21.4.11

Tiga Tahun Pena Maya : Dalam Menyuarakan Kebenaran,Pasti Ada Yang Tidak Bersetuju.Tidak Mengapa,Yang Penting Apa Juga Yang Kita Lakukan,Ikhlaskanlah Hati Untuk Mencari Keredhaan Allah SWT Semata.

Prenote : Penulisan yang panjang dan berat.Sila baca dengan perlahan dan teliti.Untuk memudahkan pemahaman.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


John.

Bergantung kepada sudut mana seseorang melihat John,kebiasaannya pasti menyangka John manusia yang sempurna.Tiada masalah.

Tapi,itu persepsi.Bukan definisi.

Dalam Lautan Manusia,John terasa seperti ada kekosongan,walaupun kelihatan seperti telah memiliki segala.

Perjalanan hidupnya diteruskan,sehingga sampai ke satu simpang.

Simpang yang selama-lama ini dicari-carinya.

Simpang yang akan membawanya kepada jawapan terhadap pelbagai persoalan "Kenapa,Mengapa,Apa" dalam kehidupannya.

Gembira - bukan perkataan yang dicari,tapi ianya boleh digunakan untuk mendefinisikan perasaan dan keadaan John pada ketika itu.

Persimpangan yang boleh mengubah hidupnya.Yang boleh memberikannya apa yang dicarinya,dan mungkin juga dicari setiap manusia yang lain.

Persimpangan yang majoriti Penduduk Dunia namakan sebagai Perubahan.

Perubahan - memerlukan pengorbanan.

Perubahan - antonimnya adalah pengekalan.Itupun jika wujud Istilah itu dalam Kamus Dewan.

Jadi,John berfikir dan terus berfikir.Berfikir menggunakan akal yang dikurniakan.

Konflik memilih timbul.Atau lebih tepat,konflik dalaman.

Mahu mencari Dia?Lantas mengorbankan 'kawan-kawan','hiburan' dan 'kecelaruan'?

Atau,

Kekal hidup dalam Dunia Lulu dan Lala.Kekal bukan kerana mahu.Tapi kekal kerana terlalu 'cinta' dan 'takut'.'Cinta' akan sesuatu yang John sendiri tidak selesa.

Persoalan timbul lagi - Apakah yang mahu dipilih John?

Umurnya hampir 21 - sudah terlebih matang untuk membuat pilihan walaupun Majoriti Masyarakat menidakkan kematangannya dengan meletakkan John dan Generasi Sebayanya di dalam satu Bangunan Kotak.Kononnya mencari Ilmu.Tapi yang ironi,John tidak merasai nikmat Ilmu.

Zaman berubah.

John kekal dengan Persoalan.

Langkah tidak diambil.

Walaupun persoalan masih berlegar - tapi realitinya - John masih tidak berganjak,walau telah nyata di hadapannya ketidakbetulan laluan Kiri.

Masa berlalu,John tiba lagi di persimpangan yang sama.

Persoalannya - apakah keputusan yang akan diambil John?

*** *** ***

Kisah John merupakan satu Realiti.Realiti yang boleh dikatakan berlaku kepada semua kita yang hidup di zaman ini - zaman yang dipanggil Akhir Zaman.

Kenapa John?Bukan Johan?

Senang sahaja.John lebih sesuai untuk menunjukkan satu Fenomena Anonymity.Yakni Kisah di atas,boleh berlaku kepada setiap dari kalangan kita.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Kita mahu maju - tapi persoalannya,apakah langkah yang diambil oleh kita untuk menjadi maju?

Kejadian yang berlaku dua hari lepas,membuatkan kesimpulan terpaksa dibuat.Kesimpualan yang berbunyi,"Kita berada pada tahap yang amat jauh lagi untuk Maju".

Tertanya mereka,"Kejadian apa?".

Kejadian seorang Lelaki Tua yang menjual Buku-Buku Lama (Koleksi Peribadi) dengan harga RM 2 satu unit.

Kejadian yang menunjukkan betapa Tamadun Ilmu mereka sudah lama terbentuk.

Kejadian yang membuktikan untuk menjadi Maju,tidak cukup dengan Slogan Bermusim dikeluarkan Pihak Bertanggungjawab yang begitu senang sekali ditelan arus apabila angin kuat melanda.

Kejadian yang seolah-olah memperlekehkan "Sikap Hangat-Hangat Tahi Ayam" kita.

Kejadian yang berlaku di Tanah Soviet ini - suatu tempat yang majoriti Penghuninya masih mencuci bahan nyahtinja mereka dengan menggunakan kertas.

Tapi,mereka punya iltizam - yang perlu dicontohi.

*** *** ***

Itu dari Aspek Dunia.

Sama juga kisahnya dengan Perihal Kita Yang Menginginkan Syurga Allah SWT.

Apakah tindakan kita?

