9.4.11

Catatan Seorang Pengembara : "Sesungguhnya Kami Adalah Kepunyaan Allah Dan Kepada Allah Jualah Kami Kembali".

Perhatian : Penulisan Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Alhamdulillah,kita semua masih hidup dan bernafas.Segala Puji Bagi Allah SWT yang masih Memberikan kita peluang untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya.

Hari ini hari Sabtu.

Banyak waktu terluang untuk kita gunakan.

Sebenarnya saya fikir tidak mahu menulis penulisan baru lagi buat beberapa waktu ini.Mungkin esok baru sambung menulis.

Fikir saya,"Bagi orang baca Penulisan sebelum ini dahulu".

Tapi,difikir-fikirkan balik,jika saya berbuat begitu,bermakna saya menulis kerana orang lain.

Bermakna saya menulis supaya dibaca orang.Atau dalam kata lain,menulis untuk 'orang'.

Bukan menulis untuk berkongsi Ilmu yang ada.

Bukan menulis untuk memanfaatkan masa yang diberi oleh Allah SWT dengan sebaiknya.

Seolahnya ada something yang tidak berapa kena di situ.

Itu dari pandangan saya.Jika anda tidak bersetuju,tidak mengapa.Jangan mengamuk membaling kerusi menghempas diri.Haha.

Jadi,saya pun menulis.

Ini kerana,jika saya hendak menunggu orang untuk membaca Penulisan saya dahulu,rugilah saya.

Ini kerana,hidup ini sebentar sahaja.

Entah esok lusa,saya meninggal dunia.

Siapa tahu?

Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Jadi,setiap saat yang ada perlu dimanfaatkan ke arah kebaikan.

Samada orang lain baca atau tidak,itu bukan persoalan.Yang penting,niat ikhlas kerana Allah SWT.Untuk mencari keredhaan-Nya.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [3:104]

Baiklah.Itu Pendahuluan bagi Penulisan kali ini.

Agak panjang.Tapi Insya-Allah ada pengajaran yang boleh saya (dan anda) ambil dari kisah di atas.

Apa pengajarannya?

Secara ringkasnya : Jangan berbuat sesuatu untuk dilihat orang lain.Sebaliknya,buatlah sesuatu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT semata.Jika kita berbuat sesuatu untuk dilihat orang (atau kepentingan material dan menjaga perut kita semata),for sure perkara itu tidak akan bertahan lama.

Dalam Surah Al-Ahzaab,ayat 37 ada disebut tentang perkara ini.

Pengajaran yang saya dapat dari Ayat Al-Quran itu adalah bahawa mencari keredhaan Allah SWT itu lebih penting daripada kita memikirkan apakah yang difikirkan manusia.

...sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya)..

...But thou didst hide in thy heart that which Allah was about to make manifest: thou didst fear the people, but it is more fitting that thou shouldst fear Allah...
[33:37]

Jika anda hendak mengetahui dengan lebih lanjut tentang ayat Al-Quran di atas,sila tonton video di link ini.

Untuk Penulisan kali ini,saya ingin menulis tentang apa yang berlaku kepada saya dalam tempoh seminggu yang lepas (ketika saya tidak mengupdate blog dan sebagainya).

Pada mulanya,saya fikirkan tidak mahu menulis apa yang terjadi kepada saya.

Bukan apa.Saya ini sebenarnya seorang yang tidak gemar jika 'orang lain tahu tentang diri saya' sangat.Orang Putih kata,"a recluse he is (saya le tu,sape lagi,haha)".

Tapi,difikirkan kembali,ada Pengajaran yang boleh dikongsikan di sini.

Lebih-lebih lagi selepas saya menonton video ini :


Baiklah.

Kita mulakan cerita.

Oh ya,sebelum memulakan cerita elok diingatkan.Kebanyakan perkara yang saya tulis di blog ini mungkin agak berat bagi kebanyakan kita.

Tapi,saya menulis untuk berkongsikan apa yang saya tahu.Mungkin (confirm) ada salah silapnya.Jadi,jika ada salah silap,terkasar bahasa,minta maafkan dan betulkanlah.

Kita kena ingat,Islam itu luas.Bukan sekadar di dalam Masjid.Dan kebanyakan dari kita Umat Islam pada hari ini kurang ilmu tentang apa itu Islam yang sebenar.Sehinggakan bila ada Musuh Islam yang datang kepada kita dan membawa fitnah tentang Islam kepada kita,ramai dari kita dengan mudahnya percaya 'berita' mereka.Atau paling tidak,terkelu tidak tahu menjawab/melawan fitnah mereka itu.

