26.4.11

Santai : Syaitan Tidak Pernah Berputus Asa Menyesatkan Kita Manusia/Jangan Berputus Asa Melakukan Kebaikan.

Prenote : Tidak kira anda siapa - Pelakon,Maharaja Lawak,Bintang Filem,Ahli Politik,Makcik Cleaner,Pelakon Porno,Pelajar 10A1,Orang Kurang Upaya - siapa sahaja anda (kita) - ingatlah - akan datang satu hari yang pasti berlakunya nanti - ketika kita semua akan dihadapkan kepada Allah SWT,Maha Pencipta yang telah Menciptakan kita - untuk diadili segala perbuatan kita ketika hidup di Dunia - Satu Nasihat : berubahlah sementara masih berkesempatan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Seorang Sahabat berkata kepada Penulis,

Hanya ada dua waktu (moment) dalam hidup kita.Samada kita mengingati Allah SWT dan patuh kepada segala arahan-Nya (meninggalkan larangan-Nya),atau kita bersama dengan Syaitan.

Empat hari tidak menulis (atau lebih).

Empat hari yang melekakan.

Kaitkan dengan Quote di atas kembali,ada kebenarannya.

Musim Panas sudah hampir tiba di Negara Eropah.

Kelihatannya,Gadis-Gadis dan Para Jejaka (tidak terkecuali Makcik-Makcik dan Pakcik-Pakcik,tanpa menyedari hakikat bahawa mereka telah berusia) begitu teruja untuk menanggalkan segala pakaian mereka.

Seperti tiada hari esok.

Fenomena yang mungkin asing di Malaysia (asing ke?),tapi tidak di Negara Komunis ini.

Sama juga dengan Negara Eropah yang lain.

Pemandangan dan trend yang sama berlaku.

Hampir setiap tahun.

Setiap kali menjelang Musim Panas,Negara-Negara Eropah ini menjadi seolah-olah satu Penjara bagi Lelaki Beriman yang cuba menjaga mata mereka.

Nasihat?

Ada dua.

Pertama (dan yang paling penting) - Allah SWT Maha Melihat.

Kedua (dan yang terakhir) - Boleh baca di sini.

Beberapa hari tidak menulis - banyak faktornya.

Faktor paling utama - Sakit.

Baik Fizikal,Rohani mahupun Jasmani.

Astaghfirullahalazim.

Beristighfarlah Engkau Wahai Manusia.

*** *** ***

Pernahkah anda terjumpa sampah di tengah jalan?Lantas terfikir untuk membuangnya,tapi kemudian ada suara yang berbisik kepada anda,"Eh,rilek sudah.Ada Makcik Cleaner cuci kot sikit lagi.Kau poy-poy kutip kang,Makcik Cleaner nak buat kerja ape?".

Pernahkah anda terjumpa sebatang kayu yang berpaku di tengah jalan?Lantas terfikir untuk mengalihkannya?Tapi,suara yang sama kembali berbisik kepada anda,dengan persoalan yang lebih kurang sama temanya seperti persoalan di atas.

Jangan begitu.

Anda (kita,secara lebih spesifik) sebenarnya amat rugi jika tidak melakukan perkara-perkara kebaikan sebegitu.

Kerana ketahuilah anda bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan perkara baik yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya.

Segala perbuatan baik kita,akan dibalas oleh Allah SWT dengan kebaikan yang tidak terhingga,selagi ianya dilakukan ikhlas kerana-Nya untuk mencari keredhaan-Nya.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[99:7-8]

Ya.Sebesar zarah.

Percayalah.

Kerana Hari Akhirat itu adalah sesuatu yang pasti.Dan setiap dari kita akan dihitung berdasarkan apa yang kita lakukan di dunia ini.

Yang penting ikhlas.Ikhlas kerana Allah SWT.Bukan untuk riak.

*** *** ***

Mungkin kita selesa.

Mungkin kita merasa perbuatan kita yang pergi ke Masjid setiap hari sudah cukup mulia.

Jaga-jaga.

Jaga-jaga dengan Perangkap Riak.

Dan juga Perangkap Syaitan.

Sejarah menyaksikan (hatta dalam kalangan kita sendiri,atau mungkin diri kita) ramai orang yang kelihatannya melakukan banyak amal dalam suatu tempoh tertentu dalam Hidupnya,kemudian berubah sekelip mata kembali melakukan kemungkaran,tanpa sebarang notis.

Kita kena sentiasa alert dan ambil pengajaran akan hakikat ini.

Iman itu perlu sentiasa diperbaharui.

“Perbaharuilah iman kamu sekalian.Sahabat bertanya : Bagaimanakah caranya memperbaharui iman kami?Ujar Baginda SAW : Hendaklah kamu memperbanyakkan ucapan La Ilaha illallah.” [Riwayat Ahmad]

Sama-samalah kita saling memperingatkan rakan-rakan dan sanak-saudara yang terlalai.Tapi dengan berhemah.Ingat,mereka juga ada hati dan perasaan.

Tapi,untuk diri sendiri pula,janganlah tidak mahu berubah kerana berpegang dengan sentimen "Aku bukan taknak berubah,tapi takde orang ajak doe,camne tu?".

Kerana alasan di atas ini - tidak boleh dipakai.

Di Akhirat kelak,kita tiada sesiapa untuk dipersalahkan melainkan diri sendiri.

Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

Supaya kamu tidak mengatakan: "Bahawa Kitab (ugama) itu hanya diturunkan kepada dua golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami, dan sesungguhnya kami lalai (tidak faham) akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka".

Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: "Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayah lebih daripada mereka". (Kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu, dan petunjuk hidayah serta rahmatNya (yang melimpah-limpah). Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya).
[6:155-157]

*** *** ***

Syaitan tidak pernah leka dan berputus asa dalam menyesatkan kita.

Setiap saat,Syaitan Dan Rakan-Rakan gigih berusaha menarik kita melakukan kemungkaran dan maksiat.

Ingatlah,wahai orang-orang beriman.

Itu sahaja untuk kali ini.

Ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri yang selalu leka juga.

Semoga Allah SWT Meredhai usaha ini.Amin.

Semoga tidak riak,dan kekal ikhlas.Amin.

Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment