16.4.11

Persoalannya : Sampai Bila,Anak Muda?

Perhatian : Ini penulisan bahasa.Penulisan serius tidak dapat ditulis pada hari ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

ini ditulis
sebelum mata dipejam
tidak mengharap
untuk difaham
kerana ini
penulisan bahasa
tapi maaf
kerana tidak menulis
pada hari ini

fatamorgana zaman ini
amat indah kelihatan
sehingga yang benar
ibarat suatu kecelakaan
bagi diri yang mengikuti

fatamorgana akhir zaman
sangat sukar ditinggal
lepas satu,satu
seperti satu mimpi
lantas hanyut lemas
tanpa disedari

orang tua berkata
tempat asing
orang asing
pandai bawa diri

benar
tapi ada lagi penting
selain diri
apa dia
itu dia
yang di dalam dada

itu yang lebih penting
makin panas hari
makin panas segala

pejamkan mata
biarkan masa berlalu
nanti kita juga 'terbunuh'

salah

sebenarnya
apa yang perlu
adalah
buka mata
sentap segala peluang
jangan dibiar satu pun tertinggal
supaya Maha Pencipta Meredhai
dan supaya tidak terus lemas
lemas dengan permainan sementara ini


(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment