2.5.11

Bilakah Kali Terakhir?Janganlah Kita Menjadi Manusia Yang Rugi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

sudah mei
cuti hari pekerja juga sudah makin menghampiri penamat
pantas masa berlalu
sekejap sahaja hidup ini sebenarnya

baru semalam rasa khamis
eh sudah hari ahad?

tanya diri kita
bilakah kali terakhir kita bersolat dengan hati yang khusyuk?
atau sekurang-kurangnya mencuba

tanya diri kita
bilakah kali terakhir kita berdoa memohon ampun kepada Allah SWT?
memohon dengan hati yang ikhlas

dan tanya juga diri kita
bilakah kali terakhir kita berdoa kepada Allah SWT
untuk Ibu Bapa kita?

tidakkah kita tahu
doa anak soleh itu antara tiga perkara
yang boleh membantu di sana kelak

tidakkah kita sayangkan mereka?
atau kita terlalu sibuk?

tanyalah diri kita
ya
tanya diri kita

bila kali terakhir
kita menjalani hidup
sebagai seorang manusia yang berakal dan beriman lagi bertaqwa?

janganlah kita hidup
hanya menjadi seperti "binatang yang berotak"
sebaliknya jadilah manusia

dan ketahuilah
masa kita amat-amatlah sedikit
janganlah dunia melalaikan kita

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!

Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,

Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
[89:14-24]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Fikir-fikirkan.


No comments:

Post a Comment