12.4.11

Berbicara Mengenai Perjuangan : Apakah Kita Masih Punya Masa?Apakah Kita Punya Alasan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semalam,saya bercerita mengenai Majlis Aqsa Syarif di Moscow.

Sebelum meneruskan Penulisan,saya mahu berkongsikan dengan anda sebuah Video yang ditayangkan dalam Majlis itu.

Video ini merupakan hasil kerja oleh seorang Rakan saya di sini (tempat saya belajar),Hadi Pahmi dan Pelakonnya pula adalah Fakhrullah Azri,yang juga merupakan Rakan saya di sini.


Semalam,saya mendapat E-Mail dari Pihak Taqwa.Me.

Apakah Taqwa.Me?

Anda boleh baca mengenainya di sini.

Untuk pengetahuan anda semua,Taqwa.Me dan Pena Maya mempunyai hubungan yang agak baik.

Ini kerana saya pernah menulis Review tentang Taqwa.Me di blog saya.

Semenjak itu,saya sering bertukar e-mail dengan Pihak Taqwa.Me.

Dalam E-Mail terbaru,Pihak Taqwa.Me mempelawa saya menjadi Moderator untuk Halaman Facebook Rasmi Mereka.

Dan dalam E-Mail yang sama,mereka mempelawa saya untuk menulis di Blog Rasmi mereka (yang akan dilancarkan sedikit masa lagi).

Pelawaan untuk menjadi Moderator,terpaksa saya tolak,memandangkan saya tiada Akaun Facebook,dan tidak bercadang untuk memilikinya dalam waktu terdekat (boleh baca di sini untuk maklumat lanjut tentang perkara ini).

Namun,pelawaan untuk menulis di Blog Rasmi mereka,saya dengan sukacita menerimanya.

Kenapa saya menerimanya?

Kerana,menurut apa yang saya faham,salah satu tujuan Taqwa.Me ditubuhkan adalah untuk memperbetulkan salah faham terhadap Islam (atau dalam kata lain Islamophobia) yang berlaku dalam kalangan Masyarakat Dunia pada hari ini.

Jadi,semoga Allah SWT meredhai usaha-usaha ini.Yang paling penting,niat kena betul.Hanya kerana Allah SWT.

Ini semua membuatkan saya terfikirkan sesuatu.

Sesuatu yang dinamakan Perjuangan.

Ya.

Islam itu menyeluruh.Islam itu lengkap.Islam itu melengkapi.

Jika Taqwa.Me adalah satu usaha untuk menyediakan Perkhidmatan Internet yang Halal bagi Muslim di seluruh dunia,bagaimana pula dengan bidang lain?

Adakah kita yang lain melakukan sesuatu untuk Islam?

Ayat di atas ini mungkin agak memeningkan kepala,tapi apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya melalui ayat di atas adalah bahawa betapa kita pada hari ini mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam menyebarkan Islam.

Bukan sekadar melalui ceramah,mengajak orang ke Masjid etc etc sahaja,tapi juga dalam semua aspek.

Hari ini menyaksikan masyarakat dunia mengalami satu masalah kerosakan moral dan akhlak yang melampau.

Dan perkara ini juga berlaku dalam kalangan masyarakat "Islam".

Jadi,tertanya-tanya saya kepada diri sendiri.

Adakah kita punya masa untuk berjuang,jika kita lebih mengutamakan waktu rehat 'peribadi'?

Adakah kita punya masa untuk berjuang,jika kita lebih menitikberatkan 'Hiburan Hujung Minggu Rutin Wayang' kita?

Adakah kita benar-benar berjuang,jika kita tidak sanggup mengorbankan harta kita ke jalan Allah SWT,sebaliknya lebih sanggup menghabiskan duit untuk membeli sesuatu yang bersifat 'Diri Sendiri'?


Semua manusia - kita semua diberi masa yang mencukupi oleh Allah SWT.