*** *** ***

Lebih kurang 3 Tahun - Lebih kurang 1095 Hari - Lebih kurang 36 Bulan.

Nampak seperti satu angka yang besar.

Tapi,apa guna Angka,jika ianya tidak memberi nilai.

Apa guna Umur,jika seorang Manusia itu tidak menjadi semakin baik.

Dan apa guna menyambut Hari Jadi,pada ketika kita lupa bahawa Mati semakin menghampiri kita.

Dalam Penulisan Khas kali ini,tidak seperti Tahun-Tahun sebelumnya,Penulis tidak akan menyingkap kembali sejarah tertubuhnya Pena Maya.

Tetapi,sebaliknya,Perkara-Perkara yang lebih penting akan cuba dibangkitkan.

*** *** ***

Hidup - apa yang didefinisikan kita dengan hidup?

Moden - apa yang kita fikirkan bila kita sebut moden?

Hidup Moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya jika kita tafsirkan menggunakan akal dan mata seorang manusia,amat-amatlah tidak bertamadun sekali.

Tamadun Barat - merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada Tamadun yang memegang Tampuk Pemerintahan Dunia Sekarang.

Satu Tamadun yang secara umumnya memandang Material sebagai kehebatan seseorang/sesuatu manusia/pihak.

Dan dalam masa yang sama,mengabaikan nilai-nilai murni.

Matlamat Menghalalkan Cara - Moto Dan Tema Utama Tamadun Ini.

Wanita - dianggap sebagai Pelaris Barang.Mereka tidak mengiyakannya,tapi keadaan menyokong pernyataan ini.

Satu keadaan yang sangat sick.

Lelaki pula?Sebenarnya Lelaki itu seorang Pemimpin.Sifat semulajadi Seorang Lelaki memang Pemimpin - satu fakta yang tidak boleh dinafikan.Sejarah Dunia menyaksikan memang Lelakilah yang memimpin Dunia.

Mungkin ada beberapa orang Wanita yang muncul untuk memimpin Dunia - tetapi tidak ramai - kerana apa yang dapat kita lihat memang Lelakilah yang ramai membuat Undang-Undang dan sebagainya.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran Surah An-Nisaa' Ayat 34 - "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan...".

Golongan Terlebih Urban akan mengatakan ayat ini sexist.

Heh.

Apa yang dimaksudkan dengan perkataan sexist itu sendiri?

Pejuang Feminisme pula - mereka memperjuangkan "Hak Sama Rata" - dan mereka mengatakan kini mereka berjaya.

Keputusannya?

Wanita yang memilih untuk menjaga Maruahnya (walaupun secara sukarela) - dianggap ditekan dan dizalimi lagi tidak bebas.

Wanita yang menunjukkan Buah Dadanya tanpa rasa malu dan segan - Inilah kebebasan hidup yang dicari.

Pelacuran - Dihalalkan.

Niqab - Diharamkan.

Ironi?

Tidak diketahui.

Bagi yang mengerti,mungkin boleh nampak dan refleksikan maksud ayat Al-Quran yang dikongsikan di atas.

*** *** ***

Kawan - apa yang diistilahkan sebagai kawan?

Yang pasti - apa juga pilihan kita dalam mendefinisikan perkataan kawan - kebanyakannya bersetuju bahawa kawan adalah antonim bagi musuh.

Persoalannya - Bagaimana jika kita sedia mengetahui dan mengakui bahawa Iblis adalah Musuh Utama kita - tapi dalam masa sama kita tetap mengambilnya sebagai kawan kita?

Ironi?

Tentu sekali.

*** *** ***

Dunia zaman sekarang terlalu banyak Pemahaman yang pelik-pelik.

Beberapa hari yang lepas,sempat menghadiri satu Kejohanan Sukan.

Sempat duduk dari bangku Penonton.

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]

Dan dari bangku Penonton yang berwarna Biru itu,memang jelas pada mata ini,bahawa Permainan itu memang sifatnya melekakan.

Apa kaitannya dengan Hidup?

Allah SWT Maha Bijaksana - telah Menjelaskan kepada kita (hamba-hamba-Nya) tentang perkara ini dengan begitu cantik sekali dalam Al-Quran.

Dunia - bukan matlamat sebenar.

Ianya satu Ilusi.Sementara (tidak berkekalan) sifatnya.Satu Ujian - mungkin lebih tepat.

Dan jika Hidup di Dunia ini tidak berlandaskan Iman dan Taqwa - tertipulah kita dengan Permainan Dunia ini.

Hiduplah kita mengejar sesuatu yang sementara.

Walhal realitinya,kita Diciptakan-Nya untuk menyembah-Nya semata.

Menyembah dan patuh pada setiap Arahan-Nya,dan meninggalkan Larangan-Nya.

Dia Maha Adil.Dia telah Memberikan Petunjuk dan Akal untuk kita berfikir.

Tapi kita?

Lebih selesa untuk lemas.

