16.5.11

Maghrib Merah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.



saban hari kita bekerja
mencari rezeki

kita belajar
mencari ilmu

waktu rehat tiba
kita salah gunakannya

angan-angan rehat bermanfaat
kebiasaannya berlalu begitu sahaja

ibarat siang
yang menjadi malam

senja
waktu yang menjadi pengantara

pantas
pantas masa berlalu

tapi masih
di mana ketabahan?

ketabahan ada
tapi perlu dipupuk

24/7 untuk dunia
bila masanya untuk bersedia?

tiada - jawapannya
jika kita terus leka

manusia manusia
kau selalu merungut engkau tidak cukup masa

tapi sedarkah bahawa masa itu ada
kau sahaja yang membunuhnya

kembalilah
harta dunia itu perlu

tapi bukan itu misi utama
bukan itu yang dicari

cukuplah sekadar
memenuhi keperluan

kembalilah bersujud
kepada-Nya

mintalah ampun kepada-Nya
sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat

jangan kau risau
harta itu tidak akan hilang

sebaliknya
ketahuilah

semakin bersyukur kita
semakin banyak yang diberi

insya-Allah
ikhlaskanlah hati

berubahlah sementara masih ada peluang
astaghfirullah


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". [14:7]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment