa anda ke Page ini (better open it in new tab) :


4) Klik pada Bulatan warna Merah di atas.Haaa.Gitu dia.Pilih location untuk save (saya cadangkan save di desktop dulu).

5) And then,dah siap download?

6) Pergi Page yang ni tadi,ulang langkah 1-5 di atas ni,untuk File 2-7 dalam Gambar Pertama di atas.

7) Dah siap download sume?

8) Anda buat satu Folder baru di Desktop anda.

9) Oh ya.Anda memerlukan file extractor untuk extract File yang anda download ini semua.Dapatkan extractor di sini jika Laptop anda tiada extractor.Atau boleh email saya jika tidak reti download extractor itu.Saya akan bagi anda software.Tapi hanya jika anda betul-betul tidak reti.Okay?

10) Jika sudah ada,anda combinekan semua file itu dalam Satu file.Seperti gambar di bawah ini :


11) Sila klik pada gambar untuk dapat Imej lagi besar.

12) Acam?Kompleks kan?Sebenarnya tak kompleks sangat.Tapi sebab saya tau bukan semua orang mahir guna komputer,dan Para Pembaca saya juga ada orang yang berumur macam Ibu Bapa saya,so saya buat Tutorial ni.Kan?

13) Semoga Pakcik Makcik kat luar sana tidak berada dalam dilema lagi.Hehe.Selamat mengguna!

14) Jika ada masih tak reti,sila bagitau saya.Atau boleh email saya di sini atau terus kepada pospenamaya@gmail.com. Saya akan guide anda dari A-Z.Insya-Allah.

15) Jangan malu,jangan segan.Orang malu dan segan tidak boleh berjaya.Jujur cakap.

Itu sahaja daripada saya untuk kali ini.

Harap dapat membantu anda semua.

Yang penting bukan setakat Canggih atau Tidak sesuatu Software itu,tetapi bagaimana kita menggunakannya.

Kan?

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Semoga ikhlas.Semoga bermanfaat.Jika ada salah silap,sila maafkan serta tegur.Dan saya amat alu-alukan sesiapa yang mahu share Tutorial ini dengan orang lain.Dengan syarat,sertakan link Pena Maya.Supaya kalau ada salah silap,saya tahu nanti.Dan boleh betulkan.Sekian.



24 comments:

  1. UPDATE : Kepada anda yang mempunyai masalah untuk mendownload file extractor,saya telah uploadkan file extractor setup untuk anda download di link ini :

    http://www.mediafire.com/?cnd1p2dnptekf2l

    jika ada masalah lain/atau still tak dapat download,boleh email saya di pospenamaya@gmail.com

    jangan malu jangan segan
    semoga membantu

    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. trima kasih saudaraku..tg hafezan b husain kg pondok baru padang siam.tanah merah,kelantan

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum..saya nak tanya sikit lah saudara..saya pon ada software ni dan saya pon memang gemar guna software ni dari baca quran yang betul..tapi saya ada terpikir,sebab saya pon cuma download je..saya rasa macam dah langgar hak cipta lah pulak sebab saya rasa orang yang develop software ni sebab nak jual..jadi saya nak tanya apa hukumnya ye??

    ReplyDelete
  4. haaa.soalan yang baik..
    dan secara jujurnya,saya tak tau jawapan kepada soalan saudara/i.

    nanti saya ajukan soalan ni kepada yang pakar.
    tnggu jawapan saya kay..

    dalam masa terdekat kalau ada orang jawab,insya-Allah saya akan copy di sini jawapannya.

    ReplyDelete
  5. sya dah tanye kepada beberapa orang ustaz yang pakar yang layak memberi jawapan kepada persoalan saudara/i...

    sama-sama doakan agar kita dapat jawapan dalam masa terdekat insya-Allah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih saudara..saya dah bookmark pon page ni..

    ReplyDelete
  7. terima kasih kepada saudara/i sebenarnya sebab mengemukakan soalan ni.moga kita semua dapat manfaat dari soalan ni..

    update : ada beberapa ustaz sya tanye.tapi seorang dah beri maklum balas.dia cakap soalan tu perlu dirujuk dahulu.dia cakap akan beri jawapan dalam masa terdekat..

    saya akan maklumkan secepat mungkin sejurus saya dapat jawapan.

    assalamualaikum.jzkk.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikumassalamualaikum...
    saya na tanye dalam salah satu Kelebihan Software Digital Furqan ini adalah boleh membaca Al-Quran dan memperbetulkan bacaan anda, so macamana ye nak gunakan apliasi ini?
    harap dapat membantu..tima kasih upload software ni...sangat-sangat elok..

    ReplyDelete
  9. @anon
    membaca al-Quran dan memperbetul bacaan anda?
    oh maksudnya dia ada button play.so anda boleh baca al-quran digital ni diiringi mp3 al-Quran oleh seorang imam yang saya tak tau nama.

    so imam tu insyaAllah baca betul.so kita leh la ikut dia baca sekali..
    tu je..

    macam mana nak guna tu...
    macam mane ea?saya tak faham soalan anda..

    boleh jelaskan lagi tak soalan tu..
    insya Allah saya akan bantu nanti

    ReplyDelete
  10. kenapa part last tu xleh download?

    ReplyDelete
    Replies
    1. part last takleh download?boleh email saya.nanti saya emailkan part last tu..

      Delete
  11. salam terimakasih di atas perkongsian..tp link mediafiretu xpat nk bkk...de link lain x???

    ReplyDelete
  12. Boleh rujuk komen2 atas ni..atau email pospenamaya@gmail.com

    ReplyDelete
  13. dh extract tp suray syura muka pertam n kedua xda.. dy ckp file corrupt..

    ReplyDelete
  14. mgkn ada file yg corrupt, psl tu tak da suara kuar. so nak buat mcm mane ye?
    harap dpt membantu krn saya amat memerlukan software ini.
    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh email saya pospenamaya@gmail.com .sy akn cb bntu dri sana.

      Delete
  15. alhamdulillah..tq atas perkongsian.sgt2 bergune

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum..
    Terima kasih atas software yang diberikan..moga bermanfaat untuk semua. saya dah download tapi belum lagi extract dan install. InsyaAllah jika ada apa2 keperluan saya akan update saudara dari masa ke semasa..
    Terima kasih atas segalanya...

    ReplyDelete
  17. askum...terima kasih atas software ini.
    tp part 1,6..xboleh download la. boleh bg link lain. ty
    email sya: denn973@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.saya akan cuba email anda dalam masa terdekat insya-Allah kalau ada kelapangan.

      Delete
  18. Asalamualaikum fail 1,6,7 corrupt sila upload balik

    ReplyDelete
  19. Asalamualaikum 1,6,7 corrupt

    ReplyDelete