Itu pasal saya merasakan tanggungjawab untuk menulis.Kita kena ingat,kita berada di Akhir Zaman.Kita Umat Akhir Zaman.Dan Akhir Zaman ini,fitnahnya banyak.Jadi,tanggungjawab mencari Ilmu terletak pada bahu setiap dari kita Umat Islam.

Baiklah,sekali lagi,mari kita mulakan cerita kita.Untuk memudahkan pemahaman anda,saya mahu bercerita dengan bahasa santai.

Minggu lepas,saya ada menulis bahawa saya tidak berapa sihat.Saya saspek (ya,saya sendiri saspek) keracunan makanan.

Hari yang sama juga (malam itu),kesihatan saya semakin merosot.

So,dipendekkan cerita,saya call Ambulans.Then Ambulans datang.Check-check,dan ya,saya memang layak untuk menaiki Ambulans.Haha.Macam fiesta sahaja bunyinya.

So,pendekkan cerita lagi,saya masuk hospital lebih kurang sembilan hari.

Pelawat tidak dibenarkan melawat saya.Kenapa?

Sebab saya masuk Hospital Infection.

Dan hendak dijadikan cerita,saya hanya membawa dengan saya beberapa helai baju (tiada komputer etc etc) dan Handphone Nokia yang ada Lampu Suluh tu.

Dan saya ditempatkan dalam Ward seorang diri.

Ya,seorang diri.Tiada roommate.Juga tidak boleh keluar bilik.Kerana Doktor bimbang berjangkit sakit lain pula.Sebenarnya saya masuk Hospital Infection itu kerana saya Foreigner.Kerana mereka bimbang ada jangkitan asing.

Dan,makanannya pula,tidak sedap satu hal,malah ianya juga tidak halal.Jadi,seminggu lebih saya hanya makan bubur dan roti.Ada sekali sahaja saya diberi makan Ikan.

Apabila diminta Ikan,Makcik Tukang Masak dengan jujur berkata,"Kau sakit.Makan je la apa yang diberi.Itu semua bagus untuk kau".

Saya tidak marah Makcik itu atas kejujurannya.Ini kerana mungkin Beliau juga sedang bermasalah.

Jadi,sembilan hari tanpa teknologi,sembilan hari seorang diri - dapat rasakan tekanan dan kebosanan yang saya alami?

Mujur,eh silap,bukan mujur.Sebaliknya Alhamdulillah dengan izin Allah SWT sebelum pergi naik Ambulans,Rakan Bilik saya sempat mengingatkan saya untuk membawa Al-Quran bersama saya.

Jadi,dalam keadaan yang penuh tertekan di sana,saya banyak menghabiskan masa membaca Al-Quran.

Wait,saya cerita ni bukan nak nampak Alim,Pious and so forth.Tapi supaya anda dapat faham apa yang hendak disampaikan oleh saya.

Sebenarnya,hendak dijadikan cerita,saya sudah sihat selepas tiga hari berada di Hospital.Tapi,saya terpaksa menunggu Result Keputusan Analisis.

Jadi,saya pun menunggu.

Tiba hari Sabtu,saya bajet sudah boleh keluar.

Nurse memberitahu,"Doktor tiada hari ini.Isnin baru ada".

Ketika itu,saya punya perasaan hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Tertekan sungguh.Serious.

Ada masa saya merasakan seperti berputus asa.

Tapi,saya membaca Al-Quran.Dan saya mendapat semangat kembali.Still tertekan.Tapi saya cuba untuk bersabar.

Dan tadi,saya tengok video di atas ini.

Sebenarnya video itu saya hendak tengok masa hari saya masuk ward tu la.Tapi tak sempat tengok dah masuk ward.

So hari ni baru saya tengok balik.

Bila tengok,saya kaitkan dengan Situasi saya,memang betul,Allah SWT Maha Mengetahui.

Ujian ini semua ada kebaikan untuk kita.

Ini antara ayat-ayat berkaitan Ujian yang perlu kita ketahui di dalam Al-Quran.


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
[3:157]

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". [2:286]

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [29:2]

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan. [10:12]

Kemudian,bila sampai hari Isnin,saya sudah bersiap sedia barang hendak balik,tiba-tiba Nurse masuk pagi itu dan bertanya kepada saya,"Eh,nak ke mana ni?Awak tak balik lagi hari ni".

Ketika itu,saya terasa seperti hendak membanting diri ke atas katil.Haha.Tidak tipu.

