12.4.11

Berbicara Mengenai Perjuangan : Apakah Yang Telah Kita Lakukan?Dan Adakah Ianya Cukup?Tidaklah Sama Antara Duduk Diam,Berbincang Dengan Bertindak Itu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semalam saya berkesempatan (dengan izin Allah SWT,Tuhan Sekalian Alam) untuk menghadiri Majlis Aqsa Syarif Europe Tour di sini (Moscow).

Sebenarnya,jika diikutkan,saya tidak dapat menghadiri Majlis itu.

Kerana nama saya tiada dalam list pada mulanya.

Tapi,Allah SWT Maha Bijaksana,Maha Mengetahui apa yang kita manusia tidak ketahui.

Hendak dijadikan cerita,saya dapat juga pergi akhirnya dengan izin-Nya.

Apa yang saya nampak dari sini adalah,kalau sesuatu itu Allah Kehendaki supaya ianya berlaku,tiada siapa yang boleh menghalangnya daripada berlaku.

Sama jugalah dengan mati.

Mati kita ini adalah sesuatu yang pasti.

Persoalannya,bila ianya berlaku,hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Dan jika ditakdirkan kita mati di suatu tempat oleh Allah SWT,nescaya kita akan mati juga di tempat itu.Jangan risau.

Apa yang hendak disampaikan adalah supaya kita manusia jangan pernah berputus asa.Jangan takut mati.Kita manusia,berusahalah sedaya upaya (atau Orang Putih kata all out) dalam apa juga yang kita lakukan (selagi tidak melanggar Syariat Islam).Dan redhalah dengan apa sahaja yang ditetapkan Allah SWT selepas itu.

Kerana Allah SWT Maha Mengetahui,dan kita manusia tidak mengetahui (Untuk bacaan lanjut tentang perkara ini,dijemput baca Penulisan ini dan ini).

Berbalik kepada Majlis yang saya hadiri semalam.

Apa yang dibincangkan dalam Majlis semalam?Apa yang berlaku dalam Majlis semalam?

Saya akan menulis tentangnya di bawah ini.Tapi,saya tidak akan menceritakan secara detail.

Kerana,saya hendak membincangkan perkara lain juga di bawah ini nanti,insya-Allah.

Jadi,kepada anda yang hendak mengetahui secara lengkap dan lanjut tentang apa yang berlaku semalam,sila pergi ke Saluran Youtube Rasmi PPIM Moscow.Di sana ada diuploadkan video penuh apa yang berlaku semalam.Saya cadangkan anda menontonnya.Ada banyak manfaat yang anda boleh dapat.Kerana apa yang bakal ditulis oleh saya kebanyakannya adalah pendapat peribadi saya berkenaan Isu ini.

Semalam,Talk diberikan oleh seorang Penceramah yang saya tidak pasti namanya siapa,tapi mengikut laman web Rasmi Program ini,Penceramah yang memberi ceramah semalam adalah Tuan Haji Norazmi.

Apakah yang diceritakan Beliau?

Secara ringkas,saya ceritakan di sini.

Mengikut apa yang saya faham dari Talk Beliau semalam,Beliau ini adalah salah seorang Anggota Konvoi Viva Palestina yang berlangsung pada lewat tahun lepas.

Saya sebenarnya kagum dan teruja sepanjang mendengar Talk Beliau.

Kenapa?

Yang pertama,Beliau cakap bukan sekadar cakap.Beliau cakap berfakta.

Yang kedua,Beliau pernah sampai ke Gaza sendiri.Jadi,apabila Beliau bercerita tentang apa yang berlaku di Gaza,feeling cerita yang disampaikan Beliau,Orang Muda kata "Masuk hati beb!".

Pengajaran yang saya dapat dari keseluruhan Majlis adalah : Kita berbicara mengenai Palestin,Menaikkan Semula Islam etc etc,tapi apa yang telah kita lakukan?

Tamat mengenai apa yang berlaku di dalam Majlis Aqsa Syarif semalam.Ringkas sahaja bukan?Kepada anda yang mahu mengetahui lanjut tentang Program semalam,klik di sini.

