27.3.11

Tiada Ilmu,Kita Cari Ilmu.Tiada Amal,Kita Beramal.Tiada Kemahuan?Jangan Beralasan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

bila pemahaman bercampur-campur
bila idea 'ditoleransi'kan

inilah jadinya

yang haram
seakannya halal

diri sendiri
memakan diri sendiri

niat hati
hanya Allah SWT yang tahu

jam berlaku pantas
tiada siapa yang ditunggu

makin dalam makanan diri
makin jauh landasan digelincir

Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?

Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
[68:35-36]

Usaha mesti dilakukan terus walau apa juga yang berlaku.

Walau angin ribut melanda.

Walau harta hilang.

Walau tiada teman.

Tapi,ingat,Allah SWT sentiasa bersama kita.

Jangan pernah putus asa.

Jika tiada yang memikirkan,kurang-kurang diri sendiri mendapat manfaat.

Andai tersasar,segeralah kembali.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tiada ilmu,kita cari ilmu.Tiada amal,kita beramal.Tiada kemahuan?Jangan beralasan.


No comments:

Post a Comment