Dan semakin hari,masa dirasakan kita semakin pantas.

Ini bukan sesuatu yang luar biasa.

Sebaliknya,Rasulullah SAW awal-awal lagi mengingatkan kita tentang perkara ini :

[Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146]

Narrated Abu Huraira : The Prophet (SAW) said, "The Hour (Last Day) will not be established until (religious) knowledge will be taken away (by the death of religious learned men), earthquakes will be very frequent, time will pass quickly, afflictions will appear, murders will increase and money will overflow amongst you." (See Hadith No. 85 Vol 1).

Jadi,persoalannya,adakah kita layak untuk mencapai kemenangan itu jika kita tidak sanggup mengorbankan masa,jiwa dan harta kita ke jalan Allah SWT?

I am no Scholar.Saya bukan seorang Ulama.Sebaliknya,hanya seorang manusia biasa.Seorang hamba Allah.Sama seperti anda yang lain.

Tapi,saya merasakan tanggungjawab memperbetulkan keadaan adalah tanggungjawab semua umat Islam.

Banyak fitnah yang berlaku pada zaman ini.

Itu belum mengira Isu yang Besar seperti Isu Akidah,Isu Perpaduan,Isu Ajaran Sesat,Isu Palestin,Isu Remaja,Isu Keluarga,Isu Ekonomi,Isu Riba,Isu bla bla bla.

Terlalu banyak Isu yang berlaku adalah kerana kita mengabaikan Perintah Allah SWT.

Kita terlalu cintakan dunia,dan takutkan mati.

Kita terlalu takut untuk mengorbankan nikmat dunia untuk mencari keredhaan Allah SWT.Walhal,di sisi Allah SWT itu ada nikmat yang beribu kali ganda lebih baik dari Nikmat Dunia yang kita lihat pada hari ini.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [3:14]

Setelah meneliti,saya merasakan Punca Utama yang menyebabkan berlakunya Isu-Isu yang dapat kita lihat pada hari ini adalah disebabkan Kekurangan Ilmu Terhadap Islam Dalam Kalangan Masyarakat Islam Itu Sendiri.

Kita mengucapkan Alhamdulillah,tapi apakah kita benar-benar menghayati maksud Alhamdulillah itu?

Saya menulis ini untuk mengingatkan diri sendiri juga bahawa betapa besar dan banyaknya tanggungjawab yang berada di depan mata sebenarnya.

Teringat saya kata-kata seorang Tokoh Islam Masa Kini yang jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu berbunyi,

Tiada masa untuk berehat jika kita sedar betapa banyak yang perlu dilakukan untuk Islam.

Dalam Quote yang lain oleh seorang Tokoh Islam yang lain pula,Beliau berkata,

Kita tidak boleh berehat.Kerana Dunia bukan tempat berehat.Tempat Berehat,hanya di Syurga.Dunia tempat Berjuang.

Mari saya beri satu contoh,yang menunjukkan betapa banyaknya tanggungjawab kita pada hari ini.

Setiap hari,selepas pulang dari kelas,saya sering berniat untuk menonton Video tentang Islam di Youtube (sebagai contoh),membaca blog-blog Islam,membaca buku-buku tentang Islam (saya ada beberapa buah buku yang sehingga sekarang masih gagal untuk dihabiskan),membaca Al-Quran etc etc.

Itu belum mengira Tanggungjawab sebagai Pelajar yang perlu dilaksanakan (yang kebanyakan masa menyaksikan saya sering bertangguh dalam menyelesaikannya).

Tapi,seberat manapun Tanggungjawab sebagai Pelajar,ianya tidak boleh sampai tahap kita tidak melaksanakan apa yang paling penting,iaitu mencari keredhaan Allah SWT.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [63:9]

Dan setiap hari,pasti menyaksikan saya gagal untuk melaksanakan perkara-perkara yang saya hajati ini.