Lemas menurut nafsu.

Tiada siapa untuk dipersalahkan melainkan diri sendiri - jika kita memilih untuk berpaling,setelah diberi peringatan.

*** *** ***

Di sisi Allah SWT,ada balasan yang lebih baik bagi orang yang beriman dan bertaqwa.

Itu semua dari kita tahu.

Tapi persoalannya,kenapa masih tidak mahu berganjak?

*** *** ***

Sejarah menyaksikan dua Sahabat Baik,boleh bertukar menjadi Musuh Ketat,apabila berlaku ketidaksefahaman dalam sesuatu perkara.

Ingatlah.Jika berlaku salah faham di antara kita,rujuklah Al-Quran dan As-Sunnah.

Jangan ego menerima pendapat.Kerana ego itu boleh membawa kecelakaan kepada diri.

*** *** ***

Tiga tahun menulis,banyak pengajaran yang didapati Penulis.

Alhamdulillah.

Tiga tahun ini menyaksikan pelbagai Turun Naik kehidupan dalam diri Penulis.

Ramai juga Rakan yang datang dan pergi meninggalkan diri.

Ramai juga Sahabat yang dijumpai dalam tempoh ini.

Tidak mengapa.

Yang penting,mesti diingat,dalam apa juga yang kita lakukan,tetapkan dalam kepala dan minda,bahawa Dunia Yang Kelihatannya Begitu Indah Sekali Dari Pandangan Nafsu Ini,adalah sementara.

Dan 'tahu' dan 'faham' serta 'yakin' itu adalah tiga konsep yang berbeza.

*** *** ***

Saya Umar Zakir Abdul Hamid ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Para Pembaca yang membaca Pena Maya.

Ucapan Terima Kasih juga kepada Para Pembaca yang sentiasa sudi mengulas Penulisan saya serta menasihati dan memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang saya lakukan sepanjang menulis.

Saya tahu,Penulisan saya ini dibaca orang ramai.Jadi tanggungjawabnya adalah besar.

Tapi,perkara yang paling besar adalah apa yang saya dapat untuk diri sendiri dari Penulisan-Penulisan saya.

Adakah saya mengambil pengajaran,ataupun tidak?

Adakah saya melakukan apa yang ditulis,ataupun tidak?

Dan yang paling penting,supaya saya tidak riak.Astaghfirullahalazim.Ya Allah,lindungilah kami semua dari perasaan riak.Amin.

Saya juga ingin memohon maaf jika ada salah silap sepanjang saya menulis di Blog ini.

*** *** ***

Kata terakhir saya,berjuanglah menyuarakan suara kita.

Berjuanglah mencari kebenaran.

Berjuanglah menyebarkan kebenaran (Islam Yang Sebenar) ini walaupun terpaksa menerima tentangan dari Majoriti Penduduk Dunia.

Ingatlah Hadis Ghuraba.

Dan bersabarlah menempuhi hidup di dunia ini.

Niatkanlah segala perkara kebaikan yang dilakukan kerana Allah SWT.

Bertaubatlah apabila melakukan kesilapan dan kejahatan.

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.Dan Maha Melihat.

Astaghfirullahalazim.

*** *** ***

Selamat Ulang Tahun Yang Ketiga Pena Maya.

Semoga Allah SWT Meredhai usaha ini.

Amin.

Betulkan yang biasa,biasakan yang betul.

Ambil jernih,buang keruh.

Maaf jika ada terkasar bahasa.

Saya juga manusia biasa.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Masa berlalu pantas.Entah esok lusa,meninggal dunia,siapa tahu?Dan jika meninggal,adakah kita sudah bersedia?

P/P/S : Daripada membuang masa terhadap perkara tidak berfaedah,baik 'membuang masa' melakukan perkara yang mendatangkan manfaat untuk diri sendiri di dunia dan akhirat.Fikir-fikirkanlah.



5 comments:

  1. Selamat Ulang Tahun Yang Ketiga Pena Maya.Selamat maju jaya dimasa akan datang. semoga terus istiqamah. terima kasih di atas semua nasihat dan peringatan.

    ReplyDelete
  2. Bila telah sampai ke simpang perubahan jangan takut untuk berubah. Jangan takut cakap orang. Sebab cakap orang tak bertahan lama. Kalau takut hilang kawan jangan risau. Dalam dunia kawan bukan seorang. Mungkin ada kawan yang lebih baik. SELAMAT ULANG TAHUN PENA MAYA!
    THANKS FOR ALL THE INSPIRATION.

    ReplyDelete
  3. Insha Allah, semoga terus tsabat =)
    Terus berjuang demi Allah, demi Islam.

    ReplyDelete
  4. tiga tahun hanyalah nombor..apa yg penting..matlamat dan pengajaran yg ingin disampaikan..semoga usaha anda akan terus berkekalan dan diredhai Allah..

    ReplyDelete