8.4.11

Santai : Hidup Bukan Seperti Cerita Kedai Kopi Yang Penuh Dengan Hiperbola Dan Cerita Letup Melampau (Ketahuilah Bahawa Allah SWT Sentiasa Melihat Apa Yang Kita Lakukan Dan Kita Semua Pasti Akan Kembali Kepada-Nya Satu Hari Nanti).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

To be honest,setiap kali saya menulis,saya mendapat semangat baru.Semangat untuk terus 'mencari'.Semangat untuk menjadi Muslim terbaik.Semangat untuk sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah SWT.

Kiranya,mendapat momentum baru untuk terus berubah.

Tapi,masa sering membataskan niat saya untuk menulis.

Tapi,masa tidak bersalah.

Kerana dalam sehari ada 24 jam sahaja.Itu sudah tabii masa.

Dan setiap dari kita manusia telah diberikan oleh Allah SWT waktu yang sama setiap hari.

Tidak kira siapa kita - Doktor,Penulis,Pelukis,Pengarah,Perompak,Pemimpin Politik Yang Terlibat Dalam Konspirasi Pornografi,Pesakit Kanser,Penghidap Hepatitis A,B atau C - Siapa juga anda,kita semua diberikan jumlah masa yang sama setiap hari.

Dan semua dari kita,akan ditanya bagaimana kita menggunakan masa hidup di dunia ini,di Akhirat nanti.

Atau dalam kata mudahnya,Hari Kiamat.

Apakah Hari Kiamat?

Hari Kiamat adalah Hari Yang Pasti Terjadi.

Hari di mana setiap dari kita (Manusia) akan dihadapkan kepada Allah SWT untuk dibalas perbuatan kita.

Jika berat timbangan amalan baik kita pada hari itu,beruntunglah kita.

Jika berat amalan buruk,celakalah kita.

Jadi,berbalik kepada Isu Masa.

Siapa yang salah jika kita tidak melakukan kebaikan?

Dalam kes saya,siapakah yang salah jika saya tidak menulis blog (yang boleh dikira sebagai satu Usaha melakukan kebaikan)?

Sayalah yang salah.

Tiada jawapan lain untuk persoalan ini.

Saya tiada orang lain untuk dipersalahkan.

Hanya saya yang boleh dipersalahkan.

Kerana saya membuang masa saya dan mensia-siakan masa lapang yang ada sehingga tidak sempat berbuat kebaikan.

Saya sebenarnya hari ini ingin menulis tentang beberapa perkara.

Antaranya apa yang terjadi semasa saya berada di Hospital,kemudian tentang Situasi Semasa Tanah Air Kita dan juga ingin mengulas sedikit tentang buku Islamic Renaissance – The Real Task Ahead yang sempat saya baca (masih belum menghabiskannya lagi sebenarnya) tidak lama dahulu.

Tapi,maaf.

Hari tidak mengizinkan.

Jadi,apa yang ingin saya sampaikan dalam Penulisan kali ini sebenarnya?

Ringkas sahaja - Jangan Ingat Kita Punya Masa Yang Banyak.

Entah esok lusa,anda mendapat tahu anda menghidap Penyakit ______ (Isikan Nama Penyakit Kronik).

Adakah ketika itu anda baru mahu beramal?

Itu jika kita sempat tahu bahawa kita sudah tidak lama hidup.

Bagaimana jika esok kita tidak bangun-bangun lagi dari tidur?

Hey,ini perkara serious la brother.

Ini bukan perkara main-main.

Semasa saya di Hospital,saya sempat membaca Tafsir Al-Quran untuk beberapa Surah (Alhamdulillah).

Saya berfikir,dan mengaitkannya dengan apa yang saya lakukan dalam Hidup,dan saya tanya diri saya,"Adakah saya sekarang benar-benar berubah?".

Sebenarnya,hidup ini terlalu besar nilainya untuk kita ambil mudah.