Saya hanya mampu melaksanakan satu sahaja daripada to-do-list itu kebiasaannya.

Sebenarnya,mengikut pemerhatian saya,masa itu ada untuk saya buat perkara-perkara di atas.Tapi,oleh kerana terlalu mengikut Nafsu Berhibur menonton perkara-perkara yang tidak bermanfaat,saya pun secara tidak sedar telah rugi.

Padahal,dalam Al-Quran ada menyebut supaya kita tidak melakukan perkara yang sia-sia,

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23:1-3]

Saya bukan Lulusan Agama.Tapi ayat Al-Quran di atas tidak memerlukan seseorang itu untuk memiliki Ijazah dari Universiti Al-Azhar untuk memahami maksud ayat tersebut.

Anda faham flow yang saya cuba sampaikan?

So,saya fikirkan,untuk berjaya dalam Perjuangan (Hidup di Dunia dan Akhirat),kita mesti sedia berkorban.Berkorban masa,harta dan even jiwa kita ke jalan Allah SWT.

Semoga Allah SWT merahmati usaha kita ini semua.

Ini kerana,jika bukan kita siapa lagi?

Jika dilihat Keadaan Generasi Muda Zaman Sekarang,kebanyakannya (termasuk saya) hanyut.Teringat saya apa yang dikatakan semasa Majlis Aqsa Syarif baru-baru ini mengenai Cubaan Merosakkan Generasi Muda dunia melalui 3F iaitu Fun,Fashion and Food.

Kelihatannya seperti mereka berjaya.

Tapi,percayalah wahai orang yang beriman.

Allah SWT pasti memenangkan agama ini.

Persoalannya,adakah kita berada di pihak yang mencapai kemenangan itu kelak (Islam dan Beriman) atau berada di Pihak yang kalah?

Semoga Allah SWT memimpin kita ke jalan yang benar.

Kembalilah kita ke jalan Allah SWT
.

Jadi,apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah,kita perlu berkorban.

Ya,berkorban.

Satu perkataan mudah,yang mempunyai banyak definisi.

Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -

Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -

Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -

Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -

Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
[79:35-41]

Itu sahaja untuk kali ini.

Semoga penulisan ini memberi pengajaran kepada kita semua (terutamanya diri saya yang menulis ini).

Ditulis Penulisan ini bukan untuk riak.Jauh sekali mahu bongkak.Tapi sekadar berkongsi Ilmu dan mengingatkan diri sendiri tentang kewajiban yang sering dilupakan.

Jika ada salah silap,sila betulkan.Jika ada terkasar bahasa,minta maafkan.

Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Adakah kita masih punya masa?Adakah kita punya alasan?Kemudahan dan Peluang,semuanya telah ada di depan mata.Persoalan yang tinggal hanyalah "Mahu atau tidak mahu".

P/P/S : Ya Allah,ampunkanlah dosa kami.Lindungilah kami dari menjadi orang Munafik.Amin.


2 comments:

  1. tahniah kerana semakin jauh melangkah. semoga usaha anda sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah. berharap sangat agar generasi muda sekarang termasuk saya sendiri lebih memahami Islam yang sebenarnya dan tidak hanya sebagai ikut-ikutan sahaja. insyaAllah suasana kehidupan Islan dapat dibentuk.wallahualam.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum saudara.
    segala puji bagi Allah SWT yang telah Memberi petunjuk dan Hidayah-Nya kepada kita.

    bersyukurlah kita kerana masih ada kesedaran.

    apa-apapun,insya-Allah,sama-samalah kita berusaha.yang penting kita berusaha.jangan pernah berputus asa.

    insya-Allah jika kita tunjukkan contoh yang baik,yang lain akan mengikut juga akhirnya.

    Assalamualaikum.

    p/s : setakat ini masih dalam perancangan (taqwa.me) itu.insya-Allah dalam masa terdekat baru dilakukan jika diIzinkan Allah SWT.

    ReplyDelete