14.4.11

Persoalannya : Untuk Siapa,Apa Dan Mengapa Kita Lakukannya?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

banyak pada hari ini,
kita dapat lihat,
mereka-mereka yang mengaku berjuang untuk Islam,

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah SWT,

tapi,
sekadar mahu mengajukan satu persoalan,
untuk kita semua (termasuk saya) amati dan fikirkan,

kita berjuang,
untuk Islam,
atau untuk Parti?

kita berjuang,
kerana mengikut sunnah Nabi,
atau kerana taksub kepada Pemimpin X?

kita berjuang,
kerana mencari keredhaan Allah SWT,
atau untuk mendapat kuasa jangka pendek sahaja?

kita berjuang,
ikhlas,
atau ada udang di sebalik batu?

kita berjuang,
untuk manfaat orang Islam dan Islam itu sendiri,
atau untuk puak semangat asabiah kita sahaja?

kita berjuang
untuk memperbetulkan keadaan,
atau hendak berlagak kita lagi hebat dari orang semata?

orang lain berjuang,
kita juga,
turut sama mahu berjuang (Alhamdulillah),

tapi persoalannya
untuk apa,kenapa,dan mengapa kita berjuang?
ingatlah bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apa dalam setiap dada kita,

betulkan niat,
insya-Allah,
Allah Merahmati.


Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ditulis sebagai peringatan untuk diri sendiri (dan sesiapa yang mahu mengambil pengajaran daripadanya).Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua.


2 comments:

  1. Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput saudara untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan saudara.Sekian,Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.

    insya-Allah saudara,saya akan baca penulisan saudara esok.
    malam ini tidak boleh.sudah agak lewat.hehe.
    apa2pon trima kasih menjemput saya ke blog saudara
    smoga sntiasa dirahmati Allah.
    amin.
    assalamualaikum again

    ReplyDelete