9.4.11

Apakah Definisi Kehidupan Bagi Kita?

Prolog : Ini penulisan berat.Jadi,untuk memahami apa yang hendak disampaikan,minta supaya ianya dibaca dari awal sehingga habis.Dan diminta jika ada salah silap atau terkasar bahasa supaya dibetul dan dimaafkan.Dan jika ada sebarang soalan,boleh bertanya kepada Penulis di ruangan komen.Terima Kasih.Kerjasama anda amat dihargai.Semoga Allah SWT meredhai usaha kita mencari Ilmu ini.Amin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Up through the floor,someone's barking the words to a song.These people who need their television or stereo or radio playing all the time.These people so scared of silence.These are my neighbors.These sound-oholics.These quiet-ophobics.

Laughter of the dead comes through every wall.

These days,this is what passes for home sweet home.

What you read above,is an excerpt from Lullaby - A novel by Chuck Palahniuk.

I'm not promoting his work or whatsoever.

But I kinda agree with the idea of 'sound-oholics and quiet-ophobics' that surround us nowadays.

Heh.

Apa khabar semua?

Entah kenapa,saya terasa seakan lemah dan tidak bermaya dua tiga hari ini.

Mungkin mental saya yang agak penat.

Ada sahaja perkara untuk ditulis,tapi tidak tertulis.

Dalam masa yang sama,masa bergerak meninggalkan saya (dan anda) tanpa penangguhan walau sesaat.

Jadi,jika diikutkan penat saya,memang tidak ke manalah jawabnya.

Oleh sebab itu,malam ini saya mahu menulis penulisan berat.

Tidaklah berat mana pun sebenarnya.Tapi,ada manfaat yang boleh anda (dan saya) dapat dengan membaca (menulis) penulisan ini.

Insya-Allah.Ya.Insya-Allah.Kena ingat,semua perkara kita buat,hanya boleh terjadi dengan izin Allah SWT.Dan Allah SWT itu Maha Adil.

Cuba lihat Petikan Terjemahan Ayat-Ayat Al-Quran di bawah ini.

Dan cuba renungkan.

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.

Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),

Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),
[70:5-7]

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"

Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung

Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
[23:112-114]

Dalam buku Islamic Renaissance – The Real Task Ahead yang saya baca (dengan izin Allah SWT) tidak lama dahulu,ada membincangkan tentang Permulaan Pensekularan Dunia.

Saya tertarik dengan satu ayat dalam buku itu yang jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Pasar,berbunyi seperti di bawah ini :

(Sila ambil perhatian,saya ada menambah ayat saya dalam Terjemahan di bawah ini.Dan mungkin ayat di bawah ini agak berat untuk difahami bagi sesetengah daripada anda.Jikalau anda mendapati sukar memahami idea di bawah,tidak mengapa.Jangan sedih-sedih.)

Sebenarnya,jika perkara yang paling kecil seperti Sel,Atom dan sebagainya dikaji oleh Saintis,mereka pasti terleka dan asyik dengan Sel itu.

Kenapa?

Kerana dalam Atom itu mereka pasti menemui Proton/Elektron dan Neutron.

Sama juga dengan kisahnya dengan Sains.

Bumi yang kita duduki ini amat kecil jika dibandingkan dengan seluruh Alam Semesta.

Tapi,jika kita memfokuskan kajian kita hanya kepada Bumi,tentulah Bumi itu menjadi begitu besar untuk kita sehinggakan kita lupa bahawa Bumi itu hanyalah titik kecil sahaja dalam seluruh Alam Semesta ini.

Kita bandingkan antara Sains dan Islam.

Islam meliputi seluruh kehidupan,baik Dunia mahupun Akhirat.Islam itu Panduan Hidup yang diturunkan oleh Maha Pencipta kita,Allah SWT.

Tapi,Sains hanya membincangkan tentang Dunia.

Dan dalam Al-Quran jelas memperkatakan bahawa dunia ini sebenarnya adalah ibarat permainan sahaja.Sekejap sahaja sebenarnya tempoh hidup di dunia ini (Sila rujuk Terjemahan Ayat Al-Quran di atas).

