1.5.11

Ke Manakah Hilangnya Kemanusiaan Kita?

Lately,most of the times,I'm sick and tired with the life that we are living nowadays.

To be exact,with the world.

Where artificiality and infelicity - are now accepted.

While genuineness and felicity - are condemned.

If I was given a choice,I would like to have this,


And travel all around the world,spreading the truth.

*** *** ***

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semalam,sebelum tidur,saya sempat melihat ke luar bilik.

Melihat merentasi hutan yang berada di belakang Asrama saya.

Melihat Cahaya-Cahaya Lampu yang masih terang menerangi Bumi Soviet,walaupun pada hakikatnya waktu sudah menunjukkan Jam 2 Pagi.

Seolah-olah tiada waktu tidur bagi Penduduk Metropolitan ini,walaupun pada waktu petangnya,mereka bersungut mengatakan penat mahukan tidur.Tapi,bila malam hari menjelma?

Ironi?

Tentu sekali.

*** *** ***

Jika anda sering membaca blog ini,tentu anda perasan bahawa gaya penulisan saya sejak akhir-akhir ini agak berbeza dengan gaya penulisan saya sedikit masa dahulu.

Tidak penting.

Sambung cerita kita.

*** *** ***

Semalam,semasa dalam perjalanan menuju ke suatu tempat,saya terjumpa dengan Seorang Nenek Tua.

Nenek Tua yang membawa barang yang sangat berat - dalam perjalanan menuju rumahnya - setelah membeli barang-barang di kedai runcit.

Kedai runcit itu terletak agak jauh daripada lokasi rumahnya.

Dalam Perjalanan itu,ramai orang yang melintasi Nenek Tua itu.

Antaranya - Gadis-Gadis Jelita yang memakai peragaan dari Butik Terkenal Dunia.

Tapi,mereka sedikit pun tidak memandang Nenek Tua itu.

Pemandangan yang biasa dilihat di Bumi Soviet.

Dan mungkin juga di Negara kita.

Luaran - lebih dipentingkan berbanding Nilai Dalaman.

What a tragedy.

*** *** ***

Kadang-kadang saya sedih dengan diri sendiri.

Dan saya juga sedih dengan keadaan kita semua.

Kenapa?

Mari saya beri contoh.

Kita berbicara mengenai Perjuangan.Kita berbicara mengenai Palestin.Kita berbicara mengenai kebenaran.Kita berbicara mengenai membantu Saudara kita yang teraniaya.

Tapi bicara kita sekadar bicara.

Selepas tamat bicara,majoriti daripada kita akan kembali dengan hidup kita - bergelak ketawa - menonton Maharaja Lawak - seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Saya merasakan keadaan ini sangat-sangatlah mengecewakan.

*** *** ***

Dunia hari ini sebenarnya sedang berada dalam Krisis (jika anda mengikuti perkembangan semasa).

Tapi,apa sumbangan kita?

Adakah cukup dengan sekadar menggelengkan kepala kita selepas membaca "Headline Berita Yang Sadis"?

Kemudian apa?

*** *** ***

Selalu berlaku ketika saya di dalam kelas,fikiran saya mengelamun.

Mengelamun dengan ayat sebegini,

Dunia sedang porak-peranda.Tapi aku kat sini hanya pikir pasal diri sendiri.

Aku hanya pikir macam mana aku nak itu,macam mana aku nak ini.

Aku hanya pikir nak simpan duit nak beli kereta besar bla bla bla.

Adakah logik aku pikir untuk diri sendiri sahaja sementara orang lain sedang sengsara.

Kemudian aku fikir "Tak payah derma lagi.Aku masih student".

Tapi masalahnya adakah aku takde otak dan akal dan hati untuk melihat?

Tidak perlu dibangga Sijil Ijazah PhD etc itu jika kau gagal menjadi manusia,kerana sebenarnya kau hanya robot produk Sistem Manusia ini.

Adalah amat tak logik bila di suatu tempat berlaku perang,sementara di suatu tempat yang berdekatan mereka sedang bergembira bergelek riang.

Walhal tempat ini bersebelahan.

