14.4.11

Beristighfarlah Engkau,Wahai Manusia.

lalai
tanpa hadir bacaannya dalam hari-hari hidup ini
terasa diri ini begitu kosong
lalai
dan leka
itulah bacaan Al-Quran

seringkali diri terasa lupa
dan lalai
bila mana
tiada usaha dilakukan
untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
Maha Pencipta Sekalian Alam

terlalu banyak dosa
terlalu banyak kesalahan
hanya kepada Allah SWT sahaja
tempat memohon dan meminta
dan ingat
Allah SWT itu
Maha Penerima Taubat

bila mata terlalu selalu melihat yang haram
bila mana telinga asyik mendengar yang lalai
bila mana minda asyik mengulang suatu yang sesat
diri semakin leka

dan kadang-kadang
terasa diri seolah-olah hipokrit
Astaghfirullahalazim
ya Allah ampunkanlah dosa kami
terlalu banyak dosa-dosa kami ini

beristighfarlah engkau
wahai manusia


No comments:

Post a Comment