9.3.11

Triple-Interlude (Orang Muda).

Perhatian : Tiada kena mengena dengan sesiapa.Tetapi ditujukan kepada semua.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

dahulunya

aku mencari ketenangan melalui gitar
aku mencari ketenangan melalui bunyi
aku mencari ketenangan melalui irama
aku mencari ketenangan melalui wanita
aku mencari ketenangan melalui narkotik
aku mencari ketenangan melalui memaki hamun orang
aku mencari ketenangan melalui perkara-perkara haram yang lain

seorang panas baran
seorang yang tidak boleh bertoleransi
seorang yang hendak semua benda betul

adakah ini yang aku mahukan?

tetapi aku sedar
itu semua tidak mampu memberi ketenangan untuk aku
itu semua tidak halal
itu semua hanya membinasakan

jadi aku berubah
aku cuba menjadi yang terbaik
tapi
manusia
mereka tidak memahami
malah kadangkala
mereka pula yang membantutkan perubahan

bila aku melayani dengan terbaik
mereka hentak hatiku seperti kertas
malah disiat-siatkan dan dibakar-bakar

aku juga manusia biasa
kadangkala terasa seperti air mata mula mengalir
tapi
anak jantan tidak boleh menangis

ya Allah
bantulah aku
kekalkanlah aku
tetapkanlah hati aku
kuatkanlah aku

aku terlalu lemah
saban hari ada sahaja
tapi aku tahu
ini semua satu Ujian
yang mesti dilalui
jadi
bersabarlah aku

kerana kejayaan abadi itu besar nilainya
bukan senang-senang boleh mendapatkannya
dan hanya yang bersabar sahaja layak mendapatkannya

aku tidak kisah untuk hilang satu dunia
selagi Engkau Redha

bantulah aku
bantulah aku
bantulah aku
amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


3 comments:

  1. Jangan putus asa. Sedih itu memang ada. Tipu sungguh kalau boleh buat bodoh bila orang mengata. Tapi sebenarnya itulah waktu yang paling istimewa. Sebab time tu, Allah ada bersama. Allah nak bagi kita betul-betul sedar yang hanya Dia tempat berharap. Manusia hanya tahu mengeji dan mencerca, mungkin mereka rasa bahagia. Tapi tak apa. Allah dah janji, and He keeps His promise.

    Maybe you've watched this.

    http://www.youtube.com/watch?v=ei1a203c2mM

    Tiada shortcut untuk seorang pejuang.

    http://laskarmentari.wordpress.com/2011/03/09/apa-ertinya-aku-memeluk-dakwah/

    Restore the spirit. And keep on smiling.
    La Tahzan, innallaha ma'ana.

    ReplyDelete
  2. And this

    http://www.youtube.com/watch?v=557In4H48fA&feature=player_embedded

    ReplyDelete
  3. Ohh, rupanya ada orang senasib. Maka bukan berseorangan lah saya. Tapi, saya teringat satu cerita yang pernah diceritakan kepada saya baru-baru ni. Tentang Abu Lahab. Barangkali penulis sudah pun tau kisah ni, tapi biar saya recap. Ulang benda baik apa salahnya kan?
    Abu Lahab ialah bapa saudara nabi yang terlalu sayangkan nabi. Semasa nabi lahir, Abu Lahab sangat gembira lalu dibebaskan seorang hamba bagi menzahirkan rasa kegembiraan itu. Tapi bila nabi menyeru umat manusia untuk selamatkan diri dari api neraka, siapakah orang pertama yang menentang nabi habis-habisan? Ok, jawapan boleh fikir sendiri.
    Tapi pokok pangkalnya, memang sunnatullah apabila kita membuat atau mengajak kepada kebaikan, akan ada tentangan yang datang. Tidak mengapa. Kalau ada tentangan, bukankah ini bermakna kita telah melakukan suatu perubahan? Baik dalam diri kita, mahupun untuk orang lain?
    So cheer up! Semoga Allah tsabatkan hati kita semua di jalanNya.

    ReplyDelete