28.4.11

Hatred,Egoism,Selfishness & Arrogance.

Prenote : To whom it may concern.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Pertama sekali,maaf.

Maaf diucapkan kepada semua kerana sudah lama tidak menulis.

Bulan April menyaksikan saya tidak dapat menulis dengan kerap.

Kenapa?

Kerana Tempoh 30 Hari ini menyaksikan kesihatan saya yang agak teruk.

Sebenarnya,to be honest,saya sedih apabila jarang menulis.

Kenapa?

Bila jarang menulis,diri saya tidak diperingatkan.

Ya.

Sekali lagi saya ulang,diri saya tidak diperingatkan.

Hidup dalam Akhir Zaman ini,kita perlu sentiasa memperingatkan diri sendiri.

Ya.Tidak dinafikan ada Majlis Ilmu diadakan untuk memperingatkan kita semua (jika kita menghadirinya).

Alhamdulillah.

Tapi,Majlis Ilmu - paling lama hanya mengambil masa 1 Jam.Atau mungkin 2 Jam.

Selepas itu?

Kebanyakan waktu dari Hidup kita ini kita jalani seorang diri.

Adalah penting untuk kita sentiasa mengingatkan diri bahawa setiap perbuatan kita,biarpun sebesar zarah,akan dihisab di Akhirat kelak.

Juga adalah perlu untuk kita mengingatkan diri bahawa Allah SWT sentiasa Melihat kita.

Allah SWT Maha Melihat.

Punca utama kelemahan kita Umat Islam pada hari ini adalah kerana kurangnya Iman.

Atau dalam Bahasa Orang Putih - Lack of Iman.

Kurangnya Iman kepada Allah SWT.Kurangnya Iman kepad Hari Akhirat etc etc.

Bila kita beriman (yakni Percaya dan Yakin) kepada Hari Akhirat (misal contoh),insya-Allah kita tidak akan berani untuk melakukan perkara-perkara mungkar.

Ya - kita pasti tersasar.

Tapi,dengan adanya Iman,kita akan merasa sesal,dan akan memohon ampun kepada Allah SWT.

Tidakkah perbuatan kita kembali kepada Allah SWT itu satu perkara yang mulia?

Baik.

I am no scholar - Orang Putih kata.

Ini peringatan ringkas untuk diri sendiri.

Jika ada salah silap,sila betulkan.

*** *** ***

Bongkak,Riak,Egoism,Angkuh - Islam tidak mengajar semua ini.

Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT kepada umat manusia sebagai Pembawa Rahmat dan Role Model untuk menjadi ikutan.

Dan Peribadi Rasulullah itu sendiri - amatlah mulia.

Mari saya beri satu contoh betapa mulianya peribadi Rasulullah SAW.

Contoh ini menyentuh sifat pemaaf Baginda SAW.

Umar Al-Khattab RA - adalah seorang manusia yang amat kuat menentang Islam sebelum memeluk Islam.Malah,hingga satu tahap,hendak membunuh Rasulullah SAW.

Tapi kemudian,dengan izin dan rahmat Allah SWT,Beliau masuk Islam.Alhamdulillah,segala puji bagi Allah SWT.

Apa kaitan cerita ini dengan Nabi Muhammad SAW?

Begini.

Cuba lihat.

Rasulullah SAW tidak berdendam sedikit pun dengan Umar Al-Khattab.Walaupun Umar pernah bercadang untuk membunuh Baginda SAW sebelum memeluk Islam.

Malah,Umar merupakan antara Sahabat yang paling rapat dengan Baginda SAW selepas itu.

Nampak flow?

Jika tidak nampak,ayat mudahnya adalah - betapa Rasulullah SAW merupakan seorang Pemaaf sehinggakan Baginda SAW memaafkan orang yang pernah bercadang hendak membunuh Baginda SAW.

Faham?

So,kita sebagai umat Islam - belajarlah memaafkan.

*** *** ***


Jika kita lihat pada hari ini,ramai orang yang Angkuh dalam percakapannya.

Ramai orang yang Bongkak dalam perkataannya.

Manusia - mereka suka memandang rendah pada manusia lain yang mempunyai kekurangan daripadanya.