Tapi,saya teringat pesanan seorang Pembaca saya di blog ini satu masa dahulu.

Pesanan yang berbunyi,"Allah SWT bagi awak Ujian ni sebab awak mampu.Kalau awak tak mampu,awak takkan dapat Ujian camni.So,bersabarlah.Kalau bersabar,insya-Allah ada balasan besar".

So,saya bersabar.

Bila Doktor masuk,Doktor cakap ada something wrong dengan Result Analisis.

Saya tidak mahu beritahu apa yang bermasalah dengan Result itu di sini.

Tapi,yang pasti perkara itu membuatkan saya tidak dapat pulang ke rumah lagi.

Jadi,saya kena stay kat Hospital lagi dua hari.

Tapi,dalam masa sama,saya berdoa kepada Allah SWT agar memberikan yang terbaik untuk saya.

Tambahan pula,saya tertinggal pelajaran di Universiti etc etc.

So,saya agak depressed.I mean sangat-sangat depressed (at that moment).

Kemudian,saya teringat ada satu Hadis.Hadis yang berbunyi,


Muhammad (SAW) berkata,"Wahai Khabbab,pejuang sebelum kita iaitu para Nabi,ada yang ditanam di dalam lubang dan digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua badannya.Ada yang disikat dagingnya dengan penyikat besi.Namun,semua itu tidak menyebabkan dia berganjak sedikit pun daripada agamanya dan daripada keyakinannya.Wahai Khabbab,demi Allah,Allah akan memenangkan agama ini.Sehingga nanti seorang boleh menunggang kenderaan seorang diri berjalan dari Sanna' sampai Hadramaut.Tidak ada yang dia takut melainkan Allah,aman perjalanannya,tetapi kamu semua mahukan kemenangan yang segera." [Link]

Jadi,sebenarnya Ujian saya ini kecil sahaja.

Dan sebenarnya jika Ujian ini kita tempuh dengan elok,Allah SWT akan memberikan balasan yang besar untuk kita.

Saya akui,saya punya reaksi ketika mendapat Ujian di Hospital tempoh hari tidaklah berapa cemerlang.

Ada banyak perkara yang perlu saya baiki.

Dan saya tengok video di atas,Syeikh yang dijemput untuk memberikan Talk dalam video itu berkata,kita perlu sentiasa mengingati Allah SWT dalam keadaan tenang dan susah.Terutamanya dalam keadaan senang.Ini kerana dalam keadaan susah,semua orang akan mengingati Allah.

Tapi dalam keadaan senang?Manusia mudah lupa.Itu pasal kita kena sentiasa cuba memperbaiki amalan supaya apabila dilanda calamity (bencana),kita dapat melaluinya dengan redha etc etc.

Astaghfirullahalazim.

Sebenarnya apa yang saya cerita di atas ini,sedikit sahaja.

Selebihnya?

Biar saya sendiri yang tahu.

Tapi,apa yang perlu kita (saya dan anda) ketahui adalah,Allah SWT tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang termampu oleh orang itu.

Janganlah berputus asa.

Sekarang ini,saya sedang cuba mencari rentak kembali.

Setelah lama berada di Hospital.

Sama-samalah kita berdoa supaya Allah SWT mempermudahkan urusan kita semua.

Ya Allah,ampunkan dosa kami semua.Amin.

Tapi jika ada bencana yang berlaku,jangan berputus asa!

Sebaliknya,bencana itu sepatutnya menjadikan kita lebih kuat lagi.

Sebenarnya saya sudah penat menulis ini.

Jadi,jika anda berminat untuk membaca Penulisan saya berkaitan Motivasi yang lain-lain,sila klik di sini.

Itu sahaja untuk kali ini.

Jika ada salah silap atau terkasar bahasa,sila betulkan,dan minta maafkan.

Maafkan saya juga kerana penyampaian yang kurang menarik dalam Penulisan kali ini.

Dan ya,saya menceritakan semua perkara ini,bukan untuk mencari simpati.Sebaliknya supaya dijadikan pengajaran.Supaya anda-anda (dan even saya) yang dilanda Ujian lagi selepas ini bersabar.Dan redha.Jangan pernah berputus asa.

Okay?

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


P/S : Tapi fikir-fikir,boleh tahan juga Bahasa Russia saya sepanjang di Hospital.Hehe.Okay-okay.Jangan riak.

P/P/S : Bila dah rasa susah,baru kita hargai kemudahan yang ada.Jadi?Bersyukurlah kepada Allah SWT.


1 comment:

  1. terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Moga ada manfaatnya bersama.

    ReplyDelete