29.4.11

Tiga Situasi (Kerana Ianya Tidak Difahami) - Satu Tanggungjawab.

Prenote : Penulisan Pendapat Peribadi.Sila baca sehingga habis.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Situasi Pertama

Mereka katakan Barat tidak mengetahui tentang "Islam".

Tapi,tahukah mereka bahawa sejak 400 Tahun Lepas,Pihak Gereja di Barat telah mula mengkaji tentang Islam secara mendalam?

Mengkaji bukan untuk memahami.

Tetapi,mengkaji untuk memanipulasi (Sumber : Link).

Jika "Islam" itu suatu yang baru (atau dalam kata lain dalam konteks ini - tidak diketahui),bagaimana Leo Tolstoy boleh menulis tentang Hadji Murat seawal tahun 1912?

Situasi Kedua

Lokasi : Tanah Soviet.

Musim Panas makin tiba.

Seorang Anak Muda dalam perjalanan menuju ke suatu destinasi yang tidak diketahui.

Sedang berjalan kaki,seorang Wanita Tua dilintasinya.

Wanita Tua yang sedang menarik Beg Troli Besar.

Setiap 30 Langkah diambil,setiap kali itu jugalah Wanita Tua itu berehat.

"Mak Cik perlukan bantuan?"

"Takpe.Aku just tarik beg ni je.Penat sikit.Nak dekat sampai dah".

"Nah,saya bagi Mak Cik duit".

"Terima Kasih,Anak Muda.Dulu Suami aku bukan Warga Tempatan Negara ni jugak.Kau Christian?"

"Nope.Saya Muslim".

"Suami aku pun sepatutnya Muslim.Nama Sadiq.Mak dia dulu Islam.Tapi dia (Suaminya) tak amalkan Islam".

(Diringkaskan cerita)

"Okay,saya nak cepat ni.Sorry.Mak Cik elok-elok".

Situasi Ketiga

"Jika Hukum Allah dilaksanakan pada hari ini secara menyeluruh,adalah tidak mustahil satu Revolusi Besar akan berlaku.Dan adalah tidak memeranjatkan jika yang melakukan Revolusi Besar itu merupakan mereka dalam kalangan Umat Islam itu sendiri.Kerana apa?Kerana mereka tidak memahami apakah Islam itu sendiri.Kerana Akar kepada kefahaman mereka (Akidah) masih tidak kukuh," - Quote dari buku Shaytaan (Satan) His Ways In Misleadings.

Situasi-Situasi di atas - jika diteliti - kita akan mendapati "Islam" sebenarnya bukanlah sesuatu yang tidak diketahui dalam kalangan Masyarakat Dunia pada hari ini.

Malah,majoriti dari Masyarakat Dunia mengetahui apakah itu "Islam".

Tapi,persoalannya - adakah apa yang mereka faham tentang "Islam" itu benar-benar mewakili Islam yang sebenar?

Atau dalam kata lain,adakah mereka benar-benar mengetahui "Islam"?

Jika seseorang manusia itu mengetahui apakah Islam yang sebenar,Insya-Allah (jika diizinkan Allah SWT),Beliau akan tertarik dengan Islam.

Majoriti Masyarakat Dunia pada hari ini (hatta dalam kalangan Muslim sendiri),apabila diajukan dengan soalan "Apakah Itu Islam" menjawab bahawa "Islam - sekadar agama.

Dan ada juga yang menyatakan bahawa "Islam - sama dengan Agama-Agama lain,sekadar Agama".

Walhal,Islam itu Lengkap.Ianya satu Cara Hidup.

Astaghfirullahalazim.

Kiranya bolehlah dikatakan mereka (termasuk kita sendiri) kurang memahami apakah itu Islam yang sebenar.

Tapi,mereka tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya.Kenapa?

Fikir-fikirkan.

*** *** ***

Apakah tanggungjawab kita di sini?

Menyebarkan seluas yang mungkin kepada Penduduk Dunia maklumat-maklumat tentang apakah itu Islam yang sebenar.

Mereka sudah mengetahui tentang "Islam",tetapi mereka belum memahami apa itu Islam (yakni Islam yang sebenar).

Kerana memang benar,"Islam" itu telah diketahui,tapi Islam yang sebenar - masih lagi asing.

Ini merupakan satu tanggungjawab.

Menerangkan kepada mereka tentang apakah itu Islam yang sebenar - tidak semestinya memerlukan anda berdebat,berucap atau menulis - cukup sekadar menunjukkan perlakuan dan akhlak yang baik.

Insya-Allah,lama kelamaan (jika diizinkan Allah SWT,insya-Allah) mereka pasti tertarik untuk bertanyakan kepada kita tentang Islam.

Jika diamati keadaan ini,benarlah Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) – Hadis Riwayat Muslim

Memang benar.Islam (yang sebenar) pada hari ini,amatlah ganjil.

Ini merupakan satu Misi.

Misi untuk kita semua Umat Islam - memahami,mengamal,mempelajari dan menyebarkannya - dengan bersungguh-sungguh.

Yang penting,niat mestilah Ikhlas kerana Allah SWT,untuk mencari keredhaan-Nya.

Itu sahaja untuk kali ini.

Ada salah silap,sila betulkan.Dan minta maafkan jika ada terkasar bahasa.

Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya sangat-sangat menggalakkan anda yang mempunyai masa lapang untuk mendownload Buku PDF yang disebutkan di atas tadi.Jika link di atas tidak berfungsi,sila klik di sini untuk mendownload buku itu.


1 comment:

  1. Setelah lama mjadi silent reader, tergerak hati utk komen di artikel ini.

    ya, sekolah selalu mengulang-ulang ayat "islam datang secara dagang(asing), dan akan kembali dagang. maka beruntunglah orang-orang yang dagang".

    menekankan betapa pentingnya menjadi dagang (dari sudut perspektif Islam)

    ReplyDelete