Contoh mudah - Dalam Blog Politik,ramai orang memaki hamun (even dari blog ahli Parti yang mengaku memperjuangkan Islam) pihak lawan.Mengatakan mereka bodoh kerana tidak melakukan itu dan ini.

Tanya diri kita - adakah ini Islam?

Adakah ini yang diajarkan Rasulullah SAW?

Belajarlah bersederhana.

Dan memaafkan.

Ingat,Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hati kita.

Mohonlah perlindungan kepada Allah SWT jika merasa perasaan Riak (or whatsoever) timbul.

*** *** ***


Dalam konteks Perubahan pula,memang kadangkala kita merasakan seperti semua orang lain yang masih leka salah.

Kita sahaja yang betul.

Ya,mungkin kita betul.

Tapi,itu bukan bermaksud kita boleh berlaku riak,egois dan sombong.

Ada dua penyelesaian.

Satu - jika merasa hendak riak,tinggalkan sahaja orang yang kita tidak suka.

Ya,memang ada jenis manusia yang sangat messed-up yang rasa seperti hendak bagi penampor sahaja kadangkala.

Haha.

Tapi ingat.Itu sebenarnya Ujian untuk kita.

Jika kita angkuh dan bergaduh mulut berdebat dengan mereka,sama sahaja sebenarnya kita dengan mereka.

Ingat,berdebat dengan niat untuk menjatuhkan maruah seseorang tidak dapat menyentuh hati manusia.Tegurlah dengan niat membantu mereka.

Bersabarlah ketika calamity (kemalangan) berlaku.Ketika saat pertama calamity berlaku.

*** *** ***

Dalam dunia zaman sekarang,ramai orang yang hanya tahu mengkritik.

Mengkritik,mengkritik dan terus mengkritik.

Saya - dahulunya juga seperti begitu.

Tapi,sekadar mengkritik - tidak boleh menyelesaikan masalah.

Berhentilah dari mengkritik buta sahaja.Sebaliknya,mulalah memberi penyelesaian.

Mahukan contoh?

Ramai orang hari ini membenci Kerajaan.

Jadi,mereka menulis tentang kebencian mereka dalam Blog.

Walaupun pada hakikatnya jika diberikan mereka kekuasaan,saya tidak yakin mereka boleh menjadi Pemimpin yang lebih baik.

Kenapa?

Kerana apabila dibaca penulisan mereka di blog-blog mereka,saya sudah nampak pemikiran mereka itu bagaimana rupanya.

Ya,kepada Para Penulis,berhati-hati ketika menulis.Kerana melalui Penulisan,orang lain dapat membaca Pemikiran anda.

So,berbalik kepada Blogger Anti Kerajaan ini.

Mereka memaki hamun mengkritik perkara-perkara nonsense dalam blog mereka.

Tapi,mereka tidak pernah memberi cadangan membantu menyelesaikan masalah.

Jika ada cadangan yang diberikan pun,ianya juga bersifat nonsense.

Ingin saya quote kata-kata seorang Penulis terkenal Alaf Ini,

The more people die,the more things stay the same.

Atau saya kaitkan dengan isu Egoism ini,

Kesombongan dan arrogance kita,tidak dapat membantu menyelesaikan apa-apapun.

Dan ingat,Allah SWT tidak suka orang yang bongkak.

Ingat,Allah SWT menciptakan kita manusia pelbagai rupa supaya kita berkenal-kenalan.

So,apa kata dari menjadi bongkak,sebaliknya kita bantu mereka.Dengan cara berhikmah.

Tapi,jika mereka itu sangat messed-up,kita tinggalkan sahaja mereka.

Itu lebih baik.

Kerana jika kita tetap bersama dengan mereka,dibimbangi kita punya niat dan tujuan telah tersasar.

Dibimbangi kita menegur kerana hendak sound downkan mereka semata.

Dapat point?

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Ambil jernih,buang keruh.

Jika ada salah silap,sila betulkan.

Saya juga manusia biasa.

Maaf kerana Penulisan ditulis dalam keadaan tidak berapa bertenaga.Haha.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Okay?


3 comments:

  1. Okay :)

    Jazakallah saudara, atas peringatan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas peringatan berguna ini :)

    ReplyDelete