12.3.11

Triple-Interlude (Segala Yang Ada Di Muka Bumi Itu Akan Binasa).

Prenote : Penulisan peringatan untuk diri sendiri (dan sesiapa yang mahu menjadikannya sebagai peringatan).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. [55:26]

Manusia,mereka memang pelupa.Dan sedikit sekali dari mereka yang bersyukur.

Alhamdulillah,kerana Allah SWT masih menghidupkan saya pada hari ini lagi dari mati (tidur).

Di sini,pada waktu ini,sudah tengahari.

Tadi selepas bangun dan bersarapan,saya sempat membuka beberapa blog.

Membaca.

Ada beberapa berita yang tidak bermoral tajuknya sempat saya lihat.

Antaranya - Kisah Isteri yang ditangkap khalwat dengan teman lelaki etc etc...

Hurm...

Saya tidak membacanya.Sekadar menengok Tajuk sahaja.Itupun saya sudah kecewa.

Kemudian,saya beralih ke Youtube.

Entah bagaimana,hendak dijadikan cerita,saya telah membuka video Black Rebel Motorcycle Club punya live show.

Dan dari satu video,berjangkit ke satu video...

Berjangkit ke satu video...


Sehinggalah saya tersedar.

Masa saya berlalu begitu pantas.

Saya membuang masa begitu sahaja.

Astaghfirullahalazim.

Apa yang saya hendak saya sampaikan di sini?

Begini.

Perkara di atas ini terjadi kepada saya,yang baru sahaja semalam menulis tentang Akhir Zaman.

Apa yang saya hendak sampaikan di sini adalah,dalam zaman sekarang ini,terlalu senang untuk kita tergelincir dari landasan.Begitu senang kita terperangkap (trap) dalam perangkap Syaitan.

Terlalu banyak fitnah yang melanda.

Terlalu banyak.

Dari dalam rumah kita sendiri ada fitnah.

Dan ini sebenarnya satu Ujian untuk kita semua.

Kita tidak boleh lalai.

Maksudnya: 'Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu'. Hadith hasan sahih. [Sumber : Link]

Nabi Muhammad SAW telah memberi amaran awal-awal lagi kepada kita supaya berpegang teguh dengan Islam walau apa juga yang berlaku.

Kerana hanya yang mati dalam keadaan Islam itulah yang berjaya.

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". [2:132]

Itulah pasal saya menulis penulisan ini.

Untuk menghindari diri saya dari melakukan perkara-perkara yang melalaikan di atas lagi.

Ketahuilah kita,kita pasti akan terslip dalam proses perubahan kita.

Dan,kita tidak dapat mengelakkan diri dari melakukan dosa.

Tapi (ya ada tapinya),

“Setiap anak adam pasti pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat” [HR Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas]

Masa berlalu begitu pantas pada hari ini.

Tanda-tanda Kiamat sudah banyak yang berlaku.

Berubahlah.

Berdoalah kepada Allah SWT supaya menetapkan hati kita.

Jangan pernah berputus asa.

Dan jangan sesekali memandang rendah pada orang lain.

Sama-samalah kita saling membantu (dengan berhikmah).

Tapi,bukanlah pula bermaksud kalau anda ini seorang lelaki,'anda perlu bantu ada sorang awek ni' sehinggakan anda yang akhirnya terjebak sekali dengan kemungkaran.

Jangan tafsir Islam mengikut nafsu.Sebaliknya,fahami dan carilah Islam yang sebenar,yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Ikutilah contoh yang terbaik.

Tentang Berita 'Isteri kena tangkap khalwat di atas tadi',sebenarnya saya rasa ianya berlaku kerana terlalu banyak kemungkaran berlaku dalam kalangan Umat Manusia pada hari ini.

Banyak perkara yang haram,yang salah,tapi oleh kerana terlalu ramai orang melakukannya,mula dianggap halal.

Banyak contohnya.Rokok,aurat bla bla bla.Kita sudah tidak takutkan Allah SWT.


Akibatnya,perkara-perkara seperti ini senang berlaku.

Kita kena berubah.

Kita kena berubah.

Kita kena ingat,apa yang dilakukan Majoriti tidak semestinya betul.Banyak Peristiwa Sejarah membenarkan teori ini.

Mungkin perlu menghindari diri dari perkara-perkara yang 'berpotensi' untuk membuatkan kita jatuh ke dalam lubang dosa?

Abu Sa'id Alkhudry RA berkata : Bersabda Rasulullah SAW : Hampir terjadi,bahawa sebaik-baik kekayaan seseorang Muslim adalah penternakan kambing yang dipeliharanya di atas bukit dan mencari tempat-tempat air,semata-mata kerana melarikan diri dari Godaan Fitnah. [Bukhari]

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. [Al-Hijr : 99]

Berubahlah.

Jangan terlalu ego.Kelak kita akan menyesal.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tafsirkan Penulisan ini dengan bijak.Kerana saya juga manusia biasa.Bisa melakukan kesilapan.Harap Maklum.

P/P/S : Pergi Embassy.Jumpa Tun Mahathir.


1 comment:

  1. salam PM..
    Alhamdulillah.. setiap kali bila sedar dari tdo pagi
    sentiasa bersyukur kerana dipanjangkan
    lagi nyawa utk bertaubat pada-Nya

    bila mengenangkan Tsunami yang melanda
    jiran2 kita Jepun, Indonesia dll
    diri rasa takut kerana
    adakah ini petanda dunia semakin berakhir...

    thanks for remind me...

    ReplyDelete