Hanya kerana Garis Sempadan buatan manusia,kita hilang rasa kemanusiaan.

Itu monolog saya - lebih kurang begitulah - mungkin ada ubah suai sikit - hendak menyedapkan cerita orang kata.

Apa signifikan bergaya sakan jika Orang Buta yang lalu di tepi kita pun kita tidak bantu?

Mana hilang rasa kemanusiaan kita?

Hari ini,kita dapat lihat,manusia hanya fikirkan mengenai diri mereka sendiri.

Biar riba' - biar orang lain sengsara - janji kita untung.

Biar menipu - biar orang lain tertipu - Aku pedulik hape,janji aku dapat pergi Ibiza.

"Konsert Keamanan" dianjurkan kita - tapi tanya diri kita - adakah kita benar-benar mahu membantu mereka yang dianiaya itu - atau kita lebih kepada berhibur?

Mana hilang kemanusiaan kita?

*** *** ***

Sebenarnya bagi segala masalah ini - Islam ada ubatnya.

Ini bukan cerita letup,gebang whatsoever.

Memang Islam ada ubatnya.

*** *** ***

Ada yang bertanya (dengan nada Sarcasm),"Abis tu semua orang kena tinggalkan Pelajaran,Perniagaan bla bla bla la?"

Kalau ikutkan hati saya,mahu sahaja saya buat begitu.

Tapi,tidak boleh (atau lebih tepat - tidak mampu).

Tapi,tidak mampu bukan bermaksud kita tidak perlu berbuat apa-apa.

Jadi,apa yang kita boleh buat sebenarnya?

Pada pendapat peribadi saya,kita boleh mengubah keadaan ini jika (ya,hanya jika) kita mengamalkan Islam secara sebenar.

Kita mula membantu Orang-Orang Tua atau Orang Yang Kurang Bernasib Baik yang kita nampak di tepi jalan.

Kita mula merubah diri kita agar tidak menjadi seorang yang terlalu Selfish sangat.

Kita mula mencari Ilmu dan menyebarkan kebenaran.

Yang penting kita "mula".

Mula bertindak.

Dan menghentikan retorik.Atau dalam kata lain cukup-cukuplah sekadar berkata-kata.

Semua orang tahu bahawa adalah menjadi kewajiban kita umat Islam untuk membantu orang susah.

Tapi,adakah kita melakukannya?

Hendak tunggu Sembahyang Jumaat baru hendak derma?

Itupun RM1 sahaja.

Hendak derma lebih - "Eh,nanti takde duit pulak".

Cuba tengok dan hayati betul-betul ayat di bawah,

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". [Ibrahim : 7]

Ketahuilah kita,kalau kita bersyukur dan ikut Perintah Allah SWT,nescaya Allah SWT akan Tambahkan nikmat-Nya kepada kita.

Nescaya kita akan menjadi lebih bersyukur kepada-Nya (Qanaah).

*** *** ***

Still tidak sihat - saya tidak dapat meneruskan penulisan dengan lebih lanjut.

Itu sahaja untuk kali ini.

Yang terakhirnya,ingatlah kita,

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. [7:34]

Janganlah hendak bertindak bila berada di depan orang sahaja.

Ingatlah,Allah SWT Maha Melihat.Dan yakinlah bahawa,Allah SWT tidak akan mensia-siakan satu pun perbuatan baik kita.

Ikhlaskan hati.

Seriouslah dalam Perubahan.

Jangan terlalu cintakan dunia yang fana ini.

Carilah Ilmu.Jadilah Lelaki Sejati (bagi Kaum Lelaki).

Jangan hanya menunggu orang lain untuk mengajak kita berubah.Sebaliknya,jadilah orang yang mengajak orang lain berubah.

Dan jangan juga terlalu memikirkan persepsi orang lain jika hendak berubah.

Fikir-fikirkanlah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jika ada salah silap,sila betul dan minta maafkan.Ambil jernih,buang keruh.Saya juga manusia biasa.

P/P/S : Think big.Jangan fikir benda yang mudah dan simple sahaja.Seriously.Kita kekurangan elemen ini.


No comments:

Post a Comment