Saya mahu berbicara mengenai pendapat peribadi saya pula.

Baiklah.

Dari mana kita mahu mulakan.

Mari kita mulakan dari sini (???).

Dari apa yang saya dengar dan faham dari Majlis semalam,sebenarnya kedudukan Umat Islam pada hari ini amat lemah.

Amat-amat lemah.

Sekaligus membenarkan Hadis Rasulullah yang menyebut,

Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. [Riwayat Abu Daud]

Amat tepat sekali sebenarnya Hadis di atas dengan Situasi yang melanda kita sekarang (termasuk diri saya).

Saya tidak mahu mengkritik sesiapa.Tapi,contoh paling jelas yang saya dapat lihat tentang perkara ini adalah apa yang berlaku sejurus selepas tamat Majlis Aqsa Syarif semalam.

Majlis Aqsa Syarif ini seperti yang telah saya ceritakan di atas,menceritakan tentang Palestin dan Perjuangan Rakyat Palestin (saya akan sentuh Isu ini dalam Penulisan-Penulisan saya yang akan datang).

Dan,ada juga dibincangkan tentang Boikot.

Sepatutnya,mendatangkan kesan kepada kita (termasuk saya) yang menghadiri Majlis ini.

Ya,mungkin mendatangkan kesan.

Tapi,berapa lama?

Apa yang saya dapat lihat,selepas sahaja Majlis ini semalam,kebanyakan dari kita (termasuk saya) yang menghadiri Majlis ini,kembali kepada keadaan asal kita.

Seperti tiada apa yang berlaku.

Tidak perlu dihuraikan lanjut ayat ini.

Kita semua faham apa yang saya maksudkan.

Tapi,apa yang saya nampak,memang benarlah Hadis di atas.Betapa lemahnya kita hari ini.Betapa nipisnya Iman kita.Betapa kita (terlalu) cintakan dunia.

Sama-samalah kita fikirkan.Dan sama-samalah kita renung dan baiki kesalahan diri kita ini.

Baiklah.

Waktu sudah menunjukkan pukul 12:10 Pagi.

Saya terpaksa berhenti di sini dahulu.

Cepat bukan waktu beredar meninggalkan kita?

Percayalah,jika kita berterusan bertangguh untuk melaksanakan perkara baik/perubahan,saya pasti ianya sukar terjadi.Kerana bertangguh ke arah kebaikan hanya membawa kita kembali ke arah kegelapan.

Itu sahaja.

Esok saya sambung tulis tentang perkara ini,jika umur masih panjang.Insya-Allah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Maaf penulisan berterabur dan kurang isi.Tadi ada rakan datang.Tidak sempat menghabiskan Penulisan malam ini.

P/P/S : Astaghfirullahalazim.Beristighfarlah manusia.



4 comments:

  1. Tn Hj Norazmi of Aqsa Syarif ni juga pernah bagi ceramah kat ofis saya. Office mate saya Hj Yusuf Ahmad juga menyertai misi Viva Palestin akhir tahun lalu bersama Hj Norazmi. Pengorbanan mereka sangat hebat. Kita juga ada peranan masing2 untuk membantu sdra kita di Palestin. Just Do It !! in wharever capacity. Allah knows.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum tuan.
    berbicara mengenai isu palestin,hari tu tuan haji norazmi ada tnjuk rumah2 orang yahudi di penempatan haram israel.

    besar !
    sangat besar!

    dan semua rumah ini diberikan percuma kepada sesiapa dalam kalangan mereka yang mahu berpindah ke israel.

    so,persoalan timbul.duit dari mana?

    duit dari perniagaan israel di serata dunia.

    persoalan timbul lagi,apakah perniagaan mereka itu?

    perniagaan mereka itu adalah seperti mcdonald starbucks bla bla bla yang biasa kita dengar.

    timbul lagi persoalan,siapa yang bagi duit kepada mereka?

    kitalah di antara manusia-manusia itu.

    persoalan terakhir yang timbul adalah,apa yang patut kita buat?

    fikir-fikirkanlah.

    assalamualaikum.

    ReplyDelete