Jadi,bila seorang manusia itu terlalu asyik dengan 'Sains',pastilah Beliau akan terlupa tentang Tujuannya yang sebenar (iaitu Akhirat).

Islam tidak menentang Sains.Sebaliknya,Islam menggalakkan kita untuk memahami Sains.

Tapi,'asyik' dan 'memahami' adalah dua perkara berbeza.

Apabila kita terlalu leka dan asyik dengan 'Sains' atau dalam kata lain Kehidupan Dunia yang kecil sahaja nikmatnya ini,tentulah kita akan melupakan Matlamat Utama kita iaitu Akhirat sana nanti yang Nikmatnya adalah Abadi.

Nampak flow?

Jangan push-push.Take your time.Penulisan ini memang berat.Tapi,insya-Allah ada manfaat.

Untuk memberikan Penjelasan yang lebih Jelas mengenai Terjemahan di atas,saya sertakan satu lakaran bagi memudahkan Pemahaman anda :


Sila klik pada gambar untuk mendapatkan Imej yang lebih besar.Or better buka gambar di atas pada New Tab.

Mari kita lihat gambar di atas.

Sebenarnya hidup kita ini amat singkat.

Dan sasaran kita adalah Akhirat.Dunia ini tidak lain tidak bukan hanyalah Permainan.

Ianya satu Ujian.Hanya orang yang sabar,beriman,dan berakal sahaja yang mampu mengharungi Ujian ini dan berjaya kelak di Akhirat (dengan rahmat Allah SWT).

"Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda : "Dunia ini ibarat penjara bagi orang Mukmin dan Jannah bagi Orang Kafir". [Hadis Riwayat Muslim]

Tapi,kita terperdaya.Dan terpersona dengan dunia yang berada di sekeliling kita.Sehingga lupa kepada Akhirat.

Allah SWT Maha Adil dan Maha Penyayang.

Dia tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya.

Kita sahajalah yang sering menzalimi diri kita.

Allah SWT telah memberikan peringatan kepada manusia tentang perkara ini (Akhirat) melalui Rasul-Rasul-Nya.

Tapi,kita mengabaikan peringatan yang diberikan kepada kita.

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]

Saya bukan Ustaz.Saya bukan Lulusan Agama.Tapi saya hamba Allah.Hamba Allah yang mencari kebenaran.Dan saya menulis di blog ini untuk memberi peringatan kepada diri saya (dan juga orang lain yang mahu mengambil Pengajaran).

Jadi,jika ada salah silap dalam Penulisan saya,jangan terus menghentam dan mengatakan "Weh,engkau ni sesat doe!".

Sebaliknya,tegurlah dengan berhemah dan beritahu mana yang silap.

Itu lebih membantu dari sekadar melontarkan kemarahan penuh emosi semata.

Sebenarnya,saya mahu menulis perkara lain dalam Penulisan kali ini.

Tapi,entah macam mana boleh berpindah tajuk pula.

Sungguh,manusia memang hanya mampu merancang.Allah SWT sahajalah yang Menentukan segala-galanya.

SubhanAllah.

Saya sudah penat.Entah mengapa,saya seakan-akan tidak bertenaga sehari dua ini.Doakan yang terbaik untuk saya.

Sebelum mengakhiri Penulisan,saya ingin berkongsikan satu Terjemahan Ayat Al-Quran dari Surah A-li 'Imraan.

Ayatnya agak panjang.Jadi saya minta anda luangkan sedikit masa untuk membaca dan memahami ayat di bawah ini.

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. [3:7]

Sungguh,Al-Quran itu jika kita baca dan fahami maksudnya,kita akan mendapati ianya datang dari Allah SWT,Tuhan Sekalian Alam.

Hanya orang yang angkuh sahaja yang menidakkan kenyataan ini.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Alhamdulillah,Segala Puji Bagi Allah SWT,Tuhan Sekalian Alam.


No comments:

Post a Comment