10.4.11

Nota Ringkas Di Petang Ahad.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya hendak menulis penulisan ringkas dalam Penulisan kali ini.Atau sekurang-kurangnya mencuba.

Saya baru sahaja membaca satu Penulisan di satu blog.

Blog ini kalau saya sebutkan namanya,pasti ramai orang kenal.

Amat ramai.

Tujuan Penulis yang menulis blog itu saya fikir - baik.

Tapi,cara penyampaiannya - tidak berapa kena.

Islam itu indah apabila diamalkan.

Jadi,jika hendak menyampaikan Islam,kita juga mestilah menggunakan bahasa dan akhlak yang indah.

Ini merupakan peringatan kepada diri saya juga.

Kerana saya pun kadangkala akibat terlalu syok menulis,selalu terkasar bahasa.

Dan keterkasaran bahasa itu jika dibaca oleh orang yang belum memeluk Islam,pasti menimbulkan fitnah dalam kalangan mereka.

Berbalik kepada Isu Blog Terkenal yang saya baca tadi.

Ada beberapa perkara yang saya mahu sentuh dan sebutkan di sini,agar menjadi peringatan kepada diri sendiri (dan juga sesiapa yang mahu mengambil pengajaran) dengan izin Allah SWT.

Yang pertama yang kita kena ingat and bear in mind adalah Islam bukan satu falsafah.Sebaliknya Islam adalah cara hidup yang diturunkan oleh Allah SWT,Maha Pencipta yang Menciptakan kita manusia.

Dan falsafah pula adalah pemikiran-pemikiran manusia-manusia terkenal yang tidak mengenal Tuhan (Allah SWT),tapi cuba mencari kebenaran menggunakan 'akal' semata.

Ketahuilah,akal kita tidak dapat memikir dan melihat suatu perkara yang ghaib.

Oleh sebab itu,Allah SWT menurunkan Islam untuk diikuti manusia melalui Rasulullah SAW.

Itu yang pertama.Jadi jika hendak menulis tentang Islam,kurangkanlah falsafah-falsafah mengarut yang berpotensi menyesatkan orang.Cari Ilmu.Ini peringatan kepada diri sendiri juga.Kerana saya juga seorang Penulis Blog.Dan saya juga seorang hamba Allah yang mencari kebenaran.

Yang kedua,kena ingat bahawa Majoriti Umat Islam pada hari ini berada dalam keadaan yang menyaksikan mereka (dan kita) memiliki Ilmu yang amat sedikit tentang Islam.

Dalam kata lain,mereka tidak mengenal Islam.

Ramai yang mahu kembali kepada Islam.Jadi,apabila menjumpai suatu blog yang menceritakan tentang Islam,mereka terus mengambil langkah bertaklid buta.Atau dalam kata lain,mengikut dan menelan bulat-bulat segala maklumat tanpa dirujuk kepada Al-Quran,As-Sunnah ataupun Ilmuwan-Ilmuwan Islam yang berkenaan.

Itulah pasal banyak timbul Ajaran Sesat di Tanah Air kita.

Jadi,kita sebagai Penulis Blog - ada tanggungjawab.

Kerana ramai yang membaca penulisan kita.

Dan secara tidak sedar,mereka ini akan mengikut apa yang ditulis oleh kita.

Jadi,sila tulis sesuatu berdasarkan Sumber yang Sahih.

Dan yang ketiga,kepada Para Pembaca,jangan terlalu taksub dengan Penulisan seseorang Penulis Blog.

Yang terakhir dan yang paling penting,Ilmu yang kita ada adalah untuk disebar dan dikongsi semata untuk mendapat keredhaan Allah SWT,dan bukan untuk kita 'berlagak kita ada Ilmu banyak'.

Semakin berilmu seseorang itu,semakin humble Beliau patut jadi.

Dan di ruangan komen pula,tidak perlu kita bermaki-makian mempertahankan Ego kita untuk menunjukkan siapa paling hebat.

Itu semua tidak membantu sedikit pun dalam menyebarkan Islam.

Sebaliknya,ianya hanya tidak lain tidak bukan sekadar memuaskan nafsu keangkuhan kita sahaja untuk menunjukkan "Akulah yang paling Bijak",tanpa kita sedari bahawa Allah SWT sahajalah yang Maha Bijaksana.Kita ini semua manusia biasa.

Dan di luar sana (Alam Realiti),banyak fitnah yang sedang berlaku.

Islamophobia,Isu Palestin,Islam Yang Dituduh Pengganas,Politik Bertopengkan Islam,Fahaman Ajaran Sesat,Kerosakan Akhlak Generasi Muda Etc Etc Etc - Dan ini semua merupakan tanggungjawab kita bersama untuk cuba memperbetulkan keadaan.

Sedarlah.

Lihat ke luar tingkap.

Itu sahaja.

Sekian.

Ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri yang mempunyai Blog juga.

Dan kepada anda-anda yang menjumpai kesilapan dalam Penulisan saya (baik yang ini,ataupun yang sebelum-sebelum ini),sila maklumkan kepada saya (dengan berhemah sesuai dengan cara orang Islam).

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Titik kecil jika kita kaji,pasti ianya kelihatan besar.



1 comment:

  1. setuju, tujuan buat blog, yg pertama nak ingatkn diri sendiri, yg kedua nak sampaikn kata-kata yang agar kata2 yg baik akan berbalik kepada kita semula, yg ketiga moga orang yg baca dapat faham, dapat amal, dapat sampaikan....moga2 kitapun dapat sahamnya juga...setuju?

    ReplyDelete