Hidup ini terlalu besar nilainya untuk kita buangkan masa yang kita ada dalam hidup ini untuk bermain Twitter berborak santai semata (sekadar contoh mudah kerana tiada contoh lain yang boleh saya fikirkan ketika ini).

Nampak seperti seorang yang Anti-Sosial,tapi ini suatu Pernyataan yang perlu difikirkan.

Isu Palestin,Isu Masyarakat,Isu Politik,Isu Ilmu,Isu Akidah,Isu Ekonomi - Ini semua antara Isu-Isu yang perlu difikirkan secara serius oleh kita Umat Islam.

Adakah anda fikir dengan cara hidup kita sekarang,kejayaan (baik dunia mahupun akhirat) dapat dicapai?

Berdoa - Jarang sekali kita menadah tangan kepada-Nya memohon dengan penuh harapan.

Sembahyang Malam - "Eh,wajib ke?",tanya kita.Walhal dalam Al-Quran banyak Ayat menerangkan tentang kepentingan Sembahyang Malam.Even ada Surah yang membicarakan tentang Sembahyang Malam secara spesifik.

Kita berbicara hendak menegakkan Islam,tapi usaha kita tiada.

Kita berbicara tentang Syurga,tapi apakah usaha kita?

Kita berbicara tentang mencari Redha Allah,tapi ke manakah haluan kita setakat ini?

Jika hendakkan kejayaan,perlu ada usaha.

Usaha sampai titisan darah terakhir.Usaha sehingga nafas terakhir.

Hendak redha Allah?Sama juga.

Jangan pernah putus asa.

Memang tabii manusia - kita akan tergelincir pada masa-masa tertentu.

Tapi - Jangan Putus Asa.

Kerana Allah SWT - Maha Penerima Taubat.

Banyakkan mencari Ilmu.

Buka mata anda.Tidakkah anda merasakan (atau sedar) ada sesuatu yang tidak kena dengan Masyarakat/Dunia/Cara Hidup kita pada hari ini?

Ketahuilah,Islam ada Solusinya.

Okay.

Saya sudah penat.

Sebenarnya tujuan saya menulis kali ini sekadar untuk mencoret santai.Sebab waktu sudah lewat malam untuk saya tulis berat-berat.

Tapi,jangan setakat tulis (atau baca) blog sahaja.

Jangan sekadar berceramah sahaja.

Jangan sekadar mendengar Youtube sahaja.

Ini sebenarnya (Blog,Youtube etc etc) hanya teori.

Praktikalnya?

Kita gerakkan apa yang kita sudah tahu.

Jika sudah tahu kepentingan sedekah?Bersedekahlah.

Jika sudah tahu tentang Amalan Sunat (Puasa,Solat Sunat Etc)?Mulakanlah.

Dan lain-lain,you know what I mean.

Islam itu bukan Teori,ianya Cara Hidup.

Itu sahaja untuk kali ini.

Saya akan menulis dalam masa terdekat.

Banyak Ujian melanda saya dalam masa beberapa tempoh ini.

Tapi saya?

Still alpa.

Aduhai,lemah sungguh kita.


Tapi,merungut seperti Mat Jenin sahaja tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Kita mesti mulakan langkah.

Orang lain?

Heh,akibat tunggu oranglah Kerajaan Romanos jatuh (Ini Metafora Mitos).

Tapi,kena ingat.

Walaupun orang lain tidak membantu kita,kita perlu membantu mereka setelah kita ada kesedaran.

Nampak flow?

Baiklah.

Sekian.

Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.

P/S : Saya manusia biasa.Sama seperti anda.Sama seperti mereka.Tapi,siapa lagi jika bukan kita?


2 comments:

  1. Mind if I ask what happened to you? Curious, that's all. But if you do mind, then it's ok.

    ReplyDelete
  2. Semoga urusan dipermudahkan dan semoga sentiasa teruskan penulisan saudara yang amat memberi manfaat bersama..InsyaAllah

    